Ya Allah..sesungguhnya padaMu aku berserah..

'Bila ALLAH makbulkan doamu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan doamu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan doamu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan..kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya'...
Showing posts with label Nasi. Show all posts
Showing posts with label Nasi. Show all posts

Thursday, October 31, 2019

Nasi Kambing Panggang

Assalamualaikum w.b.t
Subhanallah Wa Bihamdihi Subhanallahil Adzim (Maha Suci Allah dengan segala puji bagiNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung). 'Wahai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, dengan berzikir yang sebanyak-banyaknya - Al Ahzab :41. Self remainder, may Allah swt accept our good deeds and shower us His mercy, Ameen.
kebelakangan ni agak kebizian skit, nk buka laptop ni pon mcm berat je!huhuu, sblum ni pon dh ada buat set kambing panggang ni, bleh tgk kat SINI, idea pon xde sngat nk tulis apa pgi ni..Insha Allah smpai jumpa lgi dan mohon maaf atas segala kekurangan yg ada..

 menu ringkas yg yg sihat deh, skli skala berpanggang2 gini..

NASI KAMBING PANGGANG by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg kambing segar - maz guna bahagian ribs
  • 1/2 labu kecil bawang besar bombay *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 2-3 sudu besar sos lada hitam - maz guna jenama puteri dari Msia
  • 2-3 sudu besar sos smoke BBQ - maz guna jenama Life dari Msia
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  •  kicap manis secukupnya
Cara

1. Toskan kambing biar kering sepenuhnya, tumbuk lumat bahan bertanda *
2. Gaul kambing dengan semua bahan, perap 3-4 jam.
3. Panaskan 1 sudu besar minyak sayur/minyak zaitun dalam kuali non stick, susun daging dan masak selama 2-3 minit setiap bahagian atau biar sedikit perang, masak sampai habis.
4. Susun dalam loyang dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180 C, panaskan dulu oven 10 minit sebelum guna.
5. Boleh la dihidang ketika masih panas bersama nasi putih, sambal belacan dan sup, maz buat sup kosong je, rebus sayap ayam sikit.

Nota ilhamdapur : setiap kali nak masak daging baru sentiasa tambah minyak sikit lagi agar kuali tidak hangus, bila dah siap masak, tutup daging dengan aluminium foil sementara tunggu masak daging yang seterusnya agar daging yang sudah masak tidak kering.

kat sni banyk restoran yg ada menu grill2 ni..selalu jgk duk mkn cuma versi arab la, nk order mkn dgn nsi putih pon bleh cuma xde sambal belacan la..

msa beli kambing ni memang amik smua bahagian tulang rusuk sbb nk panggang..

Sunday, October 13, 2019

Nasi Tomato & Sambal Telur Rebus

Assalamualaikum w.b.t
'Rabbana atina fid-dunya hasanatan wa fil 'akhirati hasanatan waqina 'adzaaban-nar' (Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka) Al Baqarah - 201, doa indah yg penuh dgn makna dan disukai oleh Rasulullah saw (Bukhari & Muslim) sama2 kita amal kita amal baca setiap kali dalam solat sebelum bagi salam atau boleh baca bila-bila masa..semoga Allah SWT give us His mercy and forgiveness on the day we will need, Ameen.
ambil peluang dlm skjap dgn waktu yg adak terhad utk update dapur maya ni, masih lgi dgn menu lama..cuma sperti biasa lepas masak tu terus msukkan respi dlm draf dlu sblum terlupa, biasa klu nasi tomato ni pasangannya ayam masak merah..skli sekala tukar dgn sambal telur plak, ternyata teramat sedapp! klu yg xmkn ayam bleh try buat dgn telur rebus ni..pastu ada plak acar mentah, ckup syarat deh..sampai jumpa lagi jika ada kelapangan dan maaf andai ada yg tidak menyenangkan..

kebetulan rajin skit buat la dalca skli, dalca ni dh lama update..cuma nasi je bru nk kluar, huhuhuu! gitu la dapur ni ikut waktu bila ada kelapangan bru la berupdate..respi dalca dan sambal telur tu ada kat link tulisan merah bwah ni, wlu dh lama n3 lah jgk sbb dh ada dlm draf..bleh jgk buat kenangan dan rujukkan akn dtg, Insha Allah..

NASI TOMATO & SAMBAL TELUR REBUS by https://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2 cawan beras basmathi - cuci, rendam 20 minit
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 1 kayu manis, 3 bunga lawang, 5 bunga cengkih, 5 biji buah pelaga (rempah 4 sekawan)
  • 2 helai daun pandan - simpul
  • 3 sudu besar pes tomato - maz guna paste seperti dlm gambar tu, pekat dan ada sedikit rasa manis
  • 1/4 cawan susu segar/susu cair
  • 1 sudu kecil garam dan sedijit aji jika suka/boleh guna kiub pati
  • 3 sudu besar minyak sayur/mentega 
Cara

1. Tumbuk lumat bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak, masukkan bahan tumbuk, rempah 4 sekawan dan tumis biar bawang masak.
3. Masukkan daun pandan, tumis biar naik bau kemudian masukkan pes tomato.
4. Masukkan susu, air secukupnya (ikut sukatan beras masing-masing, maz isi lebih kurang 2cm air dari paras beras), beras, garam, aji jika guna dan sebatikan.
5. Masak seperti biasa dan kacau sekali sekala, masak hingga nasi kering, kemudian gemburkan sikit dengan garfu biar sekata dan biar masak sepenuhnya.
6. Boleh la dihidang bersama, sambal telur rebus, dalca ayam dan acar timun mentah.

stiap kli buat acar mentah memang suka letak buah zaitun ni, sdpp meratah! lebih prefer acar mentah gini dri versi masak tu sbb rsa xmua..

Sunday, March 24, 2019

Gulai Nasi Berlauk Ikan Tongkol & Telur Rebus

Assalamualaikum w.b.t
'SubhaanAllahi wabihamdihi subhaanAllah hil'azim' (Maha Suci Allah dengan segala puji bagiNya, Maha Suci Allah yang Maha Agung), 2 kalimah yg ringan dilidah, berat ditimbangan Al Mizan (Bukhari & Muslim), sama2 kita amal baca selalu sebagai zikir harian..semoga Allah swt make us among those who remember Him much, Ameen.
ni pn lauk yg dh buat berminggu jgk..smbil2 tnggu ank duk mandi nk kluar update lah dlu smentara ada kerajinan ni, kebetulan gmbar yg letak kat fb hritu masih ada lgi dlm folder phone so n3 lah kat dapur usang ni plak utk rujukan akn dtg..skli skala bila teringin masakan kmpung halaman, bgi sesetngah yg xbiasa dgn lauk ni mungkin rasa pelik deh ikan tongkol gulai skli dgn telur rebus..tpi serius sedapp!! nk buat lauk ni pon mudah sngat, bleh buat mkn nsi bertambah2..Insya Allah smpai jumpa lgi di lain waktu dan mohon maaf atas apa yg tidak memuaskan..

