Tuesday, December 30, 2014

Lamanku terkini...

Assalamualaikum...

Dalam entry bulan Jun lepas aku janji nak letak gambar rumput yg ku tanam pada bulan Disember... Disember sudah hampir melabuhkan tirainya.. Aku baru teringat...
Rumputku tumbuh ada yg elok dan ada juga kurang elok...

Bulan Ogos hingga Oktober aku tak perduli langsung pasal rumput dan lamanku kerana asyik menjaga Sarah yg koma di hospital.. Sarah lebih penting dari lamanku... Siapa yg tak sayang anak kan?

Lihatlah lamanku dan rumput2ku... agak semak samun.. heheh...Pokok2 ros pun byk yg mati akibat tidak dibaja dan diracun.. tak apalah pokok... kamu semua masuk syuga.. ada duit nanti akan kugantikan dengan yg baru.. InsyaAllah...

Layan gambar2 ini ya....







Update - Reunion IKM Lumut

Assalamualaikum...

Ha... nak tunjuk gambar reunion kami yg ada dalam Berita Harian 27 Disember 2014..

Wahhh... kembang idung.. aku, ammar dan ecah ja ada dlm gambar.. yg lain2 masih berkubang lagi sebab letih sgt... heheh.....



Kelabu asap rupa pun tak nampak.. haha..

Wednesday, December 24, 2014

Ammar bersunat

Assalamualaikum...

Ammar anak no 5 ku dah berumur 9 tahun.. tapi masih tak bersunat lagi... selalu dia mengelak bila diajak..
Tapi tahun ni tak dapat mengelak lagi.. Awal cuti sekolah hari tu aku telah booking tarikh bersunat untuk Ammar di hospital Kepala Batas. Sunat kat hospital ja free... dapat sijil sunat lagi.. selama ni tak tau ada pulak sijil sunat.. hehe

        Pagi16.12.14 dlm pukul 8.00 aku dah bawa dia ke Hospital Kepala Batas. Ada 4 orang akan bersunat termasuk Ammar. Ammar nampak ceria ja.. Pukul 10 pg barulah budak pertama dipanggil masuk bilik bedah.. nak bersunat pun dalam bilik bedah oo... Punya lah lama sejam jugaklah budak tu disunatkan..



Lepas dia keluar, adiknya masuk.. sama juga sejam lebih... fuhh penat menunggu aku.. Ammar pun dah boring mula dok ajak balik.. Aku bg semangat kepada dia.


     Lepas semua budak keluar, barulah ammar dipanggil lebih kurang pukul 1 tghari... Aku memang risaukan Ammar takut dia menangis.. Tak lama pula dia kat dalam tu.. dalam setengah jam ja dah keluar, muka merah.. nampak ja aku dia terus menangis macam sakit sangat, doktor bg ubat penahan sakit dan bg nasihat. Ammar terus menangis.. Aku bagi ubat penahan sakit sikit utk dia dan lepas ambil sijil kami terus balik.

    


                                       Gambar di atas ni semasa belum sunat.. ceria la....


Dalam perjalanan Ammar asyik menangis mengatakan sakit sangat, buatkan aku risau.. dalam hatiku berkata... ehh doktor ni tersilap potong ka... ishh awat ammar asyik menangis... Aku singgah farmasi beli ubat penahan sakit yg lebih kuat.

     Sampai aja di rumah terus bagi dia makan ubat penahan sakit dah bg dia tidor. Nasib baik dia terus lena.
Aku rasa Ammar ni tak tahan sakit sebab tu dia menangis walhal tak ada apa2 yg pelik pun...
Aku jaga ammar dua hari, hari ketiga aku terpaksa pergi kerja dan tinggalkan dia dijaga kakak2nya..

Dah pun sunat...

   Semasa aku menaip ni Ammar telah 9 hari disunatkan.. Alhamdullillah dah boleh pakai seluar dan jln2 dalam rumah... Ibu harap lepas ni Ammar jadi anak yg baik dan mendengar kata....

Ni yang mahal ni... sijil bersunat.. heheh


k, bye... Wassalam

Friday, December 19, 2014

Reunion IKM Lumut


Assalamualaikum..

      Hari ni nak bercerita pasal reunion IKM Lumut yg aku dan anak2 hadiri di Pantai Pengkalan Balak, Melaka pada 13 Des 2014. Reunion ini dicadangkan semasa Sarah baru saja koma.. Kawan2 se IKM dulu banyak membantuku dari segi sokongan, kata2 semangat dan juga bantuan kewangan untuk perubatan Sarah..Alhamdullillah, syukur aku dikurniakan rakan2 begitu perihatin.

