Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...
Showing posts with label Kerabu. Show all posts
Showing posts with label Kerabu. Show all posts

Sunday, March 24, 2019

Thai Prawn Salad (Kerabu Udang Thai)

Assalamualaikum w.b.t..
'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar' (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah dan tiada Tuhan selain Allah)
antara pabret en.suami kerabu2 versi thai gini, dia suka mkn gitu je..sama je mcm buat kerabu mknan laut yg sblum ni, cuma kli ni tukar buat udang je, rasa seimbang masam manis dgn aroma daun ketumbar, serai dan bawang putih ckup membangkitkan selera..nk buat pon org kata semudah ACB je, Insha Allah jumpa lgi dilain waktu dan mohon maaf atas apa yg tidak menyenangkan..

Thai Prawn Salad (Kerabu Udang Thai) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 500g udang segar saiz sederhana
  • 1/2 labu bawang besar - hiris nipis
  • 2 batang serai - hiris nipis
  • 3 biji cili padi hijau - potong kecil
  • 4 biji cili padi merah - potong kecil
  • 1 biji tomato - hiris nipis
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji asam limau - amik jusnya
  • 2 sudu besar nisan putih thai @ secukup rasa - bleh tgk kat sini
  • kicap ikan/fish sos secukupnya
  • sedikit aji
  • daun ketumbar cincang secukupnya
Cara

1. Udang di buang kulit tinggal ekor saja dan belah belakang sikit buang urat hitam.
2. Celur udang dalam air panas selama 1 minit, toskan dan rendam dalam air sejuk peti/ais agar tidak kecut.
3. Dalam lesung, masukkan nisan putih, jus limau, kicap ikan ,bawang putih, aji dan gesek-gesek biar nisan larut dan bawang putih pecah sikit. Perasa secukup rasa biar ada rasa sedikit manis dan masam yang seimbang.
4. Dalam mangkuk besar, satukan semua bahan dan gaul sebati.
5. Sedia untuk dihidang dengan tomyam, nasi putih atau makan begitu saja.

sptutnya sdikit berkuah dri jus limau dan air tmato tpi sbb mangkuk tu dlm npak mcm kering skit, kerabu ni dgn telur dadar je pn dh ckup utk menambat selera..

Thursday, September 15, 2016

Kerabu Makanan Laut Thai (Thai Seafood Salad)

 Assalamualaikum w.b.t
'Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardi wala fis sama' wa huwa sami'un alim' (Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit selagi bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui), sama2 kita amal baca doa ni 3x pagi dan 3x petang, sunnah Rasulullah saw..semoga Allah swt protect us, our families and always keep us safe, Ameen.
kerabu thai yg skli lgi, hritu versi tembikai..ni seafood, selalu buat kerabu gini sbb pabret suami..kekadang tu dia mintak buat utk mkn gitu je, meratah katanya..maz pun suka, memang sedapp! cuma versi makanan laut ni la pertama kli buat, ilham dri suami yg mtak sruh buatkan..rspi sama mcm kerabu sotong ni, cuma ni cmpur dgn clam dan udg..kbetulan msa beli claim tu masak rebus je, pastu amik simpan sikit utk buat kerabu ni..clam tu maz amik isi, cuma saja letak 4-5 yg masih dgn cengkeram nk bgi nmpak..kerabu yg ckup sedap, rsa masam manis yg seimbang dan daun ketumbar buat kerabu ni ckup segar..InysaaAllah jumpa lagi dan maaf atas apa yg tidak menyenangkan..

KERABU MAKANAN LAUT THAI (THAI SEAFOOD SALAD) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 500g makanan laut segar - sotong, udang dan clam
  • 1/2 labu bawang besar - hiris nipis
  • 2 batang serai - hiris nipis
  • 3 biji cili padi hijau - potong kecil
  • 4 biji cili padi merah - potong kecil
  • 1 biji tomato - hiris nipis
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 biji asam limau - amik jusnya
  • 2 sudu besar nisan putih thai @ secukup rasa - seperti dlm gambar kat bawah
  • kicap ikan/fish sos secukupnya
  • sedikit aji
  • daun ketumbar cincang secukupnya
Cara

1. Sotong dibuang semua kulit, hiris saiz sederhana, udang buang kulit tinggal ekor saja dan belah belakang sikit buang urat hitam.
2. Didihkan air, masukkan semua makanan laut dan celur sekejap dalam 1 minit, angkat toskan dan rendam dalam air sejuk peti/ais agar tidak kecut, bila semua bahan lain dah sedia baru toskan.
3. Dalam lesung, masukkan nisan putih, jus limau, kicap ikan ,bawang putih, aji dan gesek-gesek biar nisan larut, perasa secukup rasa biar ada rasa sedikit manis dan masam yang seimbang.
4. Dalam mangkuk besar, satukan makanan laut dan semua bahan lain, gaul sebati dan sedia untuk dihidang dengan tomyam, nasi putih atau makan begitu saja.

