Memaparkan catatan dengan label bahasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bahasa. Papar semua catatan

Khamis, Ogos 18, 2011

terguris hati

kisah 1:
aku rasa terguris hati sangat hari Selasa lalu.
Selasa iaitu Ramadhan ke 16.
"tak beritahu pun?" hanya 3 perkataan yang sinis dilemparkan.
aku kelu...
mungkin 3 perkataan itu bukan untuk aku, tetapi aku terasa sangat.

alkisah, bila mereka duduk berjauhan.
sebelum ni mereka selalu ada, dan ada selalu di tempat tu.
namun, aku yang sudah 4 bulan tidak datang ke tempat itu.
mereka duduk berasingan, pernah aku bertanya, "kenapa duduk jauh"
antara faktornya, tempat tu makin ramai orang.
susah untuk fokus tesis atau berkaitan pembelajaran.
aku hormat pandangan itu.

aku teringat masa aku sihat, dan mereka selalu ada dalam tempat itu.
banyak sumber dan info yang mereka terima dulu.
kadang aku terlepas, sebab aku selalu pergi ke tempat lain untuk kajian.
kadang bila mereka berborak dulu, aku jadi tak faham.
dengan menyibuknya aku bertanya.
namun, aku tak pernah rasa dipinggirkan, bila aku jadi tak tahu.
sebab aku bertanya dan sering bertanya apa sahaj yang mungkin info aku terlepas.

namun, bila jadi OKU (orang kurang upaya) dengan tongkat dan 4 bulan kesakitan ini, terasa hati ini mudah tersentuh.
dengan kata lain, sensitif.
sangat terasa bila mereka berjauhan, dilempar kata sinis "tak tahu pun?" "tak beritahu pun"
ye, memang salah aku sebab tak beritahu perkara itu, tetapi aku sudah menyatakan kesalahan aku, sebab aku terlupa dan baru dapat kepastian jumaat sebelumnya.
dan semalam sibuk dengan Seminar Hasil Ekspedisi, tak teringat langsung.

p/s: sensitif betul hati ini, kadang rasa bila dia dah minta maaf, tapi pedih tu masih ada. sampai ke malam. ditambah dengan harapan menggunung yang dikecewakan (hal lain) pada malam itu, oh... alhamdulillah reda cepat sakit hati ini, tapi bila fikir balik, sakitnya. takpe2.. semua berpunca dari aku juga, semoga Allah ampuni dosa aku dan dosa mereka.

kesimpulannya: bertanyalah sentiasa apa yang mungkin terlepas (meskipun tak tahu apa yang terlepas tahu), sebab kadang manusia cepat lupa. bila kita makin berjauhan, banyak info dan maklumat yang semakin tidak kesampaian.
& jaga kata2...

kisah 2:
ni pula kisah aku yang mengguriskan hati orang lain.
masa amarah melanda diri, hati itu sentiasa berbolak-balik.
entah, mungkin masa tuh aku tidak berfikir panjang dan iman masih lemah.
tambahan pula jiwa keanakan.
aku telang mengguriskan hati kawan2 aku.
malah mungkin mengoyakkan hati mereka.
bila terkenang balik, rasa malu dan sedih sangat2 akan tindakan diri ini.
setelah aku hadapi kisah 1 tadi, baru aku tahu, pedih lagi hati mereka.

Alkisah di Bukit Fraser, fikiran ku berkecamuk.
hati rasa sangat disakiti.
hasutan pihak ketiga, yang menuduh kawan2 perempuan serombongan yang meninggalkan kami yang lelaki.
lelaki dituduh lambat bersiap untuk ke makan malam, lalu kami ditinggalkan.
entah, sesejuk malam di Fraser Hill membakar hati ini.
muka kau masam sangat pada malam itu, ditambah dengan kelaparan.
nafsu dan syaitan terus menghembus api ke dalam hati ini.
sampai masa dan tika, aku menghamburkan amarahku kepada kawan2 perempuan.
separuh daripada mereka, tidak dapat menerima kenyataan aku.
aku yang masih terperangkap dengan hasutan pihak ketiga, meneruskan kata.
setelah semua aku lepaskan, lega hati bila dapat melepaskan.
namun, ada kawan2 perempuan yang dari tadi mendengar datang untuk berbincang.
mereka menerangkan sebaiknya perkara sebenar.
sebenarnya pihak ketiga itu yang menghasut dan mengejek ketidaktepatan masa kami untuk makan malam.
lelaki dan guru kami dipersalahkan dan akibat ejekan yang melampau dari pihak ketiga itu, lelaki ditinggalkan.
dan yang kawan perempuan simpati dengan kami, telah membawa pulang bungkusan makanan untuk kami.

