Showing posts with label Kalimah Tauhid. Show all posts
Showing posts with label Kalimah Tauhid. Show all posts

Friday, November 6, 2009

Tiada Mahkamah Rayuan

Assalamu'alaikum warahmatullah..

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad, serta keluarga dan para sahabat yang mulia.

Meskipun peristiwa kiamat itu hanya SEKALI namun nama bagi kiamat itu banyak. Setiap nama itu mempunyai maksud dan huraiannya tersendiri. Salah satu nama hari kiamat yg disebut oleh Allah ialah Yaumul Fitnah yang bermaksud hari azab seperti yang dijelaskan oleh Allah dalam al-Quran:

يَوۡمَ هُمۡ عَلَى ٱلنَّارِ يُفۡتَنُونَ ذُوقُواْ فِتۡنَتَكُمۡ هَـٰذَا ٱلَّذِى كُنتُم بِهِۦ تَسۡتَعۡجِلُونَ

(Hari pembalasan itu ialah) hari mereka diseksa (dengan dibakar) atas api Neraka. (Sambil dikatakan kepada mereka): Rasakanlah azab seksa yang disediakan untuk kamu; inilah dia yang dahulu kamu minta disegerakan kedatangannya. (Surah az-Zariyat [51] : 13 - 14).

Fitnah yg diberi nama azab itu diambil daripada kalimah yg asal dalam bahasa Arab, pecahan daripada kalimah fatana, cth kalimah Fatantuz Zahaba makna menurut bahasa : aku memfitnahkan emas itu; mksudnya ialah bagi tukang emas yg hendak menguji mutu emas sama ada tulen atau palsu; mestilah emas itu difitnahkan (diuji). cara menguji emas ialah dgn membakarnya dgn api dgn kadar kepanasan yg tinggi. Emas yg sudah diuji dgn dibakar akan diketahui sama ada tulen atau tidak, sama ada mengandungi campuran tembaga yg menjadikan emas itu tidak tulen.

Begitu juga dengan manusia ditimpa fitnah pada hari akhirat, bererti manusia akan dibakar dalam api neraka pada hari tersebut yg dinamakan Yaumul Fitnah, dgn tujuan menghapuskan segala dosa dalam jangka masa yang ditetapkan oleh Allah SWT.

Ibarat membersihkan karat dp besi sgl karat2 akan hilang selepas dibakar, yang tinggal hanyalah besi yang tulen. Ini bergantung kpd tebal atau nipis karat itu, sekiranya tebal, kadar lama membakarnya tentulah lebih lama berbanding dgn karat yg nipis.

Apabila karat2 dosa itu dibakar hangus dlm tempoh yg ditetapkan oleh Allah SWT, yg tinggal hanyalah teras iman. Selepas itu manusia akan dibebaskan daripada fitnah azab (api neraka). Walaubagaimanapun bagi karat syirik dan kufur, ia diibaratkan sebagai besi yg telah karat seluruhnya. Apabila tidak ada tersa iman maka tinggallah mereka selamanya di neraka dan terus berada dalam fitnah (azab) buat selamanya.

Keimanan yg menjadi yang tidak akan hangus walaupun dibakar bersama karat dosa ialah keimanan terhadap ALLAH SWT. Keimanan terhadap kalimah LA ILAHA ILLALLAH akan memberi peluang kpd manusia untuk bebas daripada api neraka. Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud : "Akan masuk syurga bagi seseorang yang beriman walaupun keimanannya hanya seberat debu"

Kesimpulannya ialah hari 'Yaumul Fitnah' ini ialah hari bagi org2 kafir ataupun org2 yg berdoisa dibakar dalam api neraka dengan tujuan mengazab mereka setimpal dgn dosa2 mereka seperti yg telah dijanjikan oleh Allah SWT.

Hari akhirat juga disebut sebagai 'Yauma la marrada lahu minallah' yang bermaksud tiada (mahkamah) rayuan setelah Allah SWT menjatuhkan hukuman. Apabila ALlah AWT telah menentukan sesuatu balasan kepada seseorang itu pada hari akhirat, tidak ada siapapun yg dapat menolaknya ataupun merayu untuk menangguhkannya.

