Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...
Showing posts with label Buah. Show all posts
Showing posts with label Buah. Show all posts

Thursday, October 17, 2019

Somtam Buah Campur @ Mixed Fruit Somtam

 Assalamualaikum w.b.t
'Hasbunallah wa'nik mal wakil' (cukuplah Allah penolong bagi kami), semoga Allah SWT guide us to the straight path, Ameen.
bersua kembali, sementara ada kerajinan ni update je lah dulu..ni pon sbnarnya dlm kereta tgh tnggu Afiq kat British Council, jdi sambil2 tu amik peluang buat n3 menu buah yg berwarna warni ni..kebetulan wken hritu ada beli buah serba sikit, geram tgk mcm2 buah kat pasaraya skrang..cuma klu epal hijau dan anggur tu memang duk beli slalu sbb buah tu ada je spnjang masa,  dek kerana stok buah dlm peti tu lalu dtg lah ilham utk buat somtam mixed fruits ni..walalaaa serius sedappp!! rasa masam manis dri air buah, aroma bawang putih dan udang kering thai ckup membangkitkan selera.. rsa mcm xnak stop bila start suap, tgk2 dh licin semangkuk! recommended utk dicuba nak2 klu yg xsuka mkn buah atau bgi penggemar colek..ni mcm colek versi hipster, Insha Allah bersua lgi dilain masa dan mohon maaf atas segala khilaf..

SOMTAM BUAH CAMPUR @ MIXED FRUIT SOMTAM by https://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 mangkuk buah campur, sejukkan dulu dalam peti - maz guna epal hijau, epal putih, anggur, nectarine, tembikai, pomegranate, nenas dan oren (boleh guna buah lain jgk)
  • 3 sudu besar thai palm sugar/gula labung siam @ secukupnya 
  • kicap ikan secukupnya
  • 3-4 biji cili padi merah/hijau
  • 2 ulas bawang putih
  • sedikit aji
  • sedikit kacang tanah goreng
  • sedikit udang kering oren thai
Cara

1. Dalam lesung masukkan gula thai, bawang putih dan cili padi. Gesek-gesekkan biar cili dan bawang pecah.
2. Masukkan kicap ikan dan aji, sebatikan biar gula thai larut dan suaikan rasa biar ada rasa manis dan masin.
3. Tuang bahan sos dalam mangkuk buah tadi, tabur udang kering, kacang tanah secukupnya dan masukkan dalam peti sekejap dalam 20-30 minit biar jus dari buah keluar dan sebati dengan bahan sos.

Nota ilhamdapur : tak perlu letak jus limau kerana jus dari buah dah ada rasa masam.

ni buah nectarines, isinya berwarna oren dan ada rasa sedikit masam manis seakn rsa fresh peach..

selain dri buah2 yg maz guna ni, bleh jgk guna buah lain yg sesuai mcm strawberi, jambu dan sbgainya ikut selera, somtam buah campur ni rsanya sesuai jgk klu nk buat menu tambahan sbgai pembuka selera atau appetizer hidangan.. 

Friday, April 12, 2019

Strawberry Compote

Assalamualaikum w.b.t 
'Allahumma innaka afuwwun tuhibul afwa fa'fuanni' (Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampuni lah aku), doa yang Rasulullah saw ajar pada Aisyah ra jika bertemu malam Lailatulqadar..sama2 kita amal baca selalu, semoga Allah SWT forgive us, our parents and accept our doa, Ameen.
betapa beratnya nk update blog ni, tpi bila mengenangkan nk simpan sbgai rujukan di msa akn dtg..gagahi la jgk, mcm tahun2 sblumnya..dri hjung tahun haritu memang musim strawberi murah kat sni, wpun buah import tpi hrga yg dijual murah sngat..klu kat pasar 3 paket baru 1 dinar=rm11, pasaraya jual mahal skit sekitar rm4-5..tahun ni je xbrong buah merah ni sbb mood nk buat itu ini xberapa rajin, duk beli 1-2 paket utk mkn gitu je sbb manis dan buah pon besar, merah cantik..ni proses buat compote utk prjek kek, Insha Allah n3 kek tu akn menyusul nti..stawberi compote dan kek tu dh buat berminggu2, mood nk menaip xberapa rjin tu yg delay slalu..Insha Allah semoga bersam algi dan maaf atas apa yg tidak sempurna..

