Memaparkan catatan dengan label facebook. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label facebook. Papar semua catatan

Ahad, Oktober 24, 2010

jahil dan ustaz Ibrahim

jangan kita jadi orang jahil. tuntutlah ilmu

komentar di laman sesawang facebook.com


aku terpaksa balik awal daripada kuliah ini untuk membeli makanan malam untuk umi. tak dapat dengar penuh. tapi jam 9 malam aku bersama Abg Ruzi pergi ke kedai Ustaz Yem.


memang sangat suka dengan Ustaz Ibrahim. gambarnya tiada. tapi jika anda nak kenal atau nak berurut, boleh saya kenalkan. tempat di Kajang.


kemas bilik

ini bukan bilik aku. contoh bilik yang bersepah

komentar di laman facebook.com


bagaimana pula bilik anda?
adakah anda yakin dengan bilik yang kemas dan tersusun akan membuat minda kita tenang?

Jumaat, Oktober 22, 2010

anak kecil berlari


komentar di facebook.com:


ketika solat isyak, anak seorang hamba Allah, perempuan berasa pelik dengan orang yang berdiri tegak tanpa pergerakan. dia tengok daripada tepi, dan kemudian berjalan2 sepanjang barisan saf, sambil tengok setiap orang. sampai pada bapanya, dia peluk kaki ayahnya.

pada pandangan sahabat2, adakah cara kita nak elak kanak2 kecil menggangu solat kita. dalam pada masa yang sama, kita nak galakkan dari kecil mereka ke surau/ masjid.

1. aku terfikirkan, nurseri di masjid. kita upah wanita haid untuk menjaga anak2.
2. selain tu, buat bilik permainan mini terutama yang gelongsor dalam masjid. dan ada yang menjaga bilik tu.


Jumaat, Oktober 01, 2010

motor cuba dicuri


komentar di facebook.com

apa pandangan sahabat2?

  1. aku merasakan dia nak mencuri dan angkut bawa lari motor tu.
  2. tetapi mungkin kawasan parkir tu agak terbuka, mungkin ada ramai lalu lalang, jadi dia rasa tidak selamat.
  3. dia pun lari dan tak sempat nak curi.
  4. kalau ada CCTV mungkin dia tak buat.
  5. kalau dia mengetahui ada Allah melihat, pasti dia takkan berani melakukannya!

berzina & bunuh

komentar di facebook.com

apa pandangan sahabat2?

  1. lelaki yang dibunuh tu yang tak sempat bertaubat - nauzubillahiminzalik (minta dijauhkan).
  2. harap si isteri dapat bertaubat segera. meskipun membunuh adalah dosa besar, tetapi kalau dah amarah vs cemburu berganda2, akal memang tak mampu berfikir lagi kesan tindakan. hmm... kawallah amarah kita...

Khamis, April 15, 2010

koleksi facebook 3


koleksi facebook 3

1. bangga dengan kata2 Wan Muhammad Syafiq. sebab aku orang Bangi! ~ " jangan datang bangi kalau nak buat maksiat..kami nak exam..jgn kotorkan tmpat kami"

2. Azah Tiffani mengungkap kata kepada lelaki yang gatal ~ "Sorong Papan tertarik Besi, Turun kelaut tertangkap buntal, Sebelum berkahwin setia berjanji, Kenapa dah kawin masih menggatal..."

3. akhi Wasif Wan menulis di wall ~ "Bercakap benar di dalam sebuah negara yang penuh dengan kezaliman dan penindasan ialah satu jihad. Bercakap benar dalam sebuah negara kuku besi adalah langkah revolusi.-Hishamuddin Rais"

4. tatkala mentari nian melabuh. hujan renyai-renyai meluruh. sang pelangi menampak tubuh. petanda hari semakin lusuh. menanti bulan datang menyuluh.

5. naik semangat bila baca wall Adeqasyah Azfar ~ "Hela nafas.... Mencari ketenangan, agar datang kefahaman, sampai datang keinginan, menjawab peperiksaan dengan keyakinan... wuuu. :-) [FOKUS!]"