Nota ilhamdapur : clam tu kalau nak amik isi terus pun boleh, maz pun perisi amik isi, cuma saja letak 4-5 yang masih dalam kulit nak bagi nampak clam.

ni nisan putih thai atau thai palm sugar, bnyk masakan thai guna nisan ni, sedap! rsanya ala butterscotch sikit..yg dlm plastik ikat tu gmbar lama, dh lama hbis..maz bwa dri msia msa blik thun lepas, sruh adik beli kat rantau panjang, yg 1 lgi tu beli kat sni..senang nk cari nisan ni, bnyk tempat yg ada jual..

starter atau pembuka selera yg ckup sedap, nk buat kerabu gini guna mkanan laut yg segar bru sedap sbb hnya celur sekajap saja..pastu daun ketumbar xbleh tinggal la, penyedap kerabu ni..maz guna nisan putih thai, klu guna gula pasir xjdi mcm kerabu ori thai sbb rsanya xsama..ni saja dgn nasi putih pun dh ckup, sbb bleh jdi 1 lauk..

Sunday, August 21, 2016

Kerabu Kicap Ayam

 Assalamualaikum w.b.t 
'Astaghfirullah robbal baraya, Astaghfirullah minal khotoya' (Ampuni hambamu ya Allah, Tuhan sekalian makhluk, Ampuni hambamu ya Allah dari segala dosa), semoga Allah swt forgive and show us what the best , Ameen.
mcm pelik je bunyi lauk ni deh..tkpe la ye, main hentam je buh nama gitu sbb rupe ayam dh seakan kerabu..kes nk hbiskan stok dada ayam dlm esbox, jdi kena create buat lauk gini bru mkn..klu masak sektoi gitu xberapa laku la plak, isi ayam tu hiris nipis2 pastu goreng kering dgn sayur dan kicap, lalu jdi la kerabu ayam yg sedap ni..kesinambungan ayam krispy, masa updated ayam krispy tu maz ada mention dh dlm folder ada rspi bru yg guna isi ayam jgk..ni ler! cuma ni versi kerabu dan lagi mudah..kacau je dlm kuali, sbnarnya dh 4-5x rsanya buat kerabu ayam ni..smjak sblum puasa hritu lgi, dlm puasa pun buat jgk..cuma ni bru snap, lauk ringkas yg sedap! nk buat pun mudah sangat, kat rumah ni klu lauk hitam kicap gini memang laku la..dgn kerabu ni jgk maz transform jdikan 1 mnu lgi, ada dlm folder tunggu Q..InysaaAllah jumpa lagi dan maaf atas kekurangan yg ada..

KERABU KICAP AYAM by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2 keping dada ayam - cuci dan toskan
  • 1/2 labu bawang besar - hiris nipis
  • 1/2 biji lada benggala hijau - hiris panjang
  • 1/2 batang lobak merah - hiris panjang
  • 2-3 biji cili padi - potong serong
  • sedikit kobis - hiris nipis
  • kicap manis secukupnya 
  • sos tiram secukupnya
  • sedikit sos cili
  • sedikit minyak
Cara

1. Potong nipis daging ayam, toskan biar kering.
2. Panaskan 1 sudu kecil minyak dalam kuali biasa, pegang kuali dan pusing biar kuali kena minyak seluruhnya (minyak sikit je, sekadar nak basahkan kuali).
2. Masukkan bawang besar, masak sekejap sekadar naik bau, kemudian tabur ayam secara merata dan biar sekejap dalam 1 minit agar berkerak sikit, kemudian baru kacau dan masak hingga kering air sepenuhnya, kikis-kikis dasar kuali.
3. Masukkan kicap, semua sos secukupnya dan sebatikan, masukkan semua sayur dan masak sekejap lagi sekadar sayur layu, suaikan secukup rasa, jika perlu boleh masukkan secubit gula.
4. Boleh la dihidang bersama nasi putih.

nk lgi menyengat, letak cili padi lebih skit..maz letak 2 biji je sbb anak xtahan pedas, sayur tu masak skjap je bru krup krap gituw..kena sangat dgn nasi panas, klu kat rumah jenis xlaku jgk part dada ayam tu bleh la try buat kerabu ni..

