Asek lah demam aku nih. Entah kenapa dengan antibodi nih, tak kuat semacam. Adap je lah... mujur demam kali nih tak sehebat arituh. Kiranya, aku masih boleh bangun, kepala tak sakit mane, cuma demam nih lengkap dengan pakej; selsema dan batuk!
Ape pun, memang badan rasa terseksa bile demam melanda. Asek nak terbaring je... yang jadik mangsa, En. Suami. Abanglah jugak yang kene jaga isterinya ini, jaga tuan puteri Sarra yang tengah banyak ragam, abanglah kene kemas rumah, basuh pinggan dan abang jugak yang masak untuk anak bininya ini. Terima kasih ye En. Farid kerana menjaga puteri-puteri kamu yang banyak songeh ini. Sorry sangat-sangat menyebabkan abang tak cukup rehat... Kami sayang kamu!