Gulai Nasi Berlauk Ikan Tongkol & Telur Rebus by https://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan tongkol saiz sederhana - cuci bersih, toskan
  • 3-4 biji telur rebus
  • 1/2 labu bawang besar bmbay/bawang merah * 
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci lengkuas * 
  • 1-2 sb cili kisar
  • 1/2 sb serbuk kari
  • 1/2 sb serbuk cili
  • 1/2 sk serbuk kunyit 
  • 2 cawan santan pekat
  • asam keping 
  • nisan/gula melaka
  • timun, cili merah/hijau
  • garam, gula n aji jika suka
  • budu sikit - optional
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Rebus ikan dengan sedikit nisan, 3-4 asam keping, garam, gula n sedikit aji jika suka - air rebusan ni jangan dibuang.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau dan bawang masak.
3. Masukkan serbuk kari dan tumis seketika, kemudian masukkan cili kisar, serbuk cili dan serbuk kunyit, tumis biar cili masak.
4. Masukkan santan dan air rebusan ikan tadi bersama sekali dengan asam keping, timun, cili dan masak hingga mendidih.
4. Masukkan ikan, masak seketika lgi dan perasa secukup rasa biar ada sedikit rasa masam yg seimbang.
5. Untuk buat sambal tu kisar cili padi bersama cuka/jus limau nipis, gula, garam, aji dan biar ada rasa masam manis yang sedikit menyerlah.

selain gulai ikn tongkol, buat jgk ayam goreng kunyit skli sbb ank bongsu sorang tu xmkn ikan..pastu smbal lada tu kena ada lah kan, buat smbal 'jate' org klntan panggil..kisar cili je pastu perasa dgn cuka biar ada rasa masam lebih skit, gula, garam dan aji..walalaaa terasa mcm mkn kat kedai tepi jln plak, hihii..

Thursday, March 14, 2019

Nasi Tomato

Assalamualaikum w.b.t
'Allahumma inni as'aluka ‘ilman naafi'an, wa rizqan tayyiban, wa 'amalan mutaqabbalan' (Ya Allah aku memohon kepada Mu ilmu yang bermanafaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima)
 sama2 kita amal baca sebaik bagi salam selepas solat subuh, Sunnah RAsulullah saw..semoga permulaan hri kita diberkati dan Allah swt guid us to what's best and keep us steadfast on His straight path, Ameen.
maraton skit lah ye smentara ada masa free ni, nasi tomato ni buat skli dgn daging masak sambal dan acar timur tengah tu..klu nsi jenis berperisa gini memang laku keras la org kata kat rumah ni, buat slalu pon tkpe..nsi tomato ni pun ringkas je, xde letak raisin atau gajus apa..ada je stok dlm peti tu saja xbuh nti ank2 tolak tepi jgk..cuma resepi kli ni maz msukkan mentega dan susu segar kemudian agar nasi tu terasa lemak dan lembab bila dh masak. ok lah rspi ringkas ada kat bawah tu klu ada yg nk try cara maz ni, semoga dpt dimanafaatkan bersama..

Bahan-bahan
  • 2 cawan beras basmathi - rendam dalam 30 minit dan toskan
  • 1/4 labu bawang besar bombay *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 1 batang serai *
  • 3-4 sudu besar pes tomato (maz guna pes tomato mcm dlm gambar kat bawah tu, pes tu pekat dan xmasam)
  • 1 helai daun pandan - koyak dan simpulkan
  • 1 batang kayu manis, 3 kuntum bunga cengkih, 3 biji buah pelaga, 3 kuntum bunga lawang (rempah 4 sekawan)
  • 1 kiub pati ayam/daging/serbuk pati
  • 1/4 cawan susu segar
  • 2 sudu besar mentega lembut
  • 3 sudu besar minyak jagung/canoli/dll
guna paste ni la utk nasi tomato tu..klu buat sos piza atau spgheti pon guna yg ni jgk, sedap pes kat sni ada rsa manis skit dan wrna masakan pon cantik, xsama mcm tomato puri (update)

Cara

1. Kisar lumat bahan bertanda * (sebenarnya maz amik dari bahan kisar daging masak sambal ni je, ketepikan dlm 1sudu).
2. Dalam periuk panaskan minyak, masukkan rempah 4 sekawan dan bahan kisar. Tumis hingga naik bau, masukkan daun pandan dan tumis biar bahan rencah masak.
3. Masukkan pes tomato, masak sekejap kemudian masukkan beras dan air secukupnya, dalam 1 liter.
4. Masukkan kiub pati dan masak hingga mendidih dan nasi masak 80%.
5. Bila nasi dah masak 80%, toskan nasi tadi (tak perlu tos sampai kering sangat, cukup sekadar buang air), kemudian masuk balik nasi tadi dalam periuk bersama mentega dan susu segar, kacau perlahan biar sebati dan masak lagi (tekan on balik periuk nasi letrik) hingga nasi masak sepenuhnya, 6. Bila dan masak gembur dengan perlahan sikit nasi.
Nota ilhamdapur : klu nak letak raisin dan gajus pon boleh, masukkan ketika proses no 5.

pasangannya buat kari telur sbgai kuah, biasa kari ayam..Alhamdulillah sdpp la mkn berulamkan acar mentah sayuran tu..