Thursday, July 28, 2016

Kerabu Tembikai Thai (Thai Watermelon Salad)

 Assalamualaikum w.b.t 
Allahumma innii zhalamtu nafsii zhulman kat'siiran wala yagh'firudzunuu'ba illa anta, fagh'firlii maghfiratan min in'dika warhamnii innaka'an tal'ghafuur ru'rahim' (Ya Allah, aku melakukan kezaliman yang banyak atas diriku sendiri dan tiada yang mengampuni dosa selain Engkau, maka berilah aku keampunan dari sisiMu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang), doa yang cukup indah yg diajar oleh Rasulullah saw kepada sahabat yg paling disayangi baginda, Sayyidina Abu Bakar As Siddeq R.A, sahabat yang telah dijanjikan syurga.
amik peluang kemas blog la dlu sesambil duk angkat barang nk hntar ke rumah baru, sni pindah xde la susah atau penat mna sbb rumah jenis fully furnished..jdi bawa barang personal kita je, xde la kna sewa lori bagai angkut segala perabut..jdi tu yg sedap jgk la duk main pindah2 ni, duk rmah yg skrang ni pun bru setahun setngah..rumah baru ni mungkin lama skit kut sampai abangngah hbis bljar kat situ, ok la jom cerita pasal kerabu tembikai ni plak, klu sblum ni buat versi melayu..gaul dgn sambal belacan, ada kat sini..tukar buat stail siam plak, ni ilham dri en. suami la..dia sruh buat kerabu tembikai masuk serai mcm kerabu stun tu, suami memang suka sangat mkn tembikai cicah dgn sambal belacan atau budu, wpun suami org perak..jdi tu yg terjdinya kerabu tembikai yg sedappp ni! memang kena la mkn dgn nasi atau meratah saja, sbnarnya dh 3x duk ulang buat kerabu tembikai ni..suami suka sangat, kombinasi rsa dri nisan putih siam..buah tembikai, asam limau dan kicap ikan, pastu segar dgn daun ketumbar, wow! cukup serasi, maz rekmen la..kena try dlu bru thu, utk bahan rencahnya tu sama je mcm kerabu sotong ni..selamat berhujung minggu dan InysaaAllah jumpa lagi, maaf atas segala silap yg ada...

KERABU TEMBIKAI THAI (THAI WATERMELON SALAD) by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 mangkuk tembikai dadu
  • 2 batang serai - mayang
  • 3 biji cili padi hijau - potong serong
  • 2 sudu besar nisan putih thai (gula kabung thai) @ secukup rasa
  • 1 sudu besar kicap ikan
  • 1 sudu kecil jus limau nipis
  • sedikit ajinomotor
  • segengam daun ketumbar cincang
Cara

1. Satukan nisan thai, kicap ikan, jus limau dalam lesung dan gesek biar nisan larut, masukkan aji dan suaikan secukup rasa.
2. Satukan semua bahan dalam mangkuk dan gaul sebati.
3. Kerabu ni kena hidang yang sejuk, kalau guna tembikai dari peti boleh terus hidang atau simpan sekejap dulu dalam peti.
4. Boleh dihidang bersama nasi putih atau sebagai pembuka selera.

pembuka selera yg pasti xckup dgn sepingan ni..sni senang la plak nk cari barang siam, nisan putih thai tu bnyk tempat jgk la yg jual sbb org siam ramai..stok kat dapur memang xpernah putus, rsanya mcm butterscotch gitu sikit, lain dri guna gula pasir biasa..

Sunday, May 15, 2016

Salad Serunding Kelapa Dengan Udang..Resipi Bersama SAJI Mei

Assalamualaikum w.b.t.
 'La illaha il'lallah wahdahu la sharika lah, lahul mulku wa lahul hamd, wa huwa 'ala kul'li shayin qadeer (tiada Tuhan selain Allah, tiada sekutu bagi Allah, yang memiliki langit dan bumi dan yang berkuasa atas segalanya), zikir selepas solat fardu sunnah Rasulullah saw, baca 10x selepas solat maghrib dan subuh sebaik bagi salam..sama2 kita amalkan semoga Allah swt have mercy on us all, forgive our mountainous sins and strengthen our iman, Ameen.
antara resipi yg dikongsi bersama SAJI baru ni, biasanya klu buat salad duk letak thousand island je..tpi tetiba dtg ilham nk buat salad ala kerabu ni, sni xde pucuk ubi dan sebagainya..jdi tu yg kena kretip dan ubah suai skit, Alhamdulillah sedap tau..salad rangup dinikmati dgn serunding kelapa yg lemak manis, pastu ada plak udang segar..memang sedap la! ubah gaya skit dari kerabu biasa..abangngah pun mkn kemain lagi..taugeh pun maz xcelur sbb nk biar krup krap gitu..kejdian salad ni pun dh lama la jgk, bln 3 lgik..Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas segala khilaf..

