Wednesday, December 23, 2009

Happy Christmas

Happy Krismas dan selamat bercuti hujung minggu ...
kzue taktau lagi nak kemana lagi cuti ni ... aser mcam duk umah jerlah kot. boleh jer kzue cuba masakan baru ..hehehe byak dah resipi kzue simpan nie ... time2 cutilah kzue leh masak2 utk keluarga. yang pasti, kalau sedap .. boleh cuba lagi tapi kalau tak sedap atau tak jadi .. mulalah malas dah nak cuba ..:))

Wednesday, December 16, 2009

Awal Muharram dan Hujung Minggu Yang Sibuk

aduss lamanya kzue dok menaip cerita ceritu nie ... hehehe sejok2 banjir ari tu .. habih seme idea pun hanyut sama. wakakaka

hari ni kamis .. esok awal muharram .. bemakna esok bermulalah tahun baru dalam kalendar islam ... sekejap jer kan ..masa berlalu. tapi tiba2 terpikir pulak .. hari raya haji lepas jatuh jumaat, awal muharam pun jatuh jumaat dan hari raya poser tahun depan pun jumaat kan ....

malaslah kzue nak berazam ... yang pasti kerja tetap kerja dan keluarga tetap diutamakan. hujung minggu nie kzue kena siapkan semua keperluan anak sekolah ... adusssss byk benda nie.

malam nie dah kena rancang nak ke mana esok utk beli peralatan sekolah dan pakaian sekolah. ez dan adik bukan main lagi suka sbb nak pergi beli keperluan diaorang .. kzue pun dah mitak diaorang listkan apa yang perlu di beli. mesti panjang berjela lah tu .............:))




Sunday, December 6, 2009

Gelombang Ke2 - Banjir Taman Desa Pusu 3

Air dah mula melimpah kat longkang depan rumah

air dah mula memasuki pagar umah kzue


kzue dah pun packing semua barang2 yang perlu di bawa ke pusat pemindahan banjir

tq banyak Mc Donalds, kerana sudi melawat kat pusat pemindahan dan memberi sumbangan kepada kanak2 termasuklah anak2 kzue ...


Alamak tak nampaklah wajah PM .. sibuk ngan press kat depan tu ..


tq PM kerana sudi melawat semua mangsa banjir .. dan memberi sumbangan kepada kami


alahaiiii kzue berpindah skali lagi ke pusat pemindahan banjir - Sek. Keb. Kompleks Gong Badak, Kuala Terengganu pada 02/12 - 06/12/09 (5 hari).

baru 2 hari kzue balik rumah ... tiba2 ujan turun dgn lebatnya yang menyebabkan air naik smula kat Taman kesayangan kami. malam tu ujan lebat sgt2 ... diikuti guruh dan petir. menjelang kul 3.00 pagi air dah melimpah sampai kat depan umah kzue. hati dah berdebar2 .. maklumlah baru lepas basuh umah .. takkan nak kena pindah umah smula. uwa..uwaaaaaa

jam 7.00 pagi .. kzue sekeluarga terpaksa keluar dari rumah kerana air dah hampir paras lutut. kemana lagi kalau tak ke pusat pemindahan banjir .... adusssssss sedihnyerrrrrr

5 hari jugaklah kami sekeluarga berada di pusat pemindahan banjir, nak buat camana .. terpaksalah ... lagipun kami nak duduk mana lagi .. uwa..uwa..uwaa. Nasib baik anak teruna kzue dah awal lagi kzue hantar umah abang dan kakak ipar kzue, tinggal adik jerlah yang bersama kzue di pusat pemindahan.

Sekali lagi tima kasih banyak2 kzue ucapkan kepada pihak JKM (yg tak jemu2 melayan kerenah kami mangsa2 banjir ni), pihak PBSM (yang sudi datang memasak), Polis DiRaja Malaysia, JPA 3, Bomba, press yang sentiasa datang menemuramah kami .. (hinggakan kzue kadang2 takut bila tengok press - sbb tempohari dah keluar paper gambor kzue sekeluarga .. hehehe), pihak2 penaja yang sudi memberi sumbangan (Mc Donalds, orang2 persendirian dll). Budi baik kalian semua diucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga.






