Kg Pandan to HKL

Totally a bliss when weaving through traffic along Jalan Ampang.

Another 4 weeks to go.

Going the distance

I cycled to Batu Ferringhi from my flat this morning. Yup, in the middle of busy traffic. Hmmm... I wish Penang will set aside bicycle lanes in near future, or at least more roadsigns and campaigns telling to be considerate to cyclist. Heh. On the other hand, maybe after a while I will do some skitching when approaching a climb.

Distance covered: 40km (plotted on Google map)


View Larger Map

Fuel / source of ATP:
Pre - Chocolate Gardenia bread 60 cent, chrysanthemum tea 500mL.
Stop for refuel - nasi lemak, doughnut x 2, a glass of teh tarik, mineral water 250mL
Stop for dhuha - mesti bersyukur, masa muda sebelum tua, sihat sebelum sakit.
Post @ Kapitan cafe - mint tea, iced lime

Time: Didn't bother to time, I'm not an athlete or contesting for any competition. Just take it easy.

Stumbled a cyclist, and he says "Good morning" before passing by and disappears into corners just before Malaysia Army Camp. A white-haired chinese, presumably in his 50s. Sorry uncle, I'm not as fit as you are.

On my way back, in front of Flamingo Hotel, an elderly security guard in white uniform waved at me and even shouted out loud, with enthusiasm - "Bagus orang muda!" (Well done young man!).

Had snake bite puncture at Jalan Scotland, 2 min to home. Urgh, I just bought this bike last 4 days ago! Insaf saya tak mahu lompat-lompat dengan basikal ini lagi. Bukannya ada spring atau penyerap hentakan. Satu kerja lagi hendak menampal tiub.

BTW, saya pernah membaca sebuah blog yang banyak berkisah tentang basikal jarak jauh, dan ada satu fakta menarik yang boleh dikongsi di sini. "An average mamat who's definitely not an athelete (couch potato) like me can cycle at least 100km a day. If the road is as flat as pancake, its even further."

That makes Penang to KL about 5 days. Hmmm... tempting...

Never mind, I'll take a flight then. Save a lot of trouble and sweat. LCCT to Jenderam is less than 15 min drive! Meanwhile, this two-wheeler can take on the train from Butterworth, all the way down to Kuala Lumpur Station - yes the oldie one.

...

What a nice theme song:


My 6th

Yes, this is the 6th, and its red in colour. 'Ruaidhri'. Heh what a name. Every single brethren before it have their own stories, and I hope this one, will have a happy ending. Perhaps with the 'ever after' part.

Now I have to justify the purchase, of course, by cycling!


from www.bicycle-adventures.com, Penang to Pangkor
Hmmm menarik juga berbasikal jarak jauh seperti adik Johan (sekarang sudah masuk universiti agaknya)

Cerita November II

Puan Khairul Husna telah pun menghebahkannya melalui medium Facebook. Jadi, datang sajalah...


// Hiasan ini dicetak atas kertas surih, sebelum ditampal di atas kek. Jadi ia tidak boleh dimakan.


// Antara warga pendidik SMAPK.


// Puan Jamaliah Rani


// Senior dan super senior... banyak yang dah berubah (muka dan perut haha)...


// Puan Rahimaton, guru Bahasa Inggeris, dan Mr Kanang, kini penuntut Master in Surgery di HUKM - nama sebenar beliau ialah Khairul Izan.


// Suffian Saujana, bersama Tok Wan, dan Cikgu Zuzi


// Sistem siaraya sekolah masih seperti dahulu, semput-semput. Jadi terpaksa sewa dari luar...

Terima kasih Cikgu!

Cerita November I

"Who knows you will be a psychiatrist later on." 
ujar Dr B-harathy, sewaktu berjumpa dengannya untuk membincangkan perihal keputusan subjek Psychiatry baru-baru ini.

Tersengih aku. Alahai...

...


// Mengisi minyak sewaktu jalan-jalan ke Bukit Genting

Beberapa hari sudah, saya sempat pulang ke Sepang. Ditakdirkan Allah, kereta Proton Saga Biru, kesayangan ini semput-semput di tengah jalan. Sudahlah pada waktu malam. 2 kali saya terpaksa bergerak perlahan di lorong kecemasan. Asal lepas clutch, enjin mati. Jadi saya main-main minyak dengan clutch sampai lenguh kaki aku. Dalam hati, kalau transmisi automatik, lagi parah!

Syak masalah bateri, tapi agak tidak logik sebab boleh saja enjin dihidupkan sebelum bertolak. Jika alternator, sudah pasti ia mati terus, sebab palam pencucuh tidak dapat dicaj. Haih, ingat lagi bab-bab enjin Kemahiran Hidup Tingkatan 3.