6. dinasihati oleh akh Muhammad Hussaini Khairudin "Berzikirlah, sebanyak yang kau mampu. Agar kemenangan jadi milikmu"

7. Noraini Mn ~ jika saya seorang lelaki yang 'gagah perkasa', saya tidak akan membiarkan kaum wanita yang lemah berdiri sedangkan saya duduk dgn senang dalam kenderaan awam....hmm [via Celcom SMS

8. Nurul Izzati Izyan menasihati aku ~ "sangat terkesan dengan petikan ayt2 Allah y bermksud " wahai org2 y beriman! mgapakah kamu mengatakan apa y tdk kamu kerjakan, sgtlah dibenci di cc Allah jika kamu mengatakn apa2 y tidak kamu kerjakan" (61:2-3) MashaAllah..Astagfirullah..berhati2lah dlm berkata2..ssungguhnya Allah akan uji stiap apa y kta perkatakan♥"

9. ke SERI SEMI ABIM. tak pernah melihat keadaan yang sangat ceria antara murid dan cikgu. hubungan yang sangat rapat dan guru yang bermesra dengan ibubapa murid. ditawar juga jadi cikgu realif (betul ke ejaan?). ~ "maaf, tak termampu saya."

10. Muhammad Aliya Imaduddin berkata" Orang yang beriman dan beramal sholeh, merekalah yang sebenarnya merasakan manisnya kehidupan dan kebahagiaan karena hatinya yang selalu tenang. Walaupun mungkin engkau melihat kehidupan mereka begitu sederhana, bahkan sangat kekurangan harta. Namun jika engkau melihat jauh, engkau akan mengetahui bahwa merekalah orang-orang yang paling berbahagia. "


terima kasih sahabat2

Isnin, April 12, 2010

koleksi facebook aku 2


koleksi facebook aku 2:

1. terima kasih buat adikku Muhammad Aliya Imaduddin ~ "Jagalah Hatiku,Lisanku,dan perbuatanku"


2. "diri ini leka bila hati alpa. diri ini kuat bila hati hebat." sekian untuk hari ini. Assalamualaikum wbt.


3. oh ye.. lupa nak bagitau ~ kaku melihat NatGeo kat TV1 jam 7malam tadi. melopong melihat kuasa Pencipta hidupan di bawah lautan Celebes, Filipina. ~ hebat juga mereka krew NatGeo yang berusaha untuk mencari keajaiban Ilahi, tapi malang, mereka tak mengenal Pencipta. Alhamdulillah buat mereka yang mengenal Pencipta dirinya. diaorang mencari adakah ada hidupan di dasar laut yang tidak pernah diterokai manusia sebelum ni.
memang dalam dan mereka menjumpai banyak sampah2 daripada manusia. yang tersimpan disitu. keji manusia yang buang sampah ke laut, akhirnya termendap disitu. kemudian, ada hidupan2 yang subhanallah.. seninya. tak boleh ana nak gambarkan. terlalu kagum dan wah... unexpected..


4. Lina Mursyidah kata "jgn takut pada exam.. exam hanyalah rutin n prosedur. kita menuntut ilmu untuk mengenal kehidupan. jadi, enjoy your study!" - crdit to abg suhail.. tambahan dari Lina : dan bila mengenal kehidupan ia akan membawa kita kepada lebih mengenal Tuhan..SEGALANYA akan kembali pada Allah..apa sahaja di dunia ini jika difikir2, endingnya kita akan temui ALLAH..


5. tertarik kata2 kawan di email fajar_husnuzon@yahoo.com - "Jangan terlalu memandang bintang di langit hingga kita terlupa rumput di bumi."


6. merasakan diri ini pun sudah banyak benda nak fikir. apatah lagi bila usia seperti akak Nurazilah Bt Abu Bakar ~ "Bila umur semakin meningkat......mcm2 nak kena ingat....."


terima kasih sahabat2.

Ahad, April 11, 2010

koleksi shout facebook 1




koleksi shout facebook di wall aku sejak 2 april - 4 april 2010:


1. terkesima membaca wall akak Sahida Binti Abdul Wahid ~ "Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

2. betul2.. kalau kita marah2 masa masak, maka, makanan tu pun jadi tak berkat dan tak sedap. bila kita zikir, ada keberkatan bila makan. Subhanallah

3. terbanglah tinggi wahai diri, menggapai awan yang memutih, meredah deruan angin lalu, sambil meng'agung' yang Maha Tinggi.

