| SGH refurbished |
Anyway, I'm looking forward for more (mis)adventure in Borneo. Hopefully my 2-year-HOship will equip me with enough knowledge and skill to be stationed in district. Just as what the boss always said - safe and competent. Not a superhero. Haih.
...
Seperti biasa, pada bulan Ramadan keinginan untuk makan percuma sentiasa membuak-buak. Jika di Dublin dulu, pastinya nasi briyani hari-hari di Dublin Mosque. Sewaktu di Pulau Pinang pula, tempatnya ialah Masjid Negeri. Hari-hari juga.
Sekarang, semasa sesi 'tagging' / orientasi, dapat makan percuma dari Unit Sajian & Dietetik. Gizi seimbang yang lazat (atau nyaman ikut Bahasa Sarawak), dinikmati beramai-ramai dengan para staf wad bersalin ketika berbuka.
Alhamdulillah akhirnya dapat berpindah ke rumah sewa yang lebih kondusif - ada senior-senior yang boleh diajak berbincang, tidaklah keseorangan dan kebingungan di kuarters.
Oh ya, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan. Di serata bahagian hospital sudah tergantung bendera Malaysia dan Sarawak. Nampak meriah sedikit. Haih, saya bertugas 'on-call' pada hari tersebut. Harapnya tidaklah banyak para ibu yang ingin bersalin (heh yakah?).
Hmmm... sekarang, macam mana hendak meng-IKEA-kan bilik? Teruja sungguh : http://ikeahacker.blogspot.com