Showing posts with label bola. Show all posts
Showing posts with label bola. Show all posts

Saturday, July 11, 2015

Tiga perkara - Perjalanan untuk RAYA, senarai pemain Arsenal untuk ke Singapore, Srebrenica Massacre 20th years

Tiga Perkara... Pergerakkan di musim raya ni, Arsenal nye senarai pemain yang akan ke Singapura dan pembunuhan ramai2 8000 orang hanya kerana mereka orang Islam di Srebrenica dah masuk 20 tahun.

1) Sapa2 nak bergerak ke sana ke sini untuk Hari Raya ni..
Apa cara pun.
Berhati2 la ok...

Tak kira la kat mana pun raya disambut untuk tahun ni..., merata Malaysia, Singapore atau rumah Steve Harris.. cewahhh..

NI TBS, kul 10 lebih malam dah.
Masih belum kecoh lagi...Next few days mesti ribut.




2) Arsenal nye list untuk main kat Singapore hari Rabu ni dan hari raya kedua. Aku tak pedulik, kalah 10-0 pun takpe. Pre-season je pun.




Missing
ALEXIS & OSSSSSSSSPINA!!!!! - Rehat lepas South American nye piala.
ROSICKY - Cedera. Cam siot Czech Republic tak tahu jaga players ke?
GNARBY - Cedera. Aku suka dekni!!! siot!
JENKINSON - Loan to West Ham United lagi. UP STEVE HARRIS!!!
Podolski, Diaby - Goodbye!!! Takkan dilupakan.

Apa pun yang datang...
Peter Cech, Szczesny, Martinez, Gabriel PAULISSSSTAAAA!!!, BIG FREAKING GERMAN, Kos, Monreal, Gibbs, Debuchy, Bellerin, Chambers (Aku rasa lah dekni akan tukar position jadi Defensive Midfielder la), Arteta, Coequlin, Ramsey!!, Wishere, Flamini, Ohh Santi Cazola..Ohhh Santi Cazola, OX, Zelalem, Ozil, Walcott, Girould..........., AKPOM (aku termiss nama dia aku cut and paste kat atas tu), Adelaide tu baru beli dari Lens France youngster, dan a few youth players...

I AM SO HAPPY!!! I hope to be at the stadium LOL!!!

MOST IMPORTANT HAVE FUN
AND PLEASE NO INJURIES!!!



3) Media massa contoh CNN sedang tumpukan perhatian kat 20 tahun pembunuhan beramai2 kaum Muslimin di Srebrenica tanah Bosnia.



Peristiwa di tempat ni about 8000 orang Islam dibunuh hanya kerana mereka Islam.
Dengan sebelum pembunuhan tu candy diedarkan untuk tunjukkan takkan ada apa akan berlaku.
Ni adalah antara peristiwa yang seluruhnya berapa ramai orang Islam kena bunuh? Ratusan Ribu?

Ni peristiwa yang jadi titik permulaan satu dunia ambik tahu dan mula ambik tindakan...

Aku dah lupa, kat tempat mana entah dalam pergolakan ini, dorang jumpa mayat2 orang Islam yang kena seksa pakai Blow-Torch. Blow Torch ok.

Tapi well, sekarang kita dah tak perlu oran2 ni semua kan? sekarang pun orang mengaku Islam ngan orang mengaku Islam dah sembelih2 leher masing2, suruh budak2 tembak kepala orang, lemaskan orang dalam sangkar dan sebagainya...

Siap rakam lagi.. Aku tak tertengok ok, aku dah tak tertengok lagi dah....

Dah tak perlu orang bukan Islam untuk siksa orang Islam dah.

Anyway balik kepada perpecahan Yugoslavia ni,
Aku tak tahu apa aku nak cakap, pasal aku dah backpack sampai Serbia untuk seriously tujuan utama ialah menengok Iron Maiden main, tapi bila aku pergi Museum Perang mereka, ngan aku tengok bangunan mereka yang kena bomb, dan bila aku tengok keychain2 yang dijual untuk jadi souvenir, dengan PETA yang sangat berbeza dan ungkapan2 kat PETA yang sangat aku tak tahu apa nak cakap tu semua.., ngan terus terang cakap mana2 negara ialah kawan2 akrab mereka... Aku rasa Iron Maiden tak penting la.


Wednesday, May 20, 2015

Arsenal, Everton, Stoke, Singapore XI - Barclay Asia Cup. 4 Games in 2 Nights.

Kita tinggalkan kejap pasal makan2 dan rock2 ni semua untuk cerita pasal bola..

DISCLAIMER, mungkin ada korang jenis "holier than thou" I suggest korang buat bodoh sua jangan baca...tapi kalau nak baca jugak dan tetiba rasa bangga "self-righteous " tu datang kat hati korang, kalau nak lahar aku, Lahar aku dalam hati korang je la..


Macam sejak beberapa tahun lepas, Off season/Pre-Season Liga Inggeris khasnya dan Liga2 Eropah lain amnya, bertembung ngan kalender Islam bulan puasa dan awal Syawal.. Mungkin ni akan berterusan hingga berapa musim lagi... kecuali dunia kiamat, perang dunia ketiga, ada epidemik satu dunia, atau MATI dan sebagainya..