SALAD SERUNDING KELAPA DENGAN UDANG by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1/3 cawan kelapa parut
  • 4 ulas bawang merah
  • 3cm hiris halia
  • 1 biji cili merah
  • 1cm belacan
  • sedikit gula, garam dan aji
  • sedikit jus lemon
Sayur
  • 100g udang segar, tanpa kulit
  • sedikit bayam 
  • segengam taugeh
  • sedikit timun jepun - hiris halus
  • sedikit lobak merah - hiris halus
  • sedikit lettuce 
Cara

1. Goreng kelapa tanpa minyak biar sedikit perang.
2. Celur bayam dan udang sekejap, toskan
3. Tumbuk bawang, halia, cili merah dan belacan hingga lumat, masukkan kelapa, bahan perasa secukup rasa dan tumbuk biar sebati, masukkan sedikit jus lemon.
4. Gaul bersama sayuran tadi dan udang celur.

mkn dgn nasi pun bleh, pastu ada ikan goreng dgn sambal belacan..cukup sempurna la deh pasangannya, telan ayeq liur la plak terbayang ikan greng dgn salad ni..cuma nama yg dlm SAJI tu lain skit, dipendekkan jdi salad kelapa berudang..malas nk edit, guna gmbar yg sedia ada dlm folder je..

Wednesday, April 13, 2016

Kerabu Sotong

Assalamualaikum w.b.t
 'Astaghfirullah robbal baraya, Astaghfirullah minal khotoya' (Ampuni hambamu ya Allah, Tuhan sekalian makhluk, Ampuni hambamu ya Allah dari segala dosa), semoga Allah swt forgive and show us what the best , Ameen.
bertemu skli lgi, biar cepat surut skit gmbar dlm folder tu..lama sungguh la xbuat kerabu sotong thai ni, tetiba satu hri tu dtg keinginan nk buat kerabu yg sedap ni..klu mkn kedai tomyam mesti oder kerabu stun ni atau pun kerabu mangga, kak long dgn babanya la yg suka sangat kerabu stail siam ni, tpi memang sedap deh! dgn masam, manisnya yg seimbang..bleh ilang la klu pening kepala skit2 tu..stun tu maz beli yg dh siap siang, stun jenis lebar tu..stun ni bnyk sungguh kat sni, sbesar saiz baldi pun ada..klu stun biasa tu susah, ikut musim je bru ada jual..Inysaa Allah jumpa lagi dan harap dpt dimaafkan atas segala khilaf yg ada..

suami meratah je, klu nk layan dgn tomyam pun bleh..maz suka letak daun ketumbar bnyk2, suka dgn daun ni..buat ulam pun sedap daun ketumbar ni..

KERABU SOTONG THAI by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 300g sotong segar
  • 1/2 labu bawang besar - hiris nipis
  • 2 batang serai - hiris nipis
  • 5-6 biji cili padi hijau - potong kecil
  • 4 biji cili padi merah - potong kecil
  • 2 batang kacang panjang - potong serong
  • 8 biji tomato ceri - hiris nipis
  • 1 pokok daun ketumbar - cincang kasar
  • 1 biji asam limau - amik jusnya
  • nisan putih thai secukup rasa @ gula pasir
  • sedikit kicap ikan
  • sedikit aji
Cara

1. Sotong dibuang semua kulitnya, hiris saiz sederhana, celur sekejap, toskan.
2. Dalam lesung, masukkan nisan thai, jus limau dan gesek biar nisan larut, perasa secukup rasa dengan kicap ikan, aji dan satukan semua bahan lain, gaul sebati.


pembuka selera yg ringkas, tpi sedap..klu yg suka pedas bleh letak cili lebih..bleh jgk guna tomato biasa klu xde tomato ceri, kerabu gini kena guna semua yg fresh bru sedap mkn, krup krap gitu..

Friday, February 12, 2016

Kerabu Daun Kangkung Thai Lagi

Assalamualaikum w.b.t 'Rabbana aatina min ladunka rahmatan wa hayyi' lana min amrina rashada' (Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami (Al-Kahfi - ayat 10), Ameen.
Alhamdulillah atas segala rahmatNya, dri pancake korea ke kerabu thailand la plak..sekli cuba pasti jatuh cintan dgn rasanya, daun kangkung yg digoreng ranggup dinimkati bersama sos manis yg ada isi ayam..yg buat sblum ni ada kat siniagak unik sikit kerabu ni..bkn seperti kerabu biasa, sejenis kudapan pembuka selera..nak buat pun xde susah mana, cuma utk sos tu kena guna thai palm sugar atau nisan putih thai yg maz duk guna utk buat somtam, kerabu mangga atau sos miang kham sblum ni..nisan tu klu kat sempadan kelantan thai ada jual, tpi kat sni sbb org thai ramai, ada jual kat asian store..selamat berhujung minggu, maaf atas kekurangan yg ada..Inysaa Allah jumpa lagi, may Allah guide us to the straight path..

keinginan nk buat kerabu ni dh lama pendam, sbb maz pernah mkn suatu masa lama dlu kat satu kedai dikampung pandan rasanya..ni cerita berbelas tahun yg lalu la, akhirnya ilham tu dtg jgk..Alhamdulillah semua dariNya..

