Kampung saper nih? kg aku bukan, kg abg pun bukan... tapi cam familiar jer name felda gedangsa nih. oohhh, yelah. nihlah tempat di mana anak ku sarra mendapatkan rawatan alternatif bagi dirinya yang istimewa tuh. same macam nabila & aisyah yang sama-sama pergi mendapatkan rawatan kat felda gedangsa nih @ lebih mesra dengan name kak raw (kak raw ialah tuan empunya rumah a.k.a tukang urut + pakar urat saraf & fisio)...
Sebenarnya, dah lama aku cuba utk membuat entry pasal rawatan kak raw nih. tapi, setiap kali teringat untuk menulis, hati bagai kan tidak cukup kental, semangat tidak begitu kuat, jiwa & emosi sering bercelaru & hati terganggu dengan ingatan tentang 'keadaan sekeliling' di rumah kak raw tuh. (terlalu sadis rasanya melihat keadaan anak-anak yang lain yang nasibnya lebih dahsyat dari anak ku.) setakat nih, dah 6 kali aku & abg membawa sarra ke sana. Alhamdulillah, perubahan besar yang kami nampak, sarra makin galak senyum, pandai menoleh ke dua-dua arah; kiri & kanan (sebelum nih, sarra lebih cenderung ke arah kiri hampir 90%)... mulutnya jugak sudah banyak ternganga-nganga seolah-olah ingin bercerita dengan aku & abg... & yang pasti die sudah pandai nak bergurau & memilih dengan siapa die nak tidur, mandi, susu & makan... syukurlah nak. sekurang-kurangnya, ada bahagian otak anak ku yang masih elok. Alhamdulillah....
Pertama kali di behrang bersama family omar & family inaMasih segar dalam ingatan.... pertama kali set date dgn rakan sekerja; omar yang mana anaknya juga istimewa, bernama aisyah, dan juga sahabat baru ku; ina yang anaknya nabila. sedia maklum, nabila & sarra adalah 'kembar'! bukan setakat wajah mereka yang seiras, malah nasib, tarikh lahir & perkembangan mereka lebih kurang sama. itulah 'kembar' bagi sarra & nabila. aisyah pula dilahirkan normal, tapi pada hari ke-2 aisyah diserang demam panas. umum tahu, demam panas nih 'serius'... macam-macam boleh berlaku lepas serangan demam panas nih...
Tarikh pertama kami ke felda gedangsa adalah pada 28 Februari lalu. saling ber-roger-roger lah aku, ina & omar. kami cuba utk mencari jalan ke gedangsa bersama-sama. walaupun berlainan jalan dari rumah masing-masing, walupun berlainan kereta yang mengiringi kami, namun... tujuan kami tetap sama, tetap satu; iaitu ingin memulihkan keadaan anak-anak kami. ini bahagian kami, rezeki kami dikurniakan anak-anak istimewa, namun ianya bukanlah halangan utk kami bersatu mencari alternatif bagi 'menyihatkan' anak kami... & selebihnya kami berserah pada Mu Ya Allah...
Agak mencabar jugak perjalanan kami, yelah..pertama kali nak mencari jalan. di dahului dgn kereta ayah ina.. (masa nih pirst taim, ayah ina lead) dari tol behrang, pelan yang ina bawa jadi panduan. jauh jugak dari tol behrang nak ke felda gedangsa tuh... habis semua jalan lengkang lengkok kami ikut. dalam hati dah cakap; jauhnya bang. penat gak nih.. tapi dek kerana anak yang teramat kami sayang inilah semuanya jadik mudah. perjalanan kami yang mulanya sesat sedikit, akhirnya bertemu jalan sebenar. syukurlah...
Setibanya di perkarangan rumah kak raw, kaum-kaum bapa mewakili kami pergi mendaftarkan diri. abg datang semula ke kereta, lalu berkata..'ramai gak nih cayang. abg harap..cayang tabah yer bile tgk anak-anak yg lain yg ade kat situ...' aku igt lagik ayat abg nih...pelik gak, nape abg ckp camtuh? hati seorang ayah, tersentuh jua... (oh yea..semasa dalam perjalanan, aku tukar-tukar siaran radio. tup-tup terhenti pada satu siaran, mase tuh lagu nash-pada syurga di wajahmu berkumandang. ingat lagik, liriknya betul-betul kat part "tuhan sengaja menduga kita, dimana kesabaran manusia"... nak nanes sebenarnya dah taim tuh. memang luluh lah air mata nih! sabar, sabar...)