kisah dua tahun lalu, masih menjadi detik silam dlaam hidupku.
aku mengoyakkan hati mereka dengan kata pedih lagi sinis.
ketenangan kawan-kawan yang menjelaskan hal sebenar turut aku hormati.
dan pihak ketiga hanya tersenyum dan bergelak ketawa dengan amarah ku tadi.

p/s: kejamnya hidup bila diri ini alpa mengawal diri dan tidak berlaku adil dnegan menyelidiki terlebih dahulu. sesungguhnya marah itu adalah sahabat syaitan. sekali aku berkawan dengan syaitan itu, terus aku menjadi sesal selamanya. itu baru Allah tunjuk melalui dosa kata2, mungkin dosa lain yang lebih besar lebih sesal sesesalnya. insaf, taknak berkawan dnegan syaitan dalam mengeluarkan kata2.

kesimpulan: kisah 1 dan 2 bercakap tentang hati yang terguris dan diguriskan. bukan untuk mengaibkan diriku tetapi untuk teladan sahabat-sahabat. malu untuk aku dedahkan, tapi percayalah aku tidak mahu ia berulang kembali dan ini sebagai rujukan aku di masa mendatang, agar aku tidak mengulangi perkara yang sama kelak.

bagi kawan2 dan sahabat yang terlibat, andai imbasan kisah ini menyakitkan kembali hatimu, aku memohon maaf sekali lagi.

Rabu, Ogos 19, 2009

dr nizam dan scrabble


tak pernah aku main scrabble ni.
tapi memang aku selalu dengar lah permainan ni.
tapi tak pernah la mencuba2.
semasa khusyuk, otak ku menganalisis apa yang diajar oleh dr nizam.
subjek pemuliharaan biologi memang memberatkan otak aku.
secara terus terang aku kata, minggu pertama dan kedua, aku ternganga mendengar kuliah dr nizam.
bahasa inggeris dan penerangan dr nizam amat mengkagumkan.
sehingga aku tak faham.
minggu ketiga, dan keempat, aku makin pening. sehingga otak aku merayau di alam lain.
minggu kelima aku dah serik. sebab midsem exam makin hampir.
tapi otak aku masih berat bila dr nizam mengajar.
aku kuatkan semangat ni, salin je slide kuliah dia, dengan harapan, sekurang2nya boleh faham sikt dari kosong langsung.
alhamdulillah, dari kuliah dia, 20% boleh faham.
minggu keenam ni, aku geram dan marah dengan diriku.
lambat sangat nak faham bahasa inggeris!
aku ambik inisiatif, tulis balik kuliah dia 100%.
dan aku terjemah dalam bahasa melayu dengan segera sewaktu dia beri kuliah.
alhamdulillah, aku berjaya terjemah 50% dan boleh faham..
huhu, otak ku berjaya faham bahasa melayu je.
masa khusyuk menyalin slide dan terjemah, dr terus ubah topik.
huh... terkejut aku.
dia cakap pasal scrabble...
asyik dia bercerita
memang tak ku xsangka, dia hebat main scrabble.. dulu lah..
kehebatan beliau bermua dari sikap dia dulu... iaitu dia dulu suka bawa kamus dan baca kamus.
fuh, kalau aku, haram.. sentuh, hanya belek perkataan yang aku nak tahu je.
kalau aku baca buku novel inggeris pun, kalau berat, muka surat pertama pun jenuh, aku nak fahamkan.
yang pasti aku terus tak baca dah.
huhu.. patutlah otak aku berat dengan bahasa inggeris.
hmm.. sebab tulah dia hebat main scrabble.
boleh lak dr cabar kami.
dia kata kami ni tak main dah scrabble dan tak baca kamus sekarang.
huhu.. itu benar, dan aku memang tercabar.
jadi, aku dengan penuh iltizam, aku nak bawa kamus ke kuliah tiap2 hari.
untuk baca.
dan aku akan pastikan dapat kalahkan dr... cewah..
semangat betul aku ni..

huhu.. chaiyok!!

