Memaparkan catatan dengan label tuhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tuhan. Papar semua catatan

Khamis, Ogos 19, 2010

tahu syukur

sejuk malam,
hujan lebat,
kilat menyabung,
guruh bergempita,
gelap gelita,
air membumi,
akar meresap,
xilem menyedut,
haus hilang,
bangkit esok,
panas terik,
beri tenaga,
berfotosintesis,
lahir oksigen,
untuk manusia,
yang alpa,
juga manusia,
tahu syukur.

Khamis, Julai 29, 2010

sayang Allah pada wanita


andai dikau tahu tudung bukan sekadar fesyen atau syarat2 majikan.
pasti dikau akan tangisi betapa sayangnya Allah pada diri insan berjantina wanita.
Mengapa tidak?
Sayangnya Allah pada wanita sehingga ada surah Nisa’
Pelbagai nasihat maha pencipta buat kaum hawa.
Apakah dirimu masih terasa teraniaya?
Dipaksa menutupi segala kecantikanmu?
Betapa ayu mahkota perempuan lain yang terserlah.
Masihkah diri terasa terhina kerana bertutup litup?
Sayangnya Allah pada wanita pasti ada sebabNya.
Adakah wanita membalas kasih sayang Allah dengan menurutiNya?

[muhammad ar-rabi' - WCBR]

Isnin, Julai 12, 2010

merasakan langit itu tinggi


pernah berkali-kali ku melihat langit yang biru.
tidak jemu-jemu aku memerhati langit itu.
ku cuba capai, tetapi entah mengapa ia tidak berhasil.
aku merasakan langit itu tinggi

mengapakah tanganku sependek ini.
tidak termampu untuk menjulang tinggi.
menggenggam sesuatu yang ku impi.
ia masih tinggi tidak pernah turun merendah.

oh langit yang biru.
ku perhati tidak ku sentuhi.
tinggimu tidak serendahku.
kerna aku kerdil tidak sebesar PenciptaMu.

oh langit yang biru.
aku merindui PenciptaMu.
tetapi aku tahu dia juga memerhatikanku.
merasa kasih sayang dariNya melalui dirimu.
aku terima kasih dariMu, Tuhanku.
alhamdulillah, masih kerdil diri ini agar tidak membongkak diri.

Isnin, Jun 14, 2010

besarnya penerimaan kasih



seringkali aku berasa suka.
kerap kali ku teringat diriku kembali.
apakah ketika ku suka, bibirku mengucapkan alhamdulillah?
mungkin ada. tetapi kerapkah?
apakah lafaz itu terzahir tanpa disedari?
atau lafaz itu terzahir dengan kehendak batin diri?
aku mendapat kata2 di bawah. sangat memberi makna dari orang yang tidak kenal Allah.

[Quote- William A. Ward:

God gave you a gift of 86,400 seconds today. Have you used one to say "thank you?"]

Sabtu, Mac 06, 2010

jangan salahkan Tuhan


tazkiran pagi2. di emel ku daripada cTiEy RaNiEyA rasanya dia copy daripada langitilahi.com/hilal_asyraf. sama2 renungkan

jangan salahkan Tuhan

“Nak buat macam mana, dah takdir”
“Allah dah susun macam ni. Aku boleh buat apa lagi”
“Memang aku ni takdirnya jahat. Dah tak boleh ubah dah”
“Aku ni memang nasibnya bodoh. Belajar la macam mana pun, tak boleh”
Biasa mendengar kata-kata ini? Baik keluar daripada orang lain, mahupun daripada diri kita sendiri.
Kesilapan kita, adalah kita menyalahkan Allah SWT dalam hal ini. Kita kata, Allah dah takdirkan kita jadi jahat, bodoh, tak boleh berubah dan sebagainya. Sedangkan, kita tidak tahu apa yang Allah takdirkan untuk kita.
Jadi, jangan salahkan Allah SWT.
Lihatlah pada diri kita sendiri.

Siapa yang pada tempat pertama, memilih untuk terus menjahatkan/membodohkan/tidak mahu buat perubahan pada dirinya?
Allah itu kasih sayang-Nya luas
Allah SWT mempunyai ilmu yang sangat-sangat luas. Kasih sayang-Nya juga sangat-sangat-sangat luas.
Antara kasih sayang-Nya adalah, Allah tidak menjelaskan ilmu-Nya yang luas itu kepada manusia.
Saya bagi contoh, ilmu Allah SWT berkenaan perkara-perkara masa hadapan.
Allah tidak memberitahu kita. Allah tidak menceritakan kepada kita. Hal ini kerana, jika kita sudah tahu apa yang akan terjadi, maka terputuslah segala harapan kehidupan manusia. Manusia yang kehilangan ikhtiar, sama seperti mayat yang berjalan.
Hal ini kerana, dia tidak punya ruang untuk berusaha.
Tetapi Allah tidak memberitahu kita masa hadapan kita, apakah yang bakal terjadi pada kita, lantas mewujudkan kepada kita satu kuasa bernama IKHTIAR/PILIHAN.
Di sini, nyalaan harapan muncul pada manusia yang lemah.
Tanda kasih sayang Allah SWT yang sangat luas.
Allah suruh pilih, Allah suruh usaha
Dengan ikhtiar yang Allah kurniakan kepada manusia, maka manusia berhak memilih. Tiada paksaan. Cuma, di sini perlu diketahui bahawa, setiap pilihan mempunyai konsikuensi/kesannya.