Contoh tahun lepas raya kedua ke raya ketiga? dah lupa.. Barcelona...
It was ridiculous kan? Last minute tak mau main kat Bukit Jalil pasal condition padang dorang tak berkenan waktu training depan penonton.
Either swap stadium or Barca wont play.
Hah kau, dah macam pelarian ok besoknye tiba2 nak kena naik komuter pergi Shah Alam, seberang highway kereta banyak, seberang rel keretapi kat pagar yang dipotong.. Very Bahaya for Public Transport Users. SERIOUSLY. Anyway seminit pun Messi dorang tak turunkan. 
At least kita masih bayar tiket Komuter, ramai orang tak bayar dah,... semua main panjat gantry je pasal dah last train.

Aku suka tengok bola kat Bukit Jalil, pasal LRT selalu dorang akan arrange kalau game abis lambat ada train LRT masih in service...
Tapi this Weekend final Lion XII lawan Kelantan, tak gi la..
Aku pernah dulu baca, dengar cerita, all those legendary Kapak Siam stories when predecessors of both these teams meet long long ago....... amazing scenes it must be zaman tu with all those Kapak Siam...

It should be a crazy final. I hope.
Lion XII will basically be mostly or all budak2 Melayu local tanpa sebarang pemain import, coached by Fandi versus The Red Warriors, who I have an affection for.

Anyway, just got these...
Lupa lak nak beli awal...3rd night dah start jual baru terhegeh2 beli online..
Abis la...nak dapat seat best

EVERY SEAT IS NOW NUMBERED IN THE NEW KALLANG STADIUM.
GOOD. VERY GOOD.



Arsenal main first game 8 lebih la kot..
Hmmmmnnnn...Takpe seat dah numbered so boleh keluar masuk haha.....
Tak yah bimbang seats orang lain ambik...


So this year takdeperal, kita plan raya Singapore pulak...

and kebetulan... Arsenal is coming Singapura pulak..WAHH MACAM DAH JANJI!!
Untuk piala yang, satu2nye piala yang diiktiraf Liga Inggeris diluar England kalau tak silap aku.

Barclays Asia Cup. Selalu setiap tahun diadakan di Hong Kong, tapi tahun ni pindah pergi Singapore.
Tunggu la giliran kat KL kot lain kali?

OK, so tahun ni...yang ambil bahagian
Arsenal - No Ospina, No Alexis - Copa America just finish by then... Please Please Brazil dont select Paulista... LOL!!!
Everton
Stoke City a.k.a The Orcs From Mount Doom
Singapore XI - yang aku harap dorang panggil balik semua2 tu kat JDT 1 and JDT 2 sekali.

Tiga Hari sebelum Raya...
Everton lawan Stoke - first game
Arsenal lawan Singapore XI - second game

Sapa menang masuk final, sapa kalah lawan 3rd 4th placing..
Final dan 3rd/4th placing ialah Hari Kedua Raya Puasa...

Aku nye harapan, padang aku harap tiptop... tu hari Juventus main, Teves satu minit pun coach Juventus tak berani nak kasi..... satu minit pun Teves tak dapat beraksi...
Takut injury...

tapi aku rasa sekarang dah ok la....   Stadium kadang2 canggih ngan boleh tutup bumbing semua la, hujan tak kena la apa, with roof la, abis tu rumput tu nak tumbuh cammana kalau dah tak cam mana satu sinaran matahari ye tak?
Mahal weii aku baca beli floodlights cam stadium Emirates pakai tu nak kasi rumput tumbuh cantik dan sihat.. Floodlights tu simulate sunlight, jadi rumput ingat ada cahaya matahari so dia tumbuh cantik dan sihat la... cehhh aku macam betul je, tapi its one of the concerns la...

OK...

Aku most harap..
-Arsenal takde injuries... tu je.... AKU TAK MAU DORANG JUMPA STOKE... ENTAH SAPA NYE KAKI LAK KENA PATAH NI KALI!!!!!  !#(^$ #!@%*(#(@!!!!!!!!!!!
-Budak2 melayu Singapore enjoy dan dapat benefit main ngan dua club Inggeris yang tengah pre-season. Salah satu dah confirm ialah Arsenal.
-satu malam bukak roof, satu malam tutup roof. Baru thrill.





So COYG..

And please don't fuckin screw up against Aston Villa in the F.A Cup Final..

I will be at work when you play the final next week, my body is at work that night, but my spirit is at Wembley..

CEHWAH!!!





p.s

ok ok...

Spurs pun nak datang kan? Shah Alam ye....

HAHAHA... ooohh takkan la nak terkejar2 seberang jalan kaki kat highway, masuk lobang kat pagar seberang rel komuter malam2 gelap2..untuk team paling tongong ni kan?
hahahaha....

