Wednesday, December 10, 2008

Banjir di Taman Desa Pusu 3





1/12 - banjir rupanya melanda satu taman kali nie, air mula naik kul 1.30 pagi kat kawasan umah aku. waktu tu mmg tengoh tidor lena sgt ... maklumlah ujan. tiba2 dengor suara jiran sebeloh panggil katanya air naik. bila aku buka pintu depan . .tengok2 air skit agi nok masuk umah. mmg kejut giler ah aku .. waktu tu hubby pun tadok .. (dia kerja malam) aku ngan anok2 jer .. mmg panik.
nasib baiklah jiran2 baik .. dtg tolong angkat apa2 yang patut dlm umah aku. dlm kul 3 pg air dah paras lutut (dok sempat ambik gambor .. panik waktu tu). mulai dari ari tu aku terus menetap di sek. keb. gong badak (pusat pemindahan mangsa banjir). mcm pelarian lok rasanya .. tidor atas tikor, dpt selimut,bantal,kain batik,kain pelikat,brang2 harian. yang paling best ialah makan biskut jagung gula .... time2 gini mmg sedap sgt rasanya. kalu tidok dok makan .. sombong kata orang :)).
aku sengaja pilih utk duduk di pusat pemindahan banjir .. tak emboh susahkan orang, lagi pun leh kenal ngan semua jiran2 yang selama ini tak sempat nak berkenalan sbb masing2 sibuk ngan kerja masing2. bila time2 gini barulah terasa semangat setiakawan dan kejiranan ... mmg semua baik2 belaker. akan ku ingat keluarga abg li & k.nor (peniaga di pasar payang), keluarga a. man (cikgu sekolah rend. bukit tunggal) & kak zie, keluarga kak jan (suk), keluarga salina (jbtn pendidikan ngeri), keluarga a.mi (percetakan yayasan islam trg), keluarga a.lan (nelayan), keluarga a.sabri (tak tau kerja apa), keluarga a.mi (chef hotel), keluarga k.dah (dok tau kerja apa), keluarga kak ti (kompleks sukan g/badak) semua ini adalah keluarga yang sama2 duk ngan aku di dewan ko-kurikulum di sek. keb gong badak selama 11 hari. ramai lagi yang aku kenal tapi dia orang tinggal ngan keluarga masing2 .. tapi selalu datang melawat kami di dewan ni. rasa cam keluarga lok ... masing2 ambik berat dan bertanya kabor.


Saturday, November 29, 2008

Happy Besday Umi

30/11 - hari ni merupakan hari lahirku yang ke 35 tahun ... meningkat lagi usia aku. Cepatnya masa berlalu, happy sgt sebab hubby dan anok2 ingat sokmo tarikh lahir aku .. pagi2 ucap "happy birthday umi" pada aku, tq my family i love u all very much.

Banjir ....banjir

Hujan turun dgn lebatnya .......mmg banjirlah kali nie, kat Taman Pusu 3 (umah aku) mmg selalu gak lah naik air .. nasib baik kawasan umah aku tinggi skit. kalu tidok mmg kantoi ah ..., anok aku "adik" langsung dok leh duk diam dlm umah .. mahu jer turun dlm air kat depan umah, nok2 bila tengok kawan2 dia duk berendam dlm air. mulalah dia rengek2 nok ikut sama, mujurlah "faez" hubby aku dah ator gi umah tok wan dia ... (sbb faez ni mmg suka main air). Jiran2 depan umah seme merungut air masuk dlm umah .. hinggakan ada yang berpindah semlm sbb air semakin naik ... ...harap2 air dok lah masuk umah aku .. kalu tidok nangis lah aku ..... :((

Saturday, November 22, 2008

Farhana & Sepupunya

majlis besday anak2 sedara di paloh


anak2 dara masa hadapan ifa, angah, along dan adik na

nilah sepupu adik (panggilan utk farhana), kalu berjumpa riuh rendah uman wan .. nasib baiklah wan dah faham sangat anak cucu dia nie nakal2 blaker.

Retreat Pejabat Pendaftar di Kuching, Sarawak











Kenangan geng-geng Pejabat Pendaftar mengadakan Retreat di Kuching, Sarawak. Enjoy sakan jugaklah masa tu, macam2 tempat kami pergi antaranya ialah Kilang Kek Lapis, Taman Budaya di Sarawak dan yang paling seronok ialah ke Sarikin ..(tempat jualan barang2 murah) mmg murah lah ...

Ke Pulau Redang





Ni adalah kenangan semasa Unit Cuti Belajar (bos masa tu To' Puan Wan Hafsah)bawa semua Ahli Bengkel Cuti Belajar semua IPTA ke Pulau Redang. Memang best sgt dapat naik bot laju (tadok gambar dlm bot ...) nasib baik dok mabuk .. mmg best giler .. masing2 snorkeling ... langsung dok lepaskan peluang.

Urusetia : Pok Jak, Mek Na, Mek Ros dan aku .... best giler ...

Ina bertunang ...

ni ina dan adiknya (aku panggil pendi - nama manja arwah cik aku pada dia)

dapat rasakan debaran anak sedara aku sorang nie, masa di sarungkan cincin pertunangan




jeles tengok barang2 hantaran ..... comelllllll

Cepatnya masa berlalu bila aku anak sedara ku ini dah pun bertunang dan tak lama akan kawin ... masih duk ingat dia tu kecik agi ...... pada majlis tu, aku sedih jugak sbb arwah cik dok dang tengok ina bertunang .. kalu dia masih ada .. aku rasa dialah paling gembira dimajlis tu.
Gambar atas tu, ina dan adiknya (aku panggil adik), sekrg sedang belajar di Universiti Al Azhar, Mesir.

Buat Ina dan Tunangnya " semoga kekal bahagia .. dan cepat2 naik pelamin" amin....

Faez & Farhana



Gambar ni diambil oleh Cik Aida (Unit Latihan), budak2 ni mmg suka sungguh malam tu .. dapat berjumpa.... Faez lah ketua kontingen budak2 nie .. sbb dia paling tua dlm ramai2 (8 thn), Farhana tu ikut abang jer ... (pengikut setia katakan ....heheeh)

Kundasang dalam kenangan









Tak pernah lagi aku teruja melihat pemandangan yang cantik dan tenang selain di Kundasang, Sabah. Waktu tu, aku dan mek ros (PPT unit aku tu), diarahkan oleh bos untuk menghadiri bengkel selama 4 hari di sana. Mmg kami gembira sakanlah boleh pergi .. dpt kenal Kundasang yang terkenal dgn kecantikan alam semulajadi dan yang paling penting boleh tengok puncak Gunung Kinabalu.

Wednesday, November 19, 2008

lestari

esok ada lestari .. mek ros kena cakap depan ... takut aser .. sbb bos besor ada kot. .. dia jawab dok takut siket.

hari ini ujan lebat

pagi2 mari keje ... ujan lebat .. takut sgt dok napok jln.