Sunday, November 29, 2009

happy besday to me .....

Happy Besday to me (30/11)

sekarang kzue dah pun masuk 36 tahun ... tq my bos kerana ingat besday kzue ... awal2 lagi dia dah bagi kad .. tq very much.


Banjir Taman Desa Pusu 3, Gong Badak

Air Longkang dah mula penuh ....

Petang 23/11 - air dah mula naik kat Taman


Budak2 kat Taman mulalah bermain air banjir ... termasuklah anak kzue .. (ez dan adik)


Petang air dah mula naik kat bahagian depan umah kzue


24/11 air dah paras lutut


24/11 - air semakin naik, pokok kesayangan kzue sempatlah diselamatkan

Adik didepan umah Abang Khusairi (jiran kzue yang kerja Bomba)

Hubby kzue dipilih utk menerima sumbangan daripada AmBank Group pada 26/11 -
Terima kasih AmBank

Adik sempat lagi posing sebelum memulakan pertandingan mewarna bagi kanak2 di Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Kebangsaan Komplek Gong Badak yang diadakan oleh pihak JKM

Tekunnya adik ... cat comel2 dik .. moga2 dpt hadiah ..hehehehe

kzue berada di Pusat pemindahan Banjir Sekolah Kompleks Gong Badak bermula pada 24/11 - 28/11 (5 hari). Seramai 33 keluarga yang berada disekolah tersebut dan yang selebihnya ramai yang balik kg dan menumpang di rumah sanak saudara.

ini adalah tahun ke 2 kzue dan keluarga beraya aidiladha di pusatpemindahan banjir. saper yang tak sedih ... bila takbir raya bergema .. kami semua ada di sekolah. Sepatutnya waktu itu kami semua berada di rumah masing2. memang menangis jugaklah .. tapi apakan daya ini semua ujian daripada Allah s.w.t utk kami. Insyallah akan ada hikmahnya utk kami semua .. amin.

di sekolah kzue sebilik dengan keluarga cikgu man dan kak zie (4 org anak) , keluarga abg li dan kak nor (2 org anak) , keluarga salina (3 orang anak) serta dan kzue dan hubby (2 org anak). memang riuh rendahlah suasana dlm bilik tu bila semua berkumpul ... tetapi kadang2 suka pun ada .. sbb kami bukan biasa boleh jumpa2 begini .. kerana masing2 sibuk ngan kerja dan duk dlm umah jer .. jarang boleh bersua muka. time2 mcm nie ..barulah boleh bersembang dan gelak ketawa. Keluarga2 yang lain tinggal di beberapa bilik lagi serta ada satu dewan jugak digunakan.

Terima kasih banyak2 kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), JKK Taman, pihak Sekolah Kompleks Gong Badak, AmBank Group yang memberikan Hamper kepada kami mangsa2 banjir, Y.Bhg Dato' Nasir (yg turun padang melihat keadaan mangsa2 banjir), Ustaz Ramli Nuh yang tak putus2 datang melawat kami kat pusat pemindahan banjir, penyedia makanan, sykt2 dan orang2 perseorangan yang memberi sumbangan kepada kami. Ribuan terima kasih banyak2 sekali lagi kerana membantu diwaktu kami semua berada di dalam kesusahan. hanya Allah sahajalah yang akan membalasnya.

Tuesday, November 17, 2009

Demam ...

Minggu nie kzue satu family kena demam ...

kesian kat anak2 bila kzue sendiri yang demam ... sakit kepala .. dan batuk2 .. apa yang mampu kzue sediakan hanyalah nasi bubur sahaja .. nasib baik anak2 tak memilih makan .. diaorang tau umi diaorang demam. jadinya langsung tak ada komplen dari mereka semua....alhamdulilah.

Ez yang mula2 sekali demam diikuti hubby dan adik ... akhir sekali barulah kzue pulak yang demam. Biasalah ez kalau demam mesti meracau .. tu yang kzue takut sekali. hubby kzue sempatlah balik kg kejap cari daun bunga raya putih untuk di buat jeram kepala ez. Memang petua org tua2 kalau anak2 demam .. ambik beberapa helai daun bunga raya putih dan dicampurkan kedlm air, ramas hingga keluar lendir daun tadi .. dan dijeramkan dikepala. Ianya berkhasiat untuk menyejukkan kepala dan badan. Cubalah .....