OK OK... Liverpool kat Bukit Jalil pun kan?

hmmnnn thats a thought...

tapi.. Wings kat Istana Budaya...hmmmmmnnnn
XPDC Merdeka Stadium aku confirm tak pergi la, aku kerja la tu malam tu weekend, tak mau la ambik annual leave..rugi.
UVIANHELL/Portdy please tape the XPDC show please.
Aku tahu dorang rakam malam tu, tapi aku nak Unedited/Uncensored/Completely Pure Fan Audio of what happened. Thank you.

ok ok ni semua lain kali sambung k....

Friday, July 4, 2014

Ramadhan and World Cup coincide & Fuel for Footballers articles (artikel2 sokkabar- Bulan Puasa dan Piala Dunia dan permakanan untuk pemain2 pasukan kebangsaan team2 Piala Dunia).

Salam Jummat Uolls..cehhh.. Ni post bersempena bulan Ramadhan....cewah!!
mula2 kasi aku berbual kons speaking London, then melayu balik k..

I would like to share over here two interesting articles I read which appeared on June 30th and July 1st of the Singapore's English language newspaper, The Straits Times,
- about muslim players involved with the still surviving national teams (when this article was first written) in the current Brazil's World Cup Finals 2014 where the Muslim Fasting month of Ramadhan has just started after the end of the first round,

- and the diet of some different National Teams while competing in football matches and competitions. What they eat, when they eat, how many hours before their match begins, the drinks they consume, etc. It definitely makes a great read.

Yo korang, hari ni kita berhenti kejap cerita pasal segala tok nenek tentang Hellfest 2014, pasal... aku nak kongsi dua artikel sokkabar omputeh Singapore  (Straits Times) yang mungkin ada korang belum baca, dan aku rasa mungkin ada korang mesti minat artikel2 gini.

- Satu ialah pasal suasana berpuasa bulan Ramadhan di Piala Dunia di Brazil untuk pemain2 dari berbagai negara yang beragama Islam yang team dorang dapat masuk seken round.
- Dua ialah pasal permakanan beberapa pasukan beberapa negara ketika sebelum, semasa, dan selepas perlawanan dan pertandingan antarabangsa.

Antara menarik...
- Keluar ring dari bolasepak, NBA nye Hakeem Olajuwon nye statistik permainan meningkat giler babi gitu ketika dia puasa Ramadhan.
- Kolo Toure (walau dia gi main untuk Man City, main untuk Liverpool, dua team jantan kaberet, tapi dia tetap selamanya akan diingati sebagai seorang anggota INVINCIBLE ok!!! and he will always be remembered fondly la si Kolo Toure ni dalam hati aku..cehhhh....) cakap dia nye body dah boleh adjust lepas berapa hari puasa mula.
- Pasal Ramadhan kan mula tahun ni lepas Pusingan Pertama grouping abis, so yang masuk seken round...Peranchis ada 5 pemain Islam, Switzerland ada TUJUH!!! aku tak perasan siak Switzerland ada ramai gitu, Nigeria 2, Belgium tiga, Germany ada 2 ke 3?? hahaha tukang tulis artikel pun agaknye was-was muahahahaaha, dan of course negara Algeria?.. senang kira nak satu team la kan.
Of course banyak negara lain yang pemain Islam ada semua dah out ye tak first round?? AU REVOIR!! cehhhhhhh..... speaking sey

Ye la, dah masuk Quarter Final pun, Algeria nye player semua dah bukak puasa kat rumah dorang kat Algeria pun dah...haha.. kira macam dah basi kot artikel ni?? Tapi.... ni ilmu beb, ilmu tak basi ye tak?
- Artikel pertama ni abis ngan cerita pasal nanti panjang umur, 2018 kan pusingan akhir kat Russia nanti dijangka Bulan Ramadhan akan abis lepas seminggu World Cup 2018 final round dah mula.
So World Cup 2018, hah...  musim Lailatul Qadar, raya semua time World Cup ok.

Dah, artikel kedua lak... korang baca la sendiri... haha.
hah..... menarik la aku rasa korang minat bola mesti suka, cerita pasal kalori makanan dorang, apa dorang makan...
- Switzerland, EMPAT JAM sebelum apa2 perlawanan mereka, satu pasukan kena makan apa...
- Brazil setiap pemain ada istimewa nye Gatorade nye campuran.
- Mertesacker ( BFG - BIG FREAKIN GERMAN!! and I hope one day, dia akan jadi INVINCIBLE jugak...cehhhhh) makan apa2 tomato sop,
- JERMAN nye team, lepas game, tukang masak pasukan German akan guna air panas dari kepala paip bilik mandi bilik persalinan mereka untuk masak pasta kat bilik tu jugak untuk dorang makan...

Terbaik la artikel2 ni....  Serious berbual, baca2 gini, behind the scene gini yang best kalau kita minat sesuatu tu kan...ENJOY!!







Ni lak artikel kedua...





Dulu pun aku pernah tampal artikel dari sokkabar jugak pasal senarai pemain agama Islam di Liga Inggeris dan suasana bulan Ramadhan dan berpuasa untuk mereka...
kat sini...

http://deaf-angel.blogspot.com/2012/07/muslim-football-players-in-english.html

I mean aku suka baca maklumat cam gini...  rasa nya korang2 jugak la...

