Memaparkan catatan dengan label peribadi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label peribadi. Papar semua catatan

Rabu, Mei 22, 2013

setelah setahun tidak masak

"setelah setahun tidak masak"

klik sini tulisan ku
2008 >> aku tak reti memasak
2012 >> restoranku 

mesti ramai yang kata, "teruknya budak ni"  "tak pandai memasak" "tak layak jadi calon suami"
apa yang anda nak kata, silakan, saya memang  tak reti memasak. tapi saya cuba belajar memasak.
meskipun banyak halangan untuk saya memasak. antaranya dapur di rumahku ada protokol dan syarat yang perlu dipatuhi untuk memasak. jadi, oleh kerana kerjanya amat rumit, aku tangguhkan keinginan memasak sehingga bertahun-tahun.

sudah lama tidak menjejakkan kaki ke dapur, alhamdulillah, semalam (Isnin 20 Mei 2013), Allah beri kesempatan untuk aku masak Maggi kari + perencah sendiri. ayam pakai nuget je. kalau sesiapa yang ada facebook saya, anda akan dapat lihat menu yang telah ku masak tahun 2011. masa tu umi dan abuya pergi haji. lihat dibawah menu 2011:
31 Oktober 2011 nasi goreng + kuchai + nuget = (kurang garam)

1 November 2011: tuna + nuget roti roll = sedap!!

3 November 2011: mihun goreng + sawi + udang = masin plak!

9 November 2011 - cucur berudang 

nilah sebabnya aku dilarang masak, sebab malas nak kemas. hehe...
untuk 20 Mei 2013 mempersembahkan magi kari + perencah sendiri + nuget:

sebelum memasak

perencah pakai kari adabi punya.

terliru den! abang awang kata kurang masin. hehe


# memasak itu mudah, kalau ada bahan-bahannya.
# puas bila dapat masak sendiri
# jimat duit, kurang dosa mengutuk makanan restoran

Jumaat, Mac 16, 2012

miserable 24

1. too much of unexpected work (not academic work) that ruins my research progress. I want to do my lab work and writing, but my responsibility as president of club and as research assistant to the lecturer, make me feel uncomfortable as long my responsibility work unfinish rather than completing my lab work. I feel miserable and dilemma.

2. to be urge by someone to use yahoo mail, but yahoo mail is worse ever mail I have been found. with lots of verification and cannot send to many emails.

3. and so on... (unhealthy mom, not attend to friendssss wedding celebration, accident case, candidate to propose)

As a conclusion:
  • close Facebook account for a while, eventhough it is not really related to this matter.
  • ask Allah for His guidance.

Isnin, Mac 12, 2012

Safari Malam

semasa dulu hingga sekarang, aku sangat teringin nak duduk lama di mana-mana zoo atau taman haiwan. nak perhati haiwan yang ada dengan puas, tapi semua lawatan sebelum ini tak tercapai. sekarang, aku safari malam di Zoo Taiping. tapi masih tak puas malah tak nampak dengan jelas. sebab gelap dan jauh. cuba lihat gambar di bawah ini:


tetapi keinginan untuk melihat makhluk Allah ini masih lagi terasa, ingin pergi lagi mungkin bersendirian atau berdua atau dengan keluarga. tetapi hasratku biarlah aku dapat lihat dengan puas, mungkin dari pagi hingga petang pun tidak mengapa. InsyaAllah.


p/s: naik tram. hmm... laju sangat.

Rabu, September 28, 2011

making room for others

dah lama sangat aku tak kemas kini.
serius rasa sesal dalam diri ini.
"Ya Allah kurniakanlah aku kesempatan dan semangat untuk aku menulis dan berkongsi pengalaman dengan sahabat2ku di blog ini"

1. aku mengenal sedikit tentang seorang ini dan ingin mencontohi sikapnya yang serba ingin tahu [akan google istilah yang tak difahami], istiqamah dalam melakukan sesuatu pekerjaan dan tidak bertangguh.

serius, aku berkenalan dengan beliau hampir 2 bulan, setiap kali dia tak faham/tak pernah dengar istilah, dia akan cepat2 cari peluang untuk cari makna istilah tersebut. aku tak sebagitu. kadang aku hanya cakap tak tahu dan aku tak berusaha untuk mengambil tahu. sebabnya, ia tak berkaitan dengan diriku. tetapi dia, sangat2 bagus.

apabila ada pekerjaan untuknya dia akan lakukan dengan 'gradually' beransur-ansur yang terancang sebelum tarikh tamat pekerjaan itu. meskipun sehari dia sempat buat sejam pun tetapi dia akan buat berterusan. bagusnya.

lagi satu, jika bukan masa bekerja juga (malam), dia akan menggunakan kemudahan internet untuk menimba ilmu. aku tak manfaatkan masa malamku untuk menimba ilmu kerana hanya fikir malam untuk berehat. tetapi bezanya, esok dia lebih berilmu. aku cemburu. aku hampir 10 bulan mahu memahamkan bidang itu, dia sudah faham hampir sebulan.

aku cemburu dan akan cuba mencontohi sikapnya. bukan faktor dia tidak banyak fokus kerja, tetapi faktor pengurusan masa. ye! siapa? rahsia la...