         Pada mulanya aku tidak terfikir hendak hadiri reunion ini kerana masalah kewangan dan sarah juga masih dalam rawatan dan tidak dapat berjalan sepenuhnya lagi... Tapi Sarah sendiri teringin hendak pergi, rakanku juga memujukku... Salah seorang telah memasukkan sejumlah wang untuk aku dan anak2 join reunion tersebut walau aku cuba menolaknya. Ramai kawan2ku teringin sangat hendak berjumpa dengan Sarah. Aku juga kasihankan Aishah sahabat baikku.. dia teringin sangat nak join tapi tak berani memandu sendirian.. Akhirnya aku ambil keputusan pergi juga bersama anak2ku.. suamiku tak dapat turut serta kerana kehabisan cuti dan bermacam kerja yg perlu dibereskan.

     Kami bertolak ke Rawang dulu untuk bermalam di rumah kawanku Sara dan suaminya Zul.. mereka rakan sekelas kami.. dulu kami selalu mengusik mereka berdua di dalam kelas.. tak sangka akhirnya mereka menjadi suami isteri dan sudah beranak 5... besar2 belaka...


Sara dan Zul bersama anak2 mereka

    Dipendekkan cerita kami bersama Sara Zul berkonvoi ke Melaka esoknya sabtu 13 Desember 2014.
Kami disambut meriah. Lama sungguh tak jumpa kawan2.. 24 tahun... bukannya sekejab.. semua sudah berjaya rupanya... Alhamdullillah.. Sarah pun sangat gembira.. Begitu juga adik2nya tertama Aisyah yg sangat suka dapat mandi laut...

   Bermacam2 program dijalankan. Permainan kanak2, dewasa, cabutan bertuah dan tak lupa juga bacaan yasin untuk mereka2 yg telah pergi dahulu.. Malamnya diadakan bbq dan pertandingan memancing. Kami turut dapat byk hadiah cabutan bertuah. Penginapan kami kat situ pula ditaja Aishah. Baik sungguh kawan2ku.. Alhamdullillahh. Walaupun perjumpaan hanya sekejab tapi terasa begitu seronok sekali... Mungkin tahun hadapan akan ada lagi reunion insyaallah.. kalau ada rezeki kami join lagi...

                                                                        Di kondo Zila

        Oh terlupa.. semasa pulang kami singgah kuala lumpur dan bermalam di kondo seroang lagi rakan sekelasku.. Zila.. anak2 suka dapat mandi kolam pula...macam2 ragam...

     Alhamdullillah kami semua selamat perjalanan pergi balik walau ini kali pertama kami memandu untuk perjalanan jauh... Di sini ada sedikit gambar kenangan...

 Semasa nak memulakan perjalanan

 


                                                     Sarah bersama seniorku.. kak syikin yg comel


 Lawa tak baju kami? heheh

 Permainan kanak2


 Aisyah suka sangat dpt mandi laut di Pantai Pengkalan Balak

kolam di kondo zila

Monday, December 8, 2014

Kira Berapa Kali Shaklee?

http://welovesusuibu.blogspot.com/2014/12/menyusu-anak-pramatang-memang-mencabar.html

Assalamualaikum..
Wahh.. Dapat tag dari Sue rakan blogger yg sgt aktif...
terimakasih sue...

Jom masuk giveaway dari Welovesusuibu... Hadiah lumayan..
Ya Allah bagilah aku menang kali ini.. hehe

Siapa2 pun boleh join..
Nak join klik gambar kat atas tu..

hadiah yg best!
Hadiah Yang Ditawarkan:

PEMENANG UTAMA
Duit Tunai RM150

PEMENANG KEDUA
Duit Tunai RM70

PEMENANG KETIGA
Duit Tunai RM50


Tarikh Penyertaan: 1 - 31 Disember 2014
nak tag sapa ya.. 
1.  http://pariparivogue.blogspot.com/
2. http://zawanizainal.blogspot.com
3.http://duniacikreen.blogspot.com

Friday, December 5, 2014

Hidup tak selalunya indah... Bahagian 4

Assalamualaikum... hari ni nak sambung kisah sedih ni...