Allah SWT berfirman:
“Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” Surah Al-Baqarah ayat 256.

Siapa yang memilih kebaikan, Allah akan berikan pengakhiran kebaikan untuknya. Siapa yang memilih kejahatan, hasilnya di akhir nanti adalah keburukan. Itu keadilan Allah SWT. Walaupun mengambil jalan kebaikan menyebabkan kita susah di dunia, Allah Maha Adil dengan memberikan kita kesenangan di syurga yang amat hebat, dan abadi selama-lamanya dalam kesenangan itu.
Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” Surah Ar-Ra’d ayat 11.

Allah mengarahkan kita berusaha di dalam ayat ini. Ini juga namanya adalah pemberian peluang oleh Allah SWT. Maka, apakah kita boleh menyalahkan Allah, sedangkan kita yang tidak mengambil peluang?
Tuduhan pada Allah itu satu jenayah.

Di zaman Saidina Umar, ada seorang pencuri ditangkap. Apabila ditanya kenapa dia mencuri, dia menjawab: “Sesungguhnya, Allah telah mentaqdirkan aku untuk mencuri”
Saidina Umar berkata: “Potong tangannya, dan sebat dia 40 sebatan”
Saidina Ali yang ada ketika itu terkejut: “Wahai Umar, hudud untuk pencuri memotong tangan. Justeru, apa perlunya pada 40 sebatan?”
“Itu adalah ta’zir(hukuman dari pemerintah) kerana dia menuduh Allah SWT sesuatu yang tidak patut dituduhnya” Umar RA menjawab.

Ini menunjukkan bahawa, tuduhan bahawa Allah telah mentaqdirkan kita keburukan-keburkan, adalah satu jenayah. Kita meletakkan kepada Allah kesalahan-kesalahan kita. Sedangkan, pada asalnya, kita tidak akan tahu sesuatu perkara melainkan setelah terjadinya ia. Maka, pada ketika itu kita sepatutnya memilih untuk ke arah kebaikan, bukan mengambil keburukan.
Silap pada tempat pertama, adalah kita.
Kita yang memilih keburukan. Maka, di mana salahnya Tuhan?
Dah usaha, dapat keburukan juga

Ada banyak kes, manusia cuba menjadi baik, jadi pandai, jadi berjaya, tapi tak mampu juga. Dia dah usaha banyak kali, tetapi asyik gagal sahaja untuk mencapai kebaikan.
Akhirnya dia kecewa. Putus asa. Dan berkata: “Allah dah takdirkan aku macam ini nampaknya”
Kesilapan orang sebegini adalah, dia tidak melihat keluasan kasih sayang Allah padanya.
Apakah dia tidak melihat, bahawa umur masih ada padanya, masa masih bergerak di sekelilingnya, usianya masih diterus sambung? Jadi, di mana peluang untuk berputus asa? Putus asa ini hanya bila mati sahaja. Sebelum mati, kita punya banyak peluang dan ruang untuk berusaha. Tidakkah kita melihat kasih sayang Allah pada ketika ini?

Kesukaran kita mendapat kebaikan adalah satu ujian. Ia bukan satu alasan untuk mengambil keburukan dan redha dengan kerosakan. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Mulk ayat 2:
“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup bagi menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang terbaik amalannya; dan Dia itu Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);”

Ujian perlu ditempuh dengan kecekalan. Bukan berputus asa.

Allah SWT berfirman:
“Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari
rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir” Surah Yusuf ayat 87.

Hanya yang tidak percaya kepada Allah sahaja akan berputus asa.
Lihat. Pilihan di tangan anda. Kenapa anda memilih untuk tidak berusaha sampai ke akhirnya?
Penutup: Allah Maha Penyayang, kenapa kita mengkhianati-Nya?
Kita banyak songeh dengan menyalahkan Allah SWT itu dan ini. Sedangkan, Allah tumpahkan kepada kita banyak kebaikan. Keburukan-keburukan yang berlaku dalam hidup kita, majoritinya adalah kerana diri kita sendiri.

“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.” Surah As-Syuura ayat 30.

Kita lupa, bahawa Allah tidak pernah membutuhkan kita. Kita yang memerlukan-Nya.

“Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.” Surah Toha ayat 132.

Maka, apakah patut kita mengkhianati kasih-sayang-Nya yang luas itu dengan memilih keburukan, memilih untuk berputus asa, dan tidak bergerak untuk berusaha sehingga ke akhirnya?
Ketahuilah, walau usaha kita itu tidak berhasil, tetap ada pahala pada usaha itu.

“Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” Surah Al-
Zalzalah ayat 7.