Aku melangkah masuk ke perkarangan rumah kak raw. pertama kali jejak kan kaki kat situ, aku terdiam, terpaku lalu berbisik di dalam hati; Ya Allah...kuatkan lah semangat aku nih. terus-terang lah cakap, kot om yang x kuat imannya, pasti dah rebah bile tgk keadaan anak-anak yg lain yg ade kat situ. paling tidak pun, air mata pasti berjuraian. memang hati nih dah cukup sayu, tersentap sekejap dgn 'keadaan' anak-anak yang istimewa tuh. benar lah, kalau kita rasa kite yg teruk dapat ujian, ade yg lebih dahsyat dari kite! insaf sekejap rasanya. dan... kereta-kereta yang dok parking kat rumah kak raw, banyak datang nya dari golongan 'berada'. jelas nampak yang ujian Allah, ketentuan Illahi tidak memilih sesiapa! takdir dariNya membuatkan kite bernama manusia sama sahaja semuanya...
Kami menunggu giliran utk merawat anak semasing. tapi sebelum tuh, rupenyer kene bawak bandage, krim nivea & vikcs lah. huhuuu... xder sorang pun antara kami bertiga yang tahu pasal kene bawak mende-mende tuh. so, ape lagik? sang bapa pergilah 'memburu' sebentar gejet-gejet tadik. dan dari info org kat situh, hanya di tanjung malim ajer yg paling dekat... mak eh, xder dekat lagik ker? xperlah, mase pun byk lagik. ramai jugak lah yang tgh menunggu giliran. sempat jugaklah berkenalan dgn yang lelain nya. bak kata abg, semua yang datang kat situ ade sebab, ade masalah pasal kesihatan anak. xkan nyer mereka dtg utk suka-suka. ha'ah... memang semuanya ada masalah anak yang tersendiri. pelbagai cerita, pelbagai pengalaman, pelbagai kisah yang kami kongsikan. tapi hanya 1 matlamat yang kami genggam; nak anak sembuh!!!
Tiba lah giliran kami. hmm..aisyah dulu. kak raw mulakan dgn mancari urat saraf di kepala. kemudian disusuli dengan tulang belakang, tgn, kaki...& seterusnya urat saraf lain. dah lebih 20 tahun kak raw nih buat perubatan nih. kelebihan dia kan, tahu pasal urat saraf. aku, abg, ina serta ayah & ibu ina hanya melihat dulu bagaimana kaedah rawatan nih yang dilakukan kat aisyah. dilumurnya cream nivea + vikcs tadik, balut membalut dan seterusnya, hampir seluruh badan aisyah disaluti dgn bandage. ooo...inikah yang akan berlaku kat sarra & nabila jugak?
Giliran sarra. kak raw terus membelek satu-persatu anggota badan sarra. kata kak raw, 'InsyaAllah kalau diizinkan Allah, boleh baik budak nih.' Alhamdulillah. ada sinar di situ... tapi hanya Allah yang tentukan. tiba-tiba kak raw cakap; 'tulang budak nih dah lari nih! caner leh lari? korang x perasan ker?' aku & abg termanggu kejap. rasa macam nak gugur jer jantung nih... tang mana plak tulang tuh lari? lari ke mane jer? plus, mane lah kite tau bab-bab tulang-mulang nih? jadinya, kak raw xnak balut sarra habis-habis. aku tanya kan jugak...xleh betul ker? kak raw cakap, 'mggu depannya baru boleh edjust. kite balut dulu.' balut tuh utk aper kak raw? 'utk perjalanan oksigen dari saraf ke otak... utk membuat kan saraf-saraf anak teransang. kot tak nanti, saraf budak jadik kejang...tuh yg badan budak mengeras, mengerekot & lama-kelamaan badan budak jadi kecut sebab saraf x bergerak & berkembang!' oo..baru ler aku paham. erm, okehlah kak raw, buat jerlah ape akak tau. dah bidang akak kan... sarra dah menanes jer. aku as ummi die, jgn citelah. dah ketepi-ketengah dah mate nih dok tahan air mata. tapi hati kene cekal, kene kental bila tgk anak meraung-raung mintak simpati! ibu mane leh tahan kan??? set kat mind; nak anak baik!!!
