Tuesday, June 30, 2009

Kad Klinik masa baby...heheh



Nak kongsi dengan kawan2, adik2, kakak2 dan abang2 kad klinik aku masa baru lahir dulu...atau sekarang ni dikenali 'kad kesihatan dan perkembangan kanak2'..
Bagiku kertas sekeping ini penuh sejarah...akan ku simpan hingga ke akhir hayatku..Terimakasih ibu kerana melahirkanku...jasamu akan ku kenang hingga akhir hayatku...

Saturday, June 27, 2009

Gelas Merdeka







Ini Gelas merdeka kepunyaan arwah ayahku..
Kata ayahku gelas ini dibelinya semasa Malaya merdeka dulu..tak ingat kat mana dia beli.Gelas ini ada beberapa biji dalam simpanan ibuku.. tapi ibuku memberi 3 biji untuk aku simpan.Gelas ini sangat kusayang dan akan kusimpan dan kuwariskan pula pada anak2ku...Sebenarnya ayahku gemar mengumpul barang2 lama juga, agaknya aku mengikut jejaknya.
Ayahku suka menyimpan wang lama, radio2 lama, kamera lama, jam2 lama, teropong lama..kebanyakkan barang itu semua ada dalam simpanan ibu dan adik lelakiku..tak sampai hati pulak nak minta..biarlah mereka simpan..kalau dapat gambarnya akan ku kongsikan dengan kawan2...
Semoga roh ayah dicucuri rahmat...aminn...

Friday, June 26, 2009

Pertama kali dlm hidup ditag..


1. Copy badge "2008 Cute Blogger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya
1..badge dah copy
2.akak di tag oleh puan Aini jali...Aini ni kenal masa beli belah barangan antik hari tu...
dia ni baik...walaupun tak pernah kenal rupa, dengar suara yg merdu tu rasanya dia cute..heheh
Mula2 kenal kembarnya kemudian kenal dengan dia lak..harap aini berjaya selalu dan gembira selalu disamping keluaga..maaf kak lambat buat tag ni maklum sibuk selalu...
3. 10 fakta/hobi ya? apa no?
1)akak suka bertenet..suka search mcm2..leh kata purata 10 jam sehari depan komputer...
2) akak suka melukis juga...lukis dengan pensel tanpa warna...tapi sejak pandai bertenet ni kurang sikit melukis nih..
3)akak suka melancong, tapi faktor ekonomi yg agak tak berapa baik kurang sikitlah melancong...
dlm negara je la...luar tak mampu lagi..
4) akak suka sejarah...akak suka lawat tempat bersejarah, kalau tak dapat lawat tempat bersejarah akak bawa anak2 pergi muzium..kalau pergi muzium, berjam2 dok lam tu..belek satu persatu brg kat situ..heheh...muzium P.Ramlee (RUmah) kat Penang yg kecil tu pun dah byk kali akak masuk tak jemu2...satu hari nanti akak pun nak buat muzium jugaklah..heheh
5) akak suka simpan benda lama2..yg antik lagi la best..walau pun rumah kecil akak simpan jugak walaupun bawah katil, belakang pintu dan bawah tangga..heheh..
6)akak suka makan durian...la ni musim durian, mai la kita terjah Balik Pulau makan durian sedap ooo....
7) akak suka muzik/lagu lama2..sekarang punya muzik dan lagu tak berkenan langsung....
8) oh ya...akak suka kumpul stem...kalau ada sapa2 nak bagi stem lama tu dipersilakan...
9)oh ya...akak suka tangkap gambar...minat sungguh...tapi tak mampu nak beli kamera DSLR yg diidamkan...takat ini akak ada 4 digital kamera.. tak puas hati beli lain..perabih duit tul akak nih..
10)shopping tak suka sgt tapi nak bagi cukup 10 boh jugaklah...akak kalau pi supermarket suka beli baju2 anak, tambah2 untuk sikecil,,,baju akak jrg beli...heheh
fuhh lega dah cukup 10...
akak tak tau nak tag sapa dah..rasanya semua yg akak kenai dah kena kot..
ok byeee....

Wednesday, June 24, 2009

Set Bunga Ros yang buruk tapi cantik...


Set ini aku dapat dulu buruk sangat2...kotor belemoih kata org penang..
Balik rumah sental2, tonyoh2 baru kurang sikit kotornya...ada sikit2 kotor yg dah menetap kat situ tak leh keluar..cantik set ni, dari Jepun.. Bunga dan daun2nya yg timbul buat aku suka..
Besar tau set ni..minum secawan air kopi kat cawan tu mesti kenyang..heheh








You & Me Japan.....



Tuesday, June 23, 2009

Apa ni??


