Showing posts with label Elyssa Aisyah. Show all posts
Showing posts with label Elyssa Aisyah. Show all posts

Saturday, August 31, 2013

Birthday, Anniversary, Hari Kemerdekaan Malaysia...

Dalam Bulan Ogos setiap tahun ada 3 hari yang penting dalam family we all.

4 Ogos yang lepas, my Middle E menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 7 yang mana jatuh pada bulan Ramadhan yang lepas manakala pada 18 Ogos baru-baru ini, my Youngest E menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 5.

 Happy 7th Birthday Elyssa....kami semua sayang banyak2 kat Elyssa...! Be good a girl ya sayang!

 Birthday girl request Pavlova as her birthday cake...

 Birthday cake for my boy....

 Happy 5th Birthday Emil....kami semua sayang banyak2 kat Emil! Be a good boy ya sayang...



 Setiap tahun pada 31st August, we all akan celebrate our anniversary yang sama-sama jugak dengan Hari Kemerdekaan Malaysia..kiranya double celebrate for our merdeka anniversary.
Happy 10th Anniversary to us. Mr E...luv u so much....muaahhhhhhsss!!!
Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 56 buat Malaysia. Bangga menjadi rakyat Malaysia....


Jalur Gemilang yang megah berkibar di hadapan rumah we all...

As usual, we celebrate our anniversary dengan acara makan-makan la...

Ok...till then and take care ya!

Thursday, January 31, 2013

Regular Medical Check Up, BR & Theraphy...

Cukup-cukup 3 bulan, pasti PPHUKM akan dilawati. As usual today I bawa my Middle E ke PPHUKM untuk buat regular medical check up due to her Growth Hormone problem. For those yang tak tahu, my Middle E ni telah didianogsiskan dengan penyakit kekurangan hormon untuk pembesaran @ Growth Hormone Deficient. So, kalau nak tahu lebih lanjut sila ke link ini ya...http://blog-3e.blogspot.com/search/label/Appointment%20at%20HUKM.

Dan kebetulannya pulak hari ini, area kawasan HUKM dan sewaktu dengannya amatlah sesak sekali. Rupa-rupanya di Stadium Cheras KL yang berhadapan dengan HUKM ada buat sambutan Hari Wilayah 2013 yang akan berlangsung esok harinya sempana Hari Wilayah yang disambut setiap 1 Februari. Punya lah lama I nak dapatkan parking kat HUKM tu...last2 I guna je valet parking. Mahal sikit pun takpa....asalkan ada parking dan hati I tenang serta otak pun tak serabut nak cari mana parking kosong kat HUKM tu. Parking kat HUKM tu sungguhlah sendat macam sardin, siap double parking gitu. Normally, I parking je kat Stadium Cheras Kl tu then jalan la kaki ke HUKM...but since today ada sambutan tu, jangan harap lah kan ada parking kosong...tepi-tepi jalan pun penuh dengan kenderaan bagai daripada kereta, bas, motor, van etc yang memakirkan kenderaan depa kat situ. Owwhhhh...sungguh mencabar betul. Dah le tu, tetiba pulak hari ni panas yang amat.....arghhhhh, lagi la menambahkan hangat kat badan I ni kan. Tapi demi anak, I sanggup buat apa sahaja....:-)


 Menunggu doktor..tapi sempat posing dulu....

 Cool je bila amik darah! Bravo Elyssa....ni dah kira macam biasa je. Sekalipun tak pernah menangis bila amik darah...

 Meet her Paed..Prof Dr Wu...Doc ni pun petite je kannnn...comel..hahaha

 1st time Elyssa dapat MC...ye la kan, dah sekolah betul..bukan macam tadika....

 After settle everything kat PPHUKM, lepak dan singgah sat kat Lembah Tengah sambil cuci-cuci mata....since today is 31st kan, so I belikan la favourite ice cream Mr E...kalau tak on 31st pun I belikan jugak for him... Mr E ni sangat suka makan ice cream...tapi I biasa2 je..
dan sempat jugak I terjebak dengan Rockport ni.....oowhhhh!!! terasa indah dan bahagia hidup bila dapat bershopping ya...hahaha..