Besarnya kasih sayang Allah. Kita yang mengkhianati-Nya.

dari: langitilahi.com/hilal asyraf

Selasa, Januari 26, 2010

hadiah itu tidak bermakna


“pos ini aku berkongsi perasaan sewaktu aku mendapat motivasi daripada seorang abg, tentang hadiah. Sukar untuk aku mencerita keadaan yang aku alami. Ia lebih meruntun hatiku. Cukuplah sekadar perkongsian yang pendek ini. Hadiah daripada Allah itu perlulah dihargai dan dibalas kembali”

Memberi hadiah kepada seseorang tiada maknanya.
Adalah suatu pembaziran wang untuk membelikan seseorang itu hadiah.
Di mana pembazirannya?
Kenapa tidak bermakna?
Memberi hadiah kepada seseorang itu ikhlas.
Bukan kerana terpaksa.
Kalau terpaksa bukan hadiah namanya.
Memberi hadiah bukannya disuruh.
Bukan kerana diugut.
Kalau diugut bukan hadiah namanya.
Memberi hadiah sebagai tanda ingatan kita kepadanya.
Sebagai tanda kasih sayang kita kepadanya.
Pembaziran wang tak pernah timbul!
Ini soal kasih sayang. Bukan wang yang diharapkan.

"Ah…. Soal ikhlas dan sayang.
Hanya pada mulut. Tapi sia-sia saja.
Baiklah kau simpan duit kau itu untuk makan dan minum kau.
Hadiah itu tak bermakna."


Hadiah itu tidak bermakna dan amat-amat tidak bermakna.
Menanti dan mengharap hadiah suatu kerugian semata-mata.
Dasar ikhlas di hati dan mengharap kasih sayang, juga tidak bermakna.
Kerna ia tidak bererti padanya.

Mana kan tidak.
Hadiah itu adalah suatu pemberian.
Jika hadiah kasih sayang daripada ibu bapa pun tidak dihargai oleh empunya diri.
Apatah lagi hadiah kebendaan daripada orang lain.
Dia hanya mengharapkan hadiah kebendaan.
Tetapi bukan mengharap hadiah kasih sayang.
Itulah sebab aku kata, hadiah itu tak bermakna.
Kerna hadiah ini suatu pemberian untuk kasih sayang.
Bukan hadiah untuk pemberian kebendaan sahaja.

Falsafah hadiah.
Aku bukan orang yang arif.
Bagiku hadiah ini sesuatu yang bermakna, kerana ia datang daripada hati yang ikhlas dan penuh dengan harapan kasih sayang.
Hadiah daripada seorang rakan, hadiah buku kepadaku.
Bukan buku yang ku lihat.
Tetapi hati budi rakanku. Tajuk buku itu memberi suatu isi hati si pemberi kepada ku.
Dia bukan memberiku hadiah buku sahaja.
Bahkan, ia berikan kasih sayang kepadaku.
Ia mengharap agar aku dapat bersamanya dalam perjuangan ini.
Ia merindu ku sentiasa.
Itulah hadiah yang bermakna buatku.

Hadiah untuk orang.
Hadiah itu bererti pabila kita kenal tujuan hadiah diberikan.
Hadiah bukan suka-suka diberi pada tiap-tiap tahun, pada tarikh tertentu.
Pemilihan hadiah juga, perlu diperhati tujuan dan hasrat hati kita.
Andai buku, pastilah hadiah itu kena dengan jiwa dan hati kita untuk bakal penerima.
Andai aksesori, pasti hadiah itu bertujuan untuk ketrampilan dan penggayaan diri.
Semua ini menjadi natijah kepada suatu hadiah yang bermakna.
Diserikan lagi dengan cara pemberian yang penuh senyuman dan doa yang tulus dari hati.


Hadiah itu tidak bermakna.
Jika mahu lihat hadiah kita dihargai atau tidak.
Lihat kepada hadiah yang dapat pada si dia.
Adakah dia masih menyimpannya di tempat khas atau dalam tong sampah.
Alangkah malang, jika sampah itu dicampak merata-rata.
Seolah-olah ia tak dihargai.
Maka, hadiah seterusnya akan menjadi tidak bermakna.

Hadiah daripada ibu bapa.
Hadiah apakah yang ibu bapa anda berikan?
Botol susu, bantal, tilam, baju, mainan, buku……. Dan banyak lagi.
Itu hadiah ke?
Yup… sebab ia adalah pemberian kasih sayang kepada kita.
Apakah ibu bapa kita mahu duit untuk itu semua?
Tempat tinggal, makanan dan pakaian kita dijaga dengan begitu baik dari kecil sehingga kita dewasa.
Jika dijumlahkan, perbelanjaan pembinaan KLCC mungkin tak menampung.
Ikhlas dan kasih sayang ini adalah suatu hadiah yang bermakna daripada ibu bapa kita.
Tetapi apakah kita menghargainya?
Apakah kita membalas hadiah ini kepada ibu bapa kita?
Apakah balasan hadiah yang terbaik untuk mereka?

Hadiah daripada pencipta.
Siapalah aku.
Kerdil sekerdil kerdilnya.
Melihatkan hadiah ibu bapa yang terlalu besar sukar untuk dibalas.
Apatah lagi hadiah daripada pencipta.
Jika nak dihitung…. Ah, tak terhitung.
Apakah hadiah daripada pencipta ini hanya untuk saja-saja?
Hadiah adalah suatu pemberian yang dipenuhi dengan kasih sayang.
Hadiah daripada ar-rahman dan ar-rahim.
Hadiah itu sangat banyak dan tak ternilai.
Perlukah aku nyatakan?

