Tambah album Moez Masoud, dan MP3 Miloud Zenasni.
Update link ke dakwah-info.blogspot.com
Tukar kepada nasheed dari kumpulan Le silence des Mosquées.
Perhatian ayat yang dibacakan tu adalah dari Surah At-Tahrim ayat 8 (copy www.altafsir.com). Sedap betul la suara mamat tu...
Firman Allah,
"Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
Kali ini banyak perkara sebenarnya yang nak dikongsi bersama: (tidak mengikut susunan)
HAMAS menang
Alhamdulillah... setelah sekian lama. Ramai orang kata Hamas (Harakat al-Muqawama al-Islamiyya) terroris bla bla bla. Hah lantak pi la. Briged Al-Aqsa (tak silap saya) adalah cabang kecil saja, sedangkan HAMAS itu meliputi kebajikan etc etc...
Yusuf Estes
Ke kuliah beliau 3 kali - satu celik habis (UCD), satu mengantuk dan terlambat (Clonskeagh sebelum maghrib), satu lagi tidur terus, sedar-sedar orang semua dah nak blah (typical of me). Sesiapa yang berminta, kindly proceed to www.islamalways.com. Sangat rekemended... rasa nak angkat empat-empat ibu jari termasuklah ibu jari kaki untuk thumbs up. Masha Allah tengadah juga daku akhirnya...
Foto-foto ini diambil ketika beliau berceramah di UCD.
//Yusuf Estes - islamalways.com
//Antara yang hadir...
//Antara yang hadir juga...
//Yusuf Estes sedang set up camcorder
//Yusuf Estes dari pandangan ventral eh dorsal eh terlupa...
//Akhirnya ada juga foto sendiri setelah sekian lama... payahlah jadi photographer, susah nak ada foto sendiri!
side note: hampir-hampir seorang brother melafazkan shahadah, seperti yang telah dinukilkan dalam blog Mijiemojo, huuu mereka bersih... kita?
Walimah Brother Haseeb
Alhamdulillah, akhirnya nikah juga brother masjid kita nih... setelah lama membujang. Beliau menikah dengan muslimah Irish - surely his children akan comel-comel belaka like every other child. Hmmm... I wonder, buleh lagi ke kita lepak2 lps maghrib or isyak bercerita bersurah itu ini... banyak yang dapat dari conversation/debate/lecture dengan dia. Entah lah labu. Semoga Brother Haseeeb kita menjadi sangat sinergistik dan bahagia sentiasa... amin.
sidenote: Haseeb challenged Fahad, Azlan n me - of course Azlan akan menang dulu insha Allah. Fahad? Aku?
Exam 1st Professional
Alhamdulillah... walaupun perit.
Tetamu dari tanah air
Tetamu kita berucap di UCD Earlfort Terrace...
//Foto jiran-jiran terhampir dari teratak Kilmainham kami...
//Education Attache dan Duta Besar ke Ireland
//Nazri Aziz
1427H
bertambah lagi... ya Allah... bilakah 27 Ramadhan akan tiba lagi? Dah semakin berusia. Semakin dekat ke kubur... hmmm... kat Dublin ini dah banyak kali jugalah macam nak menemui ajal. Yalah, naik basikal celah sana celah sini... memang bahaya betul. Weekend ini pun ada kursus pengurusan jenazah. Hmmm... kali terakhir experience death, lepas SPM dulu. Jiran pergi tak kembali dek kemalangan jalan raya. Awal sikit, arwah nenek dahulu, itu pun semasa Form 1 jadi memang blurr la (tak mengenal dunia lagi). Then, arwah Wak Jasman... sugul juga sehari dua. Jadi... kursus jenazah ini kenalah hadiri... nanti ahli keluarga sendiri yang meninggal dunia, tidaklah kalut... Ingat! Kitalah sepatutnya yang mandikan dia, kafankan dan solatkan sekali. Hmmm... antara syarat nak mandi jenazah nih, kalau dah cukup orang jangan tambah seorang lagi. Jangan ramai-ramai sangat. Lagi satu, orang yang mandikan mestilah pandai menjaga rahsia. Jangan macam mulut tempayan.
//Teringat kata Bapeq: rajin-rajinlah ke masjid...
Akhirul kalam, kadang-kala hati kata nak, tapi... hmmm pada waktu itu mintalah kepada Allah untuk guide kita. Jawapannya? Solat hajat dan solat istikharah...
Wallahu a'lam.
Final note : Kadang-kala kita terlalu excited untuk berkisah atau bersurah tentang pengalaman kita sehinggakan kita terperlekeh apa-apa yang orang lain lalui tanpa kita sedari. Ingat... jagalah adab kita sebagai Muslim... Sesiapa yang faham, harapnya jangan ulangi, sebab kerja kita bukannya untuk menghukum orang atau melabel orang. Sesiapa yang tak faham, insha Allah anda akan faham nanti.