2. Making rooms for others. Allah will make space for you.
luangkan masa untuk lihat video ini. sangat bermanfaat untuk anda.
aku bila lihat video ini tanpa gangguan lain, aku merasa terkesan dengan nasihat sahabat ini. aku juga cuba mengaitkan diri untuk mengamalkannya. imaginasi. terasa sangat2 ingin mempermudahkan orang lain. jom!

Isnin, September 19, 2011

anak Dr. Faszley setahun

ni video aku melihat pensyarah aku dalam menyambut kegembiraan anaknya yang berusia setahun.
dah boleh berjalan. suka aku tengok.

p/s: memang benar, selepas berkahwin ini menjamin kebahagiaan tu untuk sentiasa hadir.
insyaAllah kerana Allah

taknak rugi!

apa khabar anda hari ini?
hari ini aku bakal kelam-kabut sebab ada 3 benda yang aku kena lakukan serentak.
pertama: pembentangan progres tesis
kedua: penjagaan booth kelab rakan taman UKM
ketiga: jamuan raya

kena belajar pengurusan masa daripada surah al-asr! huhu... aku taknak jadi rugi macam Pak Pandir.


Sabtu, Ogos 20, 2011

perempuan suka mendengar cerita

benarkah perempuan suka bila orang nak bercerita kepadanya?
nak cerita tapi takut nanti kamu semua (perempuan) kutuk saya.
"la, baru tahu ke? apalah?"

dah lama aku perasan, tapi aku tak faham.
tapi semasa sahur tadi, bila berdua je dengan Umi, baru aku perasan.
malahan, Umi suka juga bercerita.
wah, rupanya perempuan begitu. (rasanyalah kan?)
dan aku jarang jumpa lelaki yang suka dengar cerita.
hmm.. tapi kalau hal politik, lelaki suka dengar.
ditambah lagi dengan cerita politik dia. (betul ke?)

ada yang setuju?

Selasa, Julai 12, 2011

paling laju baca: takdir

nak cerita buku paling laju aku baca ialah:
Novel Takdir: Cahaya yang tidak terpadam - Hilal Asyraf


aku dalam tempoh pemulihan patah kaki ni yang mengambil tempoh 6 bulan untuk baik, mencari-cari buku yang baik untuk dibaca.
habis RM300 aku beli (hampir 20 buku aku kaut).
buku yang dibeli pelbagai genre.
tetapi aku memilih untuk baca Novel.
sebelum aku membeli sekaligus buku...
aku lihat dalam katalog galeri ilmu, aku nampak karya terbaru Hilal Asyraf.
berkira-kira juga nak beli ke tak.
namun, aku puas membaca Novel Sinergi tahun lepas.
aku membaca dengan kesungguhan, hanya 2 setengah hari aku baca.
terbaik!
mengimbau kenangan semasa membaca Sinergi, aku beli lagi novel2 persahabatan seperti Tautan Hati dan Syabab Musafir Kasih karya Fatimah Syarha.
namun, kedua-2 novel tu tidak mudah untuk aku baca dalam masa yang singkat. kurang melekat.

tetapi percayalah, setelah novel pertama yang aku baca dalam hidup iaitu Ayat-Ayat Cinta karya Habiburrahman, hanya sehari setengah.
siap aku highlight warna kuning ayat2 yang buat aku kagum.
terus aku lekat dengan novel bercorak islami.
aku belum jumpa lagi Novel Islami selain Fatimah Syarha, Hilal Asyraf dan Habiburrahman.
anda ada cadangan tak penulis yang buat novel islami?
teringin nak kembangkan pembacaan penulis2 lain.

Oh, berbalik kepada Novel Takdir:cahaya yang tidak terpadam - Hilal Asyraf.
mula-mula aku baca sinopsis belakang, hmmm...
tengok gambar pedang sebagai muka depan, pun aku hmm...
macam kurang menarik. aku letak tepi dulu.
aku capai novel Hero - Hilal Asyraf.
sinopsis dan muka depan sangat menarik.
namun, penilaian aku tidak tepat.
selera pembacaan aku tidak buat Hero, aku baca sedikit2 (sehari 1 bab).
aku tak rasa ketagih baca macam Sinergi atau Ayat-Ayat Cinta (AAC).
semasa aku pergi ke Melaka, selepas 4 bulan kaki aku dalam pemulihan kaki patah.
perjalanan yang memakan masa 2 jam, memberi aku kejutan.
novel apa ni, terbayang seperti baca Novel Harry Potter versi Bahasa Melayu yang pernah aku baca.
ketagih gila, sampai tak sabar nak tahu ending.
kisah Angkasa dalam pengembaraannya.
wah.... sangat terharu membaca novel ni.
penuh dengan nilai Islami. lagi2 dalam bab2 takdir.
meskipun karut ada kuasa2 sakti, tetapi ia adalah terbaik.
macam kisah Naruto yang aku tulis (komen) sebelum ni {klik sini}

apa lagi? tak caye?
ikut selera la, tapi memang aku teruja nak tunggu Takdir 2.