sepekat xmpai rm5 beli kat Lulu hypermarket, ni pon proses sbb tkut rosak duk peram dlm peti..

letak gula atas buah gini tujuannya tak nak bagi gula hangus klu letak di dasar periuk sbb tak masuk air..buat compote ni pon senang sangat, mcm nk buat jam jgk..maz xletak air pon sbb nti jus dri buah ni akn keluar, jdi masa cuci tu xperlu tos kering sngat..

Strawberry Compote by https://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 paket strawberi segar - cuci dan belah 6
  • 1/4 cawan gula @ ikut tahap kemanisan strawberi
  • 1 sudu besar tepung jagung - bancuh dengan 2 sudu besar air
  • sedikit pewarna merah jika perlu
Cara

1. Masukkan buah strawberi dalam periuk, masukkan gula atasnya dan masak dengan api kecil sambil di tutup periuk.
2. Kacau sekali sekala bila strawberi dah mula lembut/lembik, rasa agar manis secukupnya dan jika perlu boleh tambah gula dan 3-4 sb air.
3. Bila strawberi dah lembik sepenuhnya, masukkan air tepung jagung dan kacau agar tidak berketul hingga pekat dan berkilat (masa ni boleh masukkan pewarna merah jika perlu).
4. Padamkan api, boleh saja kalau nak tekan-tekan dengan senduk bagi buah strawberi hancur atau kisar separuh hancur (maz guna hand mixer)).
5. Sejukkan sepenuhnya dan simpan dalam bekas kedap udara, simpan dalam peti boleh tahan selama 2-3 minggu, boleh juga di nikmati bersama ais krim, roti, scone dan seumpamanya.

done, bila buah strawberi tu lembik bleh lah padamkan api..

mkn dgn eskrim pon bleh..walalaa sedap sngat! layan dgn pancake, scone atau roti pon sesuai selain dri utk buat kek..

Tuesday, April 2, 2019

Puding Sagu Fruit Coctail

Assalamualaikum w.b.t
'SubhanAllah 33x, Alhamdulillah 33x, AllahuAkbar 33x, La ilaha illallahu, wahdahu la sharika lahu, lahul-mulku wa lahul-hamdu, wa huwa `ala kul'li shai’in qadir 1x', zikir selepas solat fardhu sunnah Rasulullah saw. (Sabda Rasulullah saw : Barang siapa yang membacanya selepas solat fardu, akan dihapuskan dosanya walaupun sebanyak buih dilautan - Hadith Muslim), sama2 kita amalkan, semoga Allah SWT accept our good deeds, forgive our sins, our parents and bless us with His mercy, Ameen.
agak suram blik mood utk update dpur usang ni..di tmbah plak dgn sdkit sibuk ke sana ke mari sejak dri hjung minggu lepas lgi, bleh kata klu wken tu kluar pgi blik dh lewat ptg..ni pon ptutnya nk kluar jgk tghri nti, tpi call bgthu suami kata tukar schedule ke belah ptg nti..ok lah layan puding sagu ni, sbnarnya dh 2-3x duk buat sagu buah campur ni..puding ni pemanis mulut utk berbuka minggu lepas memandangkan anak2 dan babanya pon berpuasa isnin khmis di bln Rejab ni, jdi tu yg buat dessert skli..klu puasa sorang tu mkn je apa yg ada, sagu ni ilham dari puding vietnam yg pernah buat sblum ni, ada kat sini..cuma yg ni guna susu cair dan sagu tu buat lapis wrna trafik light mcm talam ubi kayu ni bgi berseri gitu, di tmbah plak dgn buah cmpur dan kiwi pasti xckup 2 gelas tu sbgai penyejuk tekak..sedappp!! nk buat pon mudah sngat2, Insha Allah smpai bersama lgi dilain waktu dan mohon maaf atas apa yg tidak sempurna..