    Ketika Sarah di dalam ICU kami tidak dibenarkan masuk sentiasa. Hanya pada pukul 1-2 petang dan 5-7 petang sahaja kami boleh melawat. Bayangkanlah perasaanku... Sebagai ibu aku sgt2 ingin duduk di sebelah sarah sentiasa.. Ingin sentiasa melihat dia. Tapi apa boleh buat terpaksa patuh pada peraturan.

   Aku menalifon kawan2 serumah sewa sarah dan menalifon ke POLIMAS tempat sarah belajar memaklumkan keaadaan sarah. Aku juga menulis di facebook mengenai keadaaan anakku dan meminta agak2 rakan2 fb dan sadaramara mendoakan sarah. Aku menggunakan wifi YES sarah yg ada didalam begnya yg aku sentiasa bawa bersamaku...

    Selepas melawat sarah sebelah petang suami menghantar anak2ku ke rumah adikku Bibah, aku memberitahu adikku supaya tolong menjaga anak2ku kerana aku tak dapat pulang.. aku ingin duduk di hospital menunggu sarah walaupun hanya dapat menunggu di atas kerusi di luar ICU. Mujur adikku faham.

   Aku duduk... kadang2 aku mundar mandir di hospital.. tak tau apa nak buat, aku solat dan berdoa di surau hospital.. memohon pertolongan Allah.. mlmnya ada beberapa kawanku datang dan memberi kata2 semangat kepadaku..... Anak sepupuku (Mira) bekerja sebagai nurse di sini, dia mengajakku mandi dan rehat di rumah sewanya yg tidak jauh dari hospital.. Ketika itu suamiku sudah sampai hospital selepas menghantar anak anakku.. Dia membawa beberapa helai pakaian yg dibekalkan adikku kepada ku... Aku tinggalkan suami dan menaiki motosikal Mira menuju ke rumahnya.

    Selepas mandi aku letakkan kepalaku.. ketika itu jam menunjukkan 12 tgh mlm. Aku terlena..
Bila saja aku terjaga aku lihat jam menunjukkan pukul 3 pagi.. Aku mengejutkan Mira meminta dia menghantarkan ku ke hospital.. aku nak tunggu sarah di depan pintu ICU... Mira walau dalam keadaan mamai menghantarku...
   
    Sampai di depan ICU aku nampak suami sedang tidur sambil duduk atas kerusi.. kesian pulak.. aku
duduk di sebelahnya.. akhirnya aku turut sama terlena bersama suamiku  di atas kerusi di depan bilik ICU..


akan bersambung... :'(

Wednesday, December 3, 2014

Terkunci dalam kereta

Assalamualaikum..

Semalam masa balik kerja aku singgah mini market, aku nampak 2,3 org sedang mengetuk2 cermin kereta.. aku bertanya kepada mereka.. rupanya ada budak yg tertidur di dalam kereta sementara kereta terkunci dari dalam, ibunya baru keluar mini market nak masuk tak boleh.. aku cuba ketuk2 jugak tapi tak jaga budak tu.. letih sgt agaknya....

   Aku masuk ke dalam mini market beli beberapa barang, lebih kurang 15 minit aku keluar dan kereta tersebut telah dikerumuni org ramai... yg herannya budak tu masih tak jaga... kemudian org ramai ambik keputusan mengoncang kereta wira tersebut dgn agak kuat.. sampai terjaga budak tu..
Emm.. nasib baik tak apa-apa..


   Kalau aku, aku tak pernah biarkan anak di dalam kereta yg kunci masih di dalam kereta. Bahaya memang bahaya.. aku sanggup buka tingkap kereta sedikit dan kunci kereta. Biar mereka duduk dalam tu.. aku tak pernah tinggalkan mereka lama2 risau takut apa2 terjadi...

Jangan tinggalkan anak di dalam kereta yg enjin masih hidup, kereta pula tak berkunci... mengundang bahaya.. pencuri perompak ada di mana2.. sedetik kita leka kita akan rugi selamanya.. kereta boleh dibeli lagi tapi anak mana nak cari ganti... Jadi sama2lah kita waspada selalu..

k.. bye.....


Tuesday, December 2, 2014

Shopping RM1212 di Lazada Malaysia [Contest]

Assalamualaikum

Teringin jugak nak masuk GA yg dibuat oleh seorang blogger... Lama tak join GA dah makan masa bertahun.. Hadiah menarik sgt2...klik pada gambar di bawah untuk join...





