Wednesday, December 29, 2010


Assalamualaikum...

Lama tul tak menulis kat blog ni....

Entah kenapa sejak beberapa bulan ni mcm2 masalah timbul dalam hidup...
Kadang2 rasa nak bangun pagi pun jadi malas... inikan pula nak pergi kerja.... malas malas malas...
Hati tak ceria... tak gembira....
Tapi jika difikirkan sangat tentang masalah2 yg timbul boleh jadi pening boleh jadi gila...
Aku kuatkan diri dengan lebih dekatkan diri kepada Allah..perbanyakkan baca Al-Quran...
Alhamdullillah sekarang ni hati jadi lebih tenang dan lebih berkeyakinan untuk teruskan perjalanan hidup...
Dugaan tuhan bagi tentulah ada hikmahnya...
Hidup perlu diteruskan....
Hidup pun tak lama...... tak lama lagi semua manusia akan mati...hidup di sana lebih kekal abadi...
kekal untuk selamanya......
sementara masih hidup aku akan buat yang terbaik untuk diriku....itu azamku....
lupakan segala kepahitan.... terus mencari kebahgiaan......

Me and my family....itu keutamaanku.......
Keluargaku adalah segala2nya......
Biarpun perit dan pedih yang kutanggung...... aku akan terus tersenyum asalkan keluargaku
terutamanya anak2ku bahagia........

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011 BUAT RAKAN2 MAYAKU... MOGA KALIAN BAHGIA DI DUNIA DAN DI AKHIRAT......

Thursday, July 15, 2010

SELAMAT HARI LAHIR MUHAMMAD ADAM IBRAHIM










cuma raikan Adam di KFC saja..

Selamat hari lahir yg ke 11 untuk Adam
pada 14 Julai 2010
Semoga Adam panjang umur murah rezeki,
menjadi anak yang baik dan mendengar kata
Ibu berdoa semoga Adam berjaya di dunia
dan akhirat kelak

GA jija...

JOM RAMAI2 KITA SERTAI GA JIJA..
HADIAH MENARIK MENANTI..

http://jija-craft.blogspot.com/2010/07/give-away-jijas-lovely-cottage.html

Monday, June 21, 2010

Singgah Romantika dan KK home Deco Melaka..

Salam kawan2... Lama benar tak buat n3.. tak tahu kenapa rasa malas sangat
sejak kebelakangan ni.. Nak kata sibuk sangat tak juga...
hanya suka baca n3 org lain ja..
Tapi kali ni nak kongsi dengan kawan2 gambar2 semasa
melawat Melaka baru2 ni sempena cuti sekolah..
Masa pi Melaka tu kawan (Dila) syorkan saya singgah ke dua2
tempat ni (Romantika dan KK Home Deko)
Memang dah lama teringin ke sana. Ingat kat KL saja ada kedai2 ni..heheh

Memang best sangat tempat ni, mula2 masuk Romantika...ronda2 beli
barang sikit, keluar ke KK lak... tapi terasa Romantika lagi best,
patah balik pi Romantika semula jln dalam tu puas2..heheh
Kalau boleh nak beli banyak2 barang dalam tu.
Semuanya murah2 sangat jika dibandingkan dengan kedai2
kat Penang ni..
Tapi apakan daya tak termampu..
beli sikit2 aja...
Tak dapat beli banyak barang, dapat tangkap gambar byk2 jadilah.. heheh..




Sebelum balik sempat minta pembantu kedai
tu bagitau bos nya buka satu cawangan kat Penang..
kalau ada kat Penang ni..tentu kena serbu..

Tengok tu...semuanya murah belaka........




Wednesday, April 21, 2010

Award dari Shabby Shaq

Terimakasih Shabby Shaq di atas pemberian award yg cantik ini.
Tak sangka nama kak tersenarai dlm list penerima.
Semoga majujaya dalam apa juga bidang yg diceburi.

Award dari infantia house

Terima kasih kepada infantia house yg sudi memberi award ini pada akak.
Akak ucapkan selamat majujaya dalam apa juga bidang yg diceburi.