Hadiah yang sangat bermakna tapi tidak bermakna.
Hadiah yang sangat bermakna daripada Pencipta untuk kemudahan dan kesenangan diri kita.
Allah beri jasad, tempat tinggal, makanan, ibu bapa, rakan-rakan, haiwan dan semua.
Menjadi tidak bermakna bila ia hanya untuk saja-saja.
Saja-saja yang tidak bermakna.
Bukan untuk dihayati dan disyukuri.
Hadiah yang sangat bermakna daripada Pencipta untuk panduan hidup kita.
Allah beri Islam, panduan cara hidup untuk umat akhir zaman melalui Muhammad SAW.
Menjadi tidak bermakna bila ia hanya untuk saja-saja.
Saja-saja yang tidak bermakna.
Bukan untuk difahami dan disyukuri.
Hadiah yang sangat bermakna daripada Pencipta untuk iman.
Allah beri Iman, suatu keyakinan agar kita tak tertipu daya dengan syaitan.
Menjadi tidak bermakna bila ia hanya untuk saja-saja.
Saja-saja yang tidak bermakna.
Bukan untuk diamali dan disyukuri.
Hadiah yang sangat bermakna daripada Pencipta untuk kesejahteraan kita.
Allah beri keampunan dan kasih sayang, untuk rasa kebergantungan denganNya.
Menjadi tidak bermakna bila ia hanya untuk saja-saja.
Saja-saja yang tidak bermakna.
Bukan untuk ditaubati dan disyukuri.

Hadiah itu bermakna bila hadiah daripada Tuhan yang satu dibalas terlebih dahulu.
Hadiah itu bermakna bila hadiah daripada ibu bapa dibalas terlebih dahulu.
Hadiah itu akan jadi lebih bermakna pabila hati dipenuhi dengan kasih sayang dan pengaharapan daripada yang maha Esa.


[Hadiah itu sangat bermakna kerana ia adalah suatu pemberian yang dipenuhi dengan kasih sayang yang sangat bernilai!]

Sabtu, Disember 12, 2009

syurga neraka bukan urusan kita


syurga neraka bukan urusan kita.
hanya Allah yang tahu di manakah penghujung kita.
kerana Allah itu adalah tuhan kita.
tiada tuhan melainkan Allah.

kawanku mengadu tentang pensyarahnya yang mengatakan:
"orang yang menulis tangan kiri masuk api neraka"
kawanku itu menulis tangan kiri dan amat terasa dengan kata-katanya.
apakah berdosa orang yang tangan kidal?
apakah orang tangan kidal minta ia dijadikan kidal?
adakah Allah ada menyatakan dalam AlQuran bahawa orang kidal masuk api neraka?
adakah Rasulullah ada menyatakan orang tangan kidal bukan dari ummatnya?

bagi aku pensyarah ini teramat ego dan sombong.
sehinggakan berani menentukan syurga neraka seseorang.
tanpa ada nas dan dalil tentang orang kidal masuk api neraka.
Ya Allah perbetuli pensyarah ini, tunjukkanlah beliau jalan yang benar.

kepada kawanku ini.
"janganlah dikau mencerca atau menghina insan ini"
kerana dia adalah guru kita.
hormatilah dia sebagai penyampai ilmu, tetapi terimalah yang baik sahaja darinya.
yang mana buruk darinya, tinggalkan ia.

[berhati2lah dalam berkata2]

Jumaat, November 06, 2009

Apakah alam ini pernah melakukan kesilapan?


Apakah alam ini pernah melakukan kesilapan?
Pernahkah bumi tersilap putar mengelilingi matahari?
Pernahkah di atas bukit ada laut?
Pernahkah padi makan tikus?
Semua alam ini pasti mengikut fitrah kejadiannya.
Fitrah?
Fitrah tu sifat semulajadi.
Jika bumi itu dicipta untuk berputar maka ia akan berputar mengikut kadar yang ditetapkan.
Jika bukit itu fungsinya untuk berada di darat dan air tawar yang ada di sana, mana mungkin laut boleh wujud di sana.
Jika padi itu makanannya adalah air dan cahaya, mana mungkin ia makan daging.
Dan mana mungkin juga harimau makan nasi.
Semua ala mini diciptakan dengan tujuan tertentu.
Sebab itu ala mini ada pelbagai rupa dan tugas yang berbeza.
Lihatlah, bumi itu terciptanya bulat, dan bukannya petak.
Jika ia petak, pasti kapal akan musnah di bucu bumi.
Lihatlah, bumi itu tercipta untuk beredar mengelilingi matahari.
Jika ia tak beredar, mana mungkin Malaysia ada malam.
Lihatlah bukit itu ada di setiap tempat dan Negara.
Jika bukit tiada, semua rata, fuh, bosannya hidup. Pasti hidupan di tanah tinggi akan mati.
Lihatlah padi itu mengeluarkan beras setelah dituai.
Jika ia tidak mengeluarkan beras, kita nak makan apa?
Lihatlah harimau itu makan daging.
Jika harimau itu makan sayur, siapa nak menyeimbangkan ekosistem?
Setiap alam itu pasti ada tujuan penciptaannya.
Setiap alam itu pasti ada fungsinya.
Malah, mereka sempurna fitrah kejadiaanya.
Mereka tak pernah ingkar akan aturan oleh tuhan penciptanya.


Apakah manusia pernah melakukan kesilapan?
Mengapa itu terjadi?

