Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Sunday, July 10, 2011

Transformers:Dark of the Moon....

Selepas deliver the cuppies & the cake kepada tuannya, I & Mr E bawa 3Es menonton wayang movie Transformers : Dark of the Moon at TGV Wangsa Walk Mall. Selalunya we all nonton di TGV KLCC, since disebabkan ada roadblock semua jalan masuk ke Kuala Lumpur, so just nonton di TGV Wangsa Walk Mall je la.....my Youngest E begitu obses dengan Transformers ni...boleh dikatakan hari2 pasti dia minta I atau Mr E..kalau tak pun Eldest E tolong bukakan movie ni kat rumah. Dah naik hafal dah setiap babak & dialog.....layan je la...

3 beradik yang buas!

Before tengok Transformers, bawa 3Es tengok pets yang buka booth menjual pets seperti sugarglider, hamster, rabbits, fish and etc....

masing-masing tutup hidung sebab tak tahan bau busuk.....so, 3Es insaf taknak bela pets yang berbau busuk......just nak bela ikan je.....hihihihi...

Mr E & Youngest E tengok ikan.....

Sunday, June 19, 2011

Father's Day, Kungfu Panda 2.....

Happy Father's Day kepada semua daddy, abah, ayah, walid, appa etc di luar sana. Especially to our coolest daddy in the world...Mr E!....We love u so much! Thank you for being a cool daddy to 3Es ya...:-)) Tak lupa juga buat my Ayah, Osman Bin Said serta FIL, Md Nordin Bin Awang Mat...both of you sangat best!!!

Santai-santai je weekend kat rumah. Petang baru bawa 3Es tengok wayang Kungfu Panda 2 kat KLCC. Best dan lawak la movie tu. 3Es pun suka dan happy jugak....mummy & daddy pun terlebih suka jugak dengan movie ni.....then, lepas solat Maghrib lepak jap kat KLCC then we all makan at Signature. Lepas makan lepak kat luar KLCC tengok air pancut dan lampu lampam kat area Taman KLCC tu.....pastu terus lancar ke Templer....esok kerja dan sekolah la....:-((

Dalam panggung....before movie start posing dulu....


Kungfu Panda 2...best!

Lepak jap...

KLCC...sangat suka ke sini!!!

cantik 'kan permandangan di waktu malam di area Taman KLCC.....

Wednesday, December 29, 2010

Mari beriadah bersama anak2...

Pack sungguh aktiviti we all hari ini. Dan kesemua aktiviti we all hari ni adalah unplanned okay!!...Selepas breakfast we all ke Taman Metropolitan di Kepong. 3Es excited abis main-main kat playground situ. Mula-mula bercadang hendak ke Taman Tasik Perdana, tukar venue last minute....alih2 ke Taman Metropolitan Kepong jer. Yang penting 3Es happy dan boleh main gelungsur, jongkang-jongkit, buaian....etc....mari layan gambar ya!!!

Eldest & Middle E...
Middle E & Youngest E main gelungsur...

Eldest E pun suka main gelungsur juga...:-))

Mari main buaian pulak!!!!

Berjalan di atas jambatan gantung....

Sempat berkelah di tepi tasik.....

Daddy with 3Es....
Mummy with 3Es...agak2 u all, 3Es ni ikut rupa sape yek!!! I atau Mr E???

Lepas bersantai dan lepak2 di Taman Metropolitan Kepong, we all makan KFC for lunch di Selayang Capitol. Pastu, tetiba pulak Mr E ajak we all nonton movie pulak!!! Tu la..kan I dah cakap, semua aktiviti we all hari ni mmg kesemuanya adalah tidak dirancang sama sekali. Nak tahu we all tengok movie apa.......

Mr E belanja we all tengok movie Hantu Kak Limah Balik Rumah....kelakar abis movie tu. Memang lawak...:-)) Tq Mr E sebab belanja we all ya!!!! Muahhhhhsss....Balik Templer terus berkejar solat Zuhur sebelum tamat waktunya...Then, si mummy & daddy memang tertidur sebab keletihan dan kepenatan melayan karenah 3Es. 3Es langsung tak tahu penat dan boleh sambung main lagi di rumah....aihhhh...

