Friday, October 21, 2011

:: Cik Embun Ku Glemer!

Heheheee... Alisya keluar paper again!

Kali ni cerita pasal hari sukan sekolah Alisya yang dah pun berlaku pada 8 Oktober lalu. Nama sukan tu Let's Play. Meriah! Sangat meriah! Seronok rasanya bilamana mak apak dapat attend majlis anak-anak semeriah itu. Dah tu, buatnya pun di Bukit Jalil! Terasa macam mengiringi atlit negara lah! Muahahaaaa...

Bermula seawal jam 8 pagi, habis jam 2 petang. Pergi bersama-sama family Nabila. Yang tak bestnya, Cik Embun bantaikan tido! Walaupun haruk-pikuk, hingar-bingar dalam dewan tu... tapi Cik Embun tetap dengan misinya, iaitu tido! Memanglah anak ummi tu tak buleh kurang tidurnya, mau nanti dia hamuk tak tentu pasal. Bila break time untuk makan, barulah Cik Embun bangun. Pandai ye time makan kemain senang dia bangun. Walhal sebelum tu puas ummi, abi, teacher Sunny kejutkan... sikit pun dia tak heran nak buka mata!

 Semangat tidur menguasai semangat bersukan!
Go Cik Embun, go!


 Tidur lagi, walaupun dah digegarkan berkali-kali!


Walaupun anak ummi dilahirkan sebagai CP, dia tetap dapat bersukan. Siapa kata budak CP akan jadi 'sayur'? Walau masih belum dapat berjalan, tetapi naluri Alisya masih dapat merasakan keseronokan bersukan dan bergaul dengan kawan-kawan yang lain. Alhamdulillah! Memang tergelak-gelak ummi tengok Alisya kene sarung dengan topeng besar! Mana muka, mana badan pun tak tahu dah. Aleh-aleh nampak kaki dia aje! Nabila pun kene sarung dengan topeng giant tuh, tapi Nabila dah menangis dah sebab rimas. Alisya masih cool kot! Ummi 'nampak' kegembiraan di wajah kamu nak!

Boleh hagak tak siapa? Hahaaaa...

Sekolah Alisya dapat no 6, iaitu yang last sekali! Hahaa... dah tu sekolah dia je yang kecik-kecik budaknya, sekolah lain ramai budak besar! Haruslah kalah! Muahahaaaa... Semuanya ada 6 sekolah. Ini semua usaha Dato' Dina yang bertungkus-lumus memastikan anak-anak ini dapat meng-joinkan diri dalam bersukan. Siap dapat medal emas lagi, tinggal nak gadai je! Hihiiiii... van milo pun ada. Seronoklah mak apak dapat minum milo free.

Oleh kerana umminya ini gila glemer juga, makanya beriya-iya ummi cuba untuk menulis artikel pasal karnival Let's Play ni. Alhamdulillah... usaha ummi diterima editor, walaupun sangat banyak yang perlu di-edit kembali. Nak harapkan tulisan tangan grafik designer bulat-bulat, memang ke lautlah gamaknya! Makanya kelmarin termaktublah cerita tersebut di dada akhbar. Rupanya, ada 3 paper yang cover pasal karnival ni. Mak terkejut tau! Dalam pada tu, abi Alisya nak gak tumpang 2 kaki glemer! Tak cukup nama, gambar pun nak juga. Heheee... dah macam YB dok tolong kalungkan medal pada anak-anak yang dah penat bersukan tu. Kata ngam ho dengan Dato'! *peace yawww*

 Medal emas yang berkati-kati juga beratnya!


YB Farid (Yang Banyaksongeh) dan Dato'.


Mereka di dada akhbar. *ummi sekadar tersenyum puas*

Itu ajelah cerita sukan Alisya ni. Insya'Allah... andai diizinkan Allah, karnival ni akan berlarutan lagi pada tahun hadapan. Masa tu, ummi pulak nak enterprem lebey sikit. Hahaaa... oraite bebeh, daaaaa!


** Alisya dapat jolokkan Beauty CP! Hahahaaaa...

Friday, October 14, 2011

:: Bual Kosong Pagi Jumaat...

Situasi; Dalam kereta selepas menghantar Alisya ke sekolah....



Cik Bini : Abang, kalau lah ditakdirkan ayang mati dulu... abang kawin lain tak?


Cik Suami : Hahahaaa... (gelak dulu). Apsal pulak cayang tanya?


Cik Bini : Jawab jelah...


Cik Suami : Hmmm... tengok keadaan lah...


Cik Bini : Taklah, ayang tak kesah kalau abang nak cari pengganti, nak kawin lain. Ayang tak halang. Tapi kalau buleh, biarlah orang tu menerima anak kita seadanya. Biarlah dia dapat jaga adik sebaiknya. Tu pun kalau ayang mati sorang, ikut hati nak mati sama dengan adik.


Cik Suami : Cayang dah nak mati ke?


Cik Bini : Erkkkkkk... (terkedu jap!)

Abang hengat mati tu macam tekan butang lif? Semudah tu? Apelah abang ni... mati tu bila-bila boleh terjadi. Sampai bila pun, ayang doa kita ditempatkan dalam satu liang lahad! Tak pun, ayang nak sama dengan adik. Ayang takut takde orang boleh jaga adik!!!

Ummi sayang sangat kamu rapat-rapat!

Okeh, stop! Memang ngarut je perbualan kami di pagi Jumaat ini! Daaaaaaa...

Friday, October 07, 2011

:: Cerita Alisya...

Lama tak mengapdet sebarang cerita. Alisya sehat-sehat aja. Episod tidur secara duduk dah berlalu. Alisya dah kembali tidur lena. Tapi berbuai pula menjadi kesukaannya. Tak kesahlah, asal kan Alisya dapat tidur dan rehat yang mencukupi.

Dan pula, mak apak Alisya tidaklah mengadu sakit-sakit badan, mahupun tersembam lena di meja ofis.. Huh, malu betul bilamana ummi terpaksa tidur selama 5 minit, disebabkan kemengantukan yang teramat. Yelah, anak mengamok sakan... macam mana nak tidur lena? Hari ni, Alhamdulillah... Alisya elok-elok sahaja. Masheh anakku!

Esok, Alisya akan menghadiri acara sukaneka di Bukit Jalil. (Bunyi macam hebat!) Dengar khabar... sukaneka anjuran sekolahnya mendapat liputan dan sponsor yang besar juga. Alhamdulillah, rezeki anak-anak IMC. Tak sia-sia usaha abi Alisya memperkenalkan pengetua IMC dengan seorang Dato'. Atas izin Allah, segala perancangan Dato' dan pengetua IMC berjalan lancar. Bakal berlangsung di tempat yang selesa, malah ada 7 buah sekolah yang bergabung sama untuk sukaneka ini. Ummi dan abi yang sangat teruja rasanya!

Makanya, esok adalah hari yang bakal tercetusnya acara yang sangat-sangat kami nantikan. Alisya pun masuk acara. Siapa kata anak CP tak boleh bersukan? Ummi sekadar berkongsi rasa, bagaimana anak sendiri menghadiri sukanenka sekolah. Walaupun istimewa, namun setiap manusia punyai kelebihan dan kekurangan masing-masing!

Alisya, jangan tido ye masa sukan esok! Itu sahaja yang ummi harapkan! Kamu tu dah lah dapat jolokan budak kuat tido, kuat makan! Heheeee...till then, daaaaaaa