Khamis, November 05, 2009

Ya Allah berikan ku kekuatan


Ya Allah ya Tuhanku.
Dikau lah yang Maha Agung dan Maha Tinggi.
Kaulah yang menumbuhkan epikotil pada biji benih sehingga menjadi anak pokok.
hujan yang Kau turunkan kadangkala lebat dan renyai, memberi nafas baru buat anak pokok itu.
cahaya yang Kau salurkan menerusi matahari, menyegarkan anak pokok untuk menumbuhkan tunas baru.
dari situlah, ia sedikit demi sedikit sabar dan tabah memanjang dan membahagi kepada sebatang pokok yang cantik.
daunnya yang hijau, Kau menghidupkan fungsi stomata dan menjana tenaga pokok itu untuk menjalankan fotosintesis.
sedikit demi sedikit, karbon dioksida yang kita hembus, di sedut ke dalam stomata.
masuk dalam pigmen kloroplas.
Kaulah yang menggerakkan enjin kloroplas untuk menukarkan karbon dioksida kepada oksigen dan glukosa untuk tenaga pokok itu.
Maha Suci Engkau.

Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk menulis blog ini.
agar dapat ku manfaatkan untuk diriku dan renungan sahabat2ku.
berkatilah kami semua sebagaimana Kau berkati seluruh hidupan yang selalu berzikir kepadaMU.

Ahad, Oktober 18, 2009

anti islam. perlukah?

"demo di england"

anti islam. perlukah?
sangat kritikal keadaan orang islam di sana.
kerana apa?
kerana mereka berani untuk menentang islam secara terang-terangan dengan demo.
demo sebagaio tanda protes dan benci.
malah dari demo, mereka boleh bertindak dengan lebih ganas.
teringat akan kisah Dr. Marwa yang terbunuh akibat mempertahankan maruahnya sebagai seorang muslim di eropah.
tak mustahil peristiwa ni akan berlaku lagi pada wanita muslim.

anti islam. perlukah?
jika kerana islam ini pengganas...
buktikanlah. adakah bukti dalam AlQuran yang menyuruh islam mengganas dan membunuh semua orang bukan muslim?
tidak ada yang diajar rasulullah saw. kepada kejahatan dan permusuhan.
lihatlah zaman nabi, betapa nabi menjaga kemaslahatan orang bukan muslim.
jika benar ada yang mengganas dengan nama Islamnya, adakah itu menggambarkan keseluruhan orang muslim itu pengganas?
adakah orang agama lain tak pernah mencuri dan membunuh?
apakah hanya orang islam sahaja yang membunuh dan mencuri?
perlukah anti islam?
tidak semata2. hanya manusia yang tidak mengenal Tuhannya, yang sanggup melakukan kejahatan dan permusuhan dimuka bumi ini.
kerana orang yang mengenal Tuhannya tahu, akan murka Tuhannya.
apabila Tuhan murka, balasannya adalah azab dan neraka.
mahukah kita?

perlukah anti islam?
tidak perlu.
tetapi, kenapa ada orang islam yang memusuhi Islam itu sendiri?
ada ke?
ada... yang nak hapuskan undang2 syariah.
taknak pakai tudung dan tutup aurat tidak mahu.
minum arak, berzina, berjudi.
bukankah mereka Islam?
memang benar mereka Islam, tapi hanya pada kad pengenalan.
tapi mereka tidak kenal siapa Tuhan mereka.
mereka tak baca quran, dan tak faham langsung.
jika mereka Islam, mereka kenal tuhan dan nabinya.
mereka baca Alquran dan faham akan suruhan Allah di dalamnya.
lantas, orang islam tu takkan berani nak memusuhi Islam dengan melakukan larangan Allah.

jadi macam mana dengan orang islam yang anti Islam?
lantaklah mereka nak buat apa.
yang penting, kita kuatkan keimanan kepada Allah dan kuatkan akidah.
jika mampu, usaha kita adalah berdakwah kepada mereka.

[layan orang yang anti islam ni buat pening kepala je... baik kita buat amal cam biasa]

Khamis, Jun 25, 2009

D.Y.M.P.B.

"aku ubah DYMPB dari DYMM"

amatlah perit dan seksa nak menyambut kedatangan seorang sultan.
perit dan seksa bukan kerana di dera, atau disumpah.
tetapi, perit dan seksanya kerana terlalu banyak benda remeh perlu dijaga.
ini tak boleh, itu tak boleh....
bukan setakat sultan, malahan semua orang yang berjawatan tinggi di dunia ini
ada pantang larangnya.
dengan kata lain, berprotokol.
aku amat gemarkan protokol sewaktu sekolah dan matriks.
entahlah..
mungkin sebab aku berjawatan tinggi dulu.
sebab tu aku amat pentingkan protokol agaknya.
entahlah, bagi aku protokol sesuatu yang unik.
ketelitian dalam protokol itu amat menakjubkan aku.