Sunday, September 25, 2016

Hainanese Chicken Rice Lagi

 Assalamualaikum w.b.t 
'Allahumma innii zhalamtu nafsii zhulman kat'siiran wala yagh'firudzunuu'ba illa anta, fagh'firlii maghfiratan min in'dika warhamnii innaka'an tal'ghafuur ru'rahim' 
(Ya Allah, aku melakukan kezaliman yang banyak atas diriku sendiri dan tiada yang mengampuni dosa selain Engkau, maka berilah aku keampunan dari sisiMu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang), doa yang cukup indah yg diajar oleh Rasulullah saw kepada sahabat yg paling disayangi baginda, Sayyidina Abu Bakar As Siddeq R.A, sahabat yang telah dijanjikan syurga, sama2 kita amal baca selalu, semoga Allah swt forgive our sins we have done and accept our doa, Ameen.
menu yg teramat kerap duk ulang buat, bleh kata setiap bln mest masak nasi ayam..tpi mcm selalu la jgk, ni pon kejadian awal bln 5 lgik! utk nasi tu tumis bawang bersama daun pandan, wangi semerbak baunya..pastu masuk kicap sikit nak bgi gelapkan warna nasi, klu dedulu letak kunyit, kat rumah ni semua suka nasi ayam yg mami buat..anak2 plak lebih minat nasi jenis 1 lauk gini, mungkin sbb dh biasa dgn nasi arab..tpi nasi ayam ni memang mudah sangat nk buat deh, tukang masak ni suka masak yg simple gini..resipi sama je mcm yg dh ada kat sini, InsyaaAllah jumpa lagi dan maaf atas apa yg tidak menyenangkan..

afiq la fanatik sangat dgn nasi ayam mami dia ni, klu buat tiap2 minggu pon tkpe..maz letak halia dan bawang putih bnyk nk bagi bau fresh, jdi xde la bau hanyir ayam.

HAINANESE CHICKEN RICE by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg ayam - jangan potong, cuci dan toskan (maz guna ayam sekor berat 1kg) 
  • 2 inci halia
  • 1 labu bawang putih
  • 1/2 sudu besar kicap manis *
  • 1 sudu besar sos tiram *
  • 1/2 sudu besar madu *
  • garam secukup rasa
Cara
1. Tumbuk lumat halia dan bawang putih, amik separuh dan lumur pada ayam termasuk dicelah kulit, separuh lagi tu ketepikan untuk guna kemudian.
2. Didihkan air dengan sedikit garam atau serbuk pati, masukkan ayam dan rebus hingga ayam lembut (dalam 20 minit gitu atau bergantung pada saiz ayam), keluarkan ayam dan simpan air rebusan.
3. Ambil separuh pulak dari bahan tumbuk yang disimpan tadi, sebatikan dengan semua bahan bertanda *, ketepikan 1 sudu kecil campuran ni untuk masak nasi, yang selebihnya lumur pada ayam.
4. Letak ayam dalam loyang, bakar selama 30-35 minit atau hingga perang dengan suhu 180 C, panaskan dulu oven 10 minit sebelum masuk ayam.

Nasi
  • 2 cawan beras basmathi - cuci, toskan
  • 2 helai daun pandan - simpul
  • 1/2 inci halia - hiris nipis
  • 2-3 sudu besar minyak sayur
  • 1 kiub pati ayam/garam
  • baki bahan tumbuk dari ayam
Cara
1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk yang separuh lagi tu biar naik bau, masukkan daun pandan.
2. Masukkan campuran sos (baki yang simpan untuk lumur pada ayam tadi), beras, halia dan separuh air dari rebusan ayam tadi (simpan sikit untuk sup), kalau air rebusan tak cukup, boleh tambah air biasa dan boleh tambah kicap lagi jika perlu.
3. Masukkan kiub pati atau garam secukup rasa, masak seperti biasa, bila nasi dah mendidih kacau sikit biar sebati, biar nasi masak sepenuhnya.
4. Sedia dihidang bersama kicap, air cili, salad dan sup (sup tu masak balik sekejap dan suaikan secukup rasa), tabur bawang goreng dan sedikit daun bawang.
5. Untuk resipi sambal cili dan kicap ada kat sini.

selepas buat yg ni, rsanya dh lebih 6-7x duk buat plak nasi ayam ni..bru je minggu lepas pon bernasi ayam ni jgk, cuma xsnap je..bkn apa yg ni pon baru nk update! tukang masak ni klu mkn nasi ayam suka curah air cili bnyk2 atas ayam, meratah pon sedapp..

Tuesday, September 6, 2016

Nasi Biryani Kambing

 Assalamualaikum w.b.t 
'Astaghfirullah robbal baraya, Astaghfirullah minal khotoya' (Ampuni hambamu ya Allah, Tuhan sekalian makhluk, Ampuni hambamu ya Allah dari segala dosa), semoga Allah swt forgive and show us what the best , Ameen.
bertemu skli lgi, ni pun kena cepat2..nk msuk dapur plak, anak2 dh start skolah sibuk la sikit..kena masak on time, ok la kambing masak biryani tu buat utk nasi ni..saja n3 asing2 senang refer resipi kambing kat situ , kerap jgk duk buat nasi biryani ni ,cuma xsnap selalu..kekdang buat nasi biryani layan dgn kari ayam je..dlm puasa hritu pon ada buat, biasa sngat dgn nasi biryani ni klu mkn kat luar, oder utk afiq yg xleh tinggal nasi..dia mesti kena mkn skli shari, restoran arab pun ada jgk jual nasi biryani ni..mokcik ni suka msak yg cepat gini, xpyah nk buat bnyk lauk..InysaaAllah jumpa lagi, dh pkul 11 lebih..ayam dlm sink duk panggil tu! dan maaf atas segala silap yg ada..

lepas rebus beras dan tos, proses layer dgn lauk kambing yg dh masak tdi..pastu masak seperti biasa sekejap lagi biar nasi masak sepenuhnya..warna kambing ni agak pucat sikit sbb bru masak je, yg gmbar kambing masak biryani tu maz snap yg dh masak lama sbb memang xmasuk smua dgn beras ni..lain kli xnak masuk lauk yg dh masak stu skli dgn nasi gini, lauk jdi kering plak..masak je nasi mcm ni tanpa letak lauk, pastu bila nak hidang tuang nasi separuh baru letak lauk kambing..