As usual nak tayang jugak breakfast we all tadi...Nasi Goreng Templer. Siap simpan makan untuk dinner sekali sebab ada lebih.....senang I sebab tak perlu masak lagi....:-))

Friday, December 24, 2010

Girls Day Out...

Semalam the whole day lepak kat KLCC. Apa??? KLCC lagi...yes.....memang tak pernah jemu ke sana.:-)) Actually, my biras Asfa Lola minta temankan dia shopping kat KLCC....so, I pun applylah cuti. Arghhhh..cerita pasal kerja office, this week mmg hectic giles. Segala macam bende nak kena settlekan before long holiday. Officially nyer our company akan tutup dari 25th December 2010 until 2nd January 2011. I sambung cuti lagi sehingga 4th Jan 2011 sebab my Eldest E masuk sekolah darjah satu. Tu yang bila my biras ajak gi shopping tu I pun ok jer......

Hiasan Christmas di KLCC.....Jam 10 pagi we all sudah terpacak kat KLCC. We all breakfast dulu di La Cucur, makan nasi lemak dan teh tarik dulu sebelum meneruskan agenda yang berikutnya.
Lepas sudah mengisi perut, we all pergi beli tiket wayang dulu. Tengok wayang pun salah satu agenda we all jugak....dan lagi satu, biras I ni pun sudah makan tahun tak jejakkan kaki ke cinema gara2 ada 2 anak kecil....so, sangat teruja lah minah sorang ni...:-)) Nak tahu we all tengok cerita apa.......
.
.
.
.
.
.
.
.
Cerita ni lah yang we all layan....mmg kelakar habis dan satu lagi ada unsur 13SX skit, so tokleh bawak 3Es hehe......cerita ni sequel daripada 2 movies yg sebelumnya....Kesimpulannya mmg tolol dan lawak habis lah cerita ni!!!

Sebelum movie start jam 12.15 tgh hari, we all gi la window2 shopping langsung terbabas shopping sekali. My biras rembatlah perfume Marc Jacobs Lola....sungguh wangi haruman tersebut. I dapat free je miniature si Lola tu...ok la, nanti bila perfume yang I beli tu 2 minggu lepas tu habis, boleh la rembat perfume ni pulak....(kali ni nak pau Mr E la.....:-D)....

Lepas habis nonton wayang, we all makan...makan pun salah satu agenda we all jugak...hahahahhahaha...kata nak diet tapi harrrraaaammm aihhhh, ntah bila la nak start...tahun depan kuts...;-)

Chicken Teppanyaki for lunch......dah lama tak pekena diaaa....sedap!!!

Tak cukup dengan Chicken Teppanyaki, we all makan waffles with choc & vanilla ice-cream pulak.....mmg sah lah we all ni kaki makan 'kan....hahahahahahahahaha...

Then, we all sambung lagi agenda shopping we all. Lepas satu-satu butik dan outlet we all keluar masuk sambil mencari barang yang berkenan dihati. I tak shopping apa pun...cuma rembat sepasang Jeans jer. I susah nak beli jeans sebab kebanyakkan jeans yang dijual tidak cukup panjang. So, bila I pakai nampak senteng la....Kalau ada pun pasti yang berjenama dan agak mahallah harganya.....so far, brand I yang ngam GAP, ZARA dan sib baiklah la ada local brand dan mampu dibeli...PADINI....hihihihihihihi...

Dalam pada tu, I memang duk berkenan dengan boot Clarks ni....ingat nak rembat jugak lah..tapi tak beli pun semalam...later belilah. Ntah apsal ntah lately ni duk rasa best jer kalau pakai boots...nampak lagi stylish kuts. Boleh dipakai ke office atau waktu jalan-jalan 'kan....bila matching dengan jeans...sure cantik 'kan...nanti bila I dah beli boot..I cerita ya...

Jam 5.30ptg, Mr E amik I kat KLCC. Dia tanya kat I...puas ker shopping kat KLCC? I cakap lah..tak puas tapi ok la...next time boleh buat lagi.....Pulang ke rumah, amik 3Es kat rumah my mama, then singgah kat pasar malam di BBS, belilah apa2 yang patut for dinner....then zzzzzzzzzzz..........

Happy Friday peeps!!!