Puding Sagu Fruit Coctail by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 cawan biji sagu - cuci bawah air dan toskan
  • 3 cawan air
  • 1 helai daun pandan
  • 1 tin buah campur
  • 2 biji kiwi - optional
  • 1 tin susu cair
  • 1 1/2 tin air (guna tin susu cair)
  • pewarna merah, hijau, kuning
  • gula secukup rasa dan sedikit garam
Cara

1. Masukkan air dalam periuk bersama daun pandan dan masak biar air berbuih kecil sikit kemudian terus masukkan sagu sambil dikacau agar tidak berketul.
2. Masak dengan api sederhana sambil dikacau hingga sagu masak dan pekat (biji sagu bertukar warna jernih/bercahaya), padamkan api.
3. Masukkan sedikit pewarna kuning dan merah dalam 2 mangkuk berasingan, masukkan 1 senduk besar sagu (kira buah 3 bahagian) yang telah masak dalam mangkuk 2 warna tadi dan kacau sebati.
4. Baki sagu dalam periuk tu  masukkan pula sedikit pewarna hijau dan kacau sebati.
5. Tuang lapisan warna merah dalam bekas/loyang, diikuti dengan warna kuning dan ratakan kemudian lapisan hijau. Sejukkan sepenuhnya.
6. Dalam periuk masukkan air dan gula secukup rasa serta garam. Masak hingga gula larut, kemudian masukkan susu cair dan masak sekejap, padamkan api dan sejukkan dalam peti dulu sebelum di hidang.
7. Bila nak hidang, potong sagu yang telah sejuk tadi dan masukkan dalam cawan/mangkuk bersama buah campur dan tuangkan susu cair secukupnya.
Nota ilhamdapur : buah campur tu pon maz sejukkan juga dalam peti sebelum hidang.

utk sagu tu maz kacau je dlu dlm 1 periuk, lepas sagu dh masak bru masukkan dlm 3 bekas dan warnakan..lepas tu lapis dan sejukkan, siappp..mudah kerja, Alhamdulillah semua dgn izinNya.

Monday, March 14, 2016

Pulut Durian

Assalamualaikum w.b.t
'La ḥawla wa laquwwata illa billah' (tiada daya upaya melainkan padaNya jua la tempat berserah), semoga kita sentiasa dlm lindunganNya, Ameen
tetiba kluar pulut durian, mana dtp duruan cantik ni deh! sbnaranya gmbar ni lama sangat dh peram..beli durian masa tgh musim thun lepas lgik, biasanya klu beli durian samada mengkal atau lembik tpi xde rsa, tawar je..Alhamdulillah beli yg ni isinya cantik sungguh, tu yg buat mkn dgn pulut ni..klu mkn gitu kang xckup plak, beli sbjik kecik je sbb teringin..Inysaa Allah sampai jumpa lagi, nk kluar pergi Lulu beli barang dapur skit dan maaf atas segala yg tidak sempurna..

tgk gmbar ni terbayang betapa nikmatnya buah durian ni, dgn wangi baunya..maz dgn suami memang suka durian..

PULUT DURIAN by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • nasi pulut - masak beras pulut macam biasa (maz tanak je, kalau nak kukus pun boleh)
  • santan secukupnya (kisar kelapa dengan air panas) + sedikit garam
  • durian secukupnya
  • gula secukupnya
Cara : Dalam mangkuk letak nasi pulut bersama santan, 1-2 sudu besar gula dan beberapa ulas buah durian.

ni ler rupe durian kat sni..pecah2 tu biasa je, buah pon dh rosak..isinya tawar wpun lembik sbb buah yg dtg belum masak, masih muda..klu yg hijau keras plak..

teringin nk mkn durian crepe, tpi duk pendam je la sbb durian xde! memang happy sangat bila beli durian kat sni dpt yg isinya kuning, masak dan manis elok..bukan senang nk dpt masak yg mcm ni..