Ok la...cukuplah ceritera for today...
Till then & take care ya!

Saturday, August 4, 2012

She is 6...

Buttermilk Chocolate Cake...

 Requested by....Birthday Girl. Siap tolong mummy baked tu...

 Muka pulun tak sabar nak tuip lilin....si adik interframe jugak!

 Yeay!!! Finally dapat jugak tiup lilin...:-)

Happy 6th Birthday beautiful daughter and hoping for yang indah-indah in your life. We will always love you!...

Friday, April 13, 2012

Cake In the Jar...

Taraaaaa...this is my latest eksperimen ya! Mmmmm, memang sudah lama tahu pun pasal this Cake In The Jar melalui blog2 masakan minah omputih di luar sana. Kat Malaysia ni agak baru nak mempopularkan Cake In the Jar. Sempat bertemu dengan kawan baker I, Kak Jun yang secara kebetulan jugak sudah buat eksperimen dengan baking cake in the jar ya. Tq Kak Jun for sharing the tips....we all kalau dah jumpa macam tak hinggat dunia....macam2 cerita akan terkeluar daripada hal semasa/dunia, baking, kisah anak2 sehingga gossip2 gitu...memang tak cukup sejam 2 kalau bertemu mata.

I baking this Cake In the Jar last Wednesday dengan my 2 girls yang sangat happening tu...sape lagi kalau bukan si Eldest & Middle E. Daripada menyukat sehingga menjadi batter, diaorang berdua yang buat....si kakak tolong bacakan the recipe sambil menyukat dan si adik pula tolong masukkan dan kacaukan batter. I cuma memerhatikan sahaja dan masukkan batter ke dalam jar. Ok la....next time atau tak lama lagi, diorang ni pasti boleh bake punya...:-))

Cake In the Jar....comel 'kan!

Chef in the house ya!

The bottles...

The batter....

Ready to bake!
Dah masak pun....

Moist Choc Cake + CreamCheese + ChocGanache + CreamCheese = Sangat sedap ya!

Setelah dihias bagai....sayang pulak nak makan 'kan! So, u all semua boleh mencuba sendiri di rumah ya. Kalau malas, boleh je I tolong buatkan untuk u alls...just email to me ya!

Makan guna sudu ya!

Lepas habis tu, inilah kerja diaorang ni...tolong "bersihkan" mangkuk yang masih ada sisa2 batter. Selalunya my Youngest E pun join sekali, tapi masa ni dia tido...so, bukan main happylah kakak2 dia sbb tak perlu berebut dengan adik laki2 diaorang. Then lagi senang lah I nak cuci bekas tu 'kan....!

Enjoy baking with the kids...:-)) Ok, till then & take care ya!

Friday, December 9, 2011

Arghh!!!!!...

Maaf ya tuan / puan sekalian di atas kejarangan I updates blog. Sebenarnya ya takde ceritera yang menarik pun, kalau ada pun cuma ceritera yang pasti memboringkan korang semua sebab macam ceritera siaran ulangan je....dan sebenarnya, lately ini I tersangatlah malasnya nak update blog seperti mana I malas nak masak atau baking! Kalau tak caya, tengok entry2 yang sebelum ni...dah kureng sangat I blog pasal my baking or cooking 'kan....ntah mananya hilang mojo I tu.....argh!!!!!

Ni pun ceritera yang dah basi jugak ni. I bawa my Middle E buat regular medical check-up kat HUKM last week. As usual, dia punya improvement on the height & weight tak ler memberansangkan. Prof Wu recommend yang my Middle E kena tukar ubat growth hormone then tengok dia punya development.....Ubat growth hormone tu kena tukar dari Saizen ke Notroprodin. As usual the ubat must cucuk ke dalam perut my Middle E hari-hari without failed tau sampai my Middle E berusia 18 tahun. Ceritera pasal my Middle E tiada growth hormone ni ada kat sini.

sempat posing dulu sebelum x-ray tulang Middle E....

Sunday, October 9, 2011

Laundry....and foods are everywhere!

