Thursday, January 28, 2010

:: Pertama Kali Jo-en Contest...

Santekkan? Dapat ke tak stuffs ini, tunggu dan lihat ye

Hehe... saja mahu mencuba. Selalu tengok blog kawan-kawan yang rajin join contest, pastuh terpilih sebagai pemenang. Bestkan? Arini, giliran aku pulak nak cuba nasib.

Contestnya kat sini. Pemenang akan dapat barangan deko english style. Menarikkan? Esok adalah tarikh tutup. Andai ade rezeki menang contest nih, akan diberitahu untuk berkongsi kegembiraan. InsyaAllah... (kene rajin tengok blog nih....) da-da....

Thursday, January 21, 2010

:: Gelabah! Nak Nanes...

Nape nih? Tetibe jer cam seram sejuk lak. Adoiii... perut dah mengulas, pantang ade hal yang suspen, mulalah menggelodak perut nih! Gabra tak habis dak Ita nih... fffiiieeeuuhhhh!!!!

Hati hanya mampu berdoa dan berdoa dan berdoa, semoga tempat untuk anakku dan rakan-rakannya masih ada, masih terbuka, masih ada kekosongan untuk mereka 'bersekolah', masih diterima! Semoga anak-anak ini ada sinarnya, sememangnya aku sebagai maknya, mahu yang terbaik buat Alisya.

Ya Allah...permudahkanlah urusan-urusan kami. Kau berilah kami petunjuk jalan yang Engkau rahmati. Amin Yarabbal A'lamin...

Mudah-mudahan 'sekolah' tersebut masih
menerima anak ini. Masihkah ada kekosongan???


** Jiey, serius... Ita jadi gelabah ayam lepas dengar penjelasan Jiey pasal sekolah anak kita. Risau yang teramat nih... risau andai sekolah tuh tak dapat terima anak kita atau antaranya. (sedih nihhh....) Walhal belum tahu lagi keputusannya, dah rase macam-macam. Ya Allah...moga-moga anak kami dapat 'bersekolah'...amin! (ayat pun dah macam hape jer... dah tak tentu arah nih dok memikirkan 'nasib' Sarra. Mengalahkan nak menghantar ke asrama penuh! Nak masuk U pun tak macam nih suspen lah)

Tuesday, January 12, 2010

:: Dia Anakku...

Ku meniti awan yang kelabu
Ku tempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku...

Ku percaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya...

Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahaya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini...

Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua...

Dia anakku... umpama pelangi petang. Apakah dosanya???

Bait-bait lagu ini, terlalu mendalam buatku... bukan ku pinta semua ini. Lebih-lebih lagi untuk suamiku, anakku dan kehidupan ini. Anakku... maafkan ummi atas semua yang kamu lalui hari ini.

Dia anakku... kenapa harus dia dikasari, padahal bukan pintanya untuk jadi begini. Kenapa harus dia disakiti, padahal bukan ini yang dimahunya. Kenapa anakku harus melalui semua ini, padahal tak pernah sekali aku mendoakan semua ini. Kenapa harus anakku menjadi punca segala hal, padahal tidak sesekali dia membebankan. Kenapa harus dia merasa seksa, padahal anakku tidak pinta dilahirkan sebegini. Dia hanya anak kecil yang harus dibelai, dimanja, dikasihi. Dia juga mahu merasai nikmat hidup di muka bumi ini. Dia anakku!!!

Anak ini menyinari hidupku,
memberikan aku kebahagiaan yang ku cari,
walaupun dia hanya 'pinjaman' untukku


Ya Allah, andai hamba-Mu ini tersasar jauh, tunjukkanlah aku jalan yang benar. Tunjukkanlah aku jalan yang Engkau redhai. Redha... ungkapan yang senang difahami, tetapi terlalu perit untuk ditelan. Tidak pernah sekali pun aku menolak dugaan dan takdir Illahi. Tidak sesekali aku ingin menjadi hamba yang kufur lagi lemah imannya. Tidak pernah aku kesali atas apa yang terjadi, apatah lagi mahu mempertikaikannya. Tidak! Bukan ini jalan yang harus aku tujui, bukan ini jalan yang harus aku pilih!

