Showing posts with label Appointment at HUKM. Show all posts
Showing posts with label Appointment at HUKM. Show all posts

Thursday, January 31, 2013

Regular Medical Check Up, BR & Theraphy...

Cukup-cukup 3 bulan, pasti PPHUKM akan dilawati. As usual today I bawa my Middle E ke PPHUKM untuk buat regular medical check up due to her Growth Hormone problem. For those yang tak tahu, my Middle E ni telah didianogsiskan dengan penyakit kekurangan hormon untuk pembesaran @ Growth Hormone Deficient. So, kalau nak tahu lebih lanjut sila ke link ini ya...http://blog-3e.blogspot.com/search/label/Appointment%20at%20HUKM.

Dan kebetulannya pulak hari ini, area kawasan HUKM dan sewaktu dengannya amatlah sesak sekali. Rupa-rupanya di Stadium Cheras KL yang berhadapan dengan HUKM ada buat sambutan Hari Wilayah 2013 yang akan berlangsung esok harinya sempana Hari Wilayah yang disambut setiap 1 Februari. Punya lah lama I nak dapatkan parking kat HUKM tu...last2 I guna je valet parking. Mahal sikit pun takpa....asalkan ada parking dan hati I tenang serta otak pun tak serabut nak cari mana parking kosong kat HUKM tu. Parking kat HUKM tu sungguhlah sendat macam sardin, siap double parking gitu. Normally, I parking je kat Stadium Cheras Kl tu then jalan la kaki ke HUKM...but since today ada sambutan tu, jangan harap lah kan ada parking kosong...tepi-tepi jalan pun penuh dengan kenderaan bagai daripada kereta, bas, motor, van etc yang memakirkan kenderaan depa kat situ. Owwhhhh...sungguh mencabar betul. Dah le tu, tetiba pulak hari ni panas yang amat.....arghhhhh, lagi la menambahkan hangat kat badan I ni kan. Tapi demi anak, I sanggup buat apa sahaja....:-)


 Menunggu doktor..tapi sempat posing dulu....

 Cool je bila amik darah! Bravo Elyssa....ni dah kira macam biasa je. Sekalipun tak pernah menangis bila amik darah...

 Meet her Paed..Prof Dr Wu...Doc ni pun petite je kannnn...comel..hahaha

 1st time Elyssa dapat MC...ye la kan, dah sekolah betul..bukan macam tadika....

 After settle everything kat PPHUKM, lepak dan singgah sat kat Lembah Tengah sambil cuci-cuci mata....since today is 31st kan, so I belikan la favourite ice cream Mr E...kalau tak on 31st pun I belikan jugak for him... Mr E ni sangat suka makan ice cream...tapi I biasa2 je..
dan sempat jugak I terjebak dengan Rockport ni.....oowhhhh!!! terasa indah dan bahagia hidup bila dapat bershopping ya...hahaha..

Ok la...cukuplah ceritera for today...
Till then & take care ya!

Monday, February 28, 2011

Hampir seharian di HUKM...

Belum cukup 3 bulan, I bawa Middle E ke HUKM sebab ada appointment untuk ambil darah. Kali ni ambil darah sebanyak 10kali ya...BUKAN sekali tau! Seawal jam 9 pagi I dan Middle E sudah terpacak di Klinik Paediatrik dan berkampung di sana sampai jam 2 petang!Penat tu memanglah penat...tapi demi anak, I gagahkan jua...

Middle E terpaksa berpuasa dan hanya boleh makan selepas selesai 10 kali darahnya diambil untuk dibuat ujian. Middle E perlu dalam keadaan HIPOGLISEMIA (iaitu tahap glukosa yang terlalu rendah), barulah darahnya diambil sebanyak 5ml setiap setengah jam. Ini adalah kerana pada tahap ini, bacaan darahnya adalah betul bagi menunjukkan bacaan IGF nya (bacaan growth hormone dalam darah) bagi pesakit yang mengalami Defiancy Growth Hormone...dalam bahasa yang mudah faham...kekurangan hormon untuk membesar. Solution untuk penyakit ini, suntikan hormone ke perut wajib dilakukan setiap hari tanpa gagal sehingga usia 18 tahun......:-(...Middle E ni I yang cucukkan hormone ke perutnya...

Ni baru je ambil sample darah kali pertamanya...ada 9 kali lagi daaaaa...yang pasti Middle E maintain cool!...

Ni pulak ntah kali ke berapa ntah...yang pasti masa ni Middle E sudah tidak bermaya sekali....after ambil sample darah, doktor terus masukkan glukosa ke dalam badan Middle E...dan Middle terus ok skit......tanpa glukosa tu sure Middle E akan kena sawan & terus pengsan!
Wajah ceria Middle E selepas selesai semuanya....reward kat Middle E...belanja dia makan KFC dan dia request nak minum Ice Mocha Blended...layan je la sebab Middle E sangat bagus & cool sangat tadi.....:-))

Thursday, February 10, 2011

3 bulan...