Friday, April 16, 2010


SELAMAT HARIJADI PERMATA HATI SULUNGKU SARAH NAJWA IBRAHIM
SEMOGA DENGAN GENAPNYA USIAMU 15 TAHUN
AKAN MEMATANGKAN DIRIMU...
IBU DOAKAN DIKAU BAHGIA, GEMBIRA
DAN TERCAPAI SEGALA CITA2MU..
SEMOGA KEJAYAAN MENJADI
MILIKMU SELALU
HARAPAN IBU DIKAU BERJAYA DALAM
PEPERIKSAAN PMR TIDAK LAMA LAGI...

Monday, March 29, 2010

Siapa yang dapat?

Salam kawan2..
Sekarang tibalah masa saya nak bagitau siapa yg dapat benda comel yg pernah
saya letak kat blog ni awal bulan yg lalu..
Tak sangka ada juga kawan2 yg minat benda kecil yg nilainya
tak seberapa itu.. kalau saya letak benda besar yg bernilai besar
percuma pulak tu mesti ramai yg nakkan..heheh...
Tapi tak pa..terimakasih pada yg sudi beri comment..
sy cuma nak test siapa yg sudi masuk blog bersawang saya ni heheh...
ternyata tak ramai yg sudi jenguk blog ciput ni yg tak glemer nih..heheh
oleh kerana barangnya ada satu, hanya seorang saja boleh dapat..
Tetapi kerana tak ramai yg beri comment, sy mengambil sikit masa
untuk memcari barang lain
untuk diberi kepada semuanya kerana tak mahu menghampakan
kawan2 yg sedang menunggu..
Kipas2 lama ni akan sy berikan kepada semua pemberi comment..
Kipas ni kipas lama dari Jepun... bolehlah kawan2 buat hiasan..
antik tau...


Dan setelah cabutan dibuat oleh anak saya
maka benda kecil ni dapat kepada
'fitty'


Untuk fitty dan kawan2 yg telah beri komen

harap bersabar saya akan kirimkan tidak lama lagi...

Terimakasih kerana sudi memeriahkan blog saya...

Wednesday, March 17, 2010

Assalamualaikum...
Award dari adik zany..
Terimakasih zany, ada juga orang yg ingat kat kak...
Semoga persahabatan berpanjangan
nak bagi kat sapa kak pun dah tak tau
sebab rasanya dah ramai yg dapat award ni..
Wassalam

Friday, March 12, 2010

Sapa suka benda ni??


Salam..
Ni barang lama tau..
Kecik aja lebih kurang dalam 3 inci panjang...
Saya nak bagi kat sesiapa yg berminat..
org panggil giveaway ke ni? heheh
Sapa yg berminat nak simpan benda ni
cuma beri komen apa yg anda tahu tentang
barang ni.. apa2 ajalah tak kesah..
tarikh tutup?
suka hati saya la nak tutup bila..
ok sesiapa saja boleh beri komen..
komen2 anda diucapkan terimakasih banyak2...
kalau ramai yg beri komen kita buat cabutan..
sapa yg bertuah akan dapat free termasuk pos..
bye....

Sunday, March 7, 2010

Wild rose dan bubur chacha...




Salam kawan2..
Tak pernah buat n3 pasal makan.. bukan apa, tiap kali masak mesti lupa nak
ambil gambar... nak tunjuk masakan pun saya ni bukan pandai sangat masak.
Biasa masak ala kadar ja..hari2 cuti ja dapat masak sedap2 sikit, tu pun jarang..
Ni bubur chacha saya yg buat tadi. anak2 nak makan sejak minggu lepas lagi, tapi
minggu ni baru dapat beli chacha ni..ubi keladi tu dapat dari Johor.. suami bawa
balik dari sana masa keja kat sana minggu lepas...jauh tu dtgnya ubi keladi..heheh
Nak menunjuk juga mangkuk bujur wild rose yg baru dapat minggu lepas,
dapat sebiji ja jadi rasa nak simpan...tak jual la...
Teko tu awal2 tahun lepas dapat, cantik di mata...
Tapi sayang anak2nya tak ada, sapa yg ada lebih anak2nya bagitau la..
Kalau mampu nak juga meminang..heheh

Monday, February 22, 2010

Cawan dan piring dah bersatu...