NASI BIRYANI KAMBING by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 2 cawan beras basmathi
  • 5 biji buah pelaga
  • 1/4 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1 labu bawang besar goreng
  • 3 biji cili adi hijau/cili hijau - potong
  • daun ketumbar cincang
  • garam
  • kambing masak biryani
Cara


1. Cuci beras dan rendam bersama 1 sudu kecil garam selama 30-40 minit,  toskan.
2. Dalam periuk masukkan 2-3 liter air bersama buah pelaga, serbuk kayu manis dan 1/2 sudu kecil garam, masak hingga air mendidih.
3. Masukkan beras dan masak biar beras masak 70-80 %, toskan dan gaul sikit perlahan-lahan  dengan minyak sapi, guna garfu je.
4. Dalam periuk (maz guna rice cooker terus) letak separuh beras tadi, 3-4 ketol kambing dan sedikit kuahnya, titik 3-4 tempat warna kuning dan oren, kemudian tabur sedikit bawang goreng, daun ketumbar dan cili potong.
5. Ulang buat 1 lapis lagi, lapisan atas ni tuang 3-4 titik air ros jika ada.
6. Tutup periuk dengan aliminium foil, kemudian baru tutup dengan tudung periuk dan tekan butang periuk seperti biasa biar nasi masak sepenuhnya (dalam 4-5 minit gitu).
7. Bila nasi dah masak, gembur perlahan-lahan dengan garfu biar warna bersatu dan sedia untuk dihidangkan.
8. Untuk buat bawang goreng, hiris nipis bawang besar dan goreng hingga perang, maz buat bawang goreng ni dulu dan minyak bawang goreng tu guna untuk tumis bahan masak kambing biryani.


Nota ilhamdapur : kalau tak nak masuk sekali lauk pun boleh, buat cara no 4 tu tanpa masuk lauk yang dah masak, bila nasi dah masak sepenuhnya dan nak hidang baru letak lauk, buat macam ni lauk tak jadi kering dan lebih cantik.

harum semeurbak bila buka periuk, air rose tu klu xde pun tkpe..kat Msia, pasaraya mydin ada jual..maz pernah tgk dlu, time nak gaul tu buat slow2 je agar beras tak patah dan guna beras basmathi yg elok bru nasi cantik..

Sunday, August 21, 2016

Nasi Goreng Paprik

 Assalamualaikum w.b.t
'SubhanAllah 33x, Alhamdulillah 33x, AllahuAkbar 33x, La ilaha illallahu, wahdahu la sharika lahu, lahul-mulku wa lahul-hamdu, wa huwa `ala kul'li shai’in qadir 1x', zikir selepas solat fardhu sunnah Rasulullah saw. (Sabda Rasulullah saw : Barang siapa yang membacanya selepas solat fardu, akan dihapuskan dosanya walaupun sebanyak buih dilautan - Hadith Muslim), sama2 kita amalkan, semoga Allah SWT accept our good deeds, forgive our sins, our parents and bless us with His mercy, Ameen.
cerita nasi goreng la skli sekala, stu hritu tetiba rjin nk buat nasi goreng gini..tpi ni pun dh berbln2 la jgk kejdiannya, ada jgk kekdang tu goreng nasi klu ada nasi lebih..cuma goreng cincai2 je, stkat tumis bwang, msuk ikn bilis nga tlur..tpi maz suka nasi goreng kmpung gitu lgi, pastu ketuk cili padi 2-3 biji deh..lauk paprik ni kerap jgk duk buat, biasa anak mkn dgn nasi putih..hritu tukar buat versi nasi goreng gini, cuma kena 2x kerja la..pas dh buat lauk tu, goreng plak dgn nasi..tpi xde la susah mna pon kan, ni pun buat mudah2 je..InysaaAllah jumpa lagi dan maaf atas segala yg tidak menyenangkan..

NASI GORENG PAPRIK by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1 mangkuk nasi putih  -kalau boleh guna nasi yang dh sejuk
  • 1 mangkuk kecil isi ayam, hiris nipis
  • 1 ulas bawang putih - ketuk
  • 1 batang serai - ketuk
  • 3-4 helai daun limau purut
  • 2-3 sudu besar cili kisar - rebus cili kering, kisar
  • 2 sudu besar sos cili 
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1/2 labu bawang besar - hiris kasar (kalau boleh guna bawang besar holand, maz takde stok, guna bawang bomba je)
  • sayuran - maz guna apa stok yang ada
  • sedikit garam, gula dan aji
  • sedikit minyak untuk menumis
Cara

1. Panaskan minyak dalam 3-4 sudu besar (kira padan dengan isi ayam la ye), masukkan ayam dan goreng hingga masak, dalam 4-5 minit gitu, angkat dan ketepikan.
2. Dengan kuali yang sama, panaskan sedikit minyak lagi untuk menumis, masukkan bawang putih dan tumis sekejap kemudian masukkan cili kisar, serai dan masak dengan api besar selama 5-6 saat sambil dikacau cepat-cepat, kecilkan api. 
3. Masukkan semua jenis sos, sayur, daun limau, ayam dan suaikan secukup rasa, masukkan air secukupnya.
4. Masak seketika lagi biar ayam sebati dengan bahan sos dan sayur layu, angkat ketepikan dulu.
5. Dengan kuali yang sama, panaskan sedikit minyak, masukkan nasi dan kacau balik biar sebati, masukkan kuah paprik, sebatikan dan masak seketika lagi.
6. Boleh la dihidang bersama lauk tadi dan telur mata serta timun.

kira menu mudah, smua dlm 1 pinggan..memang sedap la layan dgn telur mata, nk mkn kat kedai xde jual..maka goreng la sdrik, syur pon main buh je apa stok yg ada..

Sunday, August 14, 2016

Nasi Lemak Sambal Telur Rebus

 Assalamualaikum w.b.t 
Dari Aisyah ra : 'Rasulullah saw tidak pernah meninggalkan solat sunnat Fajr samada semasa di rumah atau ketika musafir' "Sadba Rasulullah saw, 2 rakaat sunnat Fajr (sebelum solat subuh) adalah lebih baik dari segala isi dunia, Sahih Muslim", semoga kita istiqomah dan Allah swt bless us, guide us to the right path dan grant us, all our parents ultimately Jannah, Ameen.
bertemu skli lgi, mood tgh ada ni update je la deh..sbnarnya ni pun bru blik kluar ptg tadi prgi beli buku skolah abangngah, pastu otw blik singgah kat hardee's alas perut skli lah..nasi lomak ni bleh kata menu yg kerap sangat duk buat, lauk sambal telur ni pun selalu jgk sbb semua suka, kekadang tu buat mkn dgn nasi tomato ganti ayam masak merah..dlm puasa hritu pun 2-3x jgk rsanya buat sambal telur rebus ni, cuma ni bru nk snap..dedulu dh ada n3 skli rsanya sambal telur ni, lauk ringkas yg sedap..klu anak tgk ni sure suruh buat plak utk pgi esk, abangngah dgn babanya la suka sangat dgn sambal telur rebus ni..InysaaAllah jumpa lagi dan maaf atas silap yg ada..

biasa layan nasi lemak dgn telur mata atau ayam sambal, tukar dgn sambal telur la plak..sedapp! maz xbuat sambal nasi lemak dh la, kira guna sambal telur ni je..