Thursday, March 3, 2016

Fresh Fruit Tart

Assalamualaikum w.b.t
 'Rabbana aatina min ladunka rahmatan wa hayyi' lana min amrina rashada' (Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami (Al-Kahfi - ayat 10), Ameen.
jarang sbnarnya buat tart ni, mungkin sbb xde sambutan sangat..tpi sekala sekata tu rsa teringin jgk nk mengetart deh! buat ni pun sbb nk perhbis stok whip cream yg dh buka tkut rosak, kebetulan mood rajin pon ada skit..tu yg terjdi la tart buah segar ni, kebetulan buah pun ada..tenggek je la, tart2 gini lgi sedap klu mkn terus..tartnya tu masih rangup, utk tart pastry kli ni cuba resipi dri Kak Ita..skrang blognya xbleh buka dh, private..resipi ni maz dh simpan sblum tu, mudah je nk buat dan sedap, ranggupp! filling tu bleh ubah ikut citarasa, nk letak cheese atau kastard pun bleh..jazakillahukhairan kak atas resipi yg dikongsi, selamat berhujung minggu..Inysaa Allah sampai jumpa lagi dan maaf atas kekurangan yg ada..

putar whip cream je, senang keje! tpi rsanya tetap menawan kalbu klu mkn yg baru buat, bila lama skit tart tu akan jdi lembut mcm cheesetart jgk la..tpi mungkin ada yg suka mkn tart mcm tu kan..

FRESH FRUIT TART by http://ilhamdapur.blogspot.com
Resipi : Kak Ita
Bahan-bahan
  • 170g mentega - suhu bilik
  • 50g gula aising
  • 1 biji telur gred C
  • 290g tepung gandum - maz guna allpurpose flour (tepung serbaguna)
  • 1 sudu kecil vanilla
  • 200ml whipping cream - Non Diary (yg dah manis) - putar hingga kental
  • strawberi/kiwi/blueberi secukupnya
Cara

1. Sebatikan mentega dengan gula guna senduk kayu, masukkan telur dan vanilla, sebatikan.
2. Masukkan tepung sikit-sikit dan kacau biar sebati biar jadi doh yang lembut.
3. Ambil sedikit adunan, tekan dalam acuan tart biar kemas, cucuk sikit dasar tart dengan garfu.
4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dulu 10 minit dengan suhu 170 C selama 13-15 minit atau hingga sedikit perang, sejukkan dulu.
5. Isi whip cream dan susun buah ikut citarasa, sedia untuk dihidang.

Nota ilhamdapur : boleh juga guna whipping cream biasa (UHT), cuma tambah gula kastor, putar hingga kental.

klu buat utk dessert table pun cantik, warna warni..maz buat 1/2 resipi je, tu pun kena bermlm jgk dlm peti..maz xminat sangat tart2 ni, gambar ni pun kena peram jgk dlu dlm folder..

Sunday, January 17, 2016

Mixed Fruit Salad

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma ajirni minan nar' (Ya Allah pelihara aku dari api neraka), sama2 kita amal baca 7x selepas solat subuh sebaik saja bagi salam..
apa kbar semua, bru ada kelapangan skit nk update blog hri ni..klu kat msia time ni mungkin ada yg tngah sibuk kat dpur utk siapkan mkn mlm kluarga, semoga Allah swt cukupkan rezeki buat kita semua, Ameen..cuci mata dgn salad buah la plak..sbnarnya kes nk prabis stoberi yg beli 2 minggu lepas, skrang ni tgh musimnya, memang geram la, mesti tergoda nk beli..murahh! pastu blik duk peram dlm peti, nk godek buat kek mood pon xbrapa rjin..tgk2 dh rosak 3-4 bijik, tu yg potong2 buh dlm gelas ni..kbetulan pomegranate dan kiwi pun ada skit, tu yg dtg ilham ni..sedapp plak kena dgn whip cream! maz dgn suami je la yg perhabis, abangngah dgn afiq kutip mkn kiwi je..Inysaa Allah sampai jumpa lagi dan maaf atas segala khilaf..

org arab memang suka mkn pomegranate ni, ingat msa kat Istanbul dlu..klu lalu je depan kedai yg jual jus delima segar ni, mesti beli..di perah dgn mesin khas bila kita oder, 100% pure, xde masuk gula skit pun..