 Lazada Malaysia akan mengadakan Online Revolution Lazada pada 12 December 2014 iaitu 12 hari sebelum perayaan Krismas. Lazada akan menawarkan promosi menarik serta tawaran eksklusif untuk pelbagai kategori selama 24 jam. Dapatkan apa yang anda inginkan musim cuti ini, dari telefon bimbit, tablet dan peralatan elektronik hinggalah ke fesyen, barangan rumah, alat permainan dan peralatan sukan.

Apa yg saya nak beli? Ni camera canggih ni... suka sangat.. sy suka ambil gambar dgn kamera kecil senang dibawa kemana-mana...
    
Samsung Smart Camera NX Mini 20.5MP White + 9mm Lens
http://www.lazada.com.my/import-samsung-smart-camera-nx-mini-205mp-mini-9mm-lens-16gb-729186.html?mp=1

  • 20.5 Megapixel
  • 3" Flip-up LCD display
  • 2GB built-in memory
  • Capture 1080p HD Video
  • Li-ion rechargeable battery - 2330 mAh
  • Mirrorless System
  • Face Detection AF/AE | Wink Self-timer
  • WiFi connectivity / Tap to share
  • RM889.00
  • http://www.lazada.com.my/kid-toy-organizer-giraffe-680794.html 
  • Nak beli yg ni juga untuk anak kecik ku tersayang... 
  • RM 139.00
  •  
  • http://www.lazada.com.my/spunky-kids-tangled-rapunzel-dress-880562.html 
  • Yang ni pun nak beli gak utk si kecik ecah...
  • RM49.00
  •  
  • last sekali nak beli yg ni nak berendam dgn ecah...
  • RM129.00http://www.lazada.com.my/8ft-this-that-see-thru-kids-pool-881141.html

Monday, December 1, 2014

Hidup tak selalunya indah... bahagian 3

Assalamualaikum...

Hari ni rajin sikit nak sambung kisah anakku Sarah Najwa...
Dalam ambulan menuju hospital aku duduk di hujung kaki sarah.. seorang nurse lelaki duduk di depan tepi srah. Aku tak dapat bercakap dgn srah.. mata sarah aku lihat hanya melihat ke arah ku tanpa berkelip pun...
Sesekali nurse menyuruh sarah jgn pejam mata.  Tak pasti sarah dengar atau tidak.
Airmatakku mengalir laju melihat anakku berkeadaan begitu... bernafas menggunakan gas.. air liur mengalir laju dan semakin byk , dia sendiri tak dapat lagi nak meludah.. dibiarkan saja keluar melalui mulut dan hidung..
Aku menalifon adik2ku memberitahu mengenai kejadian ini dan meminta mereka tolong mendoakan sarah.

Seiba kami di Hospital besar Penang, Sarah bergegas diturunkan dan masuk ke bilik kecemasan.. Aku ditanya bertubi2 oleh Doktor apa yg terjadi.. Sarah diatas katil pula dikerumuni doktor dan nurse.. Aku tak dapat melihatnya lagi hanya menjawab soalan2 beberapa doktor bertubi2... Aku sedih risau dan tidak keruan... kemudian aku menunggu di luar...

Beberapa ketika kemudian dr memanggilku dan memberitahu yg sarah akan dimasukkan ke unit rawatan rapi kerana keaadaannya yg agak serius. Aku lemah tetapi mengiakan saja. Aku terus menunggu di luar. beberapa jam kemudian suamiku datang bersama anak2. Kami terus menunggu lagi...
Doktor memanggil kami, bertanya lagi apa yg terjadi sebenarnya.. mereka asyik bertanya ke mana sarah pergi 2,3 hari sebelum kejadian.. kami menceritakan apa yg kami tahu saja...

Sampai di hospital tadi dalam pukul 8 pagi... pukul 1 tghari baru sarah dapat masuk ke ICU kenara ICU penuh. Sarah disorong masuk ke ICU dgn lajunya.. kami ikut dari belakang.. sampai di pintu ICU kami diarahkan menunggu di luar. Hampir 2 jam kami menunggu barulah kami di benarkan masuk.. alangkah sedihnya hati melihat sarah dipenuhi wayar... bersirat di badannya.... aku menangis dan berdoa supaya anakku tak apa2....

Dr panggil kami.. Dr mengatakan yg sarah kemungkinan mengidap jangkitan kuman di otak.. ujian masih di buat, kami disuruh turunkan tanda tangan untuk melakukan pengambilan air tulang sum-sum untuk mengetahui penyakit apa yg dia hidap. kami setuju saja demi anak kesayangan kami...

lihatlah keadaan anakku... sedih pilu hati seorang ibu.....

akan bersambung... :'(

Friday, November 28, 2014

Sweet 17 Anis Atira...