NASI LEMAK SAMBAL TELUR REBUS by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 5 biji telur rebus
  • 1 labu bawang besar bombay *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 1/2 cawan cili kisar - rebus cili kering, kisar lumat
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 inci nisan keping/gula melaka
  • gula, garam dan sedikit aji jika suka
  • nasi lemak daun limau purut, bilis goreng dan timun
  • minyak untuk menumis secukupnya
Cara

1. Kisar lumat bahan bertanda *.
2. Panaskan minyak untuk menumis secukupnya, goreng telur rebus dulu biar sedikit perang atau berkerak keliling telur, angkat dan ketepikan.
3. Dengan minyak yang sama, tumis bahan kisar hingga naik bau, kemudian masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
4. Tambah 2-3 sudu besar air dan tumis lagi biar cili masak lama sikit, masukkan nisan, sos tiram, sos cili, gula, aji dan garam.
5. Masak dengan api sederhana sambil dikacau sekali sekala, masukkan sedikit air dan masak hingga sambal masak sempurna.
6. Masukkan telur yang digoreng tadi dan sebatikan, padamkan api.
7. Boleh la dihidang bersama nasi lemak, ikan bilis goreng dan timun.

nasi lomak ni bleh kata menu wajib seminggu sekli, nk beli xde jual..jdi kena la buat sdrik, utk nasi lemak tu maz guna beras ponni dan buat nasi lemak daun limau purut mcm selalu..sblum ni guna beras basmathi, semnjak diet hritu tukar mkn beras ponni plak sbb beras ni xberkanji..nasinya lagi ringan dri beras basmathi, kat sni ada mcm2 beras..beras USA parboiled la, egypt, italy, india jgn ckp la..bnyk jenis sangat, beras ponni pun mcm2 ada..

Monday, August 8, 2016

Set Bubur Nasi

Assalamualaikum w.b.t
'Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardi wala fis sama' wa huwa sami'un alim' (Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit selagi bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui), sama2 kita amal baca doa ni 3x pagi dan 3x petang, sunnah Rasulullah saw..semoga Allah swt protect us, our families and always keep us safe, Ameen.
semlm kemain lgi rajinnya smpai updated 3x, hri ni liat la plok! xskli sekala layan selera dgn bubur nasi, tetiba satu hri tu terasa nk mkn bubur nasi..tpi ni cerita 3 sbln sudah la ye, pasangannya ayam krispy dan brussels sprouts tu..sedap la mkn dgn ayam manis tu, ada telur masin dan sayur campur plak..dedulu biasa jgk duk mkn bubur nasi thai kat 1 kedai tomyam dkat kwsan rumah tu, tpi smjak deretan kedai mkn tu dh xroboh..dh bertahun la xjumpa bubur nasi yg sedap, area kampung baru pun sedap jgk bubur nasinya..msa blum kahwin dlu ada jgk duk mkn kat situ, kedai Kak Dah nasi campur tu..pastu dh berbelas thun la xmsuk kampung baru, selalunya klu nasi bubur ni menu utk org demam deh..tpi klu dh ckup dgn lauk pauk bagai ni, org sihat la yg berseleranya..klu org demam letak la lauk apa pun jarang nk ada selera mkn dh, bubur gini layan dgn bilis goreng pun sedap kan..InysaaAllah jumpa lagi dan harap dimaafkan segala silap yg ada..

SET BUBUR NASI by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
Cara

1. Cuci beras dan masak seperti biasa hingga nasi kembang macam bubur, kalau tengok kurang air boleh tambah, sekali skala kacau. Kalau nak lagi senang dan cepat boleh masak dalam periuk tekanan.
2. Boleh la dihidang bersama lauk pauk dan sayur pilihan.

dh berbelas thun xmsak bubur nasi ni, pastu kemain la sedapnya masuk beras dlm periuk..bila masak tu diaaa! 1 periuk penuh, tu pun hampir xmuat periuk..tu yg bubur pun berketul xbleh nk tmbah air dh, esknya smbung mkn dgn lauk tomyam plak sbb bubur lebih bnyk, nk buang membazir plak nasi tu..

Wednesday, August 3, 2016

Ghozi Chicken Ala Karami Restoran

Assalamualaikum w.b.t
'SubhanAllah 33x, Alhamdulillah 33x, AllahuAkbar 33x, La ilaha illallahu, wahdahu la sharika lahu, lahul-mulku wa lahul-hamdu, wa huwa `ala kul'li shai’in qadir 1x', zikir selepas solat fardhu sunnah Rasulullah saw. (Sabda Rasulullah saw : Barang siapa yang membacanya selepas solat fardu, akan dihapuskan dosanya walaupun sebanyak buih dilautan - Hadith Muslim), sama2 kita amalkan, semoga Allah SWT accept our good deeds, forgive our sins, our parents and bless us with His mercy, Ameen.
bertemu kembli, pgi ni bersiaran dri rumah baru di Mahooz..sbnarnya xde la jauh mna pun rumah yg duk dlu dgn yg bru pindah ni, 15 minit je drive..maklum la bahrain ni kecik je, 3 jam hbis la pusing satu negara..ada jgk rsa nk buat n3 rumah2 yg dh duk kat sni sbgai kenangan, tpi tu la gambar lama dlm folder pun dkat 50 rspi lgi duk tnggu Q! ok la cerita pasal nasi yg dh lama jgk kejadiannya, buat pertengahan bln 4 lgi..huhuu! dapur ni biasa la, asik kluar yg dh outdated..tkpe la deh gambar dh basi pun, tepek la jgk sebagai kenangan dan rujukan akn dtg..nasi ni sbnarnya ilham dri nasi kat restoran Karami, kerap jgk la odar nasi kat stu..afiq memang suka nasi, klu mkn kat luar mesti pesan nasi utknya..jdi tu yg maz cuba buat sdrik plak, tukang masak ni gitu la..ada je yg nk try n error, Alhamdulillah bleh la utk 1st try mkn sdrik tu..pun buat berpandukan pada rasa nasi yg anak odar je, mna bleh masuk dapur org kan..suami dgn anak pun mkn bertambah2, kat sni ada mcm2 jenis nasi, versi arab lain, turkish lain, lebanese stail dia, tu blum masuk yg pakistan dan restoran india lgik..cuma nasi mereka ni sama bab lauk je, semua jenis togel gini la..ala2 nasi minyak kita gitu, mudah je nk buat pun..mkn pun sedap, terima kasi sekali lagi pada yg sudi singgah dapur suam ni..semoga apa yg tidak sempurna dpt dimaaftkan dan Inysaa Allah jumpa lagi..

nasi ghozi kat restoran karami, ada pilihan lauk kambing atau ayam..yg maz buat tu terkuning skit..restoran ni ala carte ada, nk join buffet pun bleh..

