Thursday, April 16, 2009

Piring antik England







Ini adalah piring antik dari England...
aku dapat sebiji
ni saja...
sebenarnya kosong tanpa bunga.
bila aku tampalkan decal nampak lebih cantik pulak...



Saturday, April 11, 2009

Pengasah pensil antik lagi unik..







Pengasah pensil antik ini tak tahulah berasal dari mana..tapi bentuknya yang unik membuatkan aku terasa ingin menyimpannya.. saiznya kecil aja..tinggi lebih kurang 2inci lebih aja...
Ada laci kecil juga..aku pun tak tahu mengapa aku minat benda2 yg ada laci kecil ni..comel kot..
Tapi yg tak bestnya pengasah pensil ni ada patung...tak baik buat pameran..jadi aku simpan je bawah katil...heheh



Tabung Tin antik




Aku ada beberapa tabung... tapi yang aku paling sayang ialah tabung antik ini..
tak tahulah dari zaman bila tapi tengok keadaannya yg buruk aku agak usianya mungkin 30-40tahun lalu atau lebih lagi..
kuncinya ialah dengan cara memusing nombor yang ada di situ..hanya aku saja yg tahu no rahsia itu.. di dalamnya ada sebuah laci kecil, bolehlah nak letakkan barang kemas yg kecil...tapi tabung ni bukan besar peti besi.heheh kecil aja..kalau org nak curi boleh angkat bawak lari terus..heheh

Sunday, April 5, 2009


Lawa tak set cawan antik dari Jepun ni? Cantikkan..
Ni dapat dari pembekal barang2 antik, mulanya nak jual..tapi aku sendiri pulak yg terpikat..
terpikat kerana ada gambar buah epal yg timbul..cantik sungguh..
walaupun aku menjual barang antik tapi aku sendiri tak banyak koleksi barang antik kerana rumahku yg kecil dan anakku yg ramai dan kecil2 maka payah sikit nak jaga...

Saturday, April 4, 2009

Ayam..











Aku juga suka apa2 saja berkaitan
ayam..gambar ayam, patung ayam, lukisan ayam, apa2 sajalah berkaitan ayam kecuali bela ayam..heheh malas sebab berak merata...
Ni ada lukisan2 ayam aku dapat dari blog minah saleh..cantik2 belaka..bilalah agaknya aku dapatmelukis macam depa ni..hmmm
satu hari nanti akan aku tepek pula koleksi2 ayam aku yg ada..




Potret klasik











Aku suka melihat potret2 lama yg warnanya hitam putih...cantik sungguh..
Terasa ingin sekali kezaman potret ini dilukis dulu kala....

Friday, April 3, 2009

Bercuti di Cameron Highland




























































Dah 10 tahun tak jejak kaki ke Cameron Hiland, last pi masa tahun 1998, masa tu 2 anak aja..
Sekarang dah lima anak..bulan 10 2008 aku booking siap2 hotel untuk bercuti di sana pada bulan 12 2008.. Anak2 memang tak sabar..
Tanggal 13hb 12 kami bertolak kesana awal pagi lagi..kami naik ke Cameron Hiland melalui jalan baru di Simpan Pulai..sungguh mudah..jalannya luas dan lebih selamat..
Sampai saja di holel lepas mandi dan makan terus saja kami beshopping sakan..
mcm2 juga yg aku beli...buah tangan untuk kawan2 dan keluarga tak ku lupakan.
kami beli juga 6 pokok kaktus kecil tapi selepas beberapa bulan kesemunya mati..tak tahu kenapa..aku rasa semut2 yg suka buat sarang dalam tanahnya atau pokok tu tak suka duduk kat rumah aku..huwaaaa..