Kata seorang teman kepada ku: Kau kene kuat Ta, harus tabah, persetankan apa orang nak cakap. Orang tak kene, tak tahu macam mana rasanya! Lantaklah orang nak salahkan kau ke, nak cakap kau tak pandai beranak ke. Nih semua dah ditetapkan, kita dah cuba yang terbaik... nak buat macam mana?

Kata seorang kakak: Akak faham perasaan kau dik, akak faham sangat-sangat! Lebih-lebih lagi, kau baru nak bina keluarga. Tiba-tiba Allah beri ujian dapat anak pertama macam nih. Akak faham naluri kau dan Farid nak jadik mak ayah untuk pertama kali ni. Mesti hati tuh teringin nak anak yang sempurna. Tak pelah dik... ada sinar, ada hikmah yang menanti kau dan keluarga esok hari. Tak apa kalau Allah beri anak macam tuh kat dunia, kat akhirat esok... anak inilah yang membantu kau dan Farid!

Kata seorang ibu mertua: Mak faham sangat-sangat perasan Ita dan Ayed. Ye... mak tau macam mana rasa diduga sebegini rupa. Tak salah kalau nak hiburkan hati tu, sebab memang perlu untuk membina semula semangat kita. Mak tau macam mana kusutnya fikiran Ayed dan Ita. Sabar banyak-banyak. Kita tak tahu apa yang Allah rencanakan dan janjikan untuk kita di masa depan nanti. Kita tak tahu ape perjanjian Cica dengan Allah hingga Cica sanggup nak tempuh semua nih kat dunia. Sabar ye Ta... jaga anak baik-baik tau. Amanah Allah tuh.....

Sesekali terngiang-ngiang kat corong telinga nih akan kata-kata ini. Untuk membina semangat, untuk mengubat hati yang duka-lara, untuk merawat kesakitan yang menusuk jiwa! Hari ini aku 'jatuh' lagi... jatuh yang benar-benar menyakitkan! Aku mahu bangun, tidak mahu kalah... semuanya kerana anakku. Jatuh dan bangun... sampai bilakah? Aku tak pasti... lama dah aku tak merasa 'kesakitan' sebegini. Apa pun yang aku lalui hari demi hari, jauh di lubuk hati... aku teramat bersyukur kerana Allah memberi aku peluang untuk merasai nikmat menjadi ibu kepada anakku. Allah beri aku peluang untuk merasai ada janin yang pernah bergerak di rahimku. Aku bersyukur kerana Allah beri aku nikmat merasai dan membelai rambut, kulit, tubuh anak kecil dari benih suami sendiri! Alhamdulillah... aku bersyukur yang teramat. Nauzubillah... tidak pernah aku menyesali akan kehidupan hari ini!

Sunday, January 03, 2010

:: Di Usia 29...

3 Jan 2010, usia bertambah ke angka 29!
Terindah dalam hidup...Alhamdulillah.
Terima kasih duhai suami,
Sarra, teman dan keluarga.... xoxo!

Allah selamatkan saya... Allah selamatkan saya... Allah selamatkan saya sekeluarga... Allah selamatkan saya! Amin... mudah-mudahan angka 29 memberi impak dan semangat yang lebih jitu! Alhamdulillah, aku masih diberi peluang dan umur yang panjang untuk melihat dunia yang fana ini. Aku masih diberi peluang dan rahmat untuk bersama suami dan anak terchenta! Aku masih diberi peluang untuk merasa nikmat persahabatan dengan teman-teman semua...amin ya rabbal alamin......

Aku dah 29! Huhuuuuu... nombor terakhir untuk angka 2 di depannya. Lepas nih tiada lagi angka 2 mendahului. Tak penting pun semua itu...yang pasti aku harus melangkah maju ke hadapan. Maju dalam hidup, maju dalam membesarkan anakku, maju dalam menjalani tanggungjawab sebagai isteri dan ibu, maju dalam kerja seharian dan maju untuk semua yang terbaik!

Umur yang ke 29, pasti aku mempunyai azam yang lebih untuk tahun dan usia ini. Aku berazam mahu membesarkan Sarra dengan kudratku dan di iringi semangat yang kuat untuk memulihkan apa sahaja kekurangannya. Bukan mudah untuk mencapai semua itu. InsyaAllah, aku cuba sedaya mungkin. Benar, Allah Maha Mengetahui akan tiap yang direncanakan. Sekurang-kurangnya, di usia 29... aku mempunyai sebuah keluarga tersayang yang diserikan dengan gurau-senda suami serta ragam dan tangis anak ku. Tidak semua orang di dunia ini dikurniakan nikmat sedemikian rupa. Alhamdulillah, hanya kesyukuran yang mampu dilafazkan.