4. terima kasih Appleboy Lemon ~ "Xsume y kte nk kte dpt....sbb ada y mcatur utk kte...Pencatur Y Maha Mengetahui apa y tbaik buat kte...maka bruntunglah klu kte bsyukur dgn apa y ada...hikmahnya pasti tsingkap jua.."

5. pinjam kata abg Awang Armadajaya Pengiran Mahmud "in remembering that death is near, we will reaffirm our connections to the Supreme Lord that we are His servants and that He is Lord so we must obey Him....."

6. nama itu suatu doa untuk kita. gelaran untuk nama kita juga adalah doa untuk kita. jika nama kita dipermainkan, atau digelarkan untuk gurauan, itu pun doa. elakkan gelaran yang tidak baik ~ contoh: nama asal Syafiq, orang panggil 'apek' atau 'senget'.

7. biar bumi terbelah dua, asal hati terikat dengan DIA.

8. berperasaan seperti Mohd Safarudin Jhinku ~" tak suka debat...bilamana seseorang hanya mempertahankan hujahnya untuk kepentingan peribadi..sedangkan kebenaran itu di ketepikan...kebenaran tetap kebenaran...yang benar sering kecundang...sungguh tidak adil !!!..."

9. Awang Armadajaya Pengiran Mahmud in remembering that death is near, we will reaffirm our connections to the Supreme Lord that we are His servants and that He is Lord so we must obey Him.....

10. Ya Allah syurga Mu sangat indah hingga tak terkapai pemikiran. tempat para nabi, Rasulullah, khulafa rasyidin dan ilmuwan Islam. apakah pengorbananku ini sudah cukup untuk bersama mereka? pasti TIDAK CUKUP, aku perlu lebih kuat lagi!!

11. hidup bukan untuk dunia semata2. hiduplah untuk berhibur di akhirat. berhibur yang abadi.

12. "berhiburlah" selagi boleh, sebelum maut memanggil mari. kerna maut itu tiba2 dan bila2. bukan dinanti dan bukan diminta.

terima kasih sahabat2...

Jumaat, Disember 11, 2009

jamal jee abdullah

"apa orang cina buat di masjid?"

jam 12 tengahari, aku keluar dari masjid UKM.
seorang cina memanggil aku, dalam muka yang resah.
kenapa dia panggil aku? hatiku bertanya.
dia terus berbicara.
aku tak mengerti...
"nak jumpa pegawai tapi dia kata harini cuti"
fahaman aku yang pertama ~ dia nak jumpa pegawai pusat islam.
tapi pegawai itu tak ada, sebab hari ni selangor cuti.
"saya nak minta sumbangan dari masjid tapi dia tak bagi"
dengan muka yang amat penat dan muram, dia keluarkan sijil dan kad.
aku belek, oh, ada surat sumbangan dari jabatan agama islam.
dan kad muallaf dari MAIWP.

"saya baru muallaf dalam 8 bulan, kena buang keluarga"
aku baca nama pada sijil tuh, jamal jee bin abdullah.
fahaman aku yang kedua ~ dia ni muallaf dan nak minta sumbangan.
pastu ada pakcik ni nak masuk masjid, dia tunjuk tangan isyarat "jangan"
muallaf ini perasan, dan kata "saya susah dik, boleh kerja, tapi tangan patah, tengok gigi saya"
jamal jee cuba menerangkan yang dia bukan datang meminta2.
aku yang melihatkan keadaan jamal, terus terkilan dengan sikap masyarakat kita.
pantang orang minta tolong, terus tolak bermati-matian.
sedih aku lihat keadaan muallaf ni.

"saya musafir dik, takde tempat tinggal"
kalau nak ikut hati, nak aje aku bagi tempat tinggal dan makanan.
tapi aku tak mampu.
aku hanya minta nombor telefon.
akan aku carikan bantuan.
dia ada nombo tapi hanset takde, sebab dia jual untuk cari makan.
aku tinggalkan nombor aku padanya.
dia mengucap depan aku, dengan yakin.
maha suci Allah, moga beliau terus kekal ISLAM.

