Baru-baru ini saya ada mengambil leaflet mengenai trip Haji tahun ini di Dublin Mosque. Paling murah GBP980, itu pun hotel 4 bintang! Nampak macam mahal bukan? Kalau nak dibandingkan dengan pakej Tabung Haji, rasanya sini murah sikit. Tapi, student-student macam saya ini, janji ada katil sudah... jadi GBP980 entah-entah boleh murah lagi, jika saya pilih pakej hotel yang tak berbintang langsung.
Pada saya, tak payah duduk hotel berbintang-bintang sangat. Di sana pun, yang lebih aulanya beribadat dan berkembara minda dan fizikal sepanjang masa, bukannya duduk memerapkan diri menikmati televisyen dan air-con, tak begitu? Kalaulah kita ke Baitullah, kemudian kita banyak duduk-duduk bersenang lenang di kamar hotel, maka alamatnya tak tercapailah objektif kita ke sana. Lainlah, jika dah siang-siang dah berniat nak duduk-duduk... yang pada saya, amatlah merugikan!

//Foto khutbah eid - tidak releven langsung dengan coretan kali ini
Hmmm... terus serta merta teringatkan sahabat saya yang dengar-dengarnya bercadang nak tunaikan haji... tup tup petang itu juga saya ke rumahnya.
Maka, agak lama jugalah ziarah saya - berkongsi pengalaman, berbicara tentang rasa, hingga meleret-leret ke lewat malam, tapi rasanya memang tak cukup satu malam nak bercerita!
Sebut tentang haji, saya fikir, lagi 2 tahun akhirnya musim haji jatuh pada cuti musim sejuk, di negara-negara di hemisfera utara macam Ireland dan UK. Itu pun saya tak check dengan kalendar hijrah betul-betul... Insha Allah ada sahabat2 dari sini yang dapat tunaikan haji nanti.
Di down under, sememangnya musim haji tahun yang lepas dan tahun ini, jatuh pada cuti musim panas. Dan ada khabar juga sahabat-sahabat di sana yang berkesempatan... Mabruk!!!
Lagi satu, ini kira cerita lainlah. Pada hari terakhir Ramadan, sempat saya singgah Dublin Mosque, menjenguk sahabat saya Haseeb, yang alhamdulillah telah mengimarahkan fungsi masjid dengan lebih efektif. Sedang dia ralit menjawab panggilan telefon bertanyakan bila agaknya Syawal, dan bila bermulanya solat sunat Eid, tiba-tiba:
"Hello, tommorow is Eid, and the prayer begins at 9 in the morning..."
"Errr, actually I am calling because I wanted to become a Muslim"
I was stunted. Masha Allah... That was a gift of the last day of Ramadan. Akhirnya si pemanggil itu pun mengucap kalimah Syahadah pada waktu itu juga. Setelah diselidiki, sebenarnya beliau sudah lama mencari. Mencari erti hidup di dunia ini.... bagaimana pula kita? Sudahkah kita?
Sebenarnya, ramai orang-orang jadid (orang-orang baru) ini desire untuk mencari sinar kehidupan amatlah tinggi. Yang menjadi logam ketika dahulu, tetap menjadi logam (seperti sabda Rasulullah - sanad tak ingat...). Banyak lagi benda yang wajar dicontohi. Kitalah kena mencari...
Cuma, kadang-kadang kita memandang enteng terhadap orang-orang jadid ini. Tak nak appreciate yang mereka sudah pun memilih deen ini. Macamlah iman dan takwa kita power sangat. Ketahuilah, Allah saja yang tahu siapa yang lebih bertakwa (check surah an Najm ayat 31 & 32). Imam Ghazali dalam Bidayatul Hidayah pun ada mention bahawa, untuk membersihkan diri, kita kena pandang orang muda dari kita lebih kurang dosanya, dan orang tua pula, lebih banyak amalan kebaikan yang telah dikerjakan... so janganlah rasa diri itu besar dan bagus.
Waallahua'lam.