p/s: sinopsis - oh aku malas nak cerita, kang tak feel {klik sini kalau degil nak tahu}
penilaian aku novel best ni berdasarkan kelajuan aku membaca dan penghayatan.
kelajuan - sehari habis baca tu maksudnya aku baca dalam masa 2 hari. yang jadi sehari sebab aku dah tolak tidur, makan, solat, mandi, tengok TV dll.
penghayatan - aku boleh menitik air mata, atau banyak ayat2 yang memukau hati...

Ahad, Jun 12, 2011

jagalah amanah meskipun berat ep.2

kita kembali lagi...
bagi yang baru tiba, jangan baca artikel ni dulu.
klik episod 1 dulu {klik sini}


alkisahnya begini:
Umi, Abuya dan sepupuku ke rumah kawannya di Semenyih setelah sebulan tak ziarah motorku.
Umi terkejut dengan keadaan motor tu. tidak sama seperti dulu.
kawan abuyaku tiada di rumah, pergi kenduri kahwin.
yang ada dirumah itu, bapa dan anak lelakinya.
abuya aku bertanya kepada mereka, ada apa apa yang berlaku ke?
"motor ni memang macam ni sejak dibaiki dulu"
lalu kami pun pergi nak bawa balik motor.
sepupuku cakap rim dah macam gelong dan enjin dia bunyi teruk.
Umi tak sampai hati nak jual pada orang tu, namanya Y.
Umi, Abuya dan sepupuku singgah di bengkel motor di situ.
orang bengkel tu cakap:
"motor ni macam kena kemalangan.
saya pernah nampak budak tu naik motor ni.
saya ingatkan dia dah beli daripada abg."

lagi setengah jam Y akan datang ke Bangi. Y daripada Sungai Besi.
abuya ambil keputusan untuk baiki dulu dan tak sampai hati nak jual juga.
baiki lagi perlukan wang dan masa.
pertama, akibat tidak amanah telah menzalimi diri kami.

abuya menghubungi kawannya, tetapi tidak dijawab.
hanya SMS menyatakan minta kawan abuya bayar segala kos baiki semula.
kawan abuya membalas "Ya".
kedua, akibat tidak amanah telah menzalimi diri dia sendiri.

Abuya beritahu Y, motor tak dapat dijual kerana aku telah jatuhkan motor.
dengan kecewa, kami terpaksa menghampakan harapan Y dan keluarganya.
ketiga, akibat tidak amanah telah menzalimi diri kami dan Y sekeluarga.

Y dan isteri yang dalam perjalanan ke rumah kami, terpaksa berpatah balik.
masa dan harapan hangus begitu sahaja.
keempat, akibat tidak amanah telah menzalimi Y dan isteri.

kami pulang dengan tiada apa-apa hasil.
hanya kecewa yang dibawa pulang.
sepupuku juga minta diri untuk pulang ke asrama GMI.
masa untuknya mengulangkaji pelajaran.
kelima, akibat tidak amanah telah menzalimi sepupuku.

mungkin banyak lagi akibat tidak amanah.
tetapi ia sangat berkait untuk orang lain.
mungkin anda juga pernah mengalami perbuatan mazmumah ini.
kadang terfikir dalam diri, adakah sebab dosaku, orang lain sanggup membalas begitu kepada diriku.
namun, Allah itu maha pengasih dan pengampun.
aku memaafkan makcik (kawan abuya) dan mengambil iktibar daripada pengalaman ini.
dan aku tidak mahu, aku menjadi tidak amanah dan menzalimi orang lain pula.

hmm.. sekian.
harap kalau sahabat2 ada amanahku yang tidak dilaksanakan dengan baik, tolong beritahu aku ye. jangan pendam2. kadang aku lupa.

p/s: teringat doa Nabi Yunus semasa dalam perut ikan Nun:
"Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang Zalim."
kenapa Nabi Yunus mengatakan dia Zalim?

jagalah amanah meskipun berat


jagalah amanah meskipun berat.
amanah itukan pelbagai. betul tak?
dalam bahasa mudah, bagiku amanah adalah suatu kepercayaan yang diberikan kepada seseorang itu untuk dia menjaganya atau melaksanakannya.
bagaimana pandangan anda?
orang yang tidak amanah adalah orang yang zalim.
betul tak?
perihal bab zalim ini bukan setakat membunuh orang.
malah hal kecil pun kita boleh dikira zalim.
contohnya mengambil pen orang dengan alasan pinjam tanpa tuannya tahu.
bila tuannya cari pen bagai nak gila untuk jawab peperiksaan, kita senang2 je pakai dia punya pen. zalim lah tu kan?
dan akibat zalim menyebabkan orang lain pun turut terkena tempiasnya.
dan kalau orang tu berjanji dengan kita dengan pelbagai harapan dan membina impian buat kita, namun bila tak dapat ditunaikan, pastilah kita terasa dizalimi. betul tak?
hmm.. ini yang nak cerita kat antum semua.
hari ini aku belajar tentang orang yang tidak amanah dengan zalim.

