Showing posts with label Moist Chocolate Cake. Show all posts
Showing posts with label Moist Chocolate Cake. Show all posts

Saturday, April 21, 2012

Serupa tapi tak sama...

Welcoming our new member in the house....Mongoose! Mountain bike Mr E dan I jugak!!! Sebelum ni dah ada Specialized..basikal untuk road...so, Mongoose ni guna utk daki2 pulak tapi boleh jugak kalau nak guna utk pusing-pusing on the road...cuma agak berat sikit le....


This Choc Moist Cake for Nad utk majlis kenduri tahlil petang tadi. Sempat juga memenuhi jemputan Nad tadi...makanan pun banyak dan sedap. Memei kenyang sampai malam la....


Got to go....esok ada banyak aktiviti yang kena buat ni...Till then & happy Sunday ya!

Friday, April 20, 2012

Jumaat - 20 April 2012

Alamak!!!! Baru je seminggu tak update blog, bila nak update blog je...draft utk tulis2 ni dah berubah wajah! Terperanjat la I 'kan...sejak bila la ye blogspot ni ada berubah ya...mmmm, apa2 je la 'kan...asalkan boleh update blog. Life agak hectic sikit dengan workload di office dan house chores serta melayan karenah my 3Es....tu yang tak sempat nak update blog apatah lagi nak blogwalking..:-(


Tq Ainy for the order. Moist Choc Cake for her nephew. Ni pun dah ngantuk tahap gaban ni...nak tido la sbb esok pagi kena hantar my Eldest E ke sekolah sebab ada sekolah ganti...btw, today is my niece punya birthday...Happy 3rd Birthday Airis! 

Sunday, March 4, 2012

Hot Sunday!

Breakfast beli je...then sempat ke pasar kejap beli bahan2 mentah untuk memasak sebab stok bahan mentah sudah kehabisan. Sambil masak untuk lunch, buat laundry jugak. After breakfast tadi, Mr E bawa 3Es mandi-manda kat air terjun di area rumah we all. Semasa ketiadaan mereka, I sempatlah buat house cleaning...vakum, mop lantai, cuci bilik air...Balik je daripada mandi-manda tu, Mr E & 3Es kelaparan...nasib baiklah dah hampir siap masak lunch.

Menu lunch kami yang simple....

Sup tulang...

Daging Goreng...favourite seisi rumah.

Telur dadar

Kerisi goreng

Ikan masin nipih pemberian MIL...

Choc Moist Cake for the 3Es...

Sample Choc Moist Muffin for a friend yang nak buat wedding doorgift...

Macaroni Ikan Bilis for dinner!

Saturday, December 18, 2010

Apa yang I buat hari ni...

Bangun pagi seawal jam 5. Sementara nak tunggu Subuh, kemaskan sedikit sebanyak bilik yang mana menempatkan baju bajan (bilik menggosok baju) kat sebelah bilik HIFI Mr E sebab nak jadikan bilik Eldest dan Middle E. Then after Subuh, bergerak ke Pasar Borong Selayang dan NSK untuk membeli bahan-bahan mentah seperti ikan, udang, sotong, sayur-sayuran sambil ditemani my Eldest E.

Ada sotong, udang....

Ketam pun ada.....

Beselum pulang ke Templer, tapaukan nasi lemak paling sedap di BBS untuk santapan breakfast we all. Tak sempat nak buatkan breakfast so, jalan yang paling mudah ialah dengan membeli breakfast!

Lepas breakfast, I bersihkan segala bahan mentah yang dibeli tadi untuk disimpan di dalam peti sejuk dan sebahagian lagi dimasak untuk lunch. Sambil-sambil itu, Mr Toshiba I buat laundry jugak. Kata dah jadi housewife part time 'kan..so, kena lah efisien. Siapkan menu lunch sambil baking Moist Choc Cake pulak! My adik lelaki and his family serta adik bongsu I nak datang rumah for lunch...so, masak agak banyaklah.....