Sekian...

p.s - aku baru perasan tu hari Lionel Ritchie kan nyanyi kat Spore, korang tahu encore dia bawak lagu apa? We Are The World siot... korang tahu la dia punye song selection solo ngan Commodores memang terbaik nye la kan, siap campur ni lagu, giler nye power lagu2 si dekni.

so aku macam....ok.. tentu seronok la kan.....sekali tu aku baru perasan.... Lionel Ritchie nye shows pun ada orang tape la HAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHA


Kobe Japan 2014 coming up soon!! haha. Happy la oi..
Aku suka ok dekni...
You're Once...Twice....  cehhhhhhhh... giler babi romantik nak mampos lagu 3x a lady ni. Sedih..slow jack, ...tapi tetap sedap haha.

ok ok stoppp...


Monday, February 10, 2014

Bulgaria,...,... dan ketenangan.

Dua benda nak cakap...
Perasaan Terkejut diikuti perasan gembira, diikuti perasaan sedih, hampa, naik darah!!, tak kuasa lantak la korang (ni semua sekali jalan) dan kemudian kembali ketenangan.. ok cerita pertama dulu.
1. Bungkusan dari bandaraya Sofia, Bulgaria. BULGARIA??? biar betik.
Tak pernah aku dapat bungkusan dari Bulgaria ni..
Posman baca ni paham ke? haha

Sekali aku bukak, aiseybedah... senyum dari telinga ke telinga ler aku.. 
TERBAIK DARI LADANG OK!!!
Korang bayangkan, Rakaman kat Tokyo Jepun pada tarikh Julai 2000, oleh band rock Jepun yang pada zaman setahun dua waktu tu pakai penyanyi mat salleh dari England, dan rakaman diciplak di BulgariaLepas lebih sedozen tahun, baru aku dapat.

Graham Bonnet - Ritchie Blackmore pilih dia ambik tempat Ronnie James Dio ok, giler ah nak ambik tempat posisi RJD, walaupun tugas dia kena tolong ubah Rainbow dari zaman Medieval, Dungeon & Dragon Rainbow kepada zaman lagu lebih pop pasal Ritchie Blackmore tu jam gatal nak tukar angin. Selain Rainbow dia pun dah nyanyi untuk Michael Schenker Group, Alcatrazz, dan Impellitteri.

Lepas buat satu album ngan Graham Bonnet zaman 2000 dulu, dan aku sampai sekarang masih tak boleh dapat secopy album original Heavy Metal Anthem tu (Anthem tukar liriks lagu2 dorang masa dulu jadi bahasa Inggeris, dan Graham Bonnet tukang nyanyi). 
Anthem panggil balik EIZO Sakamoto.
.
Next topic..
.
2. Sedang lidah lagi tergigit, apa lagi main bolasepak 20 minit pertama ke laut kan??
Aku paham...Air ada pasang surut, langit kadang2 cerah kadang2 mendung, kadang2 menang, kadang2 kalah, dan kadang2 kalah dengan macam puaka gitu. Apa pun luahan perasaan kejap. "MAKAN GAJI BUTA!! TAK BOLEH HARAP!! JANTAN KABERET!! JOGGING?? kepala hotak jogging lawan ngan pasukan pemain laju cam gitu, Lari la oi!!!."

 ok dah...Marah dahbis, sayang tetap sayang...
I will love you guys forever and ever, but please don't do this 'first 20 minutes and 5-1' too often guys, if once in a while, I can take it with a painful smile....so all I can do now is ....


p.s

Apa pun..
MAIDEN BULGARIA... Just before Hellfest.. 16th June Monday... Hmmmnnnnn.....

Friday, January 3, 2014

bau Portugis (Lisbon's flavour)

hari ni kita belajar cakap omputeh baru...
  1. A 'draft' is a current of uncomfortably cold air penetrating a room or other space
.
.
.
.
Sebab tu Bruce Dickinson cakap ada la sikit banyak cam gini  - 
.
"There's a lovely old draft coming right the way across the stage, nice and cold. 
Could somebody? I dont know what the Portuguese is but shut the fucking door alright, if there is a door open, could somebody close it. 
Otherwise I am going to catch my death and cold up here. This one is called the Tears Of The Dragon".

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.





Wednesday, December 11, 2013

banjir, rojak keling, musuh ketat, happiness

4 quick things...

1) Pasal bas ekspress kan tinggi? jadi boleh nampak walaupun North-South Highway tak banjir, perjalanan dan pergerakkan kenderaan macam biasa, tapi, boleh nampak impak banjir tu.
- sepanjang lebuhraya bahagian Johor, bahagian Melaka ada tempat memang pada pandangan aku dah tahap teruk la.
- ladang kelapa sawit area Johor  dah ada part dah separuh pokok kelapa sawit tu dah tenggelam..
- pasal ada bahagian kawasan Melaka tu dah kira juram bawah la berbanding ngan lebuh raya tinggi, jadi nampak clear la jugak. But of course Kuantan and its surrounding area suffers more worst on a larger scale. Kesusahan, kerugian, kehilangan,kepanickan,  kestresssan, kebimbangan, kerisauan, kehausan, kelaparan, kebingongan, macam2 la kalau kita fikir keadaan dorang cammana sekarang, kalau kita taruk diri kita kat kasut dorang ( if we are in their shoes la gitu maksud aku). Semoga Allah permudahkan dugaan cobaan dorang. Amin.

