ini gmbr edit sendiri, tak payah c&c
3 Oktober tahun lalu adalah hari pertama aku bergelar tunangnya..dan tinggal 2 bulan 15 hari saja lagi untuk aku menukar status itu kepada yang lebih advance :P
masa ni blum ade blog. after setahun baru dpt buat citer ni huhu
3 oktober 2008 adalah bersamaan 3 syawal 14.. (aku lupa thn islam, hehe) iaitu hari raya ke 3. at first, kami bercadang mahu melangsungkan pertunangan pd bulan 5, semasa cuti penggal pertama. tp memandangkan guru besar ketika itu menyuruh kami bekerja di minggu pertama cuti, atas perbincangan semula kami sepakat menundanya ke hari raya ke 3. jadi la bulan 10 akhirnya.
majlis simple2 je. takde majlis merisik pun. my parents and his parents met for the first time di mlm sebelum majlis. nasib baik, ok-go je. kalau tak ok, mampusla..takkan nak cancel and balik plak diorg tu. majlis dibuat selepas solat jumaat, dihadiri oleh sedara terdekat n jiran2 yg rapat. rombongan laki pun cuma 4 kereta tak penuh. maklumla ari raya, tu la padahnya kalau buat majlis di hari raya..
rombongan sampai around 3 30 p.m, dijemput oleh makcik, pakcik, kakak n adik aku di hotel. masa ni aku pun baru je sampai kat rumah lepas abis mekap sbb ada org yg mekap sblm aku tu tak ikut appointment time. jdnya, abis drag org lain punya masa. dlm setengah jam or 45 minutes later sampai la rombongan. sampai2 je trus makan, sbb makanan mmg dah siap2 hidang. masakan semua ala2 kampung, gulai udang, ikan pekasam, sambal belacan n petai pun ada kau..excited aku tgk mereka makan. (aku mengintai dari balik almari di ruang tamu). perut aku masa tu, ya rabbi punyalah lapar.. akibat tunggu mekap lambat kat kedai tu lah. siap bunyik2 dah. nak je masa tu pegi dapur n makan dulu.
kami sengaja tidak menyediakan canopy, jd makan bersila sajalah mereka..baru ade feel
menu semua dimasak di rumah, gotong royong antara semua mak2 sedara (thanx a lot!) . mula2 igt nak tempah caterer je, tp mak2 sedara sendiri yg nak dtg masak..so kami layankan je.
selesai makan, baru lah sesi bincang2 bermula. aku pun tatau apa yg diorang bincang sbb sibuk berborak dgn cousin2 and one of my university mate, jihan yg sanggup teman since mekap sampai abis majlis (tenkiu, jihan..walaupun tau budak ni tak baca blog aku)
jihan, she's attached on 3rd syawal too this year ..congrats dear. dpt berkat dr aku kot ahah
sedar2 je, sedara2 kat luar bilik dah panggil utk sarung cincin. masa ni mak sedara fharid yg sarungkan. nak kata neves ke ape time ni, tak rasa plak. rasa cam biasa je. sbb borak dlm bilik blum abis lg citer, tak sempat nak buat penutup.. hahah.
gmbr agak kebiruan ketika ini, akibat setting mungkin
pas sarung cincin, sesi tangkap menangkap gambar n minum ptg..majlis selesai dlm pukul 6 tp di rumah masih lagi ada yg dtg..kira merangkap open house la. dah namanya pun raya kan. masa ni baru ramai sepupu sepapat yang lain dtg. arah, member MMU pun dtg tp lepas majlis selesai. tp takde plak gmbr dgn dia :(
cousin..kenapalah gmbr potrait ni bukan gmbr aku dan tunang.syg btul
sedikit review utk beberapa perkara berkaitan majlis tersebut
baju:
koleksi sendiri. kain dibeli di serikin, sarawak dgn harga RM25 sepasang (kenape, tak percaya?) tp satinnya agak kasar, so aku beli lain and satin asal aku guna buat alas dulang hantaran. baju kurung moden, upah pd tailor yg biasa aku tempah kebaya. harga upah RM80 shj.