MIXED FRUIT SALAD by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 paket buah strawberi 
  • 2-3 biji buah kiwi manis
  • 1 biji pomegranate
  • whipping cream UHT secukupnya 
  • sedikit gula kastor
Cara

1. Dalam mangkuk satukan whip cream, gula kastor secukup rasa dan secubit garam, putar hingga kental.
2. Sedia untuk dihidang bersama buah-buahan, maz letak selang seli buah dengan cream, buah tu biar yang sejuk dari peti, baru sedap makan.

kbetulan pomegranate pun tgh bnyk, nama melayu buah delima..Alhamdulillah kat sni buah ni senang dpt, bleh la rasa buah dri berbagai negara..yg paling manis, dan mahal sikit harganya pomegranate dri spain, india dan turkey..memula dlu terkejut jgk, rupenya india pun ada buah delima ni..yg maz guna ni pomegranate india, manis la! dgn juicynya..isinya merah sungguh..rsa xnk stop bila mkn tu..

Friday, April 24, 2015

Roasted Fresh Fig with Honey & Pistachio

Assalamualaikum w.b.t..Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'..bertemu sekli lagi...maaf la ye masih lgi nk perabis gambar lama...roasted fig ni pun buat msa musimnya bln 1 hritu lagi...lepas buat yg memula tu sedappp sangat...ada kat sini...pastu duk ulang masuk oben la buah fig ni atau nama dlm al quran buat tin...sukaaaa la...mkn dgn eskrim pun sedapp...Insyaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala khilaf...

stelah diisi dgn pistachio dan madu...ready tuk masuk oben...walaaa! sedapnyaaa...Inysaa Allah klu panjang umur awal tahun depan la plak dpt mkn roasted fig ni...

Roasted Fresh Fig with Honey & Pistachio by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • buah fig segar 
  • kacang pistachio secukupnya
  • madu secukupnya
Cara

1. Panaskan oven 170 C.
2. Belah tengah (bentuk +) buah fig, tapi jangan putus.
3. Isi beberapa biji kacang pistachio dalam buah fig yang telah dibelah tadi, susun dalam bekas tahan panas/casserole, tuang madu atasnya dalam 1/2 sudu besar setiap biji.
3. Bakar selama 13-15 minit, sedia untuk dinikmati ketika masih panas. Boleh juga dinikmati bersama aiskrim.

mkn yg mentah gitu pun maz boleh habis 1/2kg...memang sukaa la buah ni...dgn manisnya...teksture isinya lembut berbaldu gitu...Alhamdulillah dpt jgk mkn buah tin segar ni dlm hidup...kat negara kita susah nk jumpa kan...

Tuesday, March 24, 2015

Pulut Mangga @ Khao Niaow Ma Muang

Assalamualaikum w.b.t..'Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni'..sekali sekala merasa dessert thai ni sedap jgk...jarang buat sbb lebih minat versi pulut durian klate lgik...tpi klu prgi kedai thai memang ada la pulut mangga ni kan...ada skli tu mkn kat kedai di TTDI kat Shah Alam...area tu bnyk jgk kedai mkn yg best...nk buat pun mudah sangat...klu xbrapa rjin nk kukus pulut tu...tanak je pun bleh...tpi maz kukus sbb nk rsa pulut yg sbjik2 gitu...klu tanak ni plutnya kembang...tpi klu utk pulut durian memang masak biasa je...Inysaa Allah semoga jumpa lgi dan harap dimaafkan atas segala kekurangan yg ada...

Pulut Mangga by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 cawan beras pulut - rendam 30 minit
  • 1/4 cawan santan cair + secubit garam 
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 sudu besar beras pulut - goreng tanpa minyak biar sedikit perang (kalau tak buat pun takpe)
Santan Manis
  • 1 cawan santan
  • 1/2 sudu besar tepung beras @ secukupnya nak pekat mcmana
  • 1 helai daun pandan
  • gula secukup rasa
  • secubit garam
  • mangga masak secukupnya
Cara

1. Sediakan pengukus dengan air mendidih, ratakan beras pulut dan letak daun pandan. 
2. Kukus hingga pulut lembut, maknanya dah jadi pulut tapi masih keras, kemudian keluarkan dan gaul dengan santan cair, kukus balik sekejap lagi.
3. Satukan semua bahan santan manis, masak sambil dikacau selalu, masuk gula secukup rasa dan secubit garam, masak hingga mendidih dan sedikit pekat.
4. Sejukkan sikit dan boleh la dihidang bersama pulut dan buah mangga, beras pulut goreng tu untuk tabur.

lemak berkrim...sedapp mkn yg suam2 tu...mangga india je...klu mangga black gold thai tu lgi sedappp...klu msih blum ada idea utk kue ptg nti...bleh la buat dessert thai ni...