KERABU DAUN KANGKUNG THAI LAGI by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • daun kangkung secukupnya - cuci, toskan
  • 1/2 cawan tepung beras 
  • 1/4 cawan allpurpose flour 
  • 1 sudu kecil baking powder 
  • 50ml susu segar 
  • 1/4 sudu kecil yis kering - larutkan dalam 2 sudu besar air suam 
  • 1-2 titik pewarna kuning 
  • air sejuk peti secukupnya @ air biasa pun ok, sbb nak masuk peti pulak
  • sedikit garam 
Cara

1. Dalam mangkuk satukan bahan kering, kemudian masukkan susu segar, yis, pewarna dan air (air tu masuk sikit-sikit, maz tak sukat pun, adunan ni cair gitu, cair lagi dari bancuhan goreng pisang), kemudian simpan dalam peti selama 4-5 jam atau semalaman, maz bancuh malam untuk guna esok.
2. Panaskan minyak secukupnya, masukkan daun kangkung dalam adunan, amik sehelai-sehelai, masukkan dalam minyak panas, jarakkan masa goreng baru tak melekat. 
3. Goreng hingga garing dikedua bahagian, angkat dan toskan, buat sampai habis.
4. Bila nak hidang tuang sos manis atasnya dan sedia untuk dinikmati. 

Sos Manis
  • 1/2 cawan thai palm sugar (nisan putih thai)
  • 1 sudu besar cili kisar, jangan guna cili boh ye
  • 2 sudu besar daging ayam yang dicincang - celur sekejap, toskan 
  • 1 ulas bawang putih - ketuk
  • 1/2 cawan air @ secukupnya 
  • secubit garam @ nampla (kicap ikan)
Cara

1. Satukan semua bahan diatas kecuali isi ayam, masak hingga mendidih dan nisan larut.
2. Masukkan isi ayam dan masak dengan api sederhana biar sos jadi pekat sikit, suaikan rasa kalau kurang manis tambah nisan putih sikit lagi atau air jika perlu, maz buat main agak gitu je, tak sukat pun, sejukkan sepenuhnya sebelum dituang atas kerepek daun kangkung.

Nota ilhamdapur : untuk sos manis tu mesti guna nisan thai, baru sos akan jadi pekat dan warna merah, nisan yang dalam gambar tu nampak sedikit keras sebab maz simpan dalam peti, nisan tu lembut, macam pes gitu.

memang ralik la mkn kerabu versi manis ni, dgn rangupnya..nk mkn dgn nasi pun bleh sbb sosnya ada masuk daging ayam cincang, pastu ada plak tomyam deh!

Sunday, January 31, 2016

Kerabu Mangga Lagi

Assalamualaikum w.b.t 'Allahumma innaka afuwwun karimun tuhibul afwa fa'fuanni' (Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampun, maka ampuni lah aku), doa yang Rasulullah saw ajar pada Aisyah R.A jika bertemu malam Lailatulqadar..sama2 kita amal baca selalu, sesungguhnya kita hambaNya yg penuh dgn kelemahan..semoga Allah guide us to the straight path..
mcm biasa la klu wken tu xsempat nk update blog ni..banyak benar aktvi kat luar, lagipun skrang ni cuaca tgh best utk outdoor..jdi tu yg xlekat kat rmah, klu time summer nti aircon pun xrsa..cuci mata dgn kerapu ni la dlu, selalu sangat duk buat kerabu mangga ni, klu npak je ada mangga putik yg keras pasti akn beli..maz dgn suami memang kerabu pauh siam ni, sama mcm yg buat hritu, masih lgi ikut kerabu mcm yg mkn kat kedai tomyam dkat rumah msa blik msia thun lepas lgik..tpi ni pun dh berbln la kena peramnya..Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan maaf atas kekurangan yg ada..