make-up/accessory:
make-up and veil sewa from de kasih. takde pakai crown2 bagai
hantaran:
kotak hantaran made by my cousins, kak mas. kami pakai kotak plastik jernih yg dihias2 tu je dgn alasan senang utk diorg bawak balik (long distance kan) n bajet. haha. lgpun most hantaran adalah berupa makanan seperti kuih muih dan kek (adat bertunang di sana mmg takde bg pakaian dsb, makanan sj). perjanjian asal katanya 5 berbalas 7, tp last minit mak dia nak tambah plak lagi 2 termasuk kain ela. sudahnya aku pun kene tambah juga lagi 2..so 2 ni mmg bukan makanan, tp kain pelikat n baju kemeja. sumbat jugak masuk dlm kotak plastik tu since cousin aku ade standby lebih. tp yg peliknya, masa majlis kira2 balik hantaran laki jadi 9 plak..sudahnya 9 berbalas 9..haih, pening aku. takpela rezeki, amik je la kan.
cameraman:
no official photgrapher. aku sj nak save utk wedding nnt. so aku mintak tolong pakcik aku utk mengabadikan saat2 manis kami dgn menggunakan camera nikon D80 nye. boleh tahan jugak, cuma yg tak bestnya, gmbr kene edit dan print sendiri lah. sampai skang tak print2 pun..ahah..nak edit? lg la takde masa. yg frust skit masa ni, the first few pictures jadik kaler biru2..maybe ada setting kat mana2 yg tersilap kot. masa ni adik aku yg capture, since pakcik sibuk dgn perbincangan. so, kepada yg nak cari photgrapher, pastikan anda tak pilih org kuat majlis utk jadi photographer ok.kalau tak dpt gmbr biru mcm sy. haha.. seb baik la skit je gmbr yg biru2, yg lain meletops jugak. backup dgn camera lain jugak iaitu camera zetty, cousin aku n camera aku sendiri. tp dua2 backup ni lg takleh harap. aku punye goyang2 tahap gempa bumi, n zetty punya tahap blur gile sampai tak nampak jerawat aku..ahah
makan2:
jamuan utama utk mkn tengahari dimasak oleh mak2 sedara. utk minum petang, sumber adalah pelbagai, kebanyakkannya di sponsor oleh makcik aku yg sporting
hmm, mcm baru smlm je majlis ni..bleh igt lagi every details. kalau dah tua2 nnt bleh access balik tak blog ni?
lastly, to my dearest fiance "Happy Engagement Anniversary" dengan ucapan sampingan..tak sabar nak kawen.. :p
lama jugak eh awak berdua betunang..
ReplyDeleteapapun, tahniah sbb dah berjaya lalui tempoh tu dgn baik, and sedar tak sedar tinggal lagi beberapa bulan nak kawen kan..
saya pon tak sabar nak kawen.ahakz!!
alena, mmg lama gak..kalau ikutkan family kami nak less than 6 months, tp pihak laki nak setahun ke atas plak..yg menambahkan lagi lambat tu sbb family diorang nak elakkan 2 adik beradik kawen dlm setahun since adik dia kawen bulan 5 ke 6 tah ari tu.
ReplyDeletebtw, thanx for congratulating. mmg mcm2 dugaan kene tempuh utk sampai ke tahap ni.well so far i'm happy to be with him.
jom kawen!!
hi.Nice blog too.since kita berdua org utara so boleh sharing2 info. Psl photographer tu..nnti saya bgtau sape yg menjadi pilihan saya mll emel.
ReplyDeletetahu tak? wedding day kita sama.. 19.12.2009
cuma akad nikah jerk.saya mayb buat 12.12.2009
Trkh btunang kita pun hampir sama. Saya 04.10.2008
All da best to you
wah, what a coincidence. kenduri kat mana nnt?
ReplyDeleteweddin' di Balik Pulau, Penang. Bakal husband Sg Petani. NisS^ImmEr buta weddin' di mana? Seb Jaya ker?
ReplyDeleteafira, majlis sy di alor star.sblh laki di seremban..nak jemput pun, tarikhnye sama plak kan..heheh..
ReplyDeletemuka ko ngan en tunang nak dkt sama..hihi panjang jodoh ni
ReplyDeletefarah: ya Allah, ye ke..compliment nih..ahahha..oo dulu aku ckp muke ko mcm asri, skang turn aku plak neh
ReplyDeletehihi niss, apekah maksudnya ini? u tunang 3 october 2008, i tunang 3 october 2009..
ReplyDeleten the most importantly sama2 pink.. hehe..
niss nampak sangat berseri2.. suka i tgk pink pink ni, sweet!
anyway congratulations, belum terlambat.. tak sabar tgu wedding niss pulak.. soon..
nurul,sori baru perasan ur comment. wah, nampaknya sama la tarikh kita bertunang..nnt bleh buat double anniversary..hehe. pink mmg sweet kan, masa tu i mmg tgh gila pink..thn ni i come back to my fav colour, purple!
ReplyDelete