GHOZI CHICKEN  ALA KARAMI RESTORAN by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg ayam - potong 4
  • 1 labu bawang besar bombay *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 1/2 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecilserbuk kunyit
  • 1 kayu manis, 5 kuntum bunga cengkih, 5 biji buah pelaga
  • 1 sudu besar pes tomato
  • 2 biji cili hijau 
  • garam, gula secukup rasa
  • sedikit minyak sayur untuk menumis
Nasi
  • 2 cawan beras basmathi - rendam 20 minit
  • 1 kayu manis, 5 kuntum bunga cengkih, 5 biji buah pelaga
  • 1/2 sudu kecil lada hitam biji
  • 2 sudu besar minyak sayur
  • sedikit garam/kiub pati ayam
  • sedikit pewarna kuning
Cara

1. Kisar lumat semua bahan bertanda *, ketepikan 1/2 sudu kecil untuk untuk masak nasi.
2. Panaskan minyak untuk menumis secukupnya, masukkan kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga, tumis sekejap.
3. Masukkan bahan kisar, tumis biar wangi dan bawang masak, masukkan serbuk ketumbar dan serbuk kunyit.
4. Masukkan pes tomato, masak sekejap lagi biar sebati, kemudian masukkan ayam, masak biar ayam mesra dengan bahan rempah sambil dibalik sekali sekala.
5. Masukkan air secukupnya (agak-agak la ye, kira padan dengan bahan rencah), garam, gula, cili hijau dan masak biar mendidih lama sikit agar ayam lembut, padamkan api.
6. Untuk masak nasi, panaskan minyak, tumis bahan rempah sekejap, bahan kisar yang diasingkan tadi dan kuah ayam.
7. Masukkan beras dan air secukupnya jika perlu atau cukup dengan guna kuah ayam saja (maz isi air 2-3cm dari paras beras), sedikit garam dan pewarna kuning, kacau sebati dan masak seperti biasa sambil dikacau sekali sekala agar tidak berkerak.
8. Bila nasi dah masak, gemburkan sikit dengan garfu dan boleh la dihidang dengan ayam tadi.

Nota ilhamdapur : ayam tu bila dah masak, kalau nak bakar dalam oven sekejap pun boleh, nak hidang bersama acar atau sambal cili pun sedap juga.

yg kat restoran tu ayam dibakar oven skejap bila dh masak tu, jdi ayamnya merah dan garing skit..ni nk cepat, malas nk masuk oben..nasi ni mujur la lepas buat tu terus tulis resipi kat draf, klu dak memang sah lerr xhingat dh masuk apa..selalunya gitu la, maz akan terus masukkan kat draf dlu takut lupa..

Wednesday, May 11, 2016

Nasi Stik Lada Hitam

 Assalamualaikum w.b.t
'Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku', sebahagian dri khutbah terakhir Khalil Allah, junjungan yg amat kita kasihi Rasulullah saw pada 9 Zulhijjah 10 Hijrah, di ARAFAH, semoga Allah swt guide us to the straight path, Ameen.
update gmbar lama la plak, kejadian bln 2 lgik ni! banyk lgik gmbar dlm folder tu yg duk tnggu Q..tkpe la ye wpun dh lama selamat nasi ni, maz tepek la jgk kat sni sbgai rujukkan..dtg ilham nk buat nasi dgn steak ni sbb adik2 kat Msia klu prgi mkn ada la jgk wssap gmbar mereka mkn2, ada skli tu gmbar menu udg, ada pasta dgn sos lada hitam gini..jdi dri situ la dpt idea buat versi steak dgn nasi ni, sedap rupenya! mcm kita mkn lauk daging masak lada hitam la kan..skrang ni bnyk tempat mkn yg menunya mcm2 jenis deh, dunia masakan makin canggih, org dh bleh terima kepelbagaian hidangan..Inysaa Allah semoga jumpa lagi dan maaf atas apa yg tidak sempurna..

dging ni maz beli kat pasar, dh biasa dgn org jual tu..ckp je nk sirloin part, cuma harga daging dan kambing dh naik 2x ganda since sethun yg lalu..kerajaan dh tarik balik semua subsidi daging dan kambing, sama dh harga mcm kat Msia..

NASI STIK LADA HITAM by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 3 keping daging steak (bahagian sirloin)
  • 3cm hiris halia - tumbuk lumat
  • 1 sudu besar sos lada hitam - maz guna jenama Puteri bawa dari Msia
  • sedikit kicap manis
Sos Lada Hitam
  • 1/2 labu bawang besar - belah 3 *
  • 1/2 kiub pati daging *
  • 1/2 sudu besar mentega
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar sos lada hitam 
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 sudu kecil madu
  • 1 sudu kecil lada hitam - tumbuk halus sikit
  • sedikit kicap manis
Cara

1. Dalam periuk satukan air dalam 1 cawan lebih sikit bersama bahan bertanda * , masak biar mendidih lama sikit, padamkan api, tapis dan ketepikan.
2. Cairkan mentega, masukkan tepung gandum dan kacau agar tidak berketul, masukkan air rebusan bawang tadi dan kacau biar sebati.
3. Masukkan sos lada hitam, sos tiram, madu, lada hitam tumbuk dan sedikit kicap manis untuk gelapkan sos, masak biar sos jadi pekat, suaikan secukup rasa.
4. Untuk stik, lumur daging dengan semua bahan diatas, perap 30 minit.
5. Dengan kuali non-stick, panaskan sedikit minyak zaitun, letak daging dan masak selama 3-4 minit setiap bahagian biar sedikit perang, angkat dan bungkus dengan aluminium foil agar daging tidak kering sementara masak daging yang seterusnya.
6. Boleh la dihidang bersama nasi putih, coslow atau timun dan tomato.

dging maz guna bahagian sirloin, masak skejap je dh lembut dan juicenya..menu ringkas yg enak! tukang masak ni memang suka klu jenis gaya masak yg cepat ni..dh bnyk bln jgk la xpergi pasar besar, duk beli lauk kat pasaraya je..yg xpergi pasar tu sbb duk diet, jdi xde la nk msak daging2 sangat..bnyk mkn ayam dgn sayur je..