2) Ni rojak keling.



Ok, mungkin zaman ni ada anggap guna perkataan tu seperti merendahkan martabat. OK Fine, tapi rasanya, at least la, at least in Singapore, berpuluh2 tahun lama nya, makanan ni dipanggil Rojak Keling and I guess there was never any "malicious" intention dari 'countless to infinity' people yang panggil makanan ni Rojak Keling. So ok, whatever you want to called it Rojak India, Rojak Mamak, Pasembur? ok fine with me..
Anyway, I think Keling was never intended to be perkataan mengaibkan semasa digunakan seratus? seratus lima puluh tahun dahulu?

3) Aku nak tengok rencana ni..
Roy Keane & Patrick Viera - Best of Enemies. Giler best nye judul rencana. Siot la dorang dua ekor ni. Terbaik. Arsene Wenger panggil dorang apa? two competitive ANIMALS. haha...





4) Ada masa lapang jadi apa lagi,  so aku masuk youtube nak tengok cammana sekarang TOTO main Live setahun dua ni. Terbaik la, walau tak kira Steve Lukather pakai ke tak pakai Second Guitarist, walau dia panggil sapa main bass, walau dia tukar2 penyanyi, sekarang Joseph William masuk balik, Bobby Kimball dah takde.
Dan drummer dorang, masih pada aku la, antara drummer terbaik dalam dunia hari, Simon Philips.

Terus terang, cam aku dah pernah berbual, aku dah pernah tengok Dream Theater, Mr Big, Toto main full show. Ni kira Big Three la jugak kan? tapi pada aku Toto pukul abis walaupun aku enjoy tengok tiga2.

Ni satu fan video yang memang kualiti terbaik giler aku tak tahu cammana dan apa gadget equipment dia boleh rakam quality Hollywood movie ni, padahal dia kat audience, dan tentu banyak movement dan sound interference. Bila dia masuk zoom, giler hebat.
Lepas minit ke lima gitu, dorang swich masuk jam dan improvise rasanya macam Michael Jackson's Bad je, dan Simon Philips masuk keluar Drum Solo.., dahsyattt...
Steve Lukather ni apa pun, ialah gitaris lagu MJ Beat It, walau producer panggil Eddie Van Halen tukang solo. So rasanya memang ni MJ Bad kot? Hentam je la.

Maybe one of the best band in the world la , nak cakap best tak boleh la, tu Iron Maiden dah sign kontrek seumur hidup haha.





aku suka lagu ni, lagu jiwang2 cinta2 love love gitu, tapi tetap terbaik, ok la TOTO ni banyak lagu meleleh haha. korang tengok starting tu penyanyi latar tu buat love2 sign gitu kot? Gelak sey. Aku tengok ni, siap singalong weii!!!..life simple pleasures.. HAHAA. bassist dia senyummmm saje, nampak gigi memancar2.
kameraman ni fan TOTO tahu sequence kot, lepas minit kelima terus melekat kat drummer Simon Philips. Hensem sey dekni tapi ada misai kot sekarang, dia maintain je eh.


SSEKIANSS UOLSS.

Monday, November 4, 2013

RTM dan selamat menyambut maal hijrah yang ke 14** (aku tak tahu!!!)

Tadi tengok RTM cenel tiga, siaran langsung dari Masjid TV (masjid tv tu kalau korang tak tahu, ialah Masjid Negara KL), pasal selalu masuk tv, so kalau tak tahu nama, especially kalau korang perasan la untuk budak2, panggil je tu masjid TV.

So bersila depan tv, angkat tangan masa imam kat masjid tv baca doa akhir tahun doa awal tahun.
Aku doakan love ones aku semua. Aku harap Allah akan sentiasa sama ngan dorang, masa hidup dan mati, kedua2 di dunia dan akhirat. Harap Allah terperasan aku ada join in angkat tangan masa doa tadi ngan penuh disiplin, cehhhhhh. Seriously.

Anyway, Nak baca sendiri, ke laut. HAHAHA.
Boleh ke aku angkat tangan doa depan tv, pakai tshirt Iron Maiden? boleh laaa!!!!

Not exactly latest technology,
tapi baik kat Singapore atau kat Malaysia, kita takde SCV, MIO TV, ASTRO, dan apa2 je la cable tv untuk dua2 Negara, . Tengok je la cenel Per tu semua.

Bola? tu internet tu ok la boleh tengok streaming...cuma tak cantik la gambo, dan iklan banyak pop-up. Walaupun aku boring dengar ayat "muka player tak Nampak la!!!", ye la jalan2 gi kedai, Harvey Norman Nye tv section demonstration perlawanan bola pakai pakai HD tv, clear dan cantik giler gambo dan la tv screen kat kedai semua jenis berpuluhpuluhpuluh2 inci punya, mana boleh celen ngan tengok bola pakai saluran streaming percuma kat internet tu pakai laptop.