Tengah menggoreng ayam pun sempat siapkan bancuhan Moist Choc Cake...buat kerja macamlipas kudung tuuuu dan dapur I pun menjadi berkecah sikitlah. Nasib baiklah Eldest & Middle E pergi bermain dengan anak jiran I di rumahnya dan Mr E bawa my Youngest E keluar kejap....so, buat kerja dengan aman sebab tiadanya gangguan2 daripada mereka2 ini....:-))

Menu lunch yang I masak....sempoi je...Lala Masak Serai, Mackerel Goreng, Ayam Goreng, Sambal Sotong, Bayam Celur dan ulam-ulaman bersama Sambal Belacan.....

Lala Masak Serai...

Dengan adanya Sambal Belacan pasti kick bila makan bersama nasi 'kan....sedap!!!

Moist Choc Cake ni I buat untuk makan2 after lunch dan satu lagi untuk dibawa ke rumah mama mertua I malam karang....

I makan sepotong jer....best betul dapat makan choc cake ni, lebih2 lagi kalau dibuat sendiri 'kan...hihihihiiii...
Lepas Maghrib, gi melepak kat rumah in-laws pulak.....Ni aksi gedik from my girls....

My Youngest E bersama cousin yang sebaya dengan dia, Aqeel. Dua-dia budak lelaki ini begitu obses dengan Utlraman terutamanya si Aqeel tu la....

Thursday, November 25, 2010

Awal pagi Khamis....

Terbangun awal pagi ni sebab ada kerja sikit yang perlu dibereskan. Sambil-sambil tu blogwalking jugak....:-)) Badan still rasa penat lagi...macam tak cukup rehat padahal semalam tu jam 9mlm sudah tido after buat laundry...basuh (ni Mr Toshiba yang buat tau)...then sidai the baju-baju, kemas apa2 yang patut lepak dengan 3Es kejap dan ajak 3Es tido....best 'kan tido..I ni pantang letak je kepala kat bantal....boleh terus terlena tau...sangat mudah...iye lah....apatah lagi kalau seharian sibuk di office dan balik rumah sibuk dengan 3Es dan house chores...pasti penat!!!

Ok ok...I stop kat sini dulu ya sebab nak solat Subuh then nak siapkan breakfast ni....till then
and have a nice Thursday..:-))
Ni u all tahu tak apa bende nyer ni.....I buat sendiri my cili boh dan siap buat stok sekali. Tak pernah belilah buat masa ni...Cili boh ni I buat Sabtu lepas sebab stok sudah habis....


This birthday cake I buat for Cyntha Indah's daughter, Ellisa yang sambut birthdaynya yang ke 8 Ahad lepas....Happy Birthday Ellisa...

Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya AidilAdha

Selamat Hari Raya AidilAdha buat semua umat Islam di luar sana yang menyambutnya daripada 3Es sefamili. As usual, we all akan ke rumah parents we all untuk beraya dan aktiviti makan-makan hari ni. Since raya 'kan...surelah semua orang akan berpakaian cantik-cantik gitu...Ok, got to go.....nak siap-siapkan 3Es ni....till then:-))

Bakes of the week...

For someone yang celebrate birthday....Thanks Ina

Happy Birthday Hannah!!! Thanks Lia

Mini quiche for makan-makan...Thanks to Suzy & Qaseh..

From Kuala Lumpur to Kemaman....Almond Cookies for Izyani.

Walnut brownies for Shikin....

Saturday, August 7, 2010

Bila Eldest E bercerita tentang kalau Mr E ada awek.......

Masa dalam perjalanan ke Bangi tengah hari tadi sebab ada jemputan kenduri aqiqah, My Eldest E ada bercerita tentang kawan sekolah dia...budak lelaki yang rapat dengan dia....pasal budak lelaki telah menyingkirkan awek daddy dia....so, budak lelaki ni happy lah sebab daddy dia sudah tiada awek lagi....

So, Eldest E pun berceritalah kat we all....kalau daddy dia ada awek pun, Eldest E akan plan macam-macam untuk menyingkirkan awek daddy dia, paling sadis siap nak bunuh awek Mr E....memang malang la siapa yang jadi awek Mr E...bukan I yang sibuk2 nak pisahkan depa berdua tapi Eldest E yang akan jadi master mind (nampak gayanya I ni ada supporter yang kuat, bangga I..hihihihihihi).....tergelak besar I dengar Eldest E punya cerita...dan part yang paling best...Eldest E kata cuma mummy ja awek & wife daddy sampai mati...cayalah Eldest E....!!!