Friday, May 6, 2016

Nasi Lemak Sotong King Ala Kedai

 Assalamualaikum w.b.t
 ''Rabbana aatina min ladunka rahmatan wa hayyi' lana min amrina rashada' (Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami (Al-Kahfi - ayat 10) sunnah Rasulullah saw baca surah Al-Kahfi pada malam atau hari jumaat, setidaknya 10 ayat pertama, sama2 kita amalkan..semoga Allah swt bless and give us mercy, Ameen.
bertemu skli lagi, kita layan nasi lomak sotong king mcm yg pemes kat Msia nun la plak..memang berlemak dh la pon smjak karam diet sminggu ni..dgn donatnya, nasi lomak la, diet Atkins ptutnya sotong ni jgn amik la..tpi sbb minggu xberdiet, tu yg langgar segala pantangnya..nasi masih buat nasi lemak daun limau purut, maz memang suka baunya..wangi semerbak, cuma sambal je xmsuk bilis goreng sbb nk buat mcm yg org jual tu la kononnya..memang layan nasi lemak hbis la wken lepas, mkn ketat2 molot..adoiii! maz guna beras basmathi sbb xnk berkanji sangat, skrang ni beli beras ponni plak, alasannya bleh la mkn nasi skit sbb beras ponni ni berkhsiat dan kurang kanji kan! selamat berhujung minggu, Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas kekurangan yg ada..

sotong pun memang besar..maz goreng 2 ekor je, dpt sepinggan besar penuh..xdan nk snap yg dh potong, customer dh duk menunggu..kang posing lebih2 sjuk xsdp nk mkn plak deh..

NASI LEMAK SOTONG KING ALA KEDAI by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan

Nasi
  • 2 cawan beras basmathi
  • 1/2 cawan santan
  • 3-4 helai daun limau purut
  • 1 helai daun pandan
  • 1 inci halia - hiris
  • 2 sudu besar minyak sayur
  • 1/2 sudu kecil garam
  • sedikit pes pandan/pewarna hijau - bancuh dengan air sikit
Cara

1. Cuci beras macam biasa (beras ni kalau nak rendam sekejap dulu pon boleh, maz terus masak je), masukkan semua bahan lain bersama dan air secukupnya (maz isi dalam 3cm air atas paras beras atau ikut sukatan beras masing-masing), sebatikan.
2. Masak seperti biasa hingga mendidih, kacau sikit agar sekata, bila nasi dah nak keirng, tuang pewarna hijau kat 1 bahagian kecil, sebatikan dan biar nasi masak sepenuhnya (ni cara maz la, kalau nak masak nasi lemak pandan asing pun boleh).
3. Boleh la dihidang bersama sotong goreng tepung, telur mata kerbau dan bahan sampingan yang lain.

Sambal 
  • 1 labu bawang besar, kalau kecik guna 2 *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 1/2 cawan cili kisar
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 keping asam gelugur
  • sedikit air belacan
  • sedikit nisan/gula melaka
  • garam, gula secukup rasa dan sedikit aji jika suka
Cara

1. Dengan pengisar kering, kisar lumat bahan bertanda *.
2. Dalam kuali, panaskan minyak untuk menumis secukupnya, tumis bahan kisar sekejap biar wangi dan bawang masak sikit.
3. Masukkan cili kisar, masak hingga pecah minyak sambil dikacau sekali sekala, masukkan air belacan, asam keping, sedikit air dan semua bahan lain, perasa secukup rasa dan masak biar lama sikit biar sambal pekat dan masak sempurna, sejukkan.

Sotong
  • 2 ekor sotong saiz besar
  • 2 biji telur + garam sikit - kocok dengan garfu
  • 1 cawan tepung serbaguna @ tepung gandum - masukkan dalam plastik bersih
  • lidi sate
Cara

1. Belah sotong guna gunting dibahagian tengah perutnya, jangan cabut kepalanya, keluarkan gigi dan cuci dalam perutnya, toskan biar kering.
2. Panaskan minyak untuk menggoreng secukupnya (kuali biar cukup besar sebab nak goreng sekali dengan lidi), celup sotong dalam telur, masukkan dalam tepung dan goncang biar bersalut tepung, kemudian ulang sekali lagi proses ni, maknanya lepas dah salut tepung, masukkan dalam telur semula dan masuk dalam palstik tepung sekali lagi, tujuannya agar kerat tebal.
3. Cucuk kat lidi, goreng biar perang sikit dikedua bahagian, angkat dan toskan.

pastu buat nasi lemak pandan skit, nk ikut jgk mcm yg org jual..cuma maz masak dlm 1 periuk je, bila nasi dah nak kering..masukkan pes pandan atau pewarna hijau kat 1 bahagian, pastu sebatikan..jdi dlm 1 periuk ada 2 jenis la, senang keje..lgi pun buat sejemput je pon nasi lemak ijau tu..

Saturday, April 16, 2016

Soto Padang

Assalamualaikum w.b.t 
'La ḥawla wa laquwwata illa billah' (tiada daya upaya melainkan padaNya jua la tempat berserah), semoga kita sentiasa dlm lindunganNya, Ameen.
kerap plak update menu sup smjak kbelakang ni, cuba sup dri tanah seberang plak..sbnarnya xde plan langsung nk buat soto padang ni, satu hritu bila tnya esk nk mkn apa..tetiba yg bongsu ckp, mommy, teringin la nk mkn sup dgn nasi mcm yg kita mkn kat Indonesia dlu..tpi ni cerita awal bln 3 hritu lagik la ye, mcm biasa la kena peram dlu..selalunya maz memang akan tnya mintak idea utk masak, senang sikit xde nk pikir bnyk bila ada yg bagi suggestion kan! Alhamdulillah puas hati la semua dpt mkn soto padang ni! memang sedap, kat rumah ni klu jenis sup gini hari2 pun tkpe..kelainan soto padang ni dagingnya digoreng plak selepas rebus, supnya agak berempah sikit dan aroma segar daun limau purut semerbak baunya! pastu dihidang dgn begedil kentang dan keropok warna warni..utk rempah tumisnya tu maz ikut mcm rspi kari gaya india yg pernah duk masak sblum2 ni, kat sini pun ada, cuma ubah skit2..sama jgk dgn sup daun limau purut ni, terima kasih skli lgi pada yg sudi singgah dpur kcik ni..semoga ada yg dpt dimanafaat bersama, maaf atas segala silap yg ada dan Inysaa Allah jumpa lagi..