Selesai dah bahagian sarra. nabila pulak. same jer citenyer; tulang dah lari. dan kak raw jugak tanya; 'nih kembar ker dgn yang tadik? same jer..' ina & aku hanya tergelak.. rasanya kak raw om ke 18 kot dok tny soklan tuh. hehe... semua anak-anak ku dah selamat di rawat utk pertama kalinya. kami pun nak berangkat pulang. sebelum tuh kak raw cakap, jgn bukak balutan nih. mggu depan datang lagik utk lanjutan. terus kami terpikir, cane anak-anak kami nak mandi? xyah pakai baju ker mereka nih? caner kalau nak bawak diorang gi jalan? pakai balut-balut nih ker? nanti org tny, jenoh nak jawab. nak balik kg jauh-jauh pun kene balut ker? selesa ker anak-anak nih dgn 'pakaian' baru dorang? macam-macam yang kami pikir. rupenyer balutan di kepala boleh dibuka selepas 2 jam.. dan di badan selepas 4 jam! mak ai, lame tuh. larat ke tak sarra nih. bersedialah ummi & abi nyer utk tenangkan anak tuh... mencabar kan? balutan nih jugak ade tafsiran sendiri. kot terlebih ketat balut nyer, akan jadik lain. kot terlonggar jugak, akan jadik lain. so...hanya kak raw yg lebih tahu cane cara sebenarnya! (lupe lak, bayaran utk rawatan nih ikhlas. terpulang lah pada mak ayah nak bagi berapa. org kate, 'tangan yang memberi, lebih baik dari yang menerima'...wallahualam)
Pulang lah kami ke rumah masing-masing. penat!!! tapi itulah pengorbanan kecil kami buat anak tersayang nih. tiada ape yang ummi & abi harapkan, hanya ingin melihat anak ini sembuh... bukan pinta sempurna. cukuplah andai sarra mampu berdikari bila mana mata ummi & abi pejam suatu hari nanti! Rawatan tetap diteruskan utk minggu-minggu berikutnya. yelah, nak anak sembuh... kene korbankan lagik hari sabtu kami. tiada lagi hari sabtu utk beriadah @ pulang ke kg. melainkan ianya benar-benar perlu. hari demi hari kami ke gedangsa, perjalanan sudah dirasakan lebih teratur & segalanya dipermudahkan urusan kami oleh Allah.
Minggu ke dua rawatanMinggu ke dua, sarra bagaikan mengerti yang hari sabtu nya akan 'dipenuhi' dengan bandage. sama seperti minggu lalu, anak-anak istimewa di sini ada pelbagai masalahnya. sedih...sayu! ada juga yang tak berapa teruk sakitnya. bahagian masing-masing kan... di minggu ke dua nih, masih lagik sama kaedah nya. tapi kali nih, sarra kene 'alih tulang @ edjust' balik bahagian tulang yg silap tuh. x taulah mane punca nya. meraung-raung anak ku. hati aku & abg bagai dirobek-robek lagik. tapi kene kuat! sarra kene diri pulak lepas balut tuh...berdiri di kerusi khas sambil di ikat. Ya Allah... beratnya ujian ini. aku redha... namun, ko ringankan lah bebanan yang anak ku tanggung! sarra, andai ummi punyai 'magic'... akan ummi pindahkan sakit-sakit sarra kat ummi. andai ummi punyai duit, akan ummi pergi ke tempat terbaik yang boleh merawat 'luka-luka' kamu! dan andai ummi tahu ini yang sarra lalui.... (hati dah sebak!!!!)
Ummi...tolong sarra! sakit.....
Ummi...shomel tak sarra? Shedey kan tengok sarra...Minggu ke tiga kami ke gedangsa lagik. kali nih...lewat sedikit. xperlah..rawatan tuh sampai petang. setibanya di rumah kak raw, macam biase lah. tggu giliran lagi... dan masih lagik dihadiri dgn anak-anak istimewa bersama ibu masing-masing. sempat jugak berborak dengan beberapa kenalan baru. ade sorang kakak tuh, anaknya dari 'zero'... kini dah pandai makan, minum, bercakap, duduk macam beby normal walaupun tidak sesempurna mana... cume tggu masa utk berjalan setelah sekian lama dirawat oleh kak raw. dan; ada juga seroang kakak tuh, anaknya lahir sempurna, tiada cacat cela. tiba-tiba ditakdirkan Allah, sekeluarga excident, lalu anaknya ade pendarahan otak. 'zero' semula anaknya. dah 2 tahun die mendapatkan rawatan kak raw, ternyata... hasilnya tidak mengecewakan. kesimpulan yang aku dapat, mungkin disini anak ku boleh sembuh. tapi hanya dengan izin Nya. kot aku bawak ker tempat paling baik kat dunia nih pun, kalau Dia x izinkan... x jadik jugak kan? kun faya kun! sebab itu, selalu aku berdoa... Kau izinkan lah anak ku sembuh. Kau dah izinkan anak ku melihat dunia ini, kini pintaku, doaku... Kau berilah peluang agar anak ku dapat 'menikmat' keindahan dunia yang Kau pinjamkan nih...amin.
