Tuesday, December 31, 2013

Projek tanam rumput dan buat taman...

       1hb Jan 2014 ni genaplah 2 tahun kami masuk dan mendiami rumah baru kami... masa rumah sedang dibina mcm2 design taman yg ada dlm kotak fikiranku... teringin sangat nak membina sebuah taman yg berumput hijau... rasa macam nak konsep tropika yg hijau2 tu tapi teringin juga nak konsep inggeris..
    23hb Dis 2013 baru lah aku dapat buat sikit taman... dapat bonus aku beli rumput dan suamiku belikan tanah pasir...dia yg belanja untuk tanah itu dan sedikit bata.. aku dan anak2ku bertungkus lumus meratakan pasir dan meletakkan rumput di atas pasir tersebut.

 Aku tak ada pengalaman pun, cuma belajar dari internet.. harap2 idup la rumput yg aku dan anak2 tanam ni.. tak sabarnya tunggu dia bercantum... tak mampu nak beli byk beli 20 keping 2 x 1 kaki dengan harga Rm3.20 sekeping. Anakku Adam yg tolong kerat2kan rumput tersebut.. sian dia sampai sakit jadi.


 Intan pun rajin tolong maklumlah nak tgk laman rumah jadi indah dan sejuk mata memandang...heheh . Tgk tu bersungguh Adam memotong rumput.. timakasih Adam.


 Anakku yg paling kecik ini si Ecah ni cukup sibuk nak membantu hehe... sukanya bukan main dapat main batu dan tanah kat luar.. jenuh kakak2 nak kepung...
 Dah Ecah kotor bawa masuk mandi.. dia nak keluar lagi main kat luar.. ku biar ajalah...
Kami kutip batu lebihan org pecah rumah kami atur... tak sabar nak tgk hasilnya nanti...
Inilah setelah siap...hari2 kami siram 2 kali sehari supaya tak kering....nanti aku akan update
lagi bila sudah ada perubahan....

Tuesday, December 24, 2013

Taman Negara Teluk Bahang Pulau Pinang

 Dah lama aku teringin nak ke tempat ni... tapi tak tau nak ajak sapa. Suami tak berapa minat. Takat pergi berkelah dia mau la, kalau junggle trecking mcm nai pakai kena hamun la...heheh


 Aku ingat jalan sikit saja dah jumpa tempat berkelah. Boleh terus makan nasi dan anak2 boleh mandi laut. Tapi meleset jangkaan ku.. kami bertolak awal 9 pagi dan sampai ke taman negara dlm jam 10 lebih. Org dah ramai , rata2 bawa backpack siap sbb senang nak tracking. yang kami pula siap bawa raga lagi, lauk nasi air.. hehe punya la berat, tambah2 pulak bawa Aisyah.. kena dukung lak tu. tapi nasib baik aisyah tu tak pernah meragam, ok ja sentiasa....


 Sepanjang kami tracking tu ingat jumpa pantai nak terus beranti dan berkelah.. tapi sepanjang jalan air surut belaka. anak2 ku dah gaduh nak mandi.. takkan mai jauh2 jaln penat2 tak dapat mandi laut.
Kami teruskan bertracking sampai lah ke pantai USM (ada pusat kajian USM) kalau diikutkan nak mai ke sini ada bot yang tambangnya RM80 pergi balik satu bot. Dasyat tak kami.. semuanya jln kaki yg kira2 hampir 2 km jugaklah...

 Si Aisah seronok saja tak buat perangai langsung. Nasib baiklah Allah lindung kami terutama Aishah sbb org kata tempat hutan2 ni agak keras tak baik untuk baby atau kanak2..
 Diertengahan jalan ada juga disediakan tempat berehat, boleh lah kami menghilang letih buat seketika sebelum meneruskan perjalanan.
 Ini ketua kontijen yg tak nampak letih langsung. tapi time nak tangkap gambar ni dia menguap pulak.


 Tengok tu Aisah mendaki sendiri lagi tu.. heheh semangat mau kuat kan Ecah!


 Adam pada awalnya merungut sebab kena jalan, dia kata dia datang semata2 nak mandi laut tau mau jalan jauh2.. akhirnya dia pun nampak happy walaupun kena bw barang2...


Setelah dekat 2km jalan maka sampailah kami.. terus hampar tikar dan apa lagi makan kenyang2 nasi dan lauk yg ada. kami pi 2 keluarga . Bersama adikku Man isteri dan 2 anaknya.. depa pun bawa nasi juga,... seronoknya makan kat tepi pantai tak tau nak habaq la..best..

Lepas makan apa lagi semua pakat mandi laut.. aku sebagai pemerhati sahaja risau gak tgk ombak kuat....

Apa2 pun memang seronok... sapa datang Penang jgn lupa ke Taman Negara Teluk Bahang berjungle tracking..best sangat2...untuk pengetahuan kwn2 esok tu isnin aku MC sebab sakit lutut...maklumlah dah tua2 ni..hehehe

Anak2 sudah Remaja..


 Lama sudah tak menulis kat blog ni.. dah bersawang nampaknya..
Hari ni terlebih rajin sikit. Rasanya nak berblog baliklah... Boleh juga tahun2 akan datang baca semula bila rasa sunyi..maklumlah tak ada org nak baca blog aku ni selain aku sendiri..emm sedih2..

Pejam celik pejam celik anak2 ku dah besar2 belaka.. Tak beberapa hari ja lagi kita akan meninggalkan tahun 2013..Anak2 ku dan ramai yg meningkat remaja.. dalam meniti usia 40an ini aku masih dianugerahkan cahaya mata lagi..alhamdulliallah.. Nur Aisyah Az Zahra.. kini sudah berusia 1th 5 bulan.. Pasal Aisyah yg menjelma tanpa diduga dalam hidupku yg mengembalikan semangatku ini akan kuceritakan dalam entry yg lain nanti.



Kat sini aku letak gambar anak2ku yg telah menyambut hari jadi pada tahun 2013.. hanya intan Fatini aja tiada gambar tempek2 yg aku buatkan tu.. maaf ya Intan..masa birthday Intan tu bulan 2, ibu tak ada kamera canggih lagi heheh... tapi birthday paling meriah ibu buatkan untuk intan dgn menjemput ramai kwn2 Intan... Intan suka sgt dapat byk hadiah..

Birthday Ammar pun buat jamuan juga.. Ammar pun sgt suka sebab dapat hadiah... Yang lain2 seperti biasa saja beli kek dan sambut seisi keluarga ja... termasuk ayah.. maaf ayahnya tiada gambar di sini..
Aku selalu jadi juru kamera sbb tu gambar aku tiada...(ada juga tapi malu nak bubuh..heheh)