Anak-anak I yang perempuan ni memang pantang dan tidak suka kalau daddy diaorang cakap nak ada awek atau cari mummy lain. Pasti Eldest & Middle E akan bising dan mengomel macam-macam.....well, walaupun diaorang berdua ni masih kanak-kanak, tapi pemikiran dan percakapan dioraang berdua ni macam dewasa tau...maybe sebab I dan Mr E layan dan selalu berborak-borak dengan dioarang macam kengkawan...tu yang both of them very independent dan pandai bawa diri...tapi kalau buat silap atau salah sure kena lecture jugak (kekadang tu I rotan jugak tau...I ni mummy yang garang!!! ) sebab anak-anak 'kan perlu diawasi dan kena remind selalu.....Apa-apa pun, terpulanglah pada ibu dan bapa macam mana nak mendidik anak-anak masing2.....lain orang lain gayanya...

Ok la yea....I nak rehatkan badan dan minda ni....u all layan lah breakfast we all pagi tadi..(lunch dan dinner kat luar...).....selamat beristirehat ya semua!!!!

Mewah tak breakfast we all???

Meehoon goreng....dah lama tak masak...sekali licin daaaa!!!!

Lauk sampingannya...sambal sotong

Dessert we all.....Moist Choc Cake....yummy yummy yummy....!!!!!

Sunday, June 13, 2010

Mood Malas..

Virus "malas" ada kat diri I sekarang ni. Kalau u all perasan yang weekeend ni I tak masak 'kan...dah ler malas, pastu pulak memang takde mood nak cooking ataupun baking. Ingat nak baking jugak lah tapi ayik bertangguh-tangguh ja. Kut-kut lah kalau rajin nanti, ingat nak baking orange chiffon cake sebab ada orange kat dalam peti ais tu....sayang la pulak kalau duk dibiarkan ja...baik buat something. Selain tu setelah 6 bulan tak datang bulan, akhirnya datang jugak bulan tu...hahahahaha..itupun setelah telan sejenis ubat yang diberikan oleh doktor pakar sakit puan I. I rasa sangat-sangat lega...:-))

Takde gambar lauk-pauk, so I tayangkan ja la gambar cakes & cupcakes yang I buat sepanjang minggu ni....

This BEN 10 cuppies I buat untuk my friend. She request BEN 10 cuppies untuk anak laki-laki dia. Thanks Qaseh Diana for the order.

Daripada seorang bapa untuk anak gadisnya....Happy Birthday Nurul Aisyah dan thanks Wak Isham for the order..

This princess cuppies buat Durah Alisha yang sambut 2nd birthday.....

Selain tu mama Durah turut meminta I buatkan Moist Choc Cake dengan edible image di atasnya untuk acara potong cake kat rumah her mum di Sekinchan.....Thanks Syaliza for the order!!!

Last but least, this garden cuppies I buatkan untuk adik kawan I yang nak celebrate her BFF punya birthday last friday.....Happy 25th Birthday to Cunna.....

Thursday, June 3, 2010

Hadiah...

Don't we all love presents? Of course we do kan...Growing up, this was the highlight of birthdays. Masa I kecik-kecik dulu 'kan, lazimnya I cuma dapat wish ja from from parents. Ye la 'kan, maybe masa tu tradisi beri hadiah ni (dalam family I) tidak begitu popular dan pada masa yang sama I pun bukannya lah jenis yang demand for present...Tapi yang pastinya, my mama akan masakkan something special for anak-anak dia yang celebrate birthday...at least 'kan...better than nothing...(unlike Mr E's family, they got present on their birthdays).