Di usia 29 juga pelbagai pengalaman baru aku tempuhi. Semalam, buat pertama kali dalam hidupku yang ke 29... aku bermain bowling! Haha...pertama kali aku merasa memikul sebeban bola yang sungguh berat! Pertama kali aku buat balingan dan terusssss terjerumus dalam longkang! Haha...malu sungguh! Juga pertama kali dapat strike! Yehaaa... tak malu dah. Semalam juga, untuk kesekian kali, untuk julung-julung kali... teman-teman alam maya berkomplot bersama encik suami mengadakan majlis terkejut untuk aku! Fuhhh... terharu sungguh, terkesima... tersimpul malu pun ada! Juga pertama kali hidup ini diserikan dengan belon-belon majlis hari jadi yang aku sangat-sangat tak duga! Terima kasih untuk teman-teman semua. Terima kasih juga buat encik suomi yang bertungkus-lumus mencari idea sedemikian rupa. Saya hargai semuanyaaaaaa!!!!

Begitulah cerita-ceritiku, kisah hari lahirku di usia 29. Mane ade orang tak suke bila tiba hari umurnya bertambah kan? Sungguh aku terharu! Syukur Alhamdulillah yang tidak terhingga... angka 29 adalah yang terindah! Semoga Allah memanjangkan usiaku demi kerana aku ingin menjaga anakku. Andai aku pergi dulu, ingin rasanya ku turutkan Sarra bersama. Wallahualam...

** Zura dan Shah, akak pinjam ye foto nih. Terima kasih kerana mengabadikan kenangan semalam..bravooo untuk gambar-gambar semua tuh!

Friday, January 01, 2010

:: Coretan Pertama 2010...

Hmmm....mana mahu mula ya? Hari pertama di tahun baru. Coretan aku yang pertama untuk 2010 di blog itafed ini. Apa sebenar yang mahu ku jelaskan? Entahlah...pelbagai perasaan, pelbagai rintangan, pelbagai pandangan dan sesekali terselit umpatan berkisar anakku Sarra sepanjang tahun semalam (2009). Bilakah akan berakhir semua ini? Bilakah akan hati seorang ummi ini benar-benar kering? Adakah akan berlarutan di 2010 nih?

2009 telah banyak memberikan aku kesedaran, telah banyak mengajar aku erti sebenar menjadi ibu kepada anak bernama Sarra. 2009 adalah saksi kepada segala permulaan. Aku ingin meluahkan pelbagai rasa di sini, tapi... malas kot. Biarlah disimpan saja apa yang dirasa. Dah masuk tahun baru... apa azam 2010? Ringkas... aku mahu jadi seperti Mak Ton... aku mahu sekuat dan setabah mak. Aku mahu terus berkongsi rasa dengan mak. Aku benar-benar bersyukur kerana Allah memberi aku peluang mengenali insan seperti Mak Ton.

Pagi tadi, pelbagai pengalaman dan perasaan aku berkongsi dengan ibu mertuaku. Walaupun tidak memakan masa yang berjam-jam, namun perbualan aku dan mak sudah cukup menggambarkan perasaan seorang ibu yang kuat, azam dan semangat mak yang kental! Mampukah aku menjadi seperti Mak Ton? Mampukah aku sekuat mak? Mampukah aku melalui rintangan 2010 nanti? Wallahualam... (terus tanam azam tadik..haha)

Abi, ummi... tabahlah dalam mengharungi dan
membesarkan Alisya Qaireen.
Sentiasa ingat; semangat Sarra lebih kuat dari kita.
Untuk abang; tak pernah ayang pinta anak abang
dilahirkan sebegitu. Maafkan isterimu. Allah lebih mengetahui
apa yang terbaik untuk umat-Nya.
Untuk Sarra; ummi minta maaf dan ummi akan cuba sedaya mungkin
untuk menyihatkan kamu! Maafkan ummi....



** Semoga Sarra ada perkembangan dan kemajuan di 2010. Sungguhpun sebesar kuman, aku tetap bersyukur. Hati... kau masih perlu tabah! Perjuangan kau belum berakhir....