Salam kawan2..
Hari ini nak berterimakasih pada chempaka kerana sudi
berbarter dengan saya, mulanya saya nak beli aja cawan 2 biji ni dari chem
tapi chem kata dia nak tukar dengan apa2 cawan.. tak kesahlah..
Tapi belumpun dia pilih cawan2 yg dia suka dia dah antar 2 biji cawan cun ni..
Tengoklah kotak pos malaysia tu, remuk masa diterima..
tapi sebabkan pandai chem balut dan bungkus, 2 biji cawan ni selamat..
Terimakasih chem..
Cantikkan bunganya..menawan hatiku..

Bila disatukan dengan piring tu, amat sesuai sekali..
Warna bunganya pun memang tepat sekali..
Walau pun dapat 2 biji cawan ja seronok rasanya..
kalau jumpa lagi jgn lupa bgitau akak ya chem..




Piring ni ada banyak sebenarnya...
Macammana leh dapat piring aja kat apek tu tak tau la.. dia kata dulu ada
org beli cwnnya aja..betul ke? pelikkan..
Sekarang ni tengah nak dapatkan teko pulak, sugar pot dan cremer dah
nampak kat blog tasha, tapi tak kesampaian lagi nak meminang
tunggu kot2 tasha bekenan apa2 kat blog saya, leh la barter..heheh
sekian, Wassalam..

Sunday, February 21, 2010

Nanie's give away...

Salam semua..

Masuk je blog nanie nampak giveaway yg dibuatnya

Tengok pada hadiah2nya yang agak lumayan tu terasa teringin jugak nak cuba.. manalah tau kot2 ada rezeki...
Kawan2 yg nak cuba bolehlah ke blog nannie..

Hadiah best2...

Antara syarat2nya:

- Give away ni bermula dari hari ini 19 Febuari - 24 Mac .
- Terbuka untuk semua follower blog saya yang berada di Malaysia saja , so jom la follow my blog. - ok
- Kalau boleh buat la entry yang simple je tentang giveaway ni . - buat dah..
- Link kan blog saya ni di blog list anda . - buat dah
- Sila tinggalkan sebarang komen di ruang komen dalam entry giveaway ni . - ok
- Tinggalkan jejak/link blog anda di ruang komen entry ini , nanti senang saya nak contact anda . - ok


Terimakasih nanie....

Thursday, February 18, 2010

sIAPa peRnaH teNGoK?

Salam..
Ini kad timbangan dulu2...tak taulah zaman sekarang ada lagi tak benda ni..
Saya rasa saya pernah juga dua kali guna mesin timbangan yg mengeluarkan kad ni..
Seingat saya kita berdiri atas mesin tu, masukkan duit syiling kemudian
keluarlah kad ini yang menunjukan berat badan kita..
Ini bukan berat badan saya ya..heheh



comei2 ah moi..


Masa berlalu sekarang mcm2 mesin timbangan yg mudah
dan murah di pasaran..
Lama saya tak timbang berat badan saya..
last timbang masa ke klinik sebab demam hari tu..
Biasalah berat tak naik2..turun cepat ja....

Sunday, February 14, 2010

Selamat Hari lahir ke 9 tahun Intan Fatini

Anak keempat saya telah genap 9 tahun pada 12 Feb 2010
Kecil saja kek yang ibu belikan tetapi tanda ibu ingat dan sayang pada Intan.
Balik aja sekolah tanpa sempat mandi terus tak sabar2 nak potong kek.
Intan seorang yang peramah cepat mesra.. banyak bercakap,
Kata cikgu kelasnya macam2 soalan dia suka tanya kadang2
sampai berulang kali..
Maafkan ibu kerana akibat kelalaian ibu,
Intan telah tersiram air panas semasa berusia
belumpun dua tahun. Intan terlantar di hospital
selama 5 hari. Mujurlah intan cepat sembuh
dan tiada berparut...
Semoga Intan berjaya dalam pelajaran dan seterusnya
berjaya dalam hidupmu...



Adengan makan kek dengan lahapnya..
balik sekolah tentulah lapar..
Ammar menangis kerana nak potong kek juga..
Katanya kek harijadinya..bukan kak Intan..heheh

Wednesday, February 10, 2010

Iklan2 lama....










Tak pandai nak cerita..
tapi benda2 macam ni memang saya suka simpan...