Setiap 3 bulan sekali, wajib I bawa my Middle E jumpa her paed for regular medical check-up di Pusat Pakar HUKM di Cheras. Dalam pada itu sedar atau tidak, sudah masuk tahun keempat my Middle E berulang-alik ke hospital dan masuk tahun ketiga my Middle E under medication. Kali ni jumpa Prof. Dr Wu...didapati my Middle E tidak menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan terhadap ubat Growth Hormone yang disuntik di perut Middle E setiap malam. Maka setelah mengadakan perbincangan dengan Prof tersebut, untuk 3 bulan ni suntikan hormon pada perut my Middle E terpaksa dihentikan buat sementara waktu sehingga temujanji dengan Prof 3 bulan akan datang.

Next temujanji, ada pelbagai ujian yang akan dijalankan ke atas Middle E....antaranya mengambil darah Middle E setiap setengah jam sebanyak 10 kali untuk mengetahui bacaan IGH (hormone yang membantu tumbesaran semua bayi & kanak2)...

Ambil lagi darah untuk mengetahui bacaan IGH.....

Buat juga x-ray tulang tangan dan jari Middle E untuk mengetahui usia tulang Middle E....Didapati usia tulang Middle E berumur 3 tahun....padahal Middle E berumur 5 tahun! That's why la bila fizikal Middle E seperti budak berumur 3 tahun dan orang ingat Middle & Youngest E tu macam kembar....sebab saiz diaorang lebih kurang jer....

Baked this Beef Lasagna for my friend yg duk mengidam nak makan lasagna....buat awal pagi tadi dan buat bekalan sekolah Eldest & Middle E jugak hari ni...

Tuesday, July 20, 2010

Templer-Bangsar-HUKM-Selayang-Templer-Batu Caves-Jalan Semarak-Templer...

Fuhhhhhh!!!!! Hari ni I benar-benar jadi supir...seawal pagi sudah menghantar Mr E ke office then lepak kejap kat Bangsar dengan Middle E sambil breakfast di Chawan. Layan nasi lemak dan teh tarik paling sedap kat situ. Kemudian, I terus bawa Middle E ke HUKM untuk regular medical check-up. (Actually semalam pun dah ke HUKM jugak, Middle E kena amik darah lagi).

Breakfast kat Chawan, Bangsar...

Nasi lemak dan teh tarik....sedap!!!

Layan keropok lekor jugak...:-)

My Middle E cuma naik 1.6cm untuk ketinggian dia dan menjadi 89.9cm. Berat Middle E pulak hanya naik 0.4kg sahaja (berat Middle E terbaru 11.6kg). Ok la, walaupun Prof Dr. Wu expected yang Middle E akan gain weight & height agak banyak untuk setiap 3 bulan. So, the next 3 months, Middle E kena jumpa Prof Dr. Wu lagi for her regular medical check-up.

Middle E kat HUKM...

kasi posing gaya gedik skit...muaahh!!!!

Habis buat medical check-up, I terus balik ke Templer. On the way, singgah sebentar kat kedai kek, beli bahan-bahan buat kek, roti, muffin yang sudah agak kehabisan. Then, pulang ke Templer. Lepak-lepak kejap kat rumah sambil buat house chores.....

Then, lepas Maghrib, amik Eldest & Youngest E kat rumah my mum dan terus ke TTC, Jalan Semarak....amik Mr E yang ada training volleyball kat sana. Finally pulang semula ke Templer....
Hari ni, Mr Focus I benar-benar dilenjan oleh I untuk ke sana dan ke mari........

gambar terbaru my Youngest E....

Thursday, May 14, 2009

Seharian di HUKM

As usual, I have to take my Middle E to HUKM for her medical check-up. Appointment with the doctor was scheduled at 10.00am. Unfortunately, we only managed to see the doctor at 3.15pm. U all bayangkan la, lamakan we all tunggu...nasib baik la my Middle E ni tak banyak songeh compared to the my Eldest E. My Middle E ni relaks ja dan cuma tanya hanya 2 kali sahaja bila boleh berjumpa dengan doktor. Sambil menunggu tu, my Middle asyik tengok dan cium pipi semua baby yang ada kat ruang menunggu tu. Bila my Middle E dah terasa dahaga atau lapar, baru dia berhenti main2 dengan baby. I pun dah siapkan bekalan apa2 yang patut (roti, biskut) la for my Middle E sementara tunggu nak berjumpa dengan doctor.
Secara kebetulan pulak my Middle E demam, so dia tak la berapa aktif sangat....sempat la my Middle E take a nap sambil2 menunggu tu. Nak dijadikan citer, we all adalah patient yang terakhir untuk hari tersebut...sabar ja la.

Masa jumpa dengan doctor, the results of my Middle E taking jab everyday before bedtime amatlah memberangsangkan. 3 months before this treatment, her height was only 76cm and weighed at 8.4kg. 3 months later, the result: her height is now 81.5cm and she weighs at 9.2kg. Alhamdullillah...ada progress gitu. I puji my Middle E ni yang mana dia sedikit pun tak menangis apabila I suntik growth hormone kat perut dia...malah siap ingatkan I untuk suntik dia jika I terlupa.....sebab my Middle E cakap, dia kena cochok everyday supaya dia jadi beshar dan lebih tinggi. Keep it up my dear...mummy loves u so much.....

Wajah keletihan dan kepenatan My Middle E sementara menunggu giliran utk berjumpa dengan doktor