Saturday, February 28, 2015

Epal Hijau Dengan Cili Belacan Udang Kering

Assalamaualikum w.b.t..'Allah humma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni'..pepagi dh keluar menda ni...tkpe la kejap lgi nk kluar hntar prgi kemas barang rmah bru plak...hri ni Inyaa Allah rasmi msuk rumah bru...lagi stu gambar lama...buat bln 11 thun lepas lagi ni...msa tengah demam jeruk mangga asam boi...sni mna nk cari asam boi tu kan...tpi nk jgk layan lidah yg dh kecur ni duk tgk jeruk tu sna sni...takpe la deh dpt mkn epal hijau versi udg kering+belacan ni pun sedapp jgk...terima ksih skli lagi pada yg sudi singgah dpur kecik maz ni...semoga ada yg dpt dimanafaat bersama...mohon maaf atas segala khilaf dan Inysaa Allah semoga jumpa lagi..

tuu diaa...buat stok terus...sbnarnya sblum snap yg ni dh buat skli sblum tu...pastu dh ada stok ni asik duk ulang ptong epal je...abangngah pun sukaaa...babanya memang peminat asam gini...

Epal Hijau Dengan Cili Belacan Udang Kering by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2-3 sudu besar udang kering thai - boleh tgk kat sini *
  • sedikit belacan bakar *
  • sedikit cili flakes *
  • gula kastor secukup rasa
  • 2 biji epal hijau
Cara : Kisar semua bahan *, kemudian sebatikan dengan gula secukup rasa, garam maz tak letak dah sebab masin udang kering dan belacan dah cukup. Boleh lah dihidang bersama epal hijau yang telah dipotong.

sbnarnya sambal ni biasa dh duk mkn kat msia dlu klu beli buah jeruk kat kios dlm mydin atau tesco...memang sukaa mkn jeruk betik tu dgn sambal ni...amik skit pun tgk2 dah berbelas henggit kan..

Wednesday, February 4, 2015

Roasted Fresh Fig with Pistachio

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim'...buah fig ni biasanya klu beli tu duk mkn gitu je...ni la pestime merasa yg versi roasted...mkn yg mentah pun dah sedapp dgn manis, lembut...rupenya bila msuk oben gini lgi nikmat sungguh rasanya...maz memang sukaa sngat dgn buah fig...xkira la yg kering ke apatah lgi yg fresh ni...smjak duk sni Alhamdulillah tiap2 thun time cuaca sejuk ni dpt mkn buah fig fresh...skrang ni pun masih ada jual lgi...bleh kata klu msuk psaraya tu mesti beli klu nmpak...kat tempat kita rsanya memang payah sngat nk jumpa buah yg segar ni...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

fig ni jgk lebih popular dgn  nma buah tin dlm bhasa al quran, Surah At-Tiin...buah fig yg bnyk khsiatnya ni pun hnya ada time musim sejuk ni je...dtg dri saudi...tpi klu buah yg kering tu banyakk, ada je spnjang msa...idea roasted ni tgk makcik nigella buat kat tv...

Roasted Fresh Fig with Pistachio by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • buah fig segar - belah bentuk + jangan putus
  • kacang pistachio secukupnya
  • madu secukupnya
Cara

1. Panaskan oven 170 C.
2. Isi beberapa biji kacang pistachio dalam buah fig yang telah dibelah tadi, susun dalam bekas tahan panas/casserole. Tuang madu atasnya dalam 1/2 sudu besar setiap biji.
3. Bakar selama 13-15 minit. Sedia untuk dinikmati ketika masih panas.

memang sesuai sngat sbgai dessert musim sejuk skrang ni...tgk yg ni pun terasa nk mkn lgik...sedappp...10 bjik pun bleh hbiss skli mkn...tu yg dh buat smpai 3x...ni pun kejadian yg memula...yg buat kli ke 2 n 3 tu xthu la bila plak turnnya kat sni...Inysaa Allah wken ni beli plak selagi ada buahnya...