KERABU MANGGA RESIPI II by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 biji mangga putik sedang - sagat halus, mangga tu biar yang dari peti baru rangup
  • 1 sudu besar @ secukupnya thai palm sugar/nisan putih siam
  • 1/2 labu bawang besar - hiris nipis @ bawang merah
  • 5-6 biji cili padi merah dan hijau - hiris
  • sedikit kicap ikan/fish sos
  • sedikit jus limau @ limau kasturi lagi sedap
  • sedikit aji
  • sedikit udang geragau
Cara

1. Masukkan nisan siam dalam lesung bersama jus limau, aji dan kicap ikan, gesel-gesel biar nisan larut dan suaikan biar ada rasa manis dan masam yang seimbang.
2. Tuang dalam pingan mangga, gaul bersama cili padi, udang geragau dan bawang merah.
3. Sedia untuk dihidang bersama nasi putih dan lauk sampingan yang lain.

bleh ilang sakit kepala dpt kerabu pauh masam2 gini, versi yg masuk bilis dan kacang tanah tu pun sedap jgk, cuma yg ni lagi mudah..semua main hiris je..

Wednesday, December 2, 2015

Kerabu Mangga Resipi II

Assalamualaikum w.b.t 'Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardi wala fis sama' wa huwa sami'un alim' (Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui), sama2 kita amal baca setiap pagi dan petang, sunnah Rasulullah saw..Inysaa Allah semoga sentiasa dlm lindungNya, sekli lagi layan kerabu mangga..maz dgn suami memang peminta kerabu mangga ni..klu pergi hypermarket tu nmpak ada mangga putik yg sesuai memang akan beli, kli ni cuba buat kerabu versi thai mcm buat somtam..guna thai plam sugar sebagai sosnya, walaa memang sedap la..dgn masam manis dan pedas bila tergigit cili tu, pasangannya sedia maklum la deh..xlain xbkn buat tomyam la, rsanya semua org suka menu thai ni kan..terima kasih sekli lagi pada yg sudi singgah dapur kecik ni, semoga setiap kelemahan yg ada dpt dimaafkan..Inysaa Allah sehingga jumpa lagi..


kerabu mangga ni pun cuba nk tiru mcm yg kat kedai tomyam dekat rumah, masa blik Msia hritu sempat la jgk 5-6x rsanya berdapur kat kedai ni..dlm kerabunya dia guna udang geragau, tu yg maz bawa khas dri msia udg tu memang niat nk buat kerabu ni la..memang sedap la masakannya dan harga pun murahnya..bayangkan udang galah masak masam manis utk set kecil baru rm5 sepingan, ada 5-6 ekor rasanya..udang galah tu, pastu ada 1 lgi lauk yg maz cuba buat ala kedai tu jgk..ada la tu dlm folder tunggu Q..


KERABU MANGGA RESIPI II by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 biji mangga putik sedang - sagat halus, mangga tu biar yang dari peti baru rangup
  • 1 sudu besar @ secukupnya thai palm sugar/nisan putih siam
  • 5-6 ulas bawang merah - mayang nipis
  • 5-6 biji cili padi merah dan hijau - hiris
  • sedikit kicap ikan/fish sos
  • sedikit jus limau @ limau kasturi lagi sedap
  • sedikit aji
  • sedikit udang geragau
Cara

1. Masukkan nisan siam dalam lesung bersama jus limau, aji dan kicap ikan, gesel-gesel biar nisan larut dan suai biar ada rasa manis dan masam yang seimbang.
2. Tuang dalam pingan mangga, gaul bersama cili padi, udang geragau dan bawang merah.
3. Sedia untuk dihidang bersama nasi putih dan lauk sampingan yang lain.

Wednesday, November 25, 2015

Kerabu Daun Kangkung Thai Style, Appetizer Yang Sedap Dan Unik Sikit..

Assalamualaikum w.b.t..'Subhaanallah wabihamdihi subhaanallah hil'azim' (Maha Suci Allah dengan segala puji bagiNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung), 2 kalimah yg ringan dilidah, berat ditimbangan Mizan..bertemu skli lgi, mcm bersemangat plak pgi ni..tpi keje kat dpur tu bnyk yg duk menanti..kembali dgn gambar lama, lgi ilham dari apa yg dimkn kat kedai..gitu la tabiat mokcik ni deh, tpi kerabu ni dh berzaman duk peram dlm folder..kejdian dri kerepek daun kangkung dlu, ada kat sini..cuma xterupdate awal yg ni, pernah dedulu mkn kerabu gini kat satu kedai thai tepi jln di kg Pandan Dalam klu tak silap, memang sedap kerabu daun kangkungnya dan hanya kat kedai tu je maz jumpa kerabu mcm ni..dh lama duk teringin nk buat, tpi idea utk berexperimen tu belum dtg, hingga la kejadian lepas experimen resipi batter yg duk guna selalu tu, jdi dri situ maz cuba recall blik rasa kerabu yg pernah mkn satu ketika dlu..ingat apa yg diguna utk sosnya tu, pastu bru didtgNya ilham utk buat kerabu daun kangkung versi manis ni..memang sedapp la mkn kerabu ni, rasanya agak lain dari kerabu biasa yg jenis pedas atau masam tu..semoga jumpa lagi, Inysaa Allah dan maaf atas segala yg tidak sempurna..

tepung utk celup daun ni memang xbleh tebal, nanti kurang sedap...makan tu rasa xnak stop, dgn rangup daun dan manis sos bersama isi ayam..agak unik jgk kerabu thai ni..Alhamdulillah semua dgn izinNya..

