Showing posts with label Growth Hormone. Show all posts
Showing posts with label Growth Hormone. Show all posts

Thursday, February 10, 2011

3 bulan...

Setiap 3 bulan sekali, wajib I bawa my Middle E jumpa her paed for regular medical check-up di Pusat Pakar HUKM di Cheras. Dalam pada itu sedar atau tidak, sudah masuk tahun keempat my Middle E berulang-alik ke hospital dan masuk tahun ketiga my Middle E under medication. Kali ni jumpa Prof. Dr Wu...didapati my Middle E tidak menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan terhadap ubat Growth Hormone yang disuntik di perut Middle E setiap malam. Maka setelah mengadakan perbincangan dengan Prof tersebut, untuk 3 bulan ni suntikan hormon pada perut my Middle E terpaksa dihentikan buat sementara waktu sehingga temujanji dengan Prof 3 bulan akan datang.

Next temujanji, ada pelbagai ujian yang akan dijalankan ke atas Middle E....antaranya mengambil darah Middle E setiap setengah jam sebanyak 10 kali untuk mengetahui bacaan IGH (hormone yang membantu tumbesaran semua bayi & kanak2)...

Ambil lagi darah untuk mengetahui bacaan IGH.....

Buat juga x-ray tulang tangan dan jari Middle E untuk mengetahui usia tulang Middle E....Didapati usia tulang Middle E berumur 3 tahun....padahal Middle E berumur 5 tahun! That's why la bila fizikal Middle E seperti budak berumur 3 tahun dan orang ingat Middle & Youngest E tu macam kembar....sebab saiz diaorang lebih kurang jer....

Baked this Beef Lasagna for my friend yg duk mengidam nak makan lasagna....buat awal pagi tadi dan buat bekalan sekolah Eldest & Middle E jugak hari ni...

Tuesday, October 19, 2010

As usual...

Bawa my Middle E ke Pusat Pakar HUKM untuk regular medical check up with her paed. Kali ni result ketinggian dan berat badan my Middle E tak memberangsangkan...:-(( 3 bulan lepas, berat badan Middle E = 11.6kg....tadi timbang, still 11.6kg jugak!!!..Then ketinggian cuma naik daripada 89.0cm ke 90.8cm....macam takde beza sangat 'kan...tapi bacaan IGF (growth hormone reading) ada peningkatan lah sejak my Middle E ambil this growth hormone since 18 February 2009 until today daripada 34mg/ml ke 82.9mg/ml...Actually, bacaan IGF my Middle E ni dalam range normal (40 - 246mg/ml).....cuma Middle E punya paed cakap yang bacaan IGF kena lebih tinggi lagi...so, tambahlah lagi dos ubat growth hormone yang wajib disuntik pada perut Middle E....

FYI, IGF (Insulin-like Growth Factor) ni lah natural substance yang akan membantu tumbesaran tulang bayi & kanak-kanak mengikut umurnya...tanpa IGH ni (yang cukup), tulang tidak akan membesar. Harap2 this info yang tidak seberapa ni dapat menambahkan knowledge u all tentang kekurangan growth hormone ya!!!

Ok ok...cukup2 dulu ceritera pasal medical info ni ya...meh layan gambar2 Middle E yang baru je lepas amik darah (6 bulan sekali) untuk paed Middle E tengok result darah dia ok ker tidak for the next visit (lagi 3 bulan )....


Baru je lepas amik darah....menangis tak ingat dunia tu...this is 1st time Middle E menangis, kebiasaannya bila time nak amik darah, dia ok jer...maybe mood dia tak berapa bagus kut hari ni...:-((


Muka monyok giles....


Buat muka takde perasaan gitu!!! Ni tengah tengok tv kat ruang menunggu sementara tunggu giliran untuk berjumpa Prof Dr Wu.


Barulah nak tersenyum sikit...tapi macam agak terpaksa 'kan....

Ni pulak dinner we all tadi....satay ni I beli tau..hahahahaha...satay yang sangat sedap di abad ini....;-)) I pulun makan sampai 11 cucuk gitu...selalunya I makan tak lebih 6 cucuk....lapar sangat kuts...