Tapi RTM jugak aku teringat bila nak baca doa awal dan akhir tahun.

So, Selamat menyambut tahun baru Islam.
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1435.




p.s  - Sebelum aku type ni aku google dulu hijrah tahun berapa ni.

Well.......I is fuckin pathetic.

Tuesday, August 20, 2013

maiden fan club mag 95, blaze bailey platinum edition soundtrack of my life etc etc etc

(i)
out of topic kejap, Fandi keluar dari JDT aku pun ngah tunggu berita penuh jugak.
Pasal berita dari lain2 tempat lain2 berita dan laporan, maklum la haha.
foto "Sad looking Fandi.... " ha ah la siak, apa dia buat duk kat kerusi tu letak kaki kat atas kerusi depan lagik, tengok je buat apa. Fandi pro, he should know what to do next and he will have lots of support and love.
(ii)
ok lupa nak cerita, 4th August lepas, aku siap pasang alarm. Takut lupa..
Blaze Bailey cuma cetak 300 je Platinum Edition " Soundtrack Of My Life". 300 je? giler sey.
Apa aku tahu aku sempat dalam 300 tu, jangan ada problem dah haha. Tapi aku rasa ramai tak dapat...
bayangkan satu dunia cuma 300 je.
Walau Blaze Bailey tak la popular sangat, tapi tetap ramai ingat dan nak sokong dia. Rasanya masuk hari kedua dah sold out dah. Untuk sapa terlepas pandang -
Pre-order options:
Silver package - £15: Album signed
Gold package - £17: Album signed + your name in cdbooket
Platinum package - £25: Album signed + your name in cd booklet + 40page book "Albums of my life"+ your name in book+ fridgemagnet+button badge+ certificate

There will only be 300 copies of the platinum package available.
The "Albums Of My Life" book will contain rare photos, tourdates and autobiographical account of the recordings, written by Blaze. This book is limited to the Platinum package only and will not be sold seperately afterwards.

Seriously, tengok harga platinum dia , Blaze ni, aku tak tahu apa dia fikirkan...betul2 respect giler kat dekni apa dia buat projek2 dia ngan harga sangat berpatutan.
(iii)as usual click to enlarge..


ok for those who have no access to the Iron Maiden fanclub magazine number 95, this is some of the content.
Its not a fun-filled edition really. A bit sad magazine this one. With the passing of the one and only Clive Burr and also Steve Gadd.
One the drummer for the first 3 albums and Nicko came in to replace him, The other, long time Nicko friend, and who then became Nicko drum tech, and then Maiden's tour manager.
So here are the write-ups by Laz (fc guy) and Nicko.
Interesting, informative, yet solemn reading.






Some questions for Adrian Smith which are interesting.


Other articles are
-a great write up on the research, making, and stories of the Trooper Beer with interviews with Bruce Dickinson. - I dont drink, but it do makes a good reading to read about people's passion and hard work on what they like and also their jobs.
-Also stories interviews with Steve Harris on British Lion tour.


Plus lots of other things..
-the rio samba procession with Eddie floater.
-Ooo one great story is of the Nodding Donkeys secret show back in 1992 by someone who was there, even took photos of it, now this is a good read.




Plus many other good readings on the band and their fans. Always had fun reading about the lucky fans. Also the flashbacks old mags, with Dave Murray wedding photos from around 1985 in black and white...now that is so nice

As usual Many awesome photos..
I always look forward to Nicko in action photos as I look to see what all around him, his drinks etc haha.

And finally, I love this pixie of Dave Murray... I really love this photo, everything about it.




 thats all.
Up the Irons, Up Blaze Bailey, Up Fandi Ahmad.

Saturday, August 17, 2013

Raya bersama Barcelona FC

ok, raya kedua raya ketiga.
Training session raya kedua.
Senang je kan Bukit Jalil naik lrt.

Malaysia XI prektis dulu, then Barcelona.
Peminat2 semua recce letak goal post kat tengah padang tu. Mengadap ke mana.
Boleh nampak MASS MIGRATION semua pindah tempat duduk beribu2 penonton. Kelakar abis.

Barcelona
- warm up,
- bagi Tiga group. Golkeeper tiga orang prektis sendiri, lain bahagi dua group main bola monyet.
- lepas tu bagi dua group lagik. Prektis shooting satu group, belah sana tactical sikit kot.
- Then bagi tiga, warna bib merah, kuning, hijau. Messi sorang warna bib biru.
Main 7 aside, sapa kena gol, keluar. Messi main semua gitu tapi dia banyak tukang spread bola dari bawah.
Then abis.
Padang memang boleh nampak ada patches gitu. Tak nampak la muka satu2 jauh kan, so tak tahu rupanya Barcelona memang dah concern pasal kualiti padang sebelum pun dorang mula training.
Abis, takde la pergi dekat2 ngan peminat semua, dari jauh je.
kat youtube channel aku aku ada taruk la 2minit clip dorang main, tiga gol, cammana prektis dorang...boleh la enjoyable tengok dorang.