Hari ini pulun buat laundry....6 trip tau....semalam cuaca mendung, pastu lak malam tadi hujan turun selebat-lebatnya (sejuk macam kat Cameron Highlands tu)...awal pagi tadi sinar matahari telah memancarkan sinarnya. Langit pun cerah dan sungguh clear...sangat cantik!...Haaaa, apalagi! Sangat sesuai la untuk buat aktiviti laundry ni....:-)) Cuma trip terakhir je yang tak sempat nak kering...yang lain-lain tu kering kontang dibuatnya...jap lagi aktiviti melipat baju bajan sambil layan The Voice kat Astro 701 selama 3jam!!! Ok la tu, sambil layan tv, tangan pun bekerjaraya jugak!...

Masak & baking tetap agenda utama kalau I tak ke mana2 la 'kan......Prepare breakfast sampai lah ke tea..dinner I tak masak sebab Mr E ke rumah my in-laws amik my Eldest E yang lepak kat sana dengan membawa Middle E. Youngest E dinner makan Oreo Chocolate Brownies yang I & Middle E buat petang tadi. Melantak sampai 10 ketul tuu.....sure kenyang punya la...:-))

Breakfast like a king!

Pulut kuning, sambal sotong kering dan telur rebus....lain daripada yang lain 'kan....yang pasti sedap!!!!

Banana Coconut Milk Cake......resepi terbaru daripada I ya! Nanti I update kat sini ya...:-)

Menu lunch orang "rajin" macam I ni....

Petang tadi ada sessi baking with my Middle E to prepare OREO CHOCOLATE BROWNIES for tea!.....

taraaaaa.....presenting OREO CHOCOLATE BROWNIES.......

budak hencem ni pulak melantak OREO CHOCOLATE BROWNIES macam makan nasi! 10 ketul sekaligus dia makan!!!!

Ok.....ceritera sampai di sini sahaja....jumpa lagi ya!

Thursday, August 4, 2011

Puasa penuh, acara potong birthday cake...

My Middle E berpuasa penuh hari ni buat pertama kalinya setelah 4 hari berpuasa. Middle E memang bersahur setiap pagi tapi berbuka selepas jam 12 tengah hari gara-gara tak tahan tengok adiknya, Youngest E dan cousin-cousinnya minum susu bila dia balik dari sekolah. Tapi 'kan hari ni, my Middle E dapat berpuasa penuh gara-gara my mama umpan dia dengan upah RM2 kalau Middle E dapat berpuasa penuh...lagipun today is her 5th birthday!!! Macam semangat la pulak. Anyway, congrates to Middle E sebab dapat berpuasa penuh. So, masa lepas iftar kat rumah my mama tadi, adalah buat sikit acara potong cake. Ala....simple cake je...itupun cake yang I baked jam 4pagi tadi before sahur....tak sampai hati I kalau tak baked cake for my anak2 yang celebrate birthday 'kan.....at least mesti anak2 happy kalau ada birthday cake walaupun sempoi je cake tu.....

Lepas je semua orang berbuka puasa termasuklah Middle E, terus je buat acara potong cake..:-)

Mari potong cake.....nampak RM yang dipegang oleh Middle E tu? RM tu upah untuk Middle E sebab berpuasa penuh la.....

Hidangan iftar semalam....

Kari daging....bukan I masak tau...my mama yee....

Tauhu sumbat....my favourite. Buat sendiri jugak!!!!

Si pitot yang tengah tunggu waktu iftar.....

posing dulu before makan!

Normally, bila hari bekerja....rumah my mama memang menjadi transit untuk beriftar....FL: Mr E, Azrul (adik ipar), ayah, mama & Hafiz (adik I no 3)...ni cuma sebahagian je tak termasuk anak isteri masing2 yang ada kat rumah tu....jumlah anak2 pun 6 orang macam kat taska tu...kecoh & happening sangat2!!!


She is 5 today...




To my dearest Elyssa Aisyah....
Daddy, Mummy, Kakak Edelyn & Adik Emil love you, more than life itself.
We pray always for your life to be full of happiness and blessing from Allah.
May you grow up to be the person you can ever be....amin!
Hugs & Kisses from all of us......Happy 5th Birthday Sayang!!!