Friday, January 2, 2015

Menu Ringkas Di Tahun Baru

Assalamualaikum w.b.t..'Allah humma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni'..brsua lgi dan maz doakan semoga saudara kita yg terlibat dgn banjir tabah dan redha dgn ujianNya...memang ckup trajis...berat mata memandang berat lgi bahu yang memikul...sbgai pembuka tirai 2015 ni la dlu seadanya...menu org yg xbrapa rajin...dah 2-3 hri strberi ni duk simpan...nk proses buat kek ke apa...mood xbrapa rjin mana...jdi sblum rosak potong2 mkn nga gula je...Inysaa Allah semoga jumpa lgi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada...

Salad Strawberi Bergula by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 paket buah strawberi - belah 2
  • gula secukupnya
Cara : Masukkan strawberi dalam mangkuk dan tabur gula secukupnya. 

npak sngat la betapa rajinnya tukang msak ni deh...maap la ye gitu la mood ni ada pasang surutnya...tpi gambar2 lama bnykkkk lgi dlm folder tu...xupdate yg tu dlu kes malah nk taip rspi panjang2...ni cuma 2 bahan je...adoiiiii...sabar je la...

Thursday, November 20, 2014

Rojak Buah ala Selera Kita

Assalamualaikum w.b.t..'Allah humma innaka afuwwun karimun tuhibbul afwa fa'fuanni'..selama ni xberapa minat sangat rojak buah ni...mungkin xjumpa yg menepati citarasa...klu mkn pun xde la bersungguh mana atau fanatik sngat org kata dgn rojak buah ni...tpi setelah merasa kesedapan rojak buah Indonesia stail kat restoran selera kita kat gudaibiya...hati mula terpikat...kena sungguh dgn selera...kuah rojaknya cukup seimbang rasa...setelah beli 2x dan amati rasanya...cuba buat sndri plak...biasa la tukang masa ni...mesti nk clone jgk klu boleh apa yg dimkn tu...dri segi rupa memang dah sama...rsa pun Alhamdulillah juri kat rumah ni kata sama la mcm restoran tu...abangngah pun sukaaa...katanya sedapp yg mummy punya lgi...wpun bahannya simpe je dan nak buat pun mudah benor...tapi kena dgn selera kami...ni yg buat kli ke 2 stelah percubaan pertama berjaya...pic ni lama sangat dah peram...pastu yg buat selalu tu xsnap dah la...Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan mohon maaf atas segala kekurangan...

Rojak Buah ala Selera Kita by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 200g thai palm sugar @ india (jaggeri) - lain dari nisan/gula melaka ye
  • segengam kecil asam jaya - bancuh dengan 2 besar sudu air
  • 1-2 inci belacan
  • 3-4 biji cili padi - tumbuk sikit
  • kacang tanah goreng yang ditumbuk/kisar sedikit halus secukupnya
  • gula secukup rasa
  • garam secukup rasa
  • sedikit kicap manis - untuk gelapkan sikit warna sos
  • buah secukupnya - epal hijau, nenas, timun jepun, keledek, manga (maz ikut macam yang  restoran tu) @ ikut citarasa
Cara

1. Potong saiz kecil palm sugar tadi, masukkan dalam pengisar kering bersama gula, sedikit garam, belacan dan kicap manis (agak-agak la ye suakatannya, kena rasa manis tu lebih sebab nak makan dengan buah). Kisar biar betul-betul lumat/berkrim gituw.

2. Kemuadian masukkan cili padi, kacang tanah dan asam jawa (sekali dengan biji, ni pun maz ikut sama macam restoran tu juga, kalau tak nak pun takpe). Kacau sebati dan perasa secukup rasa biar ada rasa manis, lemak masin yang seimbang dan sedikit masam (tambah la ye apa yang kurang, sebab buat ni tak sukat, main agak gitu je). Pes ni pekat/likat sangat.