Jumaat, Jun 05, 2009

Layakkah dia bergelar ustaz?

"siapa yang menggelarkan dia?"

Ustaz tu suatu gelaran yang amat tinggi dalam kehidupan seharian kita.
Kenapa? Tak tinggi?
Ok, memanglah dato’, datin, tun, tan sri, DYMM tu lebih tinggi.
Dan "mulia" tapi hakikatnya….
Yang banyak membimbing dan menyampaikan kepada manusia ialah ustaz.
Kalau nak dibuat ranking, ulama adalah yang pertama.
Mungkin ustaz tangga ke 3.
Mungkinlah, ustaz sama fungsi dengan cikgu.
Tapi ustaz mengajar tentang islam dan ilmu akhirat.
Jadi bagi aku ia lebih tinggi darjatnya dari cikgu duniawi.

Kes akhil hay…
Ramai orang bercerita dan bertanya.
Aku tak tahu sangat cerita sebenar.

Lagi malas nak komen.
Dah la ustaz tu.
Memang aku sanjung dia.
Dan aku taknak ini semua fitnah terhadap orang baik dan alim.
Wallahua’lam.
Hanya Allah yang tahu apa yang berlaku.
Hanya Allah yang tahu mana fitnah dan mana benar.
Dan aku yang kerdil ni, tidak tahu apa-apa.
Tak berani aku nak menuduh mana2.

Kak FM tanya aku pendapat tentang isu ni.
FM kata surat khabar tulis, layak ke dia digelar ustaz.
Aku tak tahu nak kata apa.
Berfikir sejenak.
Aku cuba cari analogi atau perumpamaan.
Hmm..
YB. Yang berhormat.
Kalau YB buat jahat, layak ke dia dipanggil YB lagi?
Semestinya tak layak!


Akhil hay…
Memang asalnya penyanyi rock.
(aku pun tak kenal dulu)
Pastu dia insaf dan berubah ke arah yang lebih baik.
Salah kah?
Lepas tu dia menggunakan segala ilmu dan pengalaman dia untuk berdakwah.
Salah kah?
Jadi, siapa yang menggelarkan dia ustaz?
Siapa??
Bukan dia yang nak kan?
Dia tak paksa orang panggil dia ustaz.

Jadi, buat pe nak fikir pasal layak ke tak?
kita pun mampu berfikirkan.
Ustaz tu siapa?
Orang yang mulia.
Lindunglah kemuliaan gelaran ni.
Kita yang berhak melabel orang ni, dah tahu dia ada masalah.
Dan masalah tu tak baik, jangan label dia ustaz.
Tapi bila masalah tu dah selesai dan dia pun dah tenang dan mula
berdakwah.
Panggillah semula ustaz.

Kenapalah penjenayah yang kejam dan hina, kita cukup jaga maruah dia.
Kita tutup gambar muka dia dalam kaca tv.
Tapi ustaz yang mulia ni sedap2 je heboh2 nama dalam akhbar dan tv.
Nampak sangat, ada orang yang cuba memburuk2kan ustaz2.
Dah tahu ustaz tu baik, janganlah guna istilah ustaz.
Macam akhbar tulis, ustaz mencuri duit.
Ustaz merogol pelajar.
Perlu ke label ustaz digunakan!!!
Keji orang yang melabel sesuatu gelaran yang mulia dengan hina
.
Berhati2lah kalian..


[Meskipun tak semua orang baik, tapi diri kamu tu nilailah dulu]

Ahad, Januari 04, 2009

ulasan pandangan tun M ttg PPSMI

ULASAN PANDANGAN TUN MAHATHIR TENTANG PPSMI




Ole-Ole Dari Beijing
Dr AwangPandangan Tun Dr. Mahathir dalam Wacana Dilema Melayu anjuran GAPENA baru-baru ini bahawa PPSMI patut diteruskan tidaklah memeranjatkan kerana beliaulah pencetus, pemutus dan pelaksananya. Tun masih dengan dengan sikap biasanya yang tidak sesekali berubah atau berpatah balik apabila telah membuat keputusan.