Tuesday, November 30, 2010

Melaka - Part 2 (Tengok wayang - Rapunzel, A Tangled Tale)

Sementara Mr E beri talk pada student2 di UTEM...I and 3Es serta my youngest sister, Mira yang ikut serta ke Melaka lepak di Dataran Pahlawan. Korang fikirlah 'kan...takkan nak lepak2 dan jalan sambil window shopping selama 5 jam 'kan...sure kaki lenguh dan bosan tahap gaban!!! Lagi-lagi dengan 3Es yang buas dan lasak itu....:-))

So, cara lain untuk mengisi masa ialah dengan menonton wayang. Kebetulan pulak ada GSC kat Dataran Pahlawan tu...dan ada cerita Rapunzel....A Tangled Tale sedang ditayangkan....Layan pun best jugak kan. 3Es happy...mummy pun happy jugak.

Oh!!!! This movie sungguh best dilayan.....apa ntah lagi bersama-sama 3Es....Ni sinopsis movie ni...
Terdapat sebuah kerajaan di mana raja dan permaisuri sedang menantikan kelahiran bayi pertama mereka.
Ketika sedang sarat mengandung, permaisuri jatuh sakit dan situasi ini meletakkan dirinya dan bayi yang dikandungnya dalam situasi bahaya. Dalam keadaan yang terdesak, orang suruhan diraja telah diarahkan untuk mencuri sejenis tumbuhan berbunga yang mempunyai kuasa penyembuh dari taman seorang ahli sihir jahat bernama Mother Gothel. Gothel kerap menggunakan bunga itu untuk mengembalikan keremajaannya supaya dia dapat hidup kekal abadi. Bunga tersebut berjaya menyembuhkan permaisuri dan memberikan puteri mereka, Rapunzel, kuasa penyembuh yang berada terletak dalam rambut Puteri Rapunzel yang berwarna keemasan.

Sebagai membalas dendam dan keinginan untuk memiliki semula kuasa tersebut, Mother Gothel telah menculik dan mengurung Rapunzel di sebuah menara yang jauh daripada pandangan manusia.
Rapunzel meningkat remaja dengan memiliki rambut yang panjang mengurai yang mencecah 70 kaki. Disebabkan hanya berada dalam kurungan, dia memiliki perasaan ingin tahu yang sangat kuat.
Setiap tahun pada tarikh hari lahirnya, Rapunzel pasti dapat melihat cahaya yang terapung daripada tempat yang dia tidak pasti. Sebenarnya, cahaya tersebut datang daripada festival yang adakan oleh raja dan permaisuri pada tarikh kelahiran Repunzel. Pada suatu hari, seorang penjahat bernama Flynn Rider telah menceroboh menara tersebut. Menggunakan kesempatan itu, Rapunzel telah berpakat dengan Flynn untuk melepaskan diri dan membawanya ke festival cahaya tersebut.

Rapunzel melarikan diri dengan seekor sumpah-sumpah, Pascal dan seekor kuda, Maximus. Dia melalui pengembaraan yang hebat serta menarik yang tidak pernah dia lalui sepanjang hidupnya sehingga membawanya ke festival tersebut. Ketika melihat cahaya tersebut di sebuah tasik, Rapunzel dan Flynn jatuh cinta. Nasib tidak menyebelahi mereka apabila Mother Gothel berjaya menangkap Rapunzel dan membawanya ke menara. Manakala, Flynn pula telah ditangkap oleh pengawal istana. Flynn berjaya melepaskan diri dan pergi menyelamatkan Rapunzel. Dia sampai ke menara tetapi telah ditikam oleh Mother Gothel. Sebagai pertukaran, Rapunzel berjanji akan bersama dengan Mother Gothel selama-lamanya jika dia dibenarkan menyembuhkan Flynn, Mother Gothel bersetuju.

Sebelum sempat Rapunzel menyembuhkan Flynn, Flynn berjaya memotong rambut Rapunzel menyebabkan bertukar menjadi debu. Flynn masih boleh disembuhkan dengan air mata Rapunzel.

Mmmmmmm, nak tahu cerita selanjutnya....silalah ke cinema berdekatan!!! Recommend utk tontonan semua.....termasuklah orang dewasa...best tau movie ni...:-)) Dan the best part is....my Youngest E sangat behave dan menghayati movie ini walaupun baru1st time bawa dia tgk wayang.....