Ok, with Mr E tradisi beri present especially bila birthday is wajib...hahahahaha...Kalau nak kiralah 'kan...both of them memang paling suka sangat-sangat dapat present....tak kira lah mahal atau pun muras, yang pastinya janji happy. Normally, bila Mr E's punya birthday...setiap tahun sejak lima tahun yang lepas, I belikan Mr E's jam tangan...(yang pastinya setiap satu harganya beribu-riban...bukanlah nak anu ke apa tapi for me, apa salahnya berabis skit untuk yang tersayang 'kan...dan satu lagi Mr E begitu obses dengan jam tangan dan I rasa jam tangan as a gift tidak akan lapuk ditelan zaman......).Now, I usually ask him what he wants for his birthday....I guess after a few years you will run out of ideas 'kan...hihihihi...(so, boleh kuts kasi ja hadiah yang sama....)

Mr E jugak sangat rajin beri I hadiah...lagi katanya, kalau dia KAYA....macam2 dia nak belikan untuk I...ye la 'kan I ni wajiblah wife kesayangan dia..(walaupun kekadang wife mithali dia ni buat perangai skit...hahahahaha...).Tapi hadiah paling mahal yang pernah I dapat daripada Mr E ialah rantai emas leher labuh bersama loketnya (hadiah anniversary + my birthday)...yang bestnya...hanya pakai that rantai masa ada kenduri kahwin dan raya ja....hahahaha...sebab musabababnya..I tak berapa suka pakai emas ni...but it's a good investment tau...ye la 'kan..emas boleh dijual semula...

Right now, I need a "motivation" after struggling with kids, office works & house chores...So, sometimes what I do is to reward myself with retail therapy...(I buy my own presents lah...).After all, I'm earning my own money so my choice of presents will be guilt-free...Hahahaaa...that's why lah, I can spend as much as i like on whatever I want....Tak gitu peeps???

This lovely cuppies, I buatkan for Mr E's reunion (dah 20 tahun tak jumpa tau...) last week for the acara "tukar-tukar hadiah"...later, I akan publishkan gambar2 masa reunion tu ya...

This birthday cake pulak I buat utk Fidah's daughter yang celebrate her birthday kat sekolah....Happy Birthday to Qaisara Jannah!!!

Sunday, May 30, 2010

Nak tido dah la ni...

*sigh*.....selesai sudah lipat baju, cuci botol2 susu 3Es, iron baju untuk ke office & ke sekolah, prepare barang2 3Es utk ke sekolah & ke rumah my mama, kemas & kilatkan dapur I yang comel itu dan sekarang berada di atas katil yang empuk sambil selimut menyelubungi kaki & badan I sambil my Youngest E terkebil2 tengok I duk mengetuk2 konsonan-konsonan lappy Mr Apple yang sungguh banyak berjasa pada I & Mr E...(pssttt...actually Mr Apple ni kepunyaan Mr E tapi sekarang ni Mr Apple macam menjadi kepunyaan I seorang...hahahahaha..best sangat2 Mr Apple ni, sungguh mudah sekali bila menggunakannya dan I rasa Mr Apple adalah lappy yang tersangat la bijaknya...i like!!!).

Ok..cukup2 lah iklan buat Mr Apple...ni nak buat entry terakhir buat malam ni...saja ja nak tayangkan kat u all apa yang we dinner tadi......

Step 1...
Kepak-kepak ayam ini perlu dimarinate'kan dulu...lagi lama lagi sedap....

Step 2...
Ready to bake......as usually lah Cik Oven Europa I la yang pasti berpanas sbb tolong I bakarkan kepak-kepak ayam ni....

Step 3...
tu dia...rupa paras Baked Chicken Wings yang telah dibakar selama 1 1/4 jam...sangat sedap dan pastinya memang habislah dimakan oleh Mr E & 3Es...yeahhhh...I sebagai tukang masak tak bertauliah kat rumah ni sungguh bangga sebab apa yang I masak semuanya abis licin.....

Step 4...
Dessert we all lepas dinner tadi....Moist Choc Cake yang kaya dengan limpahan coklatnya..favourite Mr E & Middle E...tu pun diaorang yang perabihkan semuanya...yang last piece untuk I la....:-))

Ok peeps...got to go..nak titon la sbb esok kerja...nite-nite & sweet dreams ya!!!


Tuesday, May 25, 2010

Report Card Day & Microphone Moist Choc Cake...