Sarra terus diurut dan dibalut, tapi kali nih, ade extra exercise. sarra kene naik bola yang berbentuk kacang. dihayunnya sarra depan belakang (seperti kanak-kanak bermain jongkang-jongket)... kemudian ditarik-tariknya tangan serta kaki sarra agar 'bekerja' sedikit urat sarafnya. kat rumah kami buat jugak..cume x se-egresif cara kak raw. bimbang lah kot ade yg terseliuh nanti. bukan kami tau pun kan...selesai exercise, sarra dibalut seperti minggu-minggu lalunya. dan kami pun pulang dengan janji yang minggu depannya harus ke sini lagik...
Minggu ke minggu kami terus membawa sarra. minggu keempat dah selamat balutannya seperti minggu ke tiga. tiada rawatan yg lain di minggu ke empat. selesai semua, kami pulang...
Minggu ke lima; sarra seakan memahami akan 'tuntutan hari sabtu'Untuk rawatan di minggu ke lima pula, dah ade sesuatu yang lain yang perlu sarra lalui. kalau dulu bola nya sekecil badan sarra jer... kali nih, bola nye sebesar badan apak nye! lagik besar kot. semuanya bertujuan utk melembutkan saraf-saraf sarra & anak-anak lain. lupe lak, sepatutnya kami diminta oleh kak raw utk datang seawal subuh. untuk rawatan mandi sireh! ianya bertujuan utk menguatkan lagik kesihatan anak, membantu melembutkan saraf-saraf dan ade juga kaedah mandi sireh utk kurangkan sawan. sedia maklum, sireh tuh kan tumbuhan yang mempunya pelbagai khasiat & rasanya org tua lebih arif tentang khasiat-khasiat yang terkandung dalam sireh. sayangnya, kami selalu 'terrrrmisss' utk mandi sireh tuh. xperlah, byk mase lagik. dan suatu hari nanti pasti sarra dapat juga mandi sireh!
Sambung dengan bola sebesar apak sarra tadik! hehe... sarra dihayunkan lagik di atas bola tuh sambil dilumurnya nivea cream. kemudian, diurut... diexercise kan nya anak ku. selesai semua, sarra disuruh berdiri sambil tangan nya dipegang ke atas. kemudian kak raw mengarah kan sarra utk melangkah. risau juga, mampukah anak ku buat? sedangkan menyarap x pas lagik! dan.... dengan semangat yang jitu, anak ku melangkah seolah-olah mahu bertatih. lembut jer hayunan kaki nya mengikut aturan; kiri.. kanan, kiri.. kanan! genap satu pusingan bola yg besar tadik. (tangan sarra masih dipimpin ke atas semasa die melangkah).. kemudian sesi mebalut pun dimulakan. dan anak ku terus diselubungi bandage yg aku rase sangat merimaskan. tapi nak baik punye pasal kan... layan kan ajer! oh yea.. nabila juga turut dibuat exercise yang same... comel anak-anak ummi!
Ummi...sampai bile sarra kene pakai 'baju' nih?
Ummi, abi...nanti bawak sarra gi jalan yerBegitulah juga seterusnya sesi rawatan sarra pada minggu ke enam. sebulan juga kami tidak ke sana sebelum minggu ke enam nih, iaitu pada sabtu lalu. sebabnya, terlalu banyak halangan pada setaip minggu. dengan nak balik kg, dengan family ku datang ke rumah, dengan problem kereta! mungkin ituh lah susah payah, perit jerih aku & abg utk merawat sarra... dan pada minggu yang akan datang nih, kami pasti ke 'kampung baru' kami tuh! felda gedangsa... nantikan sarra & kawan-kawan sarra yer!!!
Sarra nak tido lah ummi...penat nih!Pengorbanan ummi & abi tidak setimpal mana sayang jika nak dibandingkan dengan semangat kamu, yang nak teruskan hidup dengan abi & ummi di dunia fana ini! walaupun kamu sudah 'menerima & termeterai sudah janji' dengan Nya, dan tahu akan keadaan kamu kelak, namun anak ummi masih nak menikmati kasih sayang ummi & abi! ummi hargainya sayang. ummi hargai & tak kan persiakan Alisya Qaireen! sesungguhnya kamu lah anak bertuah milik ita & farid. doaku lagi, semoga Kau berkati usaha kami, usaha teman-teman seperjuangan kami untuk menyembuhkan kesihatan anak kami walau dengan apa cara sekali pun. Kau teruskanlah beri petunjuk agar kami tidak lalai, alpa & hanyut dipukul gelora ujian dari Mu. kami bersyukur & berterima kasih pada Mu Ya Allah dengan nikmat yang Engkau turunkan ini. berilah anak-anak kami peluang untuk hidup nya dihargai, peluang untuk dirinya disayangi, peluang untuknya berdikari & berilah peluang untuk anak kami sembuh! amin yarabbal alamin...