3. Dalam mangkuk masukkan buahan yang telah dihiris, pes rojak tadi dan gaul sebati. Lepas dah digaul dengan buah, rojak akan jadi sedikit berkuah sebab jus dari buah.

rasa rojak ni lain dri rojak yg biasa duk tgk kat msia yg guna kuah rojak wrna hitam tu...memang puas hti...sedapp dan kena dgn selera...dah selalu buat sebab suami pun sukaa sangat...pes tu maz buat bnyk..simpan je dlm peti...stelah duk buat sdri ni...xpergi dh la cri rojak kat restoran tu...lesung sbelah tu hiasan je...kihkii...tpi klu nak buat musle bleh aje tumbuk...sebab palm sugar lembut...

Wednesday, March 9, 2011

Pulut Durian

Assalamualaikum..memlm tyang pulut doyan la plak..sbnarnya ni pun n3 trtunggak jgk..dah lama buatnya ni..msa adik kita nga isterinya dtg ke rmah hri tu..xkisah la ye wpun dah jdi baja pkok..kita posing la jgk..dah musim buah skrang ni kan! tapi kita pnya ni amik kat kbun jusco..bli yg dah siap pek tu..lgi snang xyah susah2 nk bwa blik kulit berat2 kan..hehee..
kita suke drian kmpung yg ulas kecik2 gni..rsanya lemak2 manis..klu doyan kacuk tu rsanya manis2 pahit gtuw...

Pulut Durian
by ilhamdapur.blogspot
Bahan-bahan
  • nasi pulut - masak beras pulut macam biasa (maz tanak je, xkukus pun)
  • santan - bancuh dengan sedikit garam
  • durian secukupnya
  • gula secukupnya
Cara
Masukkan nasi pulut dalam pinggan, kemudian tuang santan secukupnya. Letak 1-2 sudu besar gula dan beberapa ulas buah durian. Sedia untuk dinikmati.
pulut durian ni bknnya bleh mkn bnyk..cpat muak..tmbah plak mkn nga santan mentah..org kata mkn stkat hilang teliur je..pada kwn2 yg duk obese tu maap la ye tayang mokcik doyan ni..kita pun sbnarnya dah lama jgk xmkn plut doyan ni..sbbnya anak2 xmkn..stkat msk utk mkn sorang maleh la plak..jdi bila adik nga isterinya mai umah..tu yg kita buat..

Sunday, March 28, 2010

Pulut Durian

Assalamualikum...mgkin ada kwn2 yg tgh asik menjamu slera brsama klrga diwktu ni ye!! kita pun bru blik dri rmah adik kat putrajaya...tghri tdi pun lunch kat sna..another vrsion pulut!!...pulut durian ni memang pemes dingeri kltan...tringat msa bdk2 dlu.. stiap kli musim doyan memang stiap mgu akan ada knduri pulut durian ni...kat tmpat kita dlu org kmpung akan brgilir2 buat knduri dgn mnjemput org lain utk dtg mkn plut duyan ni di rmahnya...knduri ni diadakan sbgai tnda syukur krn pkok2 doyan brbuah dgn baik...jdi tu yg dibuat knduri mcm tu...tpi skrang ni trdisi tu dah xde lgi...gnerasi skrang pun dah xkenal lgi plut doyan ni...sbetulnya pulut drian ni memang sedapppp!! bgi kita la...tpi bgi yg blum mrasanya bleh lah dicuba tu...plut ni kita gna plut yg sma yg kita buat plut berinti tu...tpi klu nk gna plut yg dimsk mcm nsi biasa pun bleh...
pulut doyan ni sama mcm pulut magga je...cma tkar mnga kpd drian..kita lebih gemor plut doyan lgi dri plut mngga...tpi kna lah doyan yg elok...manis ye bru sdp...plot doyan ni dimkn dgn santan yg dicmpur dgn sdkit garam sbgai kuah dan sedkit gula utk memberi rasa manis pada plut...letakkan smuanya dlm pngan pastu bleh la dinikmati..SEDAPPPPP...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...