Disamping jangan lupa pergi segera ke klinik berdekatan .. maklumlah sekrng ni macam2 penyakit timbul, terkini penyakit taun. Katanya ia berpunca daripada air ...Ya Allah, mintak jauhlah penyakit2 ini daripada keluarga kami.. amin


Wednesday, November 11, 2009

Jagalah Kesihatan

Hari ni kzue rasa cam dok sedap badan jer ... adusssss nok demam doh ker .. ni yang duk risau nie. pening kepala dan aser panas badan jer .... mesti jangkit ngan ez nie .. sbb dia selsema sejok kelmarin lagi.

Musim2 sekrg ni .. mmg kena sgt2 jaga kesihatan, maklumlah macam2 penyakit ada.

Tuesday, November 10, 2009

Kuih Cik Mek Molek


setelah siap di gentel ...

setelah siap digoreng ... nyummmmm..nyummm

Petang tadi hubby kzue rajinlah pulak pergi beli ubi keledek kat Kubang Jela, Manir. Siap pesan ke kzue mitak buatkan cik mek molek nie .. balik kerja lepas masak terus kzue mulakan misi cik mek molek nie ...

Bahan2nya:-
Ubi Kedelek - direbus dahulu + sedikit garam
tepung gandum
gula
sedikit air
sedikit minyak masak

Cara membuatnya:
setelah ubi masak ... lenyekkan dahulu ubi tersebut.
masukkan tepung gandum - uli adunan menjadi doh + tambah sedikit air kalau keras. pastikan adunan tidak terlalu keras & tidak terlalu lembik
dan letakkan sedikit minyak masak utk mencantikkan kuih tu nanti. kerana nanti ia akan nampak mcm berminyak gitu....
apabila dah menjadi doh .. ambik sedikit2 adunan tadi dan gentel bulat2 - buat lubang skit ..utk letakkan gula dan gentel semula menjadi bentuk seperti di atas tu.

selamat mencubalah .. enak dimakan waktu petang ..heheheheh

Sunday, November 8, 2009

Al- Fatihah

09/11/2009 (Isnin) - Bonda tercinta Fa meninggal dunia hari ini. Kzue dan kengkawan pejabat menziarahi jenazah di Kampung Pengadang Baru dan mengucapkan takziah kepada Fa. Suasana begitu pilu seketika apabila kami melihat keadaan Fa yang begitu sedih dan tanpa dapat ditahan kami semua digenangi manik2 yang akhirnya berguguran .....:((
Sesungguhnya kehilangan seorang ibu amat memeritkan bagi kita seorang anak, kzue dah laluinya 2 tahun yang lepas. Apabila bonda tercinta kzue meninggal, dan kzue harapkan Fa tabah dan kuat menghadapinya .. kerana Allah lebih menyayanginya .. lebih daripada kasih sayang kita.
Semoga roh bonda Fa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama2 dgn orang yang beriman ..amin.
"dari Dia kita datang dan kepada Dia kita kembali"

Saturday, November 7, 2009

Bila Rajin Datang ....


tiba2 jer rajin pulak .... bila time hujan2 nie .. bukan aper .. perut cepat lapor sebenarnya bila hujan..

petang jumaat tiba2 kerajinan datang lagi .. kzue buat jemput udang ... ummmppp bestttt. makan jemput udang cicah sos cili dan minum air kopi .... mmmmmmm terangkat hubby kzue ..wakakakaka

hubby kzue, mmg suka sangat jemput udang / ikan / bawang ... kalau ada masa kzue buat dan kami akan makan sama2 satu keluarga kat depan porch umah kami ..sambil minum air kopi. sambil2 tu .. ez dan adik main2 kat depan tu ... mmg seronok ... bahagia sgt.

sbb tulah ..time hari minggu kzue mesti masak ..tak kita apa pun, betul kata orang2 tua .. masakan isteri/ibu nie ..boleh mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kita. kzue ingat lagi .. masa kzue kecik2 dulu pun .. arwah cik kzue selalu masak .. walaupun kami berdua jer.

alhamdulilah hubby kzue jenis tak memilih makan .. dia tu ok jer .. senang kalau bab2 makan nie .... yang pasti kzue masak sendiri.