Di dunia terdapat pelbagai mahkamah, jika di Mahkamah Rendah seseorang itu kalah, dia boleh merayu di Mahkamah Tinggi dan kemudiannya ke Mahkamah Agong, tetapi di akhirat tidak ada sedemikian. Firman Allah SWT

فَأَقِمۡ وَجۡهَكَ لِلدِّينِ ٱلۡقَيِّمِ مِن قَبۡلِ أَن يَأۡتِىَ يَوۡمٌ۬ لَّا مَرَدَّ لَهُ ۥ

"Maka hadapkanlah dirimu (wahai Muhammad) ke arah agama yang betul, sebelum datangnya dari Allah: Hari yang tak dapat ditolak;" (Surah ar-Rum [30] : 43)

Tuesday, June 16, 2009

Keajaiban Kalimah Tauhid 3

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Firman Allah dalam Surah Muhammad ayat 19:


فَٱعۡلَمۡ أَنَّهُ ۥ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَٱسۡتَغۡفِرۡ لِذَنۢبِكَ وَلِلۡمُؤۡمِنِينَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ مُتَقَلَّبَكُمۡ وَمَثۡوَٮٰكُمۡ


Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan dan bagi dosa-dosa orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan dan (ingatlah), Allah mengetahui akan keadaan gerak-geri kamu (di dunia) dan keadaan penetapan kamu (di akhirat). (19)


Maksud (tetapkanlah pengetahuanmu) dalam ayat di atas ialah Allah menganjurkan supaya kita mempelajari ilmu mengenal Allah .. Allah menyatakan bahawa asas ajaran agama ialah mengenal Allah.. sebab sebanyak manapun ilmu yang kita tahu tetapi jika kita buta tentang uluhiyah Allah.. tentang kalimah tauhid, ilmu yang dipelajari atau ilmu yang diketahui itu akan sia-sia.. akidah akan tertolak.


Tidak ada satupun perbuatan baik yang kita lakukan itu melainkan dengan pertolongan Allah.. manakala perbuatan jahat kita tinggalkan juga dengan perlindungan Allah. Oleh itu bersyukurlah apabila kita telah dapat melakukan perintah Allah dan meninggalkan larangan. Jika kita telah rasa bersyukur.. kita akan rasa akrab dengan Allah. 


Kalimah tauhid (La ilaha illallah) ini merupakan zikir yang paling utama. Kalimah ini pasti akan diucapkan oleh sama ada mukmin atau kafir apabila dia menghadapi musibah.. apabila berada dalam keadaan kritikal. Ini boleh dilihat dalam kisah Firaun dan juga kisah Nabi Yunus dalam perut ikan nun. 


Dalam ayat surah Yunus ayat 90 Allah berfirman:


وَجَـٰوَزۡنَا بِبَنِىٓ إِسۡرَٲٓءِيلَ ٱلۡبَحۡرَ فَأَتۡبَعَهُمۡ فِرۡعَوۡنُ وَجُنُودُهُ ۥ بَغۡيً۬ا وَعَدۡوًا‌ۖ حَتَّىٰٓ إِذَآ أَدۡرَڪَهُ ٱلۡغَرَقُ قَالَ ءَامَنتُ أَنَّهُ ۥ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا ٱلَّذِىٓ ءَامَنَتۡ بِهِۦ بَنُوٓاْ إِسۡرَٲٓءِيلَ وَأَنَا۟ مِنَ ٱلۡمُسۡلِمِينَ


Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah dia (pada saat yang genting itu): Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah). (90)


Manakala dalam Surah anbiya' ayat 87 


وَذَا ٱلنُّونِ إِذ ذَّهَبَ مُغَـٰضِبً۬ا فَظَنَّ أَن لَّن نَّقۡدِرَ عَلَيۡهِ فَنَادَىٰ فِى ٱلظُّلُمَـٰتِ أَن لَّآ إِلَـٰهَ إِلَّآ أَنتَ سُبۡحَـٰنَكَ إِنِّى ڪُنتُ مِنَ ٱلظَّـٰلِمِينَ


Dan (sebutkanlah peristiwa) Zunnun, ketika dia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan dia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka dia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri. (87)


Dalam ayat2 di atas, surah Yunus menceritakan kisah Firaun yang dalam keadan terdesak.. sangat2 kritikal kerana hampir2 tenggelam.. manakala dalam surah al-Anbiya' pula kisah nabi yunus yang juga dalam keadaan terdesak dan kritikal kerana berada dalam perut ikan nun yang jauh di dalam lautan. 