Akhirnya aku berhenti di Hentian Bukit Gantang. Setelah beres solat, saya mendail nombor PLUS Peronda memberitakan situasi semasa. Masa menunggu saya luangkan dengan mengkhabarkan pada keluarga dan kawan yang saya agak lambat, dan besar kemungkinan perlu bermalam di situ.

Setelah hampir 30 minit berehat, muncul trak PLUS Peronda. Saya pun terus menaikkan bonet hadapan, mendedahkan ruangan enjin kereta. Dua Polis Bantuan pun turun. Muka segar dan bertenaga, menyatakan secara bukan lisan - "Ada apa yang kami boleh bantu?". Saya pun memperkenal diri dan bercerita...

Dan sebagai seorang penuntut perubatan saya pun 'present' kes ini. Hahaha. Provisional Diagnosis - Fuel-related problem, eg. 'choked' carburettor, fuel filter. Differential Diagnosis, spark plug not firing, alternator failure...

Sambil ralit mendengar celotehan saya, salah seorang PB (Polis Bantuan) pun membuka penapis udara (air filter), menampakkan carburettor di bawahnya. Jarinya mula merayap-rayap ke atas beberapa skru dan kabel, dan berhenti bila beliau sudah pasti yang mana satu perlu diusik. Yang seorang lagi, bermisai pun menghidupkan enjin, dan menstabilkan kelajuan enjin dengan menginjak-injak kakinya pada pedal minyak. Meraung-raung ia memecah kesunyian Hentian Bukit Gantang. Sedap juga derumannya, hmmm ini belum enjin ada turbo lagi...

Beberapa pelayan kedai buah-buahan di situ mula mengerumuni kereta saya. Memanjangkan leher, mencelikkan mata dan memasang telinga dengan semangat inkuiri yang tinggi. Salah seorang darinya berbisik-bisik, dan telingaku dapat menangkap : "Ini mesti carburettor tersumbat... biasalah Proton... kalau kereta lagi baru memang masuk bengkel terus... kena tarik dengan 'tow truck' jawabnya".

Setelah beberapa minit enjin itu hidup, akhirnya ia stabil. Ya, ia sudah panas. Saya pun dikhabarkan yang carburettornya 'tercekik' atau tersumbat. Jadi petrol tidak dapat disalurkan dengan baik ke dalam kebuk pembakaran. Alamatnya semput-semput. Asal lepas minyak enjin mati.

Kemudian, kedua-kedua Polis Bantuan yang budiman memberi jaminan yang saya boleh sampai ke Kuala Lumpur malam itu juga. Phew!

...

Aku gembira betul sebab dapat bersua dengan kawan-kawan, bermula dengan Syafiq Ayman, yang kini menjadi MO di Hospital Port Dickson. Selepas itu kami menjamu selera di The Curve (Lengkung?).


// Johan, yours truly, Syafiq Ayman, dan Asyhraff

Esoknya, Ahmad, Amin, Mujaheed dan Syafiq Sidqi di Al-Rawsha. Letaknya di Jalan Damai, berdekatan dengan Masjid Damai.Terkenang jalan-jalan di Timur Tengah dulu-dulu...


// Ahmad dan Amin


// Nasi Ayam Mandy bersama Mujaheed


// Syafiq Sidqi meneguk Teh Pudina

Kemudian saya bertuah dapat bersua kembali dengan Muhammad (nama popular di sekolah dulu, Matbond) yang kini berkhidmat di Bank Negara. Beliau memberitahu ada kemungkinan tahun hadapan IMF akan menjadi destinasi seterusnya (dipos oleh Bank Negara). Turut hadir, Nurudin Sharoof, yang kini bekerja di salah sebuah bank. Mereka berdua banyak bercerita bagaimana sepatutnya graduan muda menguruskan duit gajinya... sambil membuncitkan perut di medan selera Pavillion dan di kedai kek kepunyaan bekas PM kita, 'The Loaf'.


// Matbond - banyak tips-tips...


// Nurudin Sharoof - kaki fotografi juga, dan masih pakai filem lagi!

...

Alumni SKTN. Adem pun ada mengkhabarkan yang pihak sekolah memerlukan sokongan alumni untuk program Darjah 6 pada masa hadapan. Hohoho, jika tiada aral melintang, saya pasti akan turut serta.


// Adem Rono, Cikgu Anuar Sadat, dan Abdul Muhaimin


// Adli Shahrul. Kini menjadi 'orang minyak'.


// Azam, arkitek muda. Muhaimin, House Officer di Hospital Ampang. Yours truly.

Semoga di masa hadapan, ada usahasama dengan mereka. Yeay!


// Jaraknya dari rumah di Ampang hanyalah 2.5km. Ramai kenalan bekerja di sini : Halim, Muhaimin, Aizad, Wan Aliaa, Huda, Haikal & Hidayah.

ps : Aisemen Hadi, foto hang tak dak pulak. Lain kali eh?

...


Balik ke KL kali ini berpeluang juga dengan melepak dengan Azlan Abn. Haha.