Tuesday, September 28, 2010

Nasi Ayam Chee Meng vs Iron Man 2

I amik half day off sebab Eldest & Middle E ada sessi photo shoot and interview dengan pihak media yang diuruskan oleh pihak Smart Readers. I dan Mr E layan je....bukannya susah pun, diaorang tanya soalan, we all jawablah. Banyak berkisarkan pasal pendidikan dan perkembangan anak-anak. Not formal tapi dalam suasana santai gitu. Then, ada jugalah sessi photo shoot.....

After settle semuanya, I dan Mr E nak office semula. Before that, both of us had our lunch at Chee Meng's Chicken Rice. U all pernah makan tak nasi ayam tu??? Actually, selalunya we all makan nasi ayam tu kat branch dia di Jln Bukit Bintang.....kali ni we all makan kat another branch di Jln Klang Lama.....sedappppppp.....pekena pulak dgn air assam boi...pergh!!!!!

tu diaaaa.....Nasi Ayam Chee Meng...

Nampak sempoi ja 'kan...tapi sedapppppp....

Malam pulak layan movie Iron Man 2 dengan Mr E & 3Es.....best giles movie tu, nampak real gitu. Dah lama betul I tak layan movie...sekali layan macam kat cinema tu. Tq to Mr E yang personally memang BEST sangat-sangat sebab sediakan facilities (berkait rapat dengan gadget2 dan technology IT yang I sah2 buta IT ) 1st class untuk we all layan movie. I tahu nonton je....yang pasti bila nonton tu sebijik macam kat wayang.....

Ok ok...got to go now...bye!

Saturday, June 5, 2010

3D SHREK Movie

Happening tadi tengok 3D Shrek Movie kat Curve Cineleisure. Memang puas hati...macam real ja movie tu tadi seolah-olah bukan wayang gitu. My Eldest dan Middle E (dan mak bapak) begitu teruja 1st time layan 3D movie tu...kecoh lagi siap tanya banyak lagi, nasib baiklah memang ada ramai kanak-kanak yang layan sekali, so rasanya parents yang bawa anak-anak gi nonton movie tu fahamlah 'kan...

We all terpesona dengan kucing, si Puss In Boots yang dulunya slim tapi kali ni dah jadi gemuk...tak maintain macho macam dulu badan yang slim, bergaya dengan boot & belt serta topi. Lepas abis movie, we all jalan2 sekitar the Curve. Pastu pulak, kebetulan ada orang buat event kat area lapang the Curve...so, my Eldest & Middle E join activity kat situ. Dengan selambanya diaorang naik ke atas pentas...ni gambar2 yang sempat I amik....

Eldest & Middle E.....Youngest E kena tinggal, kesian dia:-((

Acara menari: muzik dimainkan diaorang semua kena menari then bila muzik berhenti, diaorang pun kena berhenti jugak...so sape-sape yang tak berhenti dikira kalah. Tapi budak2 ni macam tak sporting ja...sampai letih dan penat jugak abe-abe MC ni duk layan kanak-kanak ribena ni...alih2 diaorang ubah cara lain then barulah kanak-kanak ini ikut kata...so, semuanya adalah pemenang dan tiada pengalah sebab semuanya dapat pop corn & cotton candy...layan ja

Sempat lagi Daddy berposing dengan goodies yang kanak-kanak riang dapat selepas berdrama dan menari kat atas pentas...dan pow makan 'gula lay' hadiah anak2..

On the way balik ke Templer, MMR2 highway daripada bulatan Batu Caves menuju ke TOL LDP Highway...sepanjang lebuhraya tu memang macet giles...so, sape2 yang plan nak ke Sungai Buloh, Bandar Sri Damansara atau hala ke Bandar Utama pada hari Sabtu...especially petang la, carik la jalan lain sebab tak bergerak langsung tu. Memang sadiss....Nasib baiklah masa tu we all nak pulang ke rumah dan sudah selesai nonton movie, kalau dibuatnya movie start jam 5 atau 6 petang, sure memang tak sempat punya nak layan movie tu..:-))