Dalam kedua2 ayat ini Allah ingin memberitahu kita bahawa hambanya seorang kafir, musuh Allah iaitu Firaun dan seorang lagi mukmin dan muslim yang disayangi Allah.. kedua2nya berada dalam keaadan terdesak.. kritikal kerana merasakan tidak ada siapa yang dapat menolong kecuali Allah.. lalu kedua2nya mengucapkan kalimah tauhid. 


Tetapi kenapa Allah hanya selamatkan nabi Yunus tidak Firaun?



Dalam surah Yunus ayat 90 tadi Firaun dalam keadan hampir tenggelam berkata: " Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah). 


Dalam kisah ini ribuan kaum bani Israil dibawa dari Mesir ke Palestin.. Allah menyuruh nabi Musa membawa mereka ini lari daripada Firaun mengikut jalan laut.. Firaun mengejar di belakang apabila hampir di lautan pengikut nabi Musa melihat di hadapan laut dibelakang pula Firaun sehinga hampir putus asa.. pada ketika itu Allah mewahyukan kepada Musa supaya memukul tongkatnya ke laut.. apabila tongkat dipukul.. terbelah laut menjadi dua bahagian.. apabila Nabi Musa dan pengikutnya sampai ke seberang.. Allah menyuruh lagi Nabi Musa memukul tongkatnya ke laut.. Firaun yang masih belum sampai.. hampir2 sampai ke seberang.. tenggelam di laut.. sebelum tenggelam Firaun sempat mengatakan bahawa dia beriman. 


Imannya ditolak kerana dia tidak yakin.. syahadahnya juga pelik kerana dia berkata bahawa dia percaya kepada Tuhan yang dipercayai oleh bani Israil.. ini bermakna dia cuma taklifkan dengan Tuhan bani Israil.. dia jahil .. tidak mengenal Allah.. memang bani Israil percaya kepada Allah.. Allah yang satu.. tetapi Firaun kalau ditanya siapa Tuhan yang engkau sembah dia tak akan dapat menjawab dengan penuh yakin. Firaun mengucap kalimah itu hanyalah semata2 untuk menyelamatkan dirinya. Firaun tak kenal Allah, tak tau siapa Allah, tak kenal dirinya.. untuk apa dia dijadikan.. dan Firaun mengaku pula dia Tuhan dan menyuruh kaumnya menyembah dia.. dia sedikitpun tidak insaf yang selama ini dia berdosa dan derhaka kepada Allah..Ini boleh dilihat dalam ayat 23 dan 24 surah An-Naziat. 


فَحَشَرَ فَنَادَىٰ . فَقَالَ أَنَا۟ رَبُّكُمُ ٱلۡأَعۡلَىٰ


Lalu dia menghimpunkan orang-orangnya dan menyeru; (23) Dengan berkata: Akulah tuhan kamu, yang tertinggi. (24)


Berbeza dengan Nabi Yunus.. dia bukan takut mati tetapi takut berdosa.. dia berkata tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau.. dia yakin yang dapat menolong dia hanya Allah.. dia memuji Allah.. Maha Suci Allah.. dia mengakui kesalahannya meninggalkan kaumnya.. kalau dia mati sebelum Allah ampunkan kesalahanya bagaimana?


Dalam ayat 143 dan 144 surah Assaffat, Allah menerangkan:


فَلَوۡلَآ أَنَّهُ ۥ كَانَ مِنَ ٱلۡمُسَبِّحِينَ


Maka kalaulah dia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih). (143)


لَلَبِثَ فِى بَطۡنِهِۦۤ إِلَىٰ يَوۡمِ يُبۡعَثُونَ


Tentulah dia akan tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari kubur. (144)





Allah keluarkan Nabi Yunus disebabkan Nabi Yunus seorang yang sentiasa mengingati Allah.. baik ketika senang mahupun susah.. Rahsianya ialah kalimah tauhid Nabi Yunus .. sebelum menimpa musibah dia sudah mengenal Allah. 