KERABU DAUN KANGKUNG THAI STYLE by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • daun kangkung secukupnya - cuci, toskan
  • 1/2 cawan tepung beras 
  • 1/4 cawan allpurpose flour 
  • 1 sudu kecil baking powder 
  • 50ml susu segar 
  • 1/4 sudu kecil yis kering - larutkan dalam 2 sudu besar air suam 
  • 1-2 titik pewarna kuning 
  • air sejuk peti secukupnya @ air biasa pun ok, sbb nak masuk peti pulak
  • sedikit garam 
Cara

1. Dalam mangkuk satukan bahan kering, kemudian masukkan susu segar, yis, pewarna dan air (air tu masuk sikit-sikit, maz tak sukat pun, adunan ni cair gitu, cair lagi dari bancuhan goreng pisang), kemudian simpan dalam peti selama 4-5 jam atau semalaman, maz bancuh malam untuk guna esok.
2. Panaskan minyak secukupnya, masukkan daun kangkung dalam adunan, amik sehelai-sehelai, masukkan dalam minyak panas, jarakkan masa goreng baru tak melekat. 
3. Goreng hingga garing dikedua bahagian, angkat dan toskan, buat sampai habis.
4. Bila nak hidang tuang sos manis atasnya dan sedia untuk dinikmati. 

Sos Manis
  • 1/2 cawan thai palm sugar (nisan putih thai)
  • 1 sudu besar cili kisar, jangan guna cili boh ye
  • 2 sudu besar daging ayam yang dicincang - celur sekejap, toskan 
  • 1 ulas bawang putih - ketuk
  • 1/2 cawan air @ secukupnya 
  • secubit garam @ nampla (kicap ikan)
Cara

1. Satukan semua bahan diatas kecuali isi ayam, masak hingga mendidih dan nisan larut.
2. Masukkan isi ayam dan masak dengan api sederhana biar sos jadi pekat sikit, suaikan rasa kalau kurang manis tambah nisan putih sikit lagi atau air jika perlu, maz buat main agak gitu je, tak sukat pun, sejukkan sepenuhnya sebelum dituang atas kerepek daun kangkung.

Nota ilhamdapur : untuk sos manis tu mesti guna nisan thai, baru sos akan jadi pekat dan warna merah, nisan yang dalam gambar tu nampak sedikit keras sebab maz simpan dalam peti, nisan tu lembut sangat, macam pes gitu, kat sini senang dapat barang thai ni seban orang siam ramai.

utk sosnya tu mesti kena guna thai palm sugar, klu guna nisan kita xjdi pekat dan sos akan jadi warna hitam bukan merah..masakan thai memang bnyk guna nisan putih dia tu..

Sunday, October 18, 2015

Kerabu Mangga

Assalamualaikum w.b.t..'La ḥawla wa laquwwata illa billah' (tiada daya upaya melainkan padaNya jua la tempat berserah)..skli sekala ada jgk duk buat kerabu mangga ni klu jumpa manga yg sesuai, cuma jarang update kat sni..mungkin buat time duk bertapa dlu..ni pun gambar hjung bln 4 lgik, ishhh! apa la peram lama benar deh..guna mangga lemak siam yg masih putik tu lagi sedap buat kerabu ni atau pun mangga epal, ni maz guna mangga muda india je..tu pun susah nk dapat yg elok, ada je kat pasaraya tu, tpi dh lembik wpun putik..dri dlu klu buat kerabu mangga ni perencahnya guna ikan bilis goreng yg ditumbuk halus, pastu gaul dengan mangga tu..amik idea dri kerabu mangga nasi ayam bukit bintang yg pemes tu..dedulu rajin jgk duk prgi mkn nasi ayam kat situ, suka lauk hati ayam rebusnya dan kerabu manga dh pasti la..tpi skrang ni dh bertahun la xsampai sana..