Pagi tadi pergi ke sekolah Eldest & Middle E untuk ambil Kad Laporan mid term exam. Alhamdullillah...as usual Eldest E score dalam peperiksaan dia, cuma dia terkilan sebab tak dapat full mark utk paper Math...kurang satu markah per seratus, Eldest E terus stress tu... I & Mr E pun cakaplah kat dia...takde masalahlah..lain kali jgn gopoh2 ja. I risau sebab Eldest E ni begitu pulun dan sgt tekun belajar...we all tak pernah la paksa dia pulun sgt2 study tapi memang Eldest E mmg rajin. Pantang ja ada masa terluang sure dia akan membaca, menulis atau melukis....

Lain benar pulak dengan Middle E...memang malas belajar. Dia lebih suka menyanyi, menari & rilek2 ja. Tiada kerisauan langsung. Janji happy. I & Mr E ingat, Middle E tidak lah akan score, alih2....Top 5 tu dalam kelas dia. Dan teacher Middle E cakap pun, Middle E fokus dalam kelas & faham apa yg teacher ajar. Begitu berbeza sekali bila Middle E berada kat rumah..asyik main2 ja.
Dan the best part is, teacher Middle E cakap, yang Middle E begitu peramah sampaikan kalau ada budak baru dalam kelas...dialah yang akan memperkenalkan dirinya dan cuba berkawan dengan budak baru tu. Selain tu, dia boleh siap tegur2 lagi parents yang datang ke sekolah dengan selamba ja....and finally, Middle E begitu popular kat sekolah compare to her sister!!!

Ok la....apa2 pun sebagai parent, kita galakkanlah apa sahaja minat anak2 kita. Janji diaorang happy dan tidak stress....ok sebagai penutup tirai malam ni....I persembahkan microphone moist choc cake yang I buat pagi tadi......

This microphone moist choc cake ni, request from y.a.m.y for her best friend's...Nuhaha yg sambut birthday semalam. Microphone tu actually simbol sebab birthday girl begitu suka sangat berkaraoke....so, Happy Birthday Nuhaha!!!

Ok peeps, tukang karut nak tido ni sbb dah ngantuklah....nite2 & sweet dreams....!!!

Sunday, April 4, 2010

Citer di sebalik cake & cupcakes...

Today takde gambar2 food yang I masak tau...sebabnya tukang masak offday hari ni. Nanti citer later la yea. Sepanjang minggu ini, ada beberapa tempahan cake & cupcakes yang I buat bagi memenuhi impian si penempah untuk menggembirakan insan2 yang mereka sayangi & hormati...

This lovely cuppies, my adik hadiahkan buat lecturer dia (antara fav.lecturer my adik) yang akan pulang ke India setelah tamat kontrak mengajar di Segi College. Idea menghasilkan deco ni datang secara spontan dan I menyiapkannya dalam tempuh yang agak singkat kala 3Es & Mr E diulit mimpi...

This Moist Choc Cake I buat untuk Hajar yang request I decokan cake ni sehappening & ceria yg mungkin for birthday party anak2 dia. Masa I delivear this cake pada dia, terpancar wajah kegembiraan dia yang suka dengan deco I yang buat ni. For me, that moment yang buatkan I paling happy sebab I dapat memenuhi impian yg diinginkan....walaupun tak la sempurna sangat. Happy Birthday to Aqil & Hakeem ya!!!

This cuppies pulak request from Yus...nak kasi this cuppies as a gift to her friend yang akan bertukar tempat kerja...Yus request deco yang simple2 ja but sweet.

Juga request dari Yus.....nak beri surprise pada her friend & hubby yang celebrate birthday together2 this week. Senang berurusan dengan Yus ni sebab dia amat sempoi dan segala urusan deco mendeco ni diserahkan bulat2 pada I...so, dengan sesedap rasanya I pun deco la ikut rasa hati I...thanks Yus...

Ni pulak cookies yang I buat & siap sebelum Maghrib tadi for my friends. Actually, dah lama dah sepatutnya cookies ni sampai pada penerimanya...cuma I ja yang terlewat buat...asyik2 delay ja..akhirnya berjaya jugak I siapkan & esok boleh la deliver pada tuan2nya....