Daripada kisah Nabi Yunus dan Firaun ini marilah kita ambil iktibar bahawa hendaklah kita sentiasa menetapkan iman kita bahawa Tiada Tuhan yang berhak disembah dan memelihara supaya kalimah itu tidak terbatal dengan menjaga 3 perkara seperti yang telah saya tulis dalam entri yang lepas.. di samping itu hendaklah kita sentiasa mengingati Allah baik dalam keadaan apa sekalipun.. masa senang, masa susah, masa sakit, masa muda, masa tua.. jadi apabila kita sentiasa ingat Allah, Allah hampir dengan kita.. apabila kita ditimpa musibah, berdoalah dengan mengakui kesalahan kita.. tanamkan rasa bersalah.. mengakui kebaikan Allah yang telah kita terima.. kita tak mintapun Allah dah beri.. akuilah kelemahan kita.. supaya Allah kabulkan permohonan kita. 


Nabi Adam as ketika sedar buat salah dia mengaku dia zalim.. katanya :"Wahai Tuhan kami, kami zalim, jika Engkau tidak mengasihaniku pasti aku jadi orang yang merugi". Nabi Adam tidak minta senag semula sebaliknya mengakui kesilapannya supaya diampunkan Allah. 


Rasulullah SAW berpesan kepada kita : "Kenalilah kamu akan Allah semasa kamu senang nescaya Allah kenal kamu ketika kamu susah". 


Yang baik daripada Allah yang silap daripada diriku sendiri.

Friday, June 12, 2009

Keajaiban Kalimah Tauhid 2

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah sama-sama kita memuji dan memuja Allah SWT atas segala limpahan kurniaNya yang begitu banyak memberikan kita kenikmatan sehingga tidak mampu kita menghitungnya.

Selawat dan salam buat Junjungan Mulia, Rasul tercinta, Muhammad SAW serta keluarga, para sahabat dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.

Mu'az bun Jabal daripada Abu Daud (hadith Sahih Isnad) berkata bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: " Sesiapa sahaja yang akhir ucapannya 'La ilaha illallah' berpeluang masuk syurga dengan syarat kalimah itu tidak terbatal"

Ingatlah bahawa harta yang paling berharga ialah kalimah 'La ilaha illallah' kerana akan masuk syurga akhirnya.. sebaliknya orang yang memiliki segala2nya kecuali 'La ilaha illallah' akan sengsara di akhirat.. oleh itu jagalah kalimah ini elok2 supaya tidak terbatal..

Bagaimana menjaga supaya tidak terbatal..

Ada 3 perkara yang kita perlu lakukan supaya kalimah itu tidak terbatal atau untuk memastikan Allah terima kita di akhirat dan dapat syafaat Nabi Muhammad SAW

1) Jangan Menyembah Selain Allah

Secara umum maksud kalimah 'La ilaha illallah' ialah tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah.. Ilah ialah Zat yang berhak menerima pujian.. Zat yang berhak disembah.. katakan kepada pokok dan kepada siapa pun selain Allah engkau bukan Tuhan.. katakan tiadak ada sesiapapun yang Berkuasa mendatangkan rezeki, menyempitkan rezeki, mendatangkan penyakit, menyembuhkan, memberi keuntungan, menyebabkan kerugian melainkan Allah..

Sesiapa yang percaya selain Allah yang memberi rezeki ucapan kalimah 'La ilaha illallah' akan terbatal.. jangan percaya contoh menetapkan tarikh perkahwinan kena pilih hari2 tertentu.. nak buat rumah tak boleh di tempat sekian2.. ini semua syirik.. nak buat sesuatu tak boleh hari selasa atau sabtu.. kalau jumpa kucing hitam di jalan .. terdetik di hadapan mesti ada bahaya.. jangan! semua ketetapan adalah hak Allah.. yang jadi malang ialah kerana diri sendiri.. puncanya kerana menolak kebenaran.

Ini dijelaskan oleh Allah dalam Surah Yaasin ayat 19 maksudnya

Rasul-rasul itu menjawab: Nahas dan malang kamu itu adalah disebabkan (kekufuran) yang ada pada kamu. Patutkah kerana kamu diberi peringatan dan nasihat pengajaran (maka kamu mengancam kami dengan apa yang kamu katakan itu)? (Kamu bukanlah orang-orang yang mahu insaf) bahkan kamu adalah kaum pelampau. (19)


Lihat lagi dalam surah Al-Isra ayat 23


Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (23)


Allah memerintahkan hambaNya menyembah hanya kepada Dia.. oleh itu berdoalah memohon kepadaNya bukan kepada kubur atau makhluk lain kerana semua yang ada di antara bumi dan langit dan isinya ini adalah hak Allah.. kita manusia dan semua yang ada pada kita iaitu mata tangan kaki dan lain-lain semuanya milik Allah.. Allah membenarkan kita mengambil manfaatnya sahaja.