[moga Allah merahmatimu dan menjagamu.]

Jumaat, November 27, 2009

cuti hari jumaat


seronok hari ni. almaklumlah, cuti.

penuh solat jumaat tadi, jemaah pun tak rushing balik lepas salam solat jumaat.

ramai yang datang awal dan pulang lewat. subhanallah.

kan best kalau seluruh malaysia cuti hari jumaat dan sabtu macam kat kedah dan kelantan.

tenang nak beribadah dengan ramai jemaah.


ilham daripada:
lepas solat jumaat, ada takbir.
bergema solat jumaat tuh, wah, syahdunya.
aku toleh ke belakang. subhanallah..
masih penuh, dan hanya sedikit yang bangun

kerana:
aku teringat waktu sekolah dulu, aku tak sempat nak mandi dan bersiap.
balik sekolah terus pegi ke surau solat jumaat.
kadang masa dulu, aku tertidur dan berpeluh.
sangat tak selesa solat.

oleh itu:
mohonlah kepada sultan2 dan kerajaan.
plzzz... cutikanlah malaysia pada hari jumaat dan sabtu.
biarkan ahad hingga khamis berkerja.
seperti di kedah dan kelantan.
ini dapat memberi keselesaan untuk beribadah secara berjemaah dengan tenang.
tak perlu rushing.
jika faktor ekonomi dan masalah kebiasaan, itu hal kecil.
tiada masalah untuk mengubahnya.
mungkin faktor perdagangan dan perniagaan, mungkin sedikit rugi awalnya, tapi lama2 ok la.
insyaallah.
mari sama2 kita angkat hari jumaat hari yang mulia (penghulu segala hari)

koleksi ~ www.mukabukuaku.blogspot.com

Khamis, November 26, 2009

tidak perlu persamaan gender.


kesaksamaan atau keadilan?

wanita nak sama taraf dengan lelaki atau wanita nak keadilan dari lelaki?

kesaksamaan dan keadilan tak sama.

kalau nak sama taraf, kena keje macam orang laki la, jadi buruh dan lain2.

cukuplah adil untuk mu wahai wanita, kerna keadilan islam cukup buatmu, tidak perlu persamaan gender.


~ pilihlah suami yang beriman kepada Allah, kerna dia tahu adil terhadap wanita.


ilham daripada:
aku terdengar sayup-sayup berita ingin memasukkan isu gender dalam perlembagaan.
pendapat kalian bagaimana?

kerana:
aku melihat, bukan isu persamaan gender perlu diutamakan.
lebih baik difikirkan isu2 keadilan terhadap wanita.
jika persamaan gender sekalipun, apakah wanita mampu mempertahankan haknya semata2 tanpa kebergantungan kepada lelaki?
masalahnya bukan wanita tidak sama taraf dengan lelaki masa kini.
tetapi wanita tidak diperlaku adil oleh lelaki.
itu sebabnya wanita banyak dianiaya dan dinodai.

oleh itu:
lelaki kena berlaku adil terhadap wanita.
bukannya membiarkan wanita mempertahankan haknya seorang diri.
lelaki yang semakin sikit ditelan zaman juga, perlu bertanggungjawab.
jadilah lelaki yang mengikut perintah Allah SWT.
memang jelas dan terang dalam An-Nisa (Al-Quran).
buat wanita, untuk hak keadilanmu, sedarkanlah suamimu.
jika belum berkahwin, pilihlah lelaki yang beriman kepada Allah SWT.
pasti lelaki ini tahu berlaku adil terhadap wanita.
kerna apa?
kerna Islam sudah membuktikannya dahulu.
bagaimana mahu tahu ia beriman atau tidak?
soal iman ini, hanya Allah je yang tahu hati setiap insan.
tapi, kita lihatlah bakal suami ini melalui solatnya.
terjagakah solatnya?

permulaan koleksi ~ www.mukabukuaku.blogspot.com