Isunya ialah bahawa hujah Tun merupakan hujah yang tergelincir daripada hakikatnya. Dalam laporan Bernama, Tun mengatakan bahawa PPSMI penting agar anak-anak Melayu menguasai sains dan matematik dan sekali gus meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Ketika Tun membuat keputusan untuk melaksanakan PPSMI, tiada kajian yang dibuat yang menunjukkan bahawa kelemahan penguasaan sains dan matematik dalam kalangan pelajar Melayu (jika benar anak-anak Melayu begitu lemah  dalam kedua-dua subjek itu) disebabkan oleh pengajarannya dalam bahasa Melayu. Kita malah sebenarnya telah melahirkan ribuan sarjana dalam bidang sains dan teknologi yang berwibawa dan bertaraf antarabangsa melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan bahasa Melayu.

Adakah Tun bermaksud bahawa Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang digubal dan dilaksanakan oleh Kerajaan sejak merdeka merupakan dasar negara yang silap? Jika benar, adakah kesilapan itu patut diatasi dengan suatu keputusan yang bersifat ad hoc, dengan membuat keputusan pada tahun 2002 dan terus melaksanakannya pada tahun 2003?

Tun menekankan bahawa bahasa Inggeris patut dijadikan bahasa penghantar sains dan matematik kerana bahan ilmu kedua-dua bidang itu banyak tertulis atau terbit dalam bahasa Inggeris. Fakta itu tidak cukup kuat untuk kerajaan mengetepikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar sains dan matematik kerana bahasa Inggeris itu sendiri asalnya hanya bahasa vernakular, bukan bahasa yang diturunkan dari langit sedia sempurna. Sebelum bahasa Inggeris menjadi bahasa besar, orang Eropah bergantung pada bahasa Latin dan bahasa Perancis dalam bidang ilmu, pentadbiran, undang-undang dan ekonomi. 

Demikianlah maka bahasa Melayu perlu diberi waktu untuk menjadi mantap semula sebagai bahasa ilmu, termasuk dalam bidang sains dan teknologi. Amat malang halnya apabila kita sendiri tidak mempunyai perancangan dan kesediaan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa sains dan teknologi, dan cukup sekadar puas hati menyaksikan bahasa Melayu menjadi bahasa percakapan, seperti yang dibanggakan oleh Tun tentang kebolehannya menggunakan bahasa Melayu walaupun belajar di sekolah Inggeris. Kita perlu membedakan taraf bahasa ilmu daripada bahasa perhubungan sehari-hari jika kita mengimpikan bahasa Melayu menjadi bahasa besar pada masa hadapan. Tentulah aib bagi bangsa Melayu yang berhasrat menjadi bangsa besar di dunia tetapi hanya memiliki bahasa perhubungan sehari-hari dan untuk hal ehwal ilmu dan budaya tinggi terpaksa menggunakan bahasa asing.

Hujah Tun bahawa bangsa Arab menjadi maju kerana mempelajari bahasa Greek untuk menguasai sains dan teknologi juga ternyata meleset. Mempelajari bahasa asing dan menggunakan bahasa asing untuk mengembangkan ilmu kepada masyarakat atau bangsa merupakan dua hal yang sama sekali berbeda. Maka itu tidak ada pejuang bahasa manapun yang menolak hakikat pentingnya kita mempelajari dan menguasai bahasa asing sebagai jambatan ilmu dan tamadun. Namun, PPSMI bukan program pemelajaran bahasa asing, sebaliknya program pengembangan ilmu kepada bangsa kita dalam bahasa asing!
Pada hakikatnya, orang Arab yang mempelajari dan menguasai bahasa Greek ialah para sarjananya, sementara ilmu kepada masyarakat dan bangsanya dikembangkan dalam bahasa Arab.