Oleh sebab semua ini hak Allah.. Allah sahajalah yang berhak memuji dan dipuji.. jika tiba2 ada orang memuji bukan kepada Allah mana mungkin Allah tidak murka.. Allah mengajar kita mengucapkan Maa syaaAllah(Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! .. la quwatailla billah (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah) seperti dalam ayat 39 surah al-kahfi.. semasa orang memuji kita.. atau semasa hendak memuji .. Ini supaya tidak terjejas kalimah 'La ilaha illallah'

Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandang aku sangat kurang tentang harta dan anak berbanding denganmu. (Al-Kahfi : 39)

Ataupun boleh berkata.. Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya seperti yang diucapkan oleh Nabi Sulaiman as tatkala melihat istana permaisuri Balqis di hadapannya yang didatangkan dengan sekelip mata dalam ayat 40 surah Al-Naml..

Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata! Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah dia: Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah. (40)


Nabi Sulaiman sedikitpun tidak merasa segala kekayaan dan kekuasannya yang luas termasuk terhadap jin sebagai miliknya.. bahkan dikembalikan kepada Allah..

Jika kita meraskan nikmat itu milik kita Allah akan menarik balik apa yang dianugerhkan kepada.. inilah yang dilakukan kepada Qarun dengan hartanya seperti dalam surah al-Qasaa ayat 78 dan selepasnya iaitu Qarun ditenggelamkan bersama hartanya.. dan orang2 selepas itu yang ingin mengumpulkan harta insaf bahawa Allahlah yang memberi rezeki dan menyempitkan rezeki.

Qarun menjawab (dengan sombongnya): Aku diberikan harta kekayaan ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. (Kalaulah Qarun bijak pandai) tidakkah dia mengetahui dan pandai memahami, bahawa Allah telah membinasakan sebelumnya, dari umat-umat yang telah lalu, orang-orang yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan ? Dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa (apabila mereka diseksa) tidak lagi ditanya tentang dosa-dosa mereka, (kerana Allah sedia mengetahuinya). (78)

Kedua : Jangan Sembah Allah Kecuali Kerana Allah


Kita disuruh menyembah Allah dengan ikhlas.. kalau menyembah Allah bukan kerana Allah tetapi untuk menunjuk2 kepada manusia.. ini dah jatuh riya'.. sedangkan kita tahu riya' adalah syirik kecil.. lihat ayat 5 surah al-Bayyinat


Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar. (5)



Jika kita solat, memberi zakat, mengerjakan haji, bersedekah dan segala amalan baik yang lain bukan kerana Allah bersedialah untuk terjun ke dalam api yang bernyala2.. begitu juga jika kita meninggalkan larangan Allah kerana malu kepada manusia.. bila di hadapan manusia lain , kita baik tetapi bila di belakang mereka jahat.. bersedialah menerima azab Allah..


Oleh itu belajarlah memasang niat kerana Allah SWT sahaja


Dalam buku Peranan Nilai dan Moral dalam Perekonomian Islam, Dr Yusof al-Qardhawi menulis tentang sebuah hadith sahih.. ketika Nabi Muhammad SAW berjalan2 bersama sahabat2.. tatkala sampai di satu kebun.. sahabat terlihat seorang pemuda sedang rajin berkebun.. lalu salah seorang sahabat berkata: "Alangkah eloknya kalau umur semuda dia digunakan untuk fi sabilillah (berperang)" lalu Nabi Muhammad SAW berkata: "Sesungguhnya anak muda yang rajin bekerja.. jika dia keluar rumah dengan niat hendak menyara keluarga di bawah tanggungannya .. maka anak muda itu berjihad di jalan Allah.. cukup besar dosa seseorang itu jika dia mensia-siakan memberi makan minum orang2 yang di bawah tanggungannya.. ada lagi kata Nabi Muhammad SAW.. jika anak muda itu keluar bekerja dengan niat hendak memastikan dirinya bebas daripada meminta2.. maka anak muda itu berjihad di jalan Allah.. tetapi jika anak muda itu keluar bekerja dengan niat hendak bermegah2.. orang itu berada di jalan syaitan".