Paling best malam tu, 
ADA DUA PEMINAT start dulu, satu panjat tapi dia tak pegi kutip bola Neymar tendang tapi tak sampai kat peminat.
Dia lari je peluk Neymar punya lama dia peluk Neymar, Respect giler, dia ngan backpack lagik, dapat lepas tu longkang parit security pit bukit jalil tu.
Member dia pun lepas tapi member dia ambik bola Neymar tendang tu.
So ada huru hara sikit la tu jam... pasal dah ada loophole kan cammana nak cross over parit keselamatan tu kan
Cuma satu kulit hitam ni, dia cedera...kesian. Mula2 ingat kaki patah, dia salah landing,


 tapi rasanya salah urat je kot, tak pun terkehel. Tapi dia selamat keluar, medic attend kat dia.


Hari game, pagi2 aku masuk porum, hah kau, apsal ada sesi kutuk mengutuk ni? kan raya. haha.
La...biawak komodo betul. Game tukar Shah Alam Stadium.
Bingit sey, so kena keluar awal la kan, naik komuter gi sana.
Siap google " how to go to shah alam stadium by public transport?", tak puas hati, google melayu " cammana nak pergi naik pengangkutan awam? " haha. Aku tak biasa naik komuter ktm kan.

So, berhenti stesen Batu Tiga ok? dan menapak la korang lenggang kangkong 30minit la kot, ok la cuma ada naik jembatan, dan korang kena redah sikit jalan besar. Petang tu, sampai awal, teksi 15RM ok, lambat aku dengar dah naik 30RM.
Balik paling lawak, separuh jalan tanya apek tu berapa? dia cakap 40RM. bayangkan separuh jalan dah.
Orang carik kesempatan carik makan lebih.. aku komen satu je la " you can shove that money up your ass je ". Tapi ramai2 la orang2 guna publik transport kejar komuter last train so nasib baik sempat la.
kita dah beli pergi balik nye tiket, tapi rasanya ramai jugak la lompat pagar haha.

so ok la, pandai2 la korang nak intersection ngan rail sistem lain dalam kawasan kl. Sentral sibuk kan? so avoid la, basically semua pun turun sentral, so korang turun tempat lain la.... Sogo tu alrite la.
Tapi by that time, semua rel lain pun dah abis. Tapi at least sampai balik kawasan kl la kan, kalo tak tido tepi jalan la kat shah alam haha.

ok, game, alrite la.... Aku suka Malaysia nye right back. Yang player tahun lepas Arsene Wenger puji yang kasi Jenkinson lengit tu, masuk reserve je 2nd half.

Fabregas ada, Song masuk reserve, puaka Fabregas injured. Messi tak main terus. Dia dah kena main ngan padang bukit jalil semalamnya.

Highlights
- rasanya fans arsenal ramai masih rindu Fabregas, sila lihat contoh banner. Definitely much effort had been made to create and bring along this.



- game start terus, takde hegeh2..... so takde la booooooooooooooooooooooooooooo. haha.
- messi 2nd half tu laungan untuk dia memang bergema la.
- scorebod masa Barcelona second gol, is taruk Malayia XI 2 Barca 1, tapi dibetulkan.


- Barcelona tak buat pusingan satu stadium lepas game, dan tak applause pun peminat seluruh stadium walau tengah padangke hapa ke.
Which is fuckin dissapointing especially for their younger fans.

This is so completely different from the way Arsenal treat their fans, especially during the training sesssion siap kasi souvenir, tak cukup gi ambik lagi, Arsene Wenger siap diri tengah padang kasi speech lagi kat peminat.

Barcelona, I think lack class or maybe the stadium's field quality issue really pissed them off.
-
-


Sunday, August 11, 2013

cerita gerai lemang di pagi raya

FC Barcelona. Paling last sekali kena boo!!! haha.
Cam puaka kan last minute tukar stadium.Nasib baik perasan, kalau tak...
Dah bagus semalam horray2 kat Bukit Jalil, nari gi tukar gi Stadium Shah Alam.
Kelam kelibut tadi tukar2 gi naik komuter.. Leceh memang leceh, tapi ok la.

Nanti aku cerita apa jadi FC Barcelona.

Ni aku nak cerita pasal pagi raya...sesuatu yang aku nampak, yang pada aku menunjukkan The True Spirit Of Raya, especially untuk kita yang hidup di masyarakat majmuk.

Ada satu gerai jual lemang ni, sampai nak kena "order". Pagi raya, lepas sembahyang hari raya, memang sepanjang jalan tu ada jugak gerai2 lain bakar dan jual lemang tepi jalan, tapi gerai ni tak, dia dah siap dah bakar semua, yang datang ambik semua orang yang dah order.
Rasa nya gerai ni terbaik.
Lemang dia macam iklan roti Gardenia. Lemang dia - So Good You Can Even Eat It On Its Own nye lemang.
So ada orang bangsa Cina ni pun datang ambik, dia order 5 batang, so then ada datang orang ni dia nak beli 2 batang, tapi tak boleh kan? Pasal gerai tu dah tak buat dah, dia cuma simpan pesanan orang je.
Tapi orang ni tak berganjak la, cam dia tunggu ngan penuh harapan.
Aku heran, eh kan ada gerai lain banyak? Apsal nak gerai ni jugak, tapi ialah la sedap kot.