SOTO PADANG by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1/2kg daging - potong kasar
  • 1 labu bawang besar bombay, kalau kecik guna 2 *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 3 hiris hunyit hidup *
  • 1 batang serai - ketuk
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 2 biji buah keras - tumbuk halus
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih (cumin)
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 kayu manis, 3 bunga lawang, 5 biji bunga cengkih, 5 biji buah pelaga (rempah 4 sekawan)
  • 1 keping asam gelugur
  • sedikit kicap manis - untuk gelapkan kuah
  • garam, gula dan aji 
  • begedil kentang, keropok, nasi putih, daun bawang/daun sup, bawang goreng
Cara

1. Dengan pengisar kering, kisar lumat semua bahan bertanda *
2. Dalam periuk tekanan panaskan minyak secukupnya untuk menumis, masukkan rempah 4 sekawan, kemudian masuk bahan kisar, serai dan tumis biar wangi dan rencah masak.
3. Masukkan semua rempah serbuk, tumis seketika lagi, masukkan air secukupnya (dalam 1 1/2 liter, atau kira padan dengan bahan rempah), masak biar mendidih.
4. Masukkan daging, daun limau purut, asam gelugur, sedikit kicap manis dan perasa secukup rasa.
5. Tutup periuk tekanan dengan sempurna, masak dengan api perlahan selama 30 minit atau bergantung pada jenis daging.
6. Bila dah masak, buka periuk tekanan seperti arahan. keluarkan daging dan toskan.
7. Panaskan minyak, goreng daging sekejap sekadar sedikit perang sambil dikacau balik selalu, angkat dan toskan.
8. Hiris nipis daging, boleh la dihidang bersama nasi putih, keropok warna warni, begedil, daun bawang, bawang goreng atau sambal kicap jika suka.

kebetulan stok keropok pun ada, memang dri indon pon keropok yg ada jual kat asian store..masakan indon ni ada mcm2 kan, sampai meja mkn yg 2 meter pun xckup nk letak segala jenis lauk pauknya, rambang mata nk pilih yg mna..kulinarnya cukup hebat la..

Thursday, April 14, 2016

Hainanese Chicken Rice

 Assalamualaikum w.b.t
Dari Aisyah ra : 'Rasulullah saw tidak pernah meninggalkan solat sunnat Fajr samada semasa di rumah atau dalam perjalanan'  "Sadba Rasulullah saw, 2 rakaat sunnat Fajr (sebelum solat subuh) adalah lebih baik dari segala isi dunia, Sahih Muslim", semoga kita istiqomah dan Allah swt bless us, guide us to the right path dan grant us, all our parents ultimately Jannah, Ameen..
bersiaran sekli lgi, cuaca cerah pagi ni..bahang musim panas pun dh mula terasa, jom jamu mata dgn nasi ayam hainan plak..rsanya lama dh jgk xupdate menu nasi ayam, sblum ni kerap jgk n3 nasi ayam ni..bleh belek kat label nasi, set nasi yg anak2 suka sangat..klu buat 3-4x seminggu pun tkpe, sbb dh selalu sangat duk buat nasi ayam..yg ni tukar stail skit buat nasi hainanese, nasinya wangi dgn aroma segar dari bahan tumis dan daun pandan..semerbak 1 rumah, cara penyedian nasi ayam ni mudah sangat sebenarnya kan..pastu senang sbb xpyah nk masak 2-3 jenis lauk, mkn pun sedapp! Inysaa Allah jumpa lagi dan maaf atas apa yg tidak sempurna..

 
yg duk buat sblum2 ni nasinya warna kuning cerah, kli ni tukar warna sedikit..utk nasi ni masuk sedikit campuran sos yang lumur pada ayam sblum dibakar tu..

HAINANESE CHICKEN RICE by http://ilhamdapur.blogspot.com
Bahan-bahan
  • 1kg ayam
  • 2 inci halia
  • 1 labu bawang putih
  • 1/2 sudu besar kicap manis *
  • 1 sudu besar sos tiram *
  • 1/2 sudu besar madu *
  • garam secukup rasa
Cara

1. Tumbuk lumat halia dan bawang putih, amik separuh dan lumur pada ayam termasuk dicelah kulit, separuh lagi tu ketepikan untuk guna kemudian.
2. Didihkan air dengan sedikit garam atau serbuk pati, masukkan ayam dan rebus hingga ayam lembut dalam 20-25 minit atau bergantung pada saiz ayam, keluarkan ayam dan simpan air rebusan.
3. Ambil separuh pulak dari bahan tumbuk yang disimpan tadi, sebatikan dengan semua bahan bertanda *, ketepikan 1 sudu kecil campuran ni untuk masak nasi, yang selebihnya lumur pada ayam.
4. Letak ayam dalam loyang, bakar selama 30-35 minit dengan suhu 180 C, panaskan dulu oven 10 minit sebelum guna.

Nasi
  • 2 cawan beras basmathi - cuci, toskan
  • 2 helai daun pandan - simpul
  • 1/2 inci halia - hiris nipis
  • 2 sudu besar minyak sayur
  • 1 kiub pati ayam/garam
  • baki bahan tumbuk dari ayam
Cara

1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk yang disimpan tadi biar naik bau, masukkan daun pandan.
2. Masukkan campuran sos (baki untuk lumur pada ayam tadi), beras, halia dan separuh air dari rebusan ayam (simpan sikit untuk sup), kalau air rebusan tak cukup, boleh tambah air biasa dan tambah kicap lagi jika perlu.
3. Masukkan kiub pati atau garam secukup rasa, masak seperti biasa, bila nasi dah mendidih kacau sikit biar sebati, biar nasi masak sepenuhnya.
4. Sedia dihidang bersama kicap, air cili, salad dan sup (sup tu masak balik sekejap dan suaikan secukup rasa), tabur bawang goreng dan sedikit daun bawang.
5. Untuk resipi air cili dan kicap ada kat sini.

nasi yg mudah dan sedap! maz guna beras basmathi, selalunya guna beras wangi..rsanya mungkin hbis stok beras wangi kut, xingat dh lama duk peram, mujur la lepas buat tu terus tulis rspi kat note..sbnranya nasi ayam ni kejadian bln 2 lagik! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...