Yang ketiga:Jangan Sembah Allah Kecuali Dengan Apa yang Allah syari'atkan


Maksudnya kita disuruh menjalankan perintah Allah yakni menjalankan ibadah seperti solat, zakat, berpuasa dan lain-lain, dan apabila mengerjakan suruhan mestilah mengikut peraturan2 yang telah disyari'atkan olehNya..

Dalam surah Ash-Shura ayat 21, Allah berfirman:

Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan mana-mana bahagian dari agama mereka sebarang undang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah? Dan kalaulah tidak kerana kalimah ketetapan yang menjadi pemutus (dari Allah, untuk menangguhkan hukuman hingga ke suatu masa yang tertentu), tentulah dijatuhkan azab dengan serta-merta kepada mereka (yang berbuat demikian) dan sesungguhnya orang-orang yang zalim itu akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (21)

Dalam surah Al-Anfal ayat 35 Allah berfirman:


Dan tiadalah sembahyang mereka di sisi Baitullah itu melainkan bersiul-siul dan bertepuk tangan. Oleh itu rasalah kamu (wahai orang kafir) akan azab seksa dengan sebab kekufuran kamu. (35)


Orang yang mengerjakan suruhan Allah tetapi tidak mengikut syari'at amalannya ditolak. dalam ayat di atas Allah menerangkan bahawa orang2 Quraisy itu tawaf mengelilingi Ka'abah tetapi mereka masih menyembah berhala.. mereka bersiul2 semasa mengelilingi Ka'abah, bertepuk2 malah ada hadis yang menyatakan mereka ini bertelanjang.. itu bukan syari'at Allah.



Oleh itu berusahalah agar kita dapat memelihara niat kita.. serta mempelajari apa yang disyaria'tkan semoga Allah melindungi kita daripada syaitan laknatullah.. Orang yang berdosa tetapi imannya tidak terbatal akan masuk neraka tetapi akhirnya akan menerima syafaat dari Nabi Muhammad SAW.. Kalau boleh jangan buat dosa dan hendaknya masuk syurga terus dengan menjaga ketiga2 di atas.



Keajaiban Kalimah Tauhid 1

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu'alaikum.

Marilah sama-sama kita memuji dan memuja Allah SWT atas segala limpahan kurniaNya yang begitu banyak memberikan kita kenikmatan sehingga tidak mampu kita menghitungnya.

Selawat dan salam buat Junjungan Mulia, Rasul tercinta, Muhammad SAW serta keluarga, para sahabat dan orang-orang yang istiqamah mengikuti Baginda.


Daripada Abu Hurairah ra, Nabi Muhammad SAW bersabda katanya: "Setiap nabi, Allah berikan peruntukan bagi mereka doa yang mustajab dan setiap nabi itu telah menggunakan doa mustajab masing2 semasa di dunia lagi, nabi Nuh pernah mendoakan agar kaumnya dibinasakan, begitu juga nabi Lut dan nabi Musa.. tetapi betapa aku ingin menyimpannya tak mahu gunakan di dunia kerana aku ingin mengunakan doa mustajab itu di akhirat bagi memberi syafaat kapada umatku"


Biar sesusah mana pun nabi kita Muhammad SAW menghadapi rintangan daripada musuhnya.. ketika rumah baginda dikepung.. baginda tak menggunakan doa mustajab yang diperuntukkan oleh Allah SWT kepada baginda..


Bertuahlah kita jadi umat Nabi Muhammad.. tapi siapakah antara umat Nabi Muhammad yang akan mendapat syafaat itu..