Hari ini hari jadi anakku Anis Atira binti Ibrahim yg ke 17 tahun.. cepatnya masa berlalu.... Dari seorang budak perempuan comot sekarang anakku sudah meningkat usianya menjadi gadis yg manis... Ibu doakan Anis menjadi anak yg solehah dan berjaya selalu........

 Anis ni agak ceria sikit dari kakaknya yg pemalu.. Pandai bergaya depan kamera kadang ibu naik nak termuntah tgk dia dok bergaya sorang2 depan kamera... heheh Semoga ada la org nak ofer anis jadi model muslimah .. aminnn...heheh


Sempena harijadi dia, dia buat speghetti untuk kakak dan adik2 dia. Ibu ni tak biasa makan makanan org putih ni.. Tekak lebih selera masakan kampung.. tapi tak pa mlm nanti ibu cuba makan.. nak tgk sedap ke tidak.. ni gambar dia wathsap tadi lepas masak... bangga la tu.. setahun sekali nak masak pun susah...
Lepas ni kena la rajin2 masak.. umur dah meningkat.. boleh kawin dah tu... k bye

Ni Anis masa kecik dulu...comotkan! heheh

Sayu

Rasa nak sambung kisah 'Hidup tak selalunya indah" tapi tiap kali nak menaip terasa sayu.... terasa tak mau mengingati lagi kisah itu.... InsyaAllah jika hati dah tenang sikit saya sambung kisah itu... walaupun mungkin tak ada sesiapa membaca tapi nak coret juga buat tatapan satu hari nanti.. kisah pahit manis di blog ini untuk kenangan diri sendiri dan keluarga....

Wednesday, November 19, 2014

Ibu...

    Sudah lama tidak bertemu ibu.. perasaan rindu kian membara.. Ya Allah kau sihatkanlah ibuku tersayang... sesungguhnya tiada terbalas jasa ibu terhadap diriku... kau lindungilah dia selalu ya Allah....




Tuesday, November 18, 2014

Hidup tak selalunya indah... Bahagian 2...

       Setelah kami sampai di KPJ aku terus drive menuju ke bahagian kecemasan.... Jaga yg nampak aku berenti kereta depan pintu kecemasan terus meyorong kerusi roda.. dan tolong angkat Sarah...
Kami bawa Sarah menuju katil.. Doktor yg nampak terus datang melihat sarah..
Keadaan sarah masa tu antara sedar dengan tidak.. mata terkebil2 dengan cepat sekali.. mulut berbuih tapi dia masih boleh meludah kedalam besen. Kesian sungguh anakku..
       Dr bertanya mcm2 kepada Sarah dan aku.. aku menceritakan apa yg berlaku di rumah. Sarah dan tak boleh bercakap lagi.. dia sekadar menunduk atau menggeleng... Dr mengambil sample darah sarah utk dibuat ujian... Otak sarah juga di scan... Pada masa yg sama datang beberapa doktor bertanyakan macam2 kepadaku... tak terjawab dah aku... kesedihan melihat anakku buatkan aku menangis...Aku menelifon suami supaya segera datang ke KPJ dan menceritakan keadaan sarah.
     Sarah menunjukkan punggungnya.. rupanya sarah terberak degan byk sekali .. kesian dia...
Aku bagitau nurse... nurse siapkan pakaian dan mengajak aku mandikan sarah.. kami sama2 mengangkat Sarah... Kami mandikan sarah sama2... Badan sarah sgt keras.. Nurse mengesyorkan aku cari ustaz sbb dia rasa ada benda lain pada diri sarah. Aku tak tau apa nak buat... semasa nurse menyiapkan sarah di katil aku mencari surau kerana aku belum sembahyang subuh... Abis sembahyang aku berdoa supaya anakku sarah tak apa2 dan segera sembuh...
     Aku dan suami dipanggil doktor, dr mengatakan yg dia sendiri tak tau apa penyakit sarah , hanya dia jangkakan kuman masuk ke otak... mereka akan hantar sarah ke hospital besar Pulau Pinang segera kerana KPJ tidak ada pakar.. kata mereka... hmm aku menurut saja...
Aku dan sarah naik ambulan menuju ke Hospital Besar Pulau Pinang...Sementara suamiku pulang mengambil anak2ku juga akan ke hospital pulau pinang...

akan bersambung.... :'(
                                     Sarah di dalam ambulan menuju ke Hospital Besar P.Pinang

Thursday, October 30, 2014

Hidup tak selalunya indah saja...