Till then ya...tuan punya tanah blog ni nak meluruskan pinggang dan badan serta tidur dengan harapan ada mimpi2 indah gitu....

Tuesday, June 8, 2010

Sulking (dalam english) atau merajuk (dalam bahasa melayu)

Sape suka merajuk....sila angkat tangan...nak kongsi citer skit dengan u all. My Youngest E ni amatlah suka merajuk. Kalau girl tu, I takler kisah sangat sebab merajuk aka sulking ni amat berkait-rapat dengan golongan yang berhormonkan estrogen ni....Ini tidak, as u all know..my youngest E ni adalah seorang baby boy yang bakal menjadi kanak-kanak lelaki riang...tapi dia sangat-sangat suka merajuk. Pantang ja kalau ada bende yang dia nak tapi tak dapat...sure dia akan buat muka tak puas hati sambil campakkan barang2 yang sempat dia capai...kalau kebetulan masa tu pulak tengah pegang botol susu, sure botol susu itu akan dicampakkan sekuat mungkin oleh youngest E.

Sebelum tidokan my Youngest E tadi, dia sempat merajuk dengan Mr E...masuk bilik tido sambil tutupkan pintu bilik dan lemparkan botol susu dia...sadiss 'kan. Ntah ler..dah tak tahu camne la nak handle tantrum merajuk my Youngest E ni...lagi sadiss dan teruk daripada Eldest & Middle E. Masa we all dinner kat kedai mamak tadi pun, my Youngest E sempat lagi merajuk dengan berlari-lari laju menghala ke jalan..tak sempat Mr E nak kejar..then Youngest E pun terjatuh ke atas jalanraya lalu kedua-dua lututnya berdarah....

Lutut Youngest E yang luka. Baru ja lepas bubuh lendir aloevera aka lidah buaya kat lutut si buas yang suka merajuk ni....

Lidah buaya berposing dengan gadget ubat growth hormone Middle E...baru ja jugak lepas cucuk Middle E dengan ubat growth hormone kat peyut Middle E...(hari-hari tau cucuk hormone kat peyut Middle E until Middle E berusia 18 tahun).....

Kalau ada sape-sape merajuk then ada orang pujuk dengan cuppies sure boleh jadi ceriakan...:-)) This pinky cuppies I buatkan utk my friend's daughter yang sambut birthday dia last week...Happy Birthday Nisa dan thanks Kak Yuhana for the order....

Agak-agaknya 'kan..kalau I merajuk, ada tak orang nak pujuk?

Wednesday, April 21, 2010

Semalam cuti...tapi macam tak cuti ja...

Ya ya...semalam I amik cuti sebab bawa my Middle E buat regular medical check-up (3 bulan sekali) regarding her "sakit" la kat HKUM dengan Prof Dr Wu ( her paed.). Nak update lah blog bila 3Es dah tido malam tadi tapi I tertido sekali dengan my Youngest E..nak buek camno 'kan...mummy pun lotih jugak...:-((

Namanya ja amik cuti tapi macam gi kije jugak la sebab as usual dah keluar rumah, hantar Eldest E ke sekolah then hantar my Youngest E ke rumah my mama then hantar Mr E ke opis...then baru bawa my Middle E ke HUKM...phewwhhhhh...banyak betullah persinggahannya...

Anyway, dah settle semuanya jumpa Middle E punya paediatrician...next appointment will be on july 20, 2010. Result after 3 months cucuk growth hormone kat peyut my Middle E....her height naiklah drpd 87.8cm ke 88.3cm (1.5cm dalam 3bulan) and her weight naik drpd 10.5kg ke 11.2kg (1.3kg dalam 3bulan)//ok la tu daripada takde naik langsung 'kan...

Then, lepak2 jap kat opis I sementara tunggu Mr E abis kije...then before balik rumah, singgah jap kat Pantai Hospital visit my officemate yg baru nak dapat baby girl...mmmm macam tak cuti ja semalam sebab sampai kat rumah my mama pun dah Maghrib (macam hari2 biasa bila I bekerja ja).....

Ni gelagat my Middle E kat opis Mr E...tengok la tu betapa keciknya dia sampaikan boleh duduk kat tpt bracket CPU komputer....