hidup berprotokol menunjukkan kita amat beretika dan beradab.
manakan tidak,
dalam ucapan, ada kata2 aluannya.
ada kata panggilan yang sesuai dan perlu.
dalam bersalam pun ada etikanya.
dalam berpakaian juga, ada pantang larang.
kuning tak boleh bagi majlis diraja.
hijau tak boleh bagi majlis kerajaan (huhu.. yeke?)
merah pekat, tak boleh, terlalu garang.
dalam kata2, kena manis, dan lembut budi bahasa.
dalam gerak langkah, ada cara dan gaya.
dalam menjamah, ada tangan pegang pisau dan sudu.
dalam minum air, ada cara memegang cawan.
dalam memakan sup, ada caranya.
pasti anda pening...
tapi bagi aku, wah, sangat sweeet..
teringat aku masa di matrikulasi, kami membuat dinner yang penuh protokol.
nampak sangat majlis dinner amat tersusun dan kemas.
sebab semua penuh adab dan etika.

tapi, semenjak aku menjadi orang bawahan.
aku barau rasa, peritnya protokol.
ini tak boleh, itu tak boleh.
terlalu banyak sekatan.
canselor UKM akan datang esok pagi.
terpaksa kami, dalam masa yang singkat membersihkan satu taman.
nak sapu sana, sapu sini.
tanam pokok, buang daun kering.
penatnya, hanya Allah yang tahu.
hari yang dijanjikan tiba.
sultan tiba jam 1.15 petang.
menunggu suatu penyeksaan dari pagi.
melanguk, berborak, bersenda..
akhirnya, sepi....
kebosanan menunggu.
tiba masa jam 1.15 petang.
sultan diiringi dengan polis UKM dihadapan.
sekatan jalan dibelakangnya. banyak kenderaan terpaksa menunggu.
berderetlah kenderaan terpaksa menunggu.
alahai...

lawatannya hanya 10 minit.
suatu kelegaan pabila, semuanya berakhir dengan baik.
semua tersenyum kelegaan.
meskipun badan2 kesengalan.

jelas tergambar senyum riang si sultan dan pengiringnya.
syukur alhamdulillah.
tapi... perlukah sebegitu teliti?
perlukah sebegitu hebat sambutan untuknya?
sememangnya aku akui kedudukan mereka.
aku amat hormati mereka. aku takkan menentang mereka.
kehidupan yang begitu mewah di istana, sehinggakan kemewahan itu perlu bersamanya sentiasa.
tak boleh nampak kecacatan atau kekurangan di matanya.
mesti semuanya baik dan terbaik.
hebatnya sultan. tapi...
seronokkah jadi sultan dan orang besar?
hidup dalam mewah sentiasa?

disanjung2 sehingga di gelar DYMM.
duli yang maha mulia.
apakah maha itu perlu di situ?
apakah maha itu sama dengan maha untuk Allah?
dari dulu aku musykil.
dan aku sering mengubah kepada DYTM.
duli yang termulia.
tapi sekarang, aku ingin tukar DYTM kepada DYMPB.
duli yang mulia pun berdosa.
mereka pun manusia biasa.
cuma darjat mereka mulia sedikit.
tapi perlu diingat mereka pun ada dosa pahala.
setiap manusia pun berdosa.
bukan setakat penjenayah, malah aku, imam, ustaz, ulama, dan sultan pun ada dosa.
cuma bagaimana usaha kita untuk bertaubat dan memohon keampunan dari dosa itu.
DYMPB perlu bersama rakyat sentiasa.
tapi bukan dengan permintaan keadaan kami mewah seperti sultan.
kami adalah kami.
kalau tuanku nak datang melawat kami, lawatlah dalam keadaan tak protokol.
tuanku akan rasa nikmat hidup sebagai rakyat.
supaya kami tak berpura2 di hadapan tuanku.
dan tidak banyak wang dibelanja untuk menyambut
kedatangan tuanku.
kita bersederhana tuanku.
kerana kita ni manusia biasa.
lebih indah dan lunak, jika wang ini untuk rakyat yang dhaif lagi memerlukan.
harap tuanku faham kenapa DYMPB.
agar kita saling beringat, yang kita pun bersama dalam tanah juga nanti.
meskipun kubur tuanku bersimen dan berbumbung.
ampunkan patik tuanku.
patik, hanya rakyat biasa.

"ampunkan aku ya Allah.
aku tak mempersiapkan diri kepadaMu seperti aku mempersiapkan diri kepada DYMPB.
engkaulah DYMM tapi aku lebih mengagungkan DYMPB.
ampunkan dosaku ya Allah.
akan ku bersiap dengan harta dan ilmu di dalam diriku untukMu seorang.
daulat DYMM Allah azza wajalla."

[ampun tuhanku]

Isnin, Jun 15, 2009

dia bersendiri

"setiap orang mempunyai masalah. tetapi..."

pasti kita akan terasa dengan orang lain.
tetapi apa tindakan kita yang sewajarnya.
lain orang lain tindakan.
kalau si panas baran, mengamuknya tidak keruan.
kalau si manis pemalu, menangisnya bertalu2.
kalau si sepi pendiam, diam seribu batu tapi dalam hatinya.....