Pengat Ubi Kayu

Pengat Ubi Kayu

hhahahahaha inilah pengat ubi kayu yang sempat kzue buat petang kelmarin ... besttttttttt

alaaa senang jer .... nanti kzue bagitau resepinya yer ... leh ah saper2 nak cuba

cara membuatnya :-

rebus ubi kayu .. masukkan daun pandan sehelai (utk wangi), dan sedikit garam
apabila air rebuasan hampir2 kering .. masukkan nisan (byk mana ikut suka lah)
lepas tu, dah masak boleh makannnn

ringkas jer ... ni pun kzue belajar dgn arwah cik kzue .... setiap kali musim hujan mmg senang nak dptkan ubi kayu nie ... kalau rebus dan makan ngan kelapa parut lagilah sedap.

kalau nak tau .. ni salah satu makanan kegemaran ez .. (maklumlah dia nie mmg suka kuih2 tradisional ni ... cucu tok katakan ..hehehe)



Pokok Kesayangan


inilah pokok yang kzue panggil pokok 'ong' .. kata orang pokok ni byak 'ong' tak tau ia ke tidak


ini pulak kzue panggil pokok tanduk ..sbb bentuknya seperti tanduk.

Inilah antara beberapa pokok perhiasan kesayangan yang kzue tanam .... kalau nak tau .. pokok2 nie kzue dapat daripada kakak ipar kzue yang mmg minat sgt pokok2 perhiasan nie.

sesungguhnya kita dpt ketenangan apabila melihat pokok2 hijau nie .. terutama ketika fikiran berserabut ... heheheheheeh

Wednesday, November 4, 2009

aktiviti yang memboringkan ...

Aktiviti tengahari kzue ler ni ...hanya duk depan pc dan baca blog , ye lah bila dah duduk hujung dunia nie .. seme aser jauh jer. Macam susah jer nak bergerak ke mana2. Jauh sgt jadinya malas nak keluar tghari (waktu rehat).

Time2 ginilah kzue jadi rindu pada suasana lama .. asal tghari kzue and the geng akan keluar gi makan kat cafe berhampiran. Sambil makan2 kami jugak sempatlah gosip2 pelbagai cerita luar dan dalam negara .... hehehhe lepas tu ketawa besar2 ... winduuuuuunyaaaaaaaaaaa uwa..uwa..uwa

* kzue rindu kalian - mek ros, mek na, aida, pok jak
- kengkawan yang selalu gelak ketawa sama2
yang membutkan pejabat nak pecah ngan suara2 kami.....



Pesyen Rambut Ez

Faez dan sepupunya (abang amir)

gambar anak teruna kzue .. tengoklah rambut dia tu. suka sgt ikut trend budak2 muda sekrang nie. pening kepala kzue ... pergi mana2 mesti org tegur pesyen rambut dia tu .... bygkanlah lumur minyak rambut sampai basah rambut ..... adussss kecik2 dah pandai bergaya. Belum lagi anak dara kzue yang sorang lagi. poning kepala umi dan abah ......

minggu nie dia sibuk ngan examnya ... bila ditanya dia kata senang jer soalannya.. tapi kalu tengok result exam nanti mesti ada yang tak kena ... ada jer nanti result warna merah ... biasalah budok lelaki katakan ... belajor sambil main2 jer.

kzue dan hubby sentiasa doakan agar ez dan adik menjadi yang terbaik buat kami.

* inilah dugaan apabila menjadi ibu bapa kan ... sentiasa pikir pasal progress anak2.

Monday, November 2, 2009

Tektik Hari ini ....

Kekadang jari kzue nie macm rajin jer nak menaip ..tapi tak pastilah plok nak citer pasal apa yer ...
Tau dok ..kzue baru balik bandor .. cuaca bolehlah tahan panasnyer .. kata org tua2 panas ni nak ujan. niat utama mmg nok gi mengorek kat tabung haji ..hehehehe biasalah gaji lambat lagi. ingatkan org tak ramai ... sampai2 di depan bgn tabung haji .. penuh org sampai