Kerabu Mangga by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 biji mangga muda ,sagat panjang - elok guna mangga epal @ mangga lemak siam
  • 5-6 ulas bawang merah - hiris nipis
  • 3 biji cili padai merah - dihiris
  • 3 biji cili padi hijau - dihiris
  • segengam ikan bilis belah tanpa kepala 
  • gula secukup rasa dan sedikit aji
Cara

1. Panaskan sedikit minyak dan goreng bilis biar sedikit garing, angkat dan toskan.
2. Tumbuk lumat ikan bilis goreng (tinggal sikit dalam sejemput, untuk tabur) bersama gula secukup rasa dan sedikit aji, garam tak perlu sebab bilis dah cukup rasa masin.
3. Dalam mangkuk satukan semua bahan dan gaul bersama bahan tumbuk biar sekata.
4. Tabur baki bilis goreng tadi dan sedia untuk dihidang.

kak long la yg suka sangat dgn kerabu mangga ni, msa blik msia hritu kerap jgk la duk oder kerabu mangga ni kat kedai tomyam dekat rumah tu..sedapp jgk kerabunya, masam-masam dan berair gitu..

Sunday, March 16, 2014

Kerabu Tembikai

 
ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَٰبَتْهُم مُّصِيبَةٌۭ قَالُوٓا۟ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ

FIRMAN Allah yang bermaksud: (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu musibah, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jua lah kami kembali"...Al-Baqarah - 156

Assalamualaikum w.b.t...brtemu skli lgi semoga sihat dan sentiasa dlm rahmatNya...kat sni hri ahad hri org bkerja dah...hri prtama stiap mnggu...wkennya jumaat dan sabtu...jdi dah hbis la hri jln2nya...hri ni kena msuk dpur la sbb dah 2 hri xmsak...main beli je...jdi sblum mulakan rutin kat dpur tu...Alhamdulillah atas nikmat kesihatanMu Ya Allah...masih bleh buat smua krja rmah dgn baik...amik msa skjap lah update kerabu merah ni yg rsanya buat hjung bln lepas lgi...wpun mgkin pelik skit menu kerabu ni...tapi benarr ye...bkn saja2 nk buat tpi ada ceritanya...al kisahnya sbb suami memang suka sngat mkn tembkai cicah nga smbal belacan...klu hidang tmbkai nga nasi mesti nk smbal belacan...satu kli tu msa duk mkn suami tnya...xbleh ke klu buat mcm kerabu ke...maka dri stu la dtgnya ilham nk buat kerabu mcm ni dan trhasil lah kerabu tembikai versi sambal belacan ni...senang gitu...senduk je buh dlm pingan...nk buat pun memang senang sngat2 la...akhir kata mohon maaf atas segala silap yg ada dan semoga jumpa lagi...insyaa Allah...

Kerabu Tembikai by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

  • 1 mangkuk kecil tembikai yang didadu
  • 2-3 sudu besar sambal belacan
  • 5-7 ekor udang
  • sedikit daun ketumbar - dicincang
  • sedikit bawang besar - hiris nipis

Cara

1. Udang dibuang kulit, kepala dan urat belakang, celur sekejap (maz masuk dalam microwave je) dan dipotong sederhana.

2. Satukan semua bahan kemudian tuang atas tembikai dan gaul sebati. Siap...boleh dihidang dengan nasi putih.

berpeluh2 jgk la kena smbal belacan tu...tpi wpun pedass nk mkn jgkk sbb ada rsa manis tembikai tuu...sdppp...ptnernye ikan goreng je dah ckupp dgn nasi pnas2...

Friday, April 23, 2010

Kerabu Mangga

Assalamualaikum...lgi menu simple kita tghri klmarin...antara krabu yg ramai pminat kat umah kita...Alisa suke sngat..buat ni pun utk dia..kita cma tlog hbiskan menda yg dia xmkn..dia cma kutip mkn mangga je...rspi cincai je...takpe la asalkan anak suke...

klu mkn nga nasi ayam pon memang sdp kan...ala2 nasi ayam hainan kat bukit bintang tu...insyaallah bln dpn cik abang kita blik bleh la jjcm...hihi...berangan la ni...

Sumber Resipi : Ilham Dapur
Bahan-bahan
  • 1 biji mangga epal yg muda - buang kulit dan cincang halus - kalau boleh simpan dalam peti dulu sebelum digunakan agar mangga tu menjadi lebih rangup
  • segengam ikan bilis tanpa kepala - digoreng dengan minyak (separuh darinya ditumbuk halus bersama dengan 1 sudu kecik gula dan sedikit aji) dan separuh lagi gaul dalam buah mangga nanti
  • 2 ulas bawang merah - dihiris nipis
  • 2 biji cili padi - potong kecik
  • 1 biji buah tomato - buang bahagian dalam dan potong nipis memanjang
  • daun salad secukupunya - hiris nipis-nipis dalam segengam

Penyedian :-

Satukan semua bahan-bahan dalam mangkuk, kacau sebati. Susun 2 helai daun salad dalam pinggan kemudian bolehlah diletakkan kerabu yang telah digaul tadi. Hidang segera untuk mendapatkan rasa kerabu yang segar dan tidak berair. Jika tidak simpan dalam peti...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...