3 situasi ni lazim bagi aku.
aku pernah mengalami sikap yang pertama sewaktu kecil.
tapi sewaktu sekolah menengah aku sedar kesalahanku.
dulu, aku suka cemburu semasa kecil.
di sekolah rendah, aku mengamuk bila aku disisihkan oleh kengkawan.
entahla, terasa sangat marah bila kawan yang rapat, tak layan kita.
aku mengamuk dengan teruk, tolak meja, sepahkan sampah.
memang teruk.
dengan harapan pada masa itu, orang akan pandang aku.
dan memujuk aku.
tapi setelah akal aku mampu fikir baik buruk, aku sedar.
ia merugikan aku.
malah harapan aku, sia2.
marah dan amukan aku, tak menyelesaikan masalah.
kerna syaitan menguasai diri kita.
akhirnya, penat, cacian dan orang pun makin jauh dari kita.

mengapa aku perlu marah dan mengamuk sebegitu?
puaskah? selesaikah masalah?
tidak sahabatku sekalian.
baru ku mengerti pada tika itu, kenapa kita diminta untuk kawal kemarahan.
islam memberi kita panduan.
kawallah marahmu. duduklah.
jika masih marah, baring, jika masih tidak mampu kawal...
ambillah wudu'...
insyaallah.
aku mengamalkan saranan ini. syukur kepada Allah, panas baranku hilang 10 tahun yang lalu.
jika aku terlanjur sekali lagi, tegurku ye...

situasi kedua turut aku alami sewaktu di sekolah menengah.
aku akan cepat terasa. aku pendam...
pasti aku akan menangis seorang diri.
sungguh lembut hatiku masa itu.
aku segan untuk luah depan orang, tapi aku sembunyikan.
pendam dan terus aku pendam.
akhirnya aku menangis di atas katil..
lantas tertidur, esok pagi, mata bengkak.
hampir 3 tahun...
sejenak muhasabah, apa guna air mata mengalir ini?
kenapa dibazirkan begitu banyak.
kenapa harus menangis hanya kerana masalah kecil?
apakah ia mampu menyelesaikan masalah?
apakah tangisan itu membuatkan orang datang kepada kita dan minta maaf.
kenapa aku harus terus menangis??

syukur alhamdulillah.
aku mampu untuk berhenti menangis kerana hal2 remeh.
tangisanku hanya sia2 apabila aku lemah.
kerana tangisan ini tak menguatkan diri aku.
malah menambah kelemahan diriku.
apakah aku mahu terus menangis?
bangun arrabe'!! jangan menangis.
la tahzan, jangan kau bersedih.
indahnya peribadi rasulullah, tangisannya hanya untuk Allah.
kenapa aku perlu menangis untuk manusia?
menangislah kerana Allah.
kesilapan kita tadi, perlu ditangisi dan disesali dalam solat hajat dan taubat.
tangis kepada Allah inilah yang akan menguatkan diri kita.

situasi ketiga aku tak pernah mengalaminya.
tapi, aku melihat kawanku yang seorang.
jelas terpancar, kemurungannya.
hampir seminggu. setelah disenda, terbit riak tawanya.
lama kelamaan, kembali menyepi.
diam membatu.
dalam hatinya, Allah je yang tahu.
aku melihatnya, sedih dan simpati, aku faham perasaannya.
tapi aku tak mampu menenangkannya.
kerna itu dirinya, bukan diriku.
hanya dia sendiri yang mampu menenangkan dirinya.
bukannya aku.

kadang dia menangis sendirian, duduk sendirian.
aku tak pasti apakah dia menghadapi masalah lain?
segan untuk aku bertanya.
aku jadi buntu...
kerap kali dia bertanya, "kenapa Allah turunkan dugaan kepada kita?"
bagiku, jangan kita melihat kepada dugaan ini.
tapi lihatlah kepada nikmat yang Allah berikan.
betapa banyaknya nikmat berbanding dugaan yang Allah berikan kepada kita.
orang yang dimarahi ibunya, bukan kerna ibunya benci!
tetapi ibu itu mahu menyedarkan anaknya, sayangnya dia kepada kamu.
Allah juga amat sayangkan kita, DIA nak uji, apakah kita sayang kepadaNYA?
salahkah DIA berbuat begitu?
apakah kita bersyukur? apakah kita ingat dan sayang Allah??

dugaan itu banyak dan pelbagai.
ramai orang menghadapinya, dan ramai yang tewas dan menyalahkan tuhan.
benci sangatkah kepada Allah?
kalau kamu benci, pulangkan segala nikmat yang dia beri kepada kamu tu!!
andai engkau benci pakwe kamu, dan nak clash.
pasti kamu akan jauh darinya.
dan pulangkan semula semua barang dan hadiah yang pakwe bagi kan.
dengan harapan hatimu akan puas!
tapi, apakah mata dan tangan bukan milik Allah?
apakah tanah bukan milik Allah?
apa yang engkau tinggal??
bencikah kamu kepada Allah lagi??
kejamkah Allah menduga kamu sebegitu??

jangan sesekali kita berfikir sebegini.
jika anda sangka anda paling hebat dugaan, lihatlah orang lain.
hebat lagi, ibu yang kematian anaknya.
hebat lagi, anak kehilangan bapa.
hebat lagi, rakyat palestin diseksa israel.
hebat lagi, insan yang dinoda maksiat.
anda?
bersabarlah, surah al-asr, sering kita baca.
beruntunglah orang yang bersabar dengan ketentuan Ilahi.
kuatkan amal ibadat kepada Allah.
bina pertahanan iman dan diri dari gangguan syaitan dan manusia yang jahat.