Imam al-Bukhari berkata bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: "Apabila berlaku kiamat kelak seluruh manusia akan berduyun2 berjumpa Nabi Adam as.. mereka berkata kepada Nabi Adam: Wahai Adam berdoalah engkau kepada Allah supaya engkau dapat memberi syafaat kepada kami anak2 engkau.. Nabi Adam as menjawab : Aku tidak berhak untuk berdoa, pergilah kamu semua bertemu dengan Nabi Ibrahim kerana dia kekasih Allah, lalu seluruh manusia berduyun-duyun menemui Nabi Ibrahim as.. berkatalah mereka kepada Nabi Ibrahim, meminta supaya Nabi Ibrahim berdoa kepada Allah supaya memberi syafaat kepada mereka.. tetapi Nabi Ibrahim menjawab sama seperti Nabi Adam.. dia tidak berhak berdoa lalu disuruh berjumpa Nabi Musa Kalimullah.. Nabi yang pernah diajak oleh Allah berkata2 tanpa melalui Jibril as.. berduyun2 pula seluruh manusia menemui Nabi Musa.. begitu jugalah dijawab oleh nabi Musa disuruh bertemu Nabi Isa.. bila bertemu Nabi Isa as .. Nabi Isa berkata pergilah bertemu dengan Nabi Muhammad SAW.. lalu Nabi Muhammad SAW berkata: Akulah yang boleh memberi syafaat.. lalu akupun pergi menemui Tuhanku meminta izin kepadaNya dan Allah memberi izin bertemu denganNya.. lalu Allah SWT mengajarku beberapa kata2 pujian.. lalu aku tunduk sujud kepada Alllah.. lalu Allah berkata : "Wahai Muhammad, angkatlah kepalamu mintalah apa sahaja yang engkau kehendaki nescaya Aku tunaikan.. minta syafaat Aku tunaikan.. lalu Nabi mengangkat kepala dan berkata Ummati, ummati (umatku ya Allah, umatku ya Allah)"


Allah menjawab: "Pergilah engkau wahai Muhammad ke neraka, keluarkanlah umatmu daripada neraka jika umatmu di dalam hatinya ada iman walaupun seberat gandum.. lalu akupun pergi ke neraka.. lalu aku keluarkan umatku yang dalam hatinya ada iman seberat gandum.. lalu aku masih melihat ada lagi umatku yang imannya tak seberat gandum.. lalu aku menemui semula Allah SWT dan tunduk, sujud dan berdoa.. Allah menyuruh aku mengangkat kepala.. lalu Allah berkata : "Wahai Muhammad, angkatlah kepalamu mintalah apa sahaja yang engkau kehendaki nescaya Aku tunaikan.. mintalah syafaat Aku tunaikan.. lalu Nabi mengangkat kepala dan berkata Ummati, ummati (umatku ya Allah, umatku ya Allah)"


Allah menjawab: "Pergilah engkau wahai Muhammad ke neraka, keluarkanlah umatmu daripada neraka jika umatmu di dalam hatinya ada iman walaupun seberat biji sawi.. lalu akupun pergi ke neraka.. lalu aku keluarkan umatku yang dalam hatinya ada iman seberat biji sawi.. lalu aku masih melihat ada lagi umatku yang imannya tak seberat biji sawi.. lalu aku menemui semula Allah SWT dan tunduk, sujud dan berdoa.. Allah menyuruh aku mengangkat kepala.. lalu Allah berkata : "Wahai Muhammad, angkatlah kepalamu mintalah apa sahaja yang engkau kehendaki nescaya Aku tunaikan.. mintalah syafaat Aku tunaikan.. lalu Nabi mengangkat kepala dan berkata Ummati, ummati (umatku ya Allah, umatku ya Allah)"


Allah menjawab: "Pergilah engkau wahai Muhammad ke neraka, keluarkanlah umatmu daripada neraka jika umatmu di dalam hatinya ada iman walaupun lebih ringan daripada biji sawi.. lalu akupun pergi ke neraka.. lalu aku keluarkan umatku yang dalam hatinya ada iman lebih ringan daripada biji sawi..


Begitulah sayangnya Nabi Muhammad kepada kita.. bayangkanlah jika Nabi Muhammad SAW sama dengan Nabi2 yang lain telah menggunakan doa mustajab tu di dunia lagi.. tak dapatlah kita syafaat daripadanya.


Kitalah orang yang bertuah kerana menjadi umat Nabi Muhammad SAW.. walaubagaimanpun kita wajib memelihara iman kita .. jangan syirik .. jangan percaya ada selain Allah yang boleh memberi manfaat dan mudarat kepada kita.. kalau ini ada macam mana nak dapat syafaat..


InsyaAllah sambung lagi tentang Keajaiban Kalimah Tauhid ini..