ingat lagi kisah aku kemalangan yang bersiri-siri? {klik sini}
motorku telah dibaiki dengan sangat baik.
Rm1600 habis dibayar untuk rawatan dan pembedahan terhadap motor kesayangan ku ini.
abuya (ayah)ku sempat melihat keadaan motor yang menjadi mangsa kecuaian aku.
alhamdulillah sangat baik dan cantik.
memikirkan tiada cara menghantar ke rumahku (Bangi) semula.
abuyaku letak sementara di rumah kawannya di Semenyih (berdekatan dengan bengkel).

hampir sebulan berlalu, abuya dan aku bercadang hendak menjual motor ini.
yakin dengan keadaan motor yang baik itu, selayak aku jualkan.
elok untuk aku fikirkan kenderaan lain.
Mudah.my memudahkan aku. abuyaku mendapat 8 panggilan atau lebih.
orang yang pertama yang menjadi pilihan abuya.
seorang yang sangat memerlukan motorsikal untuk mempermudahkan pengangkutan ke tempat kerjanya.
aku lega mendengarnya kerana motorku ada pembelinya.

hari pertemuan telah ditetapkan.
abuyaku meminta bantuan sepupuku di German Malaysian Institute (GMI) untuk membawa motor dari Semenyih ke Bangi.
menjelang lagi 2 hari peperiksaan akhirnya, sepupuku sanggup membantu.
semua berjalan lancar. syukur Alhamdulillah.

aku yang di rumah. hanya menunggu khabar motorku dari Umiku.
sebaik sahaja mendapat panggilan, kedengaran suara Umi yang resah.

bersambung.... {klik sini}

Khamis, Mei 19, 2011

dalam mihrab cinta


sedap tajuk ini, dalam mihrab cinta.
aku tak faham apa itu mihrab, hanya pernah dengar mihrab.
oh ye, kalau tak salah ada mihrab dalam masjid.
jap, kita cek DBP.
ye. tepat, tempat imam bersembahyang atau bahagian masjid yang menganjur ke arah kiblat.

pasti ada yang sudah tahu, tajuk ini adalah tajuk filem Habiburrahman El-Shirazy.
yang terkenal dengan novel Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih.
aku hanya beli novel Ayat-Ayat Cinta dan itulah kali pertama aku baca novel islami.
sangat baik pengisiannya.
dan filem Ketika Cinta Bertasbih (KCB) pun aku tengok melalui Youtube.
sangat cantik pengisian, dan membuat aku tak sabar nak beli novel KCB.

Dalam Mihrab Cinta (DMC) aku lagi tidak tahu menahu.
pertama kali lihat di makmal, En. R sedang menonton DMC di Youtube dengan penuh khusyuk.
masa tu tak tertarik langsung.
tetapi kali kedua aku menjadi sangat nak tengok bila ada status kawan di Facebook tentang kes sumpah dalam DMC. aku tengok dan sangat terkesan.
habis 8 bahagian DMC aku hayati.
cuma yang menjadi persoalan, adakah halal hasil copet yang telah dikembalikan?
hehe. anda faham?
tak faham, anda kena tengok!
[klik sini]

p/s: sangat menarik bila, Allah menjaga aib kita daripada diketahui orang lain meskipun kita masih belum bertaubat. malahan Allah tambah rezeki pada Shamsul setelah dia bertaubat setaubatnya. oh.. Allah Maha Adil. manusia pula sibuk dedah aib orang!


Sabtu, Mei 07, 2011

antara tulang dan besi

"umi ada cerita nak cerita kat kamu untuk pengajaran kamu"
umi yang baru pulang daripada semenyih bersama abuya.
semenyih, rumah peguam aku untuk kes kemalangan ni.
melihat motor aku yang telah siap dibaiki.
seram sejuk aku dengar kata2 umi ni tadi.
suspen dengan muka umi yang mencemaskan.

aku 21 Mac - 30 Mac, aku di wad 1, katil 11 (kalau tak salah).
katil nombor 8, Z, pelajar Tingkatan 5 SMK Saujana Impian (kalau tak salah)
dia pun patah kaki dan tangan, lebih teruk daripada aku.
selama 10 hari di Hospital Kajang, agak rapat lah dengan dia.
remaja lagi, memang tak reti duduk diam.
aku keluar hospital dulu daripada dia, dan aku sempat minta nombor telefon Zaidil.

hampir sebulan setengah aku di rumah.
bosan itu biasa bagiku.
tapi aku yang 23 tahun, sudah mengerti nak isi kekosongan diri.
aku capai AlQuran, Facebook, jurnal dan buku2 untuk dibaca.
kalau anda bagaimana anda isi bosan anda?