sekalipun hatimu dilukai, jangan menyendiri.
carilah sahabat yang memahami dan mampu membawa kita ke jalan kebaikan.
jika bersendiri, syaitan akan menemankan anda.
ditanam sekuat2 dendam dan amarahmu.
pelbagai sangkaan dan hasutan untuk menyalahkan Tuhan dan orang lain.
suarakan suara hatimu kepada orang tu.
nyatakan teguran kamu, agar mereka mengerti.
setiap manusia melakukan kesilapan.
maka, tegurlah mereka yang tersilap dan yang menyakitkan hati kita.
fahamilah teguran itu, dan berubahlah.
terima teguran sebaiknya.
jangan ego yang melampau.
sesungguhnya ego itu, datang dari sifat syaitan.
jauhkan ego, terimalah mereka seadanya.
dan maafkan mereka, pegang tangan mereka (sejantina), dakaplah mereka.
rasailah dan fahamilah perasaan mereka.
sesungguhnya bersendiri takkan menyelesaikan masalah!

[bersendiri... ada kebaikan dan keburukan. bersendirilah dengan ibadah kepada Allah. tapi jangan bersendiri untuk syaitan]

Selasa, April 14, 2009

tuhan exam datang lagi

"hantu vs tuhan"

macam sama je tajuk ni dengan tajuk semalam.
cuba baca balik tajuknya.
pasti ada beza.
sahabat2ku, dalam pos ni aku taknak berkira2 seperti semalam.
tetapi aku nak jelaskan sejelas2nya tentang pandangan aku tentang exam.
tapi kenapa tuhan? kenapa hantu semalam?
hantu? anda penah tengok hantu tak?
kita tahu ada hantu, kita selalu dengar cerita hantu.
dan sekarang banyak cerita hantu di tV.
kita pasti takut bila tengok hantu.
apatah lagi apabila, hantu tetiba muncul disebelah kita.
pastilah menjerit melolong (bagi pompuan kebanyakan)

tuhan?
bagi yang muslim, kita menyembah tuhan yang satu (ALLAH)
tiada tuhan selain Allah.
tapi perasankah kita, kadang2 kita terlalu menuhankan exam.
kita tak sedar, sebab kita rasa ni hal biasa.
aku cuma berkongsi, jika aku salah, tegurilah aku.
sememangnya exam membantu kita meningkatkan prestasi kita
terutama dalam pelajaran.
dan memberi kita ransangan untuk belajar bersungguh2.
memang aku sangat menyetujui tujuan utama exam.

awas kawan2ku,
kadang kita terlalu bimbang dan risau keterlaluan.
mungkin sebab dah terlalu jemu, dan menganggap exam membebankan.
dan amat menyusahkan. maka timbullah "kenapalah engkau wujud".
sikap dan perasaan ini yang wajib kita hindarkan.
sebab sikap inilah yang menjurus untuk menuhankan exam.
yelah mana tidaknya, kita terlalu bergantung dengan exam.
andai exam teruk, habislah aku.
aku akan jatuh, ditimpa bala, mak marah, dan ada yang nak bunuh diri.
begitu hebat tuhan exam sampai leh membuat orang terbunuh.
tuhan exam mampu untuk menggusarkan hati semua orang.
tuhan exam lah penentu masa depan kita ke mana...
andai exam kita dapat rendah markah, tuhan exam tak bagi kita maju.
andai kita dapat markah tinggi, baru tuhan exam bagi kita hepi.

astghfirullah al azim.
"moga aku dijauhkan daripada tuhan exam ni."
mungkin ada yang tak jelas dengan maksudku.
aku bukan kata exam ni patut kita benci *BUKAN!!*
tapi kita jangan terlalu bergantung sangat dengan exam.

tak kira la exam ni hebat seperti HANTU ke...
yang mampu membuat hati kita resah macam nak gugur.
atau tak kira la exam ni hebat macam TUHAN ke...
yang mampu menentukan halatuju kita ke mana selepas ini.

ingatlah sahabatku.
kita bukan perlu takut dengan hantu ni.
kita perlu takut dengan ALLAH.
kita perlu takut yang kita hadapi exam ni kerana Allah.
kerana apa?
kita takut apa yang kita belajar selama ini sia2 dan tidak diredhai Allah.
sebab tu, setiap kali bila nak belajar, kena berdoa.
sebab kita takut pada Allah.
takut2 Dia tak redha dengan ilmu yang kita belajar.
dan takut2 Dia tak bantu kita (dengan memberi ilham) dalam kita hadapi exam.

ingatlah sahabat2ku,
kita bukan perlu takut dengan tuhan exam ni.
kita perlu takut dengan ALLAH.
sebab bukan tuhan exam yang menentukan hidup kita selepas ini.
tapi Allah yang menentukan halatuju kita.
bukan exam penentu segalanya.
Allahlah yang menentukan segala2nya.
qada' dan qadarnya...
andai kita berusaha, bagai nak pecah otak... andai tak berjaya...
- pasti gagal (kata tuhan exam)
- pasti ada hikmahnya (Allah menjanjikan)

andai kita tak berusaha?? sedar sendirilah...
takkanlah korang nak mengharap duit turun dari langit.
meskipun Allah tu pemurah dan penyayang..
janganlah MALAS sangat!
ingatlah.. Allah tu tuhan kita, tiada tuhan lain kecuali Dia.
bergantunglah padaNYA.

[jangan bergantung pada exam, pensyarah, buku semata2..]