Ya hidup tak selalu indah sahaja... tak selalu gembira sahaja... kadang-kadang datang dugaan yg kita tidak pernah duga... Selama ini aku selalu membaca dari surat khabar.. facebook berkenaan mereka2 yg sakit terlantar di hospital.. dan kadang2 kerana kesian aku menyalurkan sedikit sumbangan kerana berasa amat kasihan dengan penderitaan org lain...

       Kini tiba giliranku... Anak sulungku Sarah.. Sarah Najwa yg amat ku sayang.. pada jam 3 pagi 10 Ogos 2014 bulan syawal... kemeriahan raya puasa belum puas lagi kami rasai... Sarah datang kebilikku degan keadaan ketar.. terketar2.. menjerit memanggilku..  bila aku buka saja pintu dia terus memelukku dengan begitu erat dan keras sekali..terasa badannya yg keras... dia kata "pening..pening" sambil memelukku.. aku tak dapat nak buka pelukannya yg begitu kuat.. aku lepaskan juga pelukan sarah dan letakkan dia di atas katil.. dia kata terlalu pening.. aku tak tau apa nak buat.. aku ambil air asam dam jaramkan kepalanya... semasa itu air liur dia meleleh.. sesekali dia meludah.. abis semua tisu aku gunakan untuk lap air liurnya yg semakin byk..
  
   Sarah sukar bercakap.. hanya aku dengar dia berkata "hospital.. hospital"   .... aku dan intan adiknya terus
membawanya ke kereta.. aku dan intan sukar membawanya kerana sukar utk sarah berjalan.. keras sekali.. badan keras...berat...kesian.. kesian anakku...tapi dia masih faham apa yg kucakapkan kepadanya. aku pesan pada adiknya Intan "jaga ammar dan Aisyah baik2..ibu nak bawa kak ah ke hospital... aku tinggalkan mereka di rumah....

 Kami terus menuju ke KPJ yg tak jauh sgt dr rumahku.. aku bg sarah pegang besen kecil untuk dia meludah air liurnya yg semakin byk... 10 minit kami sampai ke unit kecemasan KPJ...


akan bersambung..... :'(

Wednesday, June 18, 2014

Projek tanam rumput kali kedua

 Asslamualaikum berjumpa lagi di sesi bercakap sorang2 hehe.. Tak apalah sekadar bercerita tak apakan...
Kali ni nak cerita pasa projek tanam rumput kali kedua.
Setelah projek pertama menampakkan hasil yg menggembirakan, maka aku ambik keputusan nak jalnkan projek kedua pada cuti persekolahan bulan jun baru2 ni.. Cuti sekolah anak2 semua ada jadi mereka dapat membantuku...

 Aku pergi semula ke kedai pokok di Lunas dan beli 40 keping rumput dengan harga RM3 sekeping. murah sikit kali ini sbb beli byk. Setelah tiba hari cuti kerja ku aku dan anak2  memulakan kerja2.. Oh lupa nak cakap, aku beli setengah lori pasir sungai dan 84 biji bata merah putih untuk buat lantai alas meja tamanku...



 mula2 kami mencabut rumput2 liar..

 kemudian kami tambun dengan pasir sungai. dulu dah pernah letak pasir sg tapi dah lama , dah mampat jadi kami tabur lagi... baru letak pokok rumput. kemudian letak pasir2 sungai lagi di antara gap-gap rumput tersebut.


 di beberapa tempat aku letakkan batu2 agak besar dan tanam pokok lily putih kesukaanku...

 Kami juga buat laluan pejalankaki dgn meletakkan marmar putih yg kami kutip dari lebihan org buat rumah. jadi la..save bajet dari nak beli yg baru.. tak sabar aku nak tunggu rumput2ku masuk dicelah2 laluan pejalan kaki tersebut....setahun lagi agaknya..hehe
 Aku beli lagi 23 keping pokok rumput kerana 40 keping tu tak cukup...huhu

 Inilah hasilnya.. cantik tak? tak cantik lagi sebab rumput2 tu belum bersambung lagi.. kena tunggu 6 bulan lagi baru bersambung.. sementara itu aku kena jurus air sehari 2 kali pagi petang sepaya rumput2 ku kekal hidup sihat....




Ni Aisyah ... dia tak membantu cuma jadi penyeri laman dan penghibur kami semasa kami buat kerja... Ok .. nanti bulan Desember aku update pasal rumput ni lagi...byee....