Biasa tengok tak? Benda ni aku pun tak tau apa nama sebenarnya..
Tapi yang aku ingat masa aku kecik2 dulu emak aku sering gunakan untuk mengukur kain buat baju..mak tukang jahit..jahit baju kami semua adik beradik, baju kurung, baju kembang, baju tidur dan lain2...ada juga mak ambil upah jahit baju orang..
tapi sekarang mak dah tak jahit lagi, mata dah kelabu katanya...





Aku akan simpan barang ni sebagai kenangan.....
Semoga mak sihat selalu...

Maples Leaves....daun yg cantik...








Ni set maples leaves yg ada...cantik tapi tak leh lawan Yatt punya..lagi cun..
seciput ini aja yg ada, kalau ada rezeki leh la simpan byk2.....

Friday, June 19, 2009

Beg tangan dulu2..

Aku juga suka menyimpan beg2 tangan lama, yg digunakan dizaman 60an atau 50an..
Ni ada beberapa beg tangan lama yang ada dalam simpanan aku untuk aku syerkan dengan kawan2 yg minat barang2 lama...

Beg tangan ni penuh dengan labuci...cantik sekali..




Tengok jahitan manik dan labuci kemas sekali.....


Yang ini pula dijahit labuci dan bunganya dijahit manik bentuk bunga..


Lawakan bunganya!


Bahagian dalam kaler pink....


Yang ni lagi cantik...jahitan labuci dan manik bergantungan penuh di beg...




Tempat bukanya juga ada batu berkilauan....cantiknya........


Semasa aku beli beg ni dari penjual barang lama dulu...
aku tak perasan ada duit dlmnya...
lepas seminggu baru aku belek2..terkejut dalam poket
berzip itu ada
duit lama lebih kurang RM3 lebih...
duit syiling semuanya tercatat tahun 60an...

Beg ini paling aku suka...cantik....


Penuh dengan batu2 berkilauan, bukan digam tapi dikepit dengan besi, beg ini masih cantik tak satu pun batu berkilauan itu jatuh...semua masih ditempatnya.....


Cantikkan pembukanya!




Ada juga beberapa beg tangan lama milik ibuku dalam simpananku..
satu hari nanti akan ku tunjukkan....
bye.....

Sunday, June 14, 2009

Teko pink cina

Kali ini saya nak tunjukkan koleksi teko cina kaler pink ni...cantikkan...
Saya suka teko ni sebab banyak corak dibadannya, penuh dari bawah hingga keatas..kaler pinknya nampak menarik..ada beberapa biji cawan kecil yg saya dapat kumpul...mangkuk pun ada juga..tapi entah dimana saya letak pun dah tak ingat...entah2 tersumbat bawah katil kott..






Thursday, June 11, 2009

Teluk Senangin

Sempena cuti sekolah bulan ini kami ke tempat yg belum pernah kami sampai..
Teluk Senangin, Pantai Remis.. selalu dengar tapi baru kali ini berpeluang makan angin
di sana..
Pada pandangan aku tempat ini menarik dan berpotensi menjadi popular satu hari nanti..
Terdapat beberapa chalet di sini, ada juga chalet yang sedang dibina. Aku dan kuarga
menginap di chalet Mesra, Hj Ibrahim tuan punya chalet ini.
Sesampai aja di chalet anak2ku tak sabar2 nak terjun ke laut, aku pulak yg risau..
setiap pegerakan mereka aku selalu awasi takut pula sesuatu yg tidak diingini terjadi..
ada beberapa org telah lemas di kawasan ini kata makcik kedai makan berdekatan..
lagi risau la aku..
nasib la kami semua selamat tidak ada apa2 yg buruk terjadi.. cuma ada seorg budak kecil hampir lemas ditarik ombak, mujur la ada org yg nampak dan cepat tolong..ibubapanya asyik makan ketika kejadian tu...emmm
Keadaan di pantai memang best..ramai org berkunjung.. cuma yg tak bestnya kekurangan
kedai makan, cuma ada kedai makan yg kecik2 aja..
lagi satu mungkin sebab ni kawasan nelayan, lalat begitu banyak sekali..nak makan pun susah...
dikerumuni lalat...
Tapi anak2ku memang gembira sepanjang 3 hari 2 malam kami di sini...
oh ya sempat juga kami ronda ke Lumut membeli sedikit buah tangan untuk di bawa pulang dan juga fridge magnet yg aku suka...





Ngantuknya Ammar.......


Chalet yg kami sewa...


Pantai nan indah..


Lumut..Bot ke Pangkor...





Remis...siap bawa periuk ingat boleh rebus remis ni, rupa2nya tak banyak dapat dikutip..
mungkin bukan musimnya....

Seronoknya mandi laut........





Perubahan ketara pada anak2ku...habis itam sun burn..heheh




Kakiku jadi mangsa...






Gembira sungguh Ammar dapat mandi laut.......
Sekian terimakasih....ujung tahun kita cuti2 Malaysia lagi.......