Hal yang sama dilakukan oleh bangsa-bangsa Barat yang memperoleh pelbagai disiplin ilmu daripada sarjana Arab. Mereka mempelajari dan menguasai bahasa Arab untuk memindahkan ilmu dalam bahasa Arab ke dalam bahasa mereka sendiri. Oleh itu bangsa Barat tidak menggunakan bahasa Arab untuk mengembangkan ilmu kepada bangsa mereka, tetapi sebaliknya menggunakan bahasa mereka sendiri. Itulah hakikat jalan sejarah perkembangan tamadun di dunia. Seluruh bangsa dan negara yang besar dan maju di dunia sekarang ini pun masih tetap memajukan bangsa dan negara mereka dalam bahasa masing-masing. Angkasawan kita yang ditumpangkan dalam Soyuz Rusia pun terpaksa beberapa bulan mempelajari bahasa Rusia untuk mengikuti misi ke angkasa perlepas. Kekuatan bahasa Inggerisnya rupa-rupanya belum cukup melayakkan dia untuk diterima mengikuti misi tersebut!

Tun turut menggunakan contoh yang silap apabila mengatakan bahawa buku panduan atau manual telefon bersel yang dicetak dalam bahasa Inggeris oleh pengeluar menyebabkan ilmu sains yang diajarkan dalam bahasa Melayu menjadi tidak berguna. Bukankah buku panduan itu dapat diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, atau pelajar kita yang diajar dengan baik bahasa Inggerisnya dapat memahami buku panduan dalam bahasa Inggeris itu. Mungkin Tun belum pernah melihat adanya telefon bersel yang panduannya ditulis dalam bahasa Melayu pada perisian telefon itu sendiri! Pokoknya, apabila sesuatu bangsa berilmu, bahasa sumber ilmu itu bukanlah masalah yang besar.

Sebagaimana pendukung PPSMI yang lain, Tun mengulang lagu lama bahawa penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran sains dan matematik bukan langkah meminggirkan bahasa Melayu. Namun, dengan terang di hadapan mata kita bahawa apabila bahasa Melayu akan hanya berfungsi pada sekitar 40 peratus atau kurang di sekolah dan sekitar 30 peratus atau kurang di IPT, maka amat jelas bahawa bahasa Melayu memang terpinggir dan tidak berperanan sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara, sebagaimana yang ditetapkan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1961 dan Akta Pendidikan 1996.

Pada hemat saya, manfaatkanlah pepatah kita yang berbunyi “Sesat di hujung jalan balik ke pangkal jalan”. Kita belum pun sesat sehingga di hujung jalan, maka tidaklah sulit untuk kembali ke pangkal jalan, iaitu melaksanakan semua program pembangunan negara dengan berlandaskan dasar-dasar negara yang telah difikirkan, dirancang dan dilaksanakan dengan jayanya selama ini. Usahlah kita mengalami nasib “Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”. Ingatlah juga kata orang tua-tua “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”.

Prof. Dr Awang Sariyan
Penyandang Kursi Pengajian Melayu Malaysia – China
Universiti Pengajian Asing Beijing

25 November 2008

Rabu, Disember 10, 2008

cakap cam orang ganu

Sebelum sampai seberang takir, aku risau sangat.
Boleh ke aku paham orang ganu cakap?
Teringatlah, istilah ikang, makang dll
Aku duk borak ngan orang ganu, alia namanya.
Aku suruh dia ajar cakap ganu.
Dia cakap kalau hujung n atau m, orang ganu akan tambah ng.
Kitorang pun cuba-cuba la cakap ganu.
Tergelak gila la..
Aduhai. Macam mana ni.. huh.
Tak elok gelak bahasa orang.

Waktu kat sana, aku pulak tercakap ganu.
Segala benda aku tambah g.
Tapi loghat ganu dia tak tekan sangat g tu.
Dia cam ada g tapi tak g yang ditekankan.
Contoh makang ikang. Kalau cakap sebut satu2 memang tak bunyi ganu.
Kalau lajulaju sebut, baru loghat ganu.
Dan takdela lawak sangat bunyinya.
Betul ke aku cakap ni??
Tapi memang seronok cakap bahasa ganu.

Tapi bila mak aku cakap dengan anak dia.
Laju gile.. kadang aku terpaksa tanya beberapa kali untuk paham.
Ada beberapa istilah baru belaja.
Tak emboh=tak mahu
Ada lagi satu aku tak ingat. Pasal ais.
Kalau kita nak order milo ais. Diorang sebut milo openg kot?
Wah seronok… syukur, aku belajar bahasa baru.