"masa mak dia tiada di rumah, Z bosan agaknya. jadi dia keluar rumah.
mungkin dia rasa ah elok skit, tu yang keluar jugak.
ala... rumah flat tingkat 4. tak tahulah, mungkin jatuh tangga.
besi dalam peha tu bengkok"
tergamam aku mendengar cerita umi aku ni.
umi menyambung lagi...
"Z masuk balik Wad. kena bedah lagi sekali 15 Mei ni. lambat lagi tuh"
aku seram sejuk.

malam tadi, umi nak dapatkan kepastian daripada mak si Z.
umi call mak si Z.
menurut umi besi tu patah, bukan bengkok.
Allah, sakitnya! aku terbayang lagi sekali kesakitan kaki yang patah dan hendak masuk kereta.
bagi Z, mungkin lebih perit. tulang dan besi patah.

akhirnya pesanan umi...
"kamu fikirlah baik2 nak masuk makmal minggu depan tiap2 hari."
"kamu tu belum baik sepenuhnya, ikutlah cakap Doktor."
aku senyap akur. terpaku membisu.
hanya Allah yang tahu keperitan amat!
semoga Z cepat sembuh.... duhai adik.


pertama kali dapat biasiswa

deringan telefon bimbit berbunyi.
Nabilah Mohamad, rakan sekuliah (coursemate) dan rakan semakmal (labmate) aku.
kenapa la, dia call petang2 ni.
"aku nak tanya... eh.. nak beritahu kot."
"apa dia?"
"ke ko dah tahu yang ko dapat Zamalah?" dia buat suspens.
"hah??"
{klik link keputusan Zamalah}

empat bulan lepas, aku sangat kesempitan wang untuk sambung belajar Masters (ijazah sarjana) di UKM.
almaklumlah, RM1600 yuran pengajian untuk satu semester.
dengan cengkaman hutang PTPTN semasa Degree (ijazah sarjanamuda).
RM21K aku pinjam, kena bayar balik RM24K.
masih menunggu kelulusan 1% Ujrah ~
bayangkan RM 300 aku kena simpan setiap bulan untuk tampung yuran Masters 1 semester.
dan RM100 (minima) untuk bayar hutang bulanan PTPTN.
peluang Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kepada mahasiswa.
MyBrain15. terbaik. aku bersemangat!

dua bulan lepas, kesempitan masih lagi menghantui.
UKM membuka peluang kepada pelajarnya untuk memohon Zamalah.
Zamalah macam biasiswa juga, cuma beza skit.
aku cuba mohon, tetapi aku menjadi lemah semangat.
Zamalah sama macam MyBrain15, merumitkan!
aku jenis yang malas nak birokrasi sangat.
[DBP]
birokrasi ialah proses atau urusan kerja, terutamanya yg melibatkan pihak kerajaan atau agensi kerajaan, yg mengambil masa yg sangat lama kerana terpaksa melalui berbagai-bagai peraturan, peringkat-peringkat kelulusan dsb sebelum sesuatu permohonan atau perkara dpt diluluskan atau dilaksanakan.
...............................
isi borang tu, isi borang ni, sijil sana, sijil sini, medical check up, gambar pasport.
entahlah, aku perlu masa untuk mengisi borang yang sebegini.
masalah lambakan kerja makmal yang membuat aku malas nak isi borang ini.

yup. nak berjaya kena berusaha. ye tak?
kalau malas, mana nak dapat.
aku akur, kawan semakmal aku selalu bising ngan aku.
sabar jelah.
dengan kata inspirasi Abg Ruzi....
"kalau kamu bertiga dapat, kena belanja makan kambing golek"
terus semangat aku isi.

21 Mac, kemalangan yang berlaku.
aku tak fikir dah pasal biasiswa.
hanya fikir camne nak belajar dan nak sembuh.
hampir aku lupakan Zamalah, namun panggilan itu yang mengejutkan aku!
alhamdulillah....syukurnya.
tersenyum lebar aku tengok muka Umi.
"rasa macam nak peluk Umi je"
hehe..... syukur kepada Allah atas kurnia nikmat ini.
berjanji: aku nak belajar rajin2!
UKM tak salah pilih aku!!!

