Monday, May 25, 2009

Kehilangan Sebutir Permata ...

24/05/08 (Ahad)

Al Fatihah untuk Ayah Aji (Hj. Othman bin Awang) bapa saudara hubby. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama dgn orang2 yang dikasihi oleh Nya.

Ayah Aji, meninggal jam 2.00 petang dan dikebumikan pada jam 5.30 petang di Tanah Perkuburan Kampung Losong Penglima Perang. Hadir sama beberapa orang kenamaan Y.Berhormat Menteri Besar Trg, Dato' Ahmad Said, Dato' Farid, Ustaz Ramli Nuh dan ramai lagi yang aku tak berapa kenal.

Kehilangan Ayah Aji amat dirasai, kebaikannya dgn orang kampung losong penglima perang, mesra dengan saudara mara dan suka berjenaka apabila berjumpa itu semua akan kami ingati selalu. Ianya ibarat kehilangan sebutir permata ..... buat keluarga kami semua.

Al Fatihah ........

Saturday, May 16, 2009

Happy Teacher's Day

Selamat Hari Guru ..

Kepada semua guru2 di Malaysia, semoga menjadi pembimbing kepada anak bangsa yang tidak pernah putus asa dan mengalah. Ketahuilah bahawa di mana pun kita .. cabaran dan dugaan sentiasa akan hadir dalam kehidupan.

TAHNIAH Guru2 di atas jasamu kerana membimbing anak2 bangsa tanpa rasa jemu.

Monday, May 11, 2009

SELAMAT HARI IBU ...

11/05/09 (Ahad)

Selamat Hari IBU

Aku rindu pada arwah ibu ku. Al fatihah ....

Tuesday, May 5, 2009

Al Fatihah

30/04/09 (Khamis)

Malam kul 11.00 aku dpt berita mengatakan K.tie (isteri Tn. Hj Suib, Pendaftar UMT) telah meninggal dunia di Wad ICU Hospital Serdang. Al fatihah ... semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 dgn orang2 yang beriman ...aminnnn.

Aku sempat melawati k.tie pada 24/4 (jumaat) dan alhamdulilah aku dapatlah melihat keadaan dia di wad 7A. Sebelum dimasukkan ke Wad ICU keesokkannya. Waktu tu, k.tie mmg dalam keadaan tidak sedar .. apa yang ku lihat hanyalah pelbagai wayar .. disambungkan ke badannya. Ya allah kesiannyaaaa ... namun aku berdoa ... semoga ktie cepat2 sembuh. Namun Allah lebih menyayanginya.