So pegerai tu cakap datang 5 petang, rasanya 5 petang nanti dorang start buat lemang baru,
tapi orang tu cakap tak boleh dia dah nak balik Sarawak. Jauh tu kan, konfem nak naik flight semua.

So Cina tu, willingly, kasi dia punya 5 batang tu kan, dia kasi dua kat orang tu.
Cina tu agree to datang lagi petang, ambik lagi 2. Padahal dia dah order, dan dia punya dah siap dah pagi raya tu.

Mungkin ada pendapat, ni cerita cam, takde benda, mungkin ada cakap apa2 je la.
Tapi pada aku, ni ialah sesuatu yang capture apa tu suasana hari raya dalam kehidupan berbilang kaum.


apa pun, FABREGAS INJURED!!!!!! MESSI TAK MAIN LANGSUNG!!!! Semalam dah kena makan ngan padang Bukit Jalil la tu, dah la dia satu2 nye pemain yang tak berhenti rehat masa 7 a side, dia main tiap2 game tukar2 tiga team tu, dia pakai bib warna lain special.
AKU SUKA RIGHT BACK MALAYSIA!! 
dan....
BARCELONA SOMBONG NAK MAMPOS hahah!!! dua2 hari tak pergi kat fans lepas training dan lepas game........

Tuesday, August 6, 2013

FC BARCE"hari raya"LONA

(If there is a soundtrack for this post, then its Van Halen's "I cant stop loving you".)

First reason I thought of that song and humming it while typing this post is that, ya I know its Hari Raya, but just like the first line of this song " There's a time and place for everything, for everyone".. So got to try to make it for FC BARCELONA , need  to find the time to go Bukit Jalil Stadium on this Saturday night, and ooohh training session on Friday too.
Secondly yap, the chorus, its for ex- EL CAPTAIN Fabregas, and Song. Never forgetten them, especially Fab4.

So its a rare chance to see Barcelona plays live. 





To see close-ups of Messi, Neymar, Valdes, Alves, Pique, Xavi, Iniesta, Song, Fabregas etc etc etc basically the whole team.
I am not really a fan of this club, but I think they play the best and most entertaining football besides ARSENAL FC. The only difference is Barca plays well and win trophies. HAHAHAHA!! ( thats a painful laughter may I add ).

Ooo another thing, check out the stored-value card for travelling on Kuala Lumpur's subway with this design. Fancy.
The usual stored value card is worth about 12RM with a 10RM value, but this fancy design cost 20RM with the same 10RM value.
.




.
.
.
.
.
.
.
.
.
Finally,
.
.

TO ALL MUSLIMS EVERYWHERE, 
in Singapore, Malaysia, Indonesia 
and the Rest Of The World -

Happy Eid Fitr, Aidil Fitri, Hari Raya Puasa, Lebaran, or whatever you called it.

p.s. 

World Peace, Arsene Knows and Up The Irons \m/


Tuesday, July 23, 2013

Fandi - Khabarnya! Khabarnya! khabarnya!!

Aku suka bola, tapi aku tak suka sangat komen pasal bola kat blog ni...
tapi I think this is interesting...I'll just paste the report, I wont comment, on which I think everyone has their own INDEPENDENT opinion
Suratkhabar melayu Singapore hari ni...
biasalah " KHABARNYA "... khabarnya....khabarnya....well.











Monday, July 22, 2013

Laporan pasal Fandi turun pangkat kat tiga suratkhabar hari ahad.

masa aku kecik2, aku dah diberitahu rumah kampung Fandi ialah dekat tempat bas 51 abis. Kagum la aku.
Korang mungkin tahu bas 51 abis kat atas , bas 50 ngan 53 abis kat bawah, Kaki Bukit.
Rasa ada korang pun asal kampung melayu sana kan....

dan aku rasa sampai kini,  bukan aku sorang la, tapi mungkin puluhan ribu, ratusan ribu rasanya nak tengok Fandi berjaya dalam bidang dia. Bila Fandi jadi coach JDT, terus aku nak JDT berjaya, pasal aku tahu tu kareer Fandi. Seriously.

Jadi ni ialah artikel2 yang keluar kat tiga suratkhabar berlainan Singapura semalam (berita minggu, new paper, sunday times). Berita ni dah masuk website late afternoon Saturday kat Singapore, tapi the best still tunggu Ahad nye printed news.

Dan best ialah ni laporan reporters Singapura, interview pun ngan ex players Singapore, jadi rasanya mungkin sikit berlainan la ngan laporan media Malaysia. Entah betul entah tidak, enjoy the read.

Kat Singapore, Fandi Ahmad ialah dan forever seorang LEGEND dan front page news dan even  berita anak2 dia memang dapat liputan.

Click to enlarge, as per usual in this blog.