Selasa, Mei 03, 2011

royal wedding dilesukan?

pernahkah anda... ?
tertanya-tanya pada diri kenapa aku buat benda ini?
sedangkan benda yang dibuat itu hanya sia-sia.
membazir masa anda buat benda tu.
terasa menyesal dan lemah lutut mengenangkan perkara sia-sia ini.
hmmm... takpelah, anda mungkin tak rasa kot.

cerita hangat minggu lepas di seluruh dunia.
semua menyaksikan perkahwinan diraja secara langsung.
aku turut tak melepaskan peluang ini.
sesak yang teramat di bumi London.
ada yang sanggup tidur di jalanan semata-mata hendak mendapat posisi yang jelas.
aku turut melihat banyak wartawan dan polis di merata-rata.
pagi yang cukup indah di bumi London.
solat subuh yang tenang dan kemudian aku bergerak ke Istana Buckingham.
hampir 3 jam menunggu kelibat putera William dari istana.
hanya gelagat manusia di sini yang dapat ku lihat.

sudah jam 3 petang, aku terus buka NTV7.
punya tak sabar, aku asyik melihat perbualan wartawan BBC.
namun, solat Asar perlu juga aku dahulukan.
tinggalkan sebentar.
hampir jam 5 petang, baru aku nampak kelibat Putera William dan Putera Harry keluar dari Istana. dengan kereta diraja yang sangat unik.
Putera Charles dan Camilla pula keluar istana.
mak Kate Middleton dan adik Kate, James Middleton.
Queen Elizabeth dan King Phillips pula meninggalkan istana.
di kaca televisyen, aku amati tetamu di gereja Abby. semua tak kenal.
kecuali David Beckham dan Elton John.
opss... ada yang bertudung.
aku tengok betul2 lagi sekali.
yeah, tepat sekali, Duli Yang Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin dan Pemaisuri.
hebat!

hampir jam 7 malam waktu Malaysia.
aku tersedar semasa nak mengambil wudu' untuk solat Maghrib.
kenapa aku sanggup tengok perkahwinan ini?
apa aku dapat?
kerap kali aku fikir dan terus berfikir.
anda?
apa yang anda dapat dengan menyaksikan perkahwinan diraja British ini?
adakah hanya kerana Royal Wedding ini dipromosi dengan begitu hebat, membuat kita terpengaruh untuk menyaksikannya.
dengan alasan, tak nak terlepas peristiwa bersejarah?
andai Royal Wedding dilesukan, apakah sambutan sebegini juga?
dan kini, apa aku dan kamu dapat?


setelah berfikir, aku perlu betulkan pemikiran aku.
aku melihat Perkahwinan Diraja ini hanyalah untuk melihat budaya Barat.
ternyata, aku terasa beruntung dilahirkan dalam Islam.
entah kenapa, aku melihat gereja Abby seperti suatu yang tidak sehebat masjid.
bayangkan, gereja yang sangat besar dengan boleh memuatkan 1000 orang duduk di atas kerusi tetapi hanya digunakan untuk sekali sekala.
melihatkan Masjid sebagai Rumah Allah yang sentiasa dipenuhi (meskipun paling ramai hari Jumaat).
mendengar lagu ketuhanan kristian juga membuat aku bertambah bersyukur menjadi Muslim yang boleh membaca AlQuran dan memahami maknanya.
melihatkan upacara pernikahan kristian, aku berasa lebih sucinya ikatan pernikahan dalam Islam, tanpa perlu tok imam pegang tangan bakal isteri aku.
menilai kembali semua ini, aku berasa sangat beruntung menjadi seorang Muslim.
Allah sangat menjaga ikatan pernikahan dalam Islam.
syukur alhamdulillah....

Rabu, April 27, 2011

ingatan buat diriku ep.6




episod 1 - permulaan {klik sini}
episod 2 - perjalanan {klik sini}
episod 3 - sesaat ini {klik sini}
episod 4 - angkat {klik sini}
episod 5 - hospital kajang
{klik sini}

episod 6 - solat

sebelum aku bercerita, aku tertarik dengan lagu band Gigi.
anda pernah dengar lagu mereka, 'beribadah yok'?
lagunya sedikit rancak, dengan lirik mengajak kita solat tanpa banyak alasan.
{klik sini band Gigi - beribadah yok!}

orang yang datang menziarah aku banyak tanya, bagaimana aku solat.
pasti sahabat2 pun ingin tahu.
sebelum aku bercerita perihal solat, mari lihat situasi berlaku.

1. aku kemalangan jam 1 petang, belum azan Zohor. di hospital kajang dalam keadaan perit dan menyakitkan, aku tak berdaya hendak berwudhu' dan duduk. tangan juga tidak mampu aku gerakkan. aku solat seperti biasa namun dengan menggunakan isyarat mata. dengan tujuan menghormati waktu. maksudnya, aku kena qadha' solatku selepas sihat atau mampu berwudhu'.

2. setelah diluruskan kaki aku dengan keadaan perit, aku keperitan amat lagi setelah diminta mengengsot dari katil ke katil. sebab? aku berat. aku segan nak menyusahkan mereka, tetapi engsotan sangat ..... {wallahualam}. di katil nombor 11 wad 1, hospital kajang. aku hanya boleh baring, tidak mampu lagi duduk. syukur sedikit, katil di wad ini boleh dinaikkan kepala katil. dan di atas katil inilah aku kencing dan berak, setiap pagi, pasti jururawat akan tukar cadar baru. jadi dikhuatiri tempatku bernajis. aku masih solat menghormati waktu, tetapi secara duduk. masih perlu aku menggantikan solatku ini apabila sihat.

hampir 10 hari aku telah qadha'kan solatku. kira2:
10 x 2 rakaat = 20
10 x 4 rakaat = 40
10 x 4 rakaat = 40
10 x 3 rakaat = 30
10 x 4 rakaat = 40
jumlah rakaat = 170 rakaat = 9 hari solat terawih 20 rakaat di bulan ramadhan.

3. aku telah disimenkan tangan kiri aku. menurut kata ini bukan simen, tetapi yang dibalut itu adalah Plaster of Paris (POP). kalau simen betul, memang berat. tangan kiri memang salah satu anggota wajib wudhu'. namun, doktor kata jangan basahkan POP ini. jadi aku telah mengambil waudhu' seperti biasa tetapi bila sampai tangan berbalut, aku lap anggota tayamum, dan tayamum sebentar. selepas selesai tayamum, barulah aku sambung wudhu' air pada kepala dan kaki. seterusnya melakukan solat duduk. sehingga kini aku belum mampu berdiri.

nak rujuk JAKIM pun leh {klik sini}

secara terus terang, sangat perit solat di kala sakit.
betapa nikmatnya orang sihat dapat bersolat.
sahabat2ku, solatlah kalian.
sangatlah nikmat ketika sihat untuk solat.
jangan sampai hilang nikmat itu!

bersambung....

Selasa, April 26, 2011

ingatan buat diriku ep.5


episod 1 - permulaan {klik sini}
episod 2 - perjalanan {klik sini}
episod 3 - sesaat ini {klik sini}
episod 4 - angkat {klik sini}

episod 5 - hospital kajang

perjalanan ke Hospital Kajang sangat memeritkan dengan pelbagai lubang, bonggol, trafik dan lain-lain.
Doktor yang membawaku telah menghubungi umi.
pada awalnya aku sangat risau untuk beritahu umi. aku hendak berikan nombor telefon En Ruzi, pegawai di makmal aku. namun aku tidak hafal nambornya.
aku berikan nombor abuya, tetapi abuya tidak menjawab panggilan.
dengan berat hati aku berikan nombor telefon umi.
teringat aku kisah kemalangan dulu, bagaimana bimbangnya umi.
{pernah kemalangan jugak ke dulu? klik sini untuk baca}

sampainya di sana aku diangkat sekali lagi ke troli pesakit dan dimasukkan ke bahagian kecemasan.
ingin dipendekkan cerita yang menyakitkan, aku yang masih duduk mengiring di bahu kiri, telah diminta untuk menahan kesakitan lagi.
kenapa?
suatu penarikan kaki kanan agar dalam keadaan lurus. Allah...........
saat menulis ini masih terasa kesakitan yang teramat sangat.
X-ray telah dilakukan pada kaki dan tangan.
doktor pakar tulang datang dan berkata aku telah patah peha kanan.
tulang peha merupakan tulang terkuat telah patah 3. dan pergelangan tangan kiriku pula retak.

banyak ingatan Allah yang aku peroleh dalam insiden ini.
akan ku kongsikan lagi. bukan untuk dirimu, tetapi untuk ingatanku lain kali. agar aku merasa kembali kenangan ini.

teringat tulisan aku yang dulu. 2 tahun lepas {klik sini}
andaiku mati tidak beriman, atau dalam perjalanan yang tidak baik?
nauzubillahiminzalik.
aku takut sahabat2, saat di wad kecemasan ini aku masih terus bersyukur pada Allah atas nikmat yang masih diberikan.

insyaAllah bersambung....


ingatan buat diriku ep.4


episod 1 - permulaan {klik sini}
episod 2 - perjalanan {klik sini}
episod 3 - sesaat ini {klik sini}

episod 4 - angkat

aku nampak kelibat lelaki datang menghampiriku.
"adik boleh bangun tak dik?"
"tak boleh gerak kaki abg.." sambil aku menangis.
tangisan yang tak dapat aku zahirkan mengapa.......
"adik jangan gerak ye dik, apa minta bantuan"
topi keledar aku dibuka, dan abg itu letakkan bantal pada kepala aku.
bantal? aku tak pasti, tapi macam sesuatu seperti bantal.
aku terus menerus lafaz Allahuakbar.
aku cuba gerakkan kaki lagi.
masih tak boleh gerak walau sedikit.
"apakah aku lumpuh ya Allah?"

ada kereta menghampiriku. seorang kakak menghampiri aku.
"adik, yang mana sakit?"
"kaki tak boleh gerak kak" dengan payah aku cakap.
"akak hantar kamu ke hospital, tahan sikit ye, kami angkat kamu masuk kereta"
aku dapat lihat ada hampir 6 lelaki datang hampir kepadaku.
setiap mereka mengambil posisi untuk mengangkatku.

tatkala mereka mengangkat aku, Allah.................
sakit yang teramat...
menjerit menahan kesakitan yang teramat.
dalam kereta, alhamdulillah, tetapi kesakitan diangkat masih terasa.
masih terus aku cuba ingat Allah.
aku tidak mahu putus ingat Tuhan.
"berat juga adik ni" aku terdengar seorang abg berkata semasa aku diangkat.
aku akui, malah aku kesal aku berat sebegini.
merasa serba salah menyusahkan orang lain.

"adik nak pergi hospital mana dik? hospital kajang atau serdang?"
aku tak boleh berfikir panjang.
"hospital kajang, kak"
aku masih mengerang kesakitan semasa suami akak ini mulai memandu.
"adik tahan ye dik"
"akak doktor kat Hospital Kuala Lumpur, kebetulan hantar anak akak pergi sekolah tadi"
"adik belajar ke atau kerja?"
dalam menahan kesakitan, aku cuba menjawab soalan akak itu.
aku bersyukur ada akak ni yang sudi bawa aku ke hospital.

bersambung....{klik ep5}

ingatan buat diriku ep.3


episod 1 {klik sini}
episod 2
{klik sini}

aku tersedar, aku membukakan mataku.

aku lihat jalan raya yang hitam kelabu dekat di pipiku.

aku sedar, aku teringat aku di atas jalan raya.

jalan raya, jalan besar. aku di jalan besar!

aku terbaring mengiring di bahu kiri.

sambil kaki kanan di atas kaki kiriku.
aku cuba.
aku cuba untuk berdiri dan berlari ke tepi.

aku sedar sesuatu, kakiku kebas, tidak terasa apa.

aku cuba lagi untuk merasai kakiku...

aku tidak merasakan kakiku.

apakah aku lumpuh? Allah..................


aku kelu, akalku buntu.

hatiku meruntun aku ingat yang satu, Allah.

berserah pada Ilahi, lidah lafaz Allahuakbar berkali2...

kerap juga aku mengucap syahadah.

'la ila ha illallah, muhammad rasulullah'
aku takut sangat...

seorang diri di atas jalan raya.

apakah nyawaku di sini akhirnya?

beribu kali lintasan akalku mencemaskan aku.

cemas...

bersediakah aku mati pada masa ini?

cukupkah amalanku untuk aku bertemuNya?

apakah ada kereta menyusul melanggar aku yang terbaring ini?

apakah aku.... dan adakah aku... ?


segalanya terfikir sesaat selepas kemalangan ini.

aku hanya sempat menangis, mengingati mati menanti.

merasa luluh segalanya, segala apa dosa terimbau.

hanya sesaat ini aku ada untuk mohon keampunan padaNya.

hanya sesaat ini aku ada untuk mohon pertolongan padaNya.

mengharap belas kasihan Allah di saat ini.

mengharap masa hidup dipanjangkan Allah lagi...

mengharap masih ada harapan untuk aku memohon keampunan kepada Allah.

sesaat ini aku menangis dan merayu..........
kepada Allah yang satu.

bersambung ....{klik sini ep4}

ingatan buat diriku ep.2

episod 1 {klik sini}

kembali semula ke makmal palinologi dengan muka tidak selesa.
berjumpa dengan Dr. Noraini sebentar untuk bertanyakan tentang projek geran.
namun, Dr. kata esok akan dibincangkan dengan Dr. Jalifah, aku kena ada esok.
Dr. Noraini ajak makan bersama tetapi jam 12.30 tengahari.
Dr. memahami, aku segera keluar dari pintu UKM untuk mengambil umi daripada sekolah.

motor kesayangan aku yang bernombor plat WPS 2547 seperti biasa.
aku memandu dengan normal 60 km/jam di jalan yang lurus ke Surau Jubli Perak Seksyen 4.
umi seperti biasa menungguku di bilik guru bersama Ustazah Salmah dan Ustazah Faridah.
dan aku yang sentiasa bawa 2 topi keledar menanti di depan pintu bilik guru dengan wajah senyum, namun sedikit letih.

terus memandu pulang ke Seksyen 7.
seperti biasa soalanku kepada umi.
"umi nak beli makanan kat mana?"
Umi sentiasa bertanya "nak balik cepat ke makmal ke?"
aku mengiyakan, aku mahu segera ke makmal.
umi mengajak makan sekali, tetapi entah kenapa aku kurang berselera.
aku menolak permintaan umi untuk makan bersama di Restoran Urat Keting, di seksyen 7.
umi hanya tapau makanan untuk di makan di rumah.
inilah rutin harianku dan umi. kadangkala kami makan tengahari bersama, kadangkala tidak bersama.
terus aku menghantar umi ke kawasan perumahan flat aku.
selepas bersalam cium tangan, aku terus ke UKM.

entah kenapa masih berasa kurang selesa.
jalan agak lengang, hanya aku seorang di atas jalan yang lurus.
merasakan ganjil juga, tetapi hati terus merasa tak sedap.
menghampiri simpang nak ke seksyen 3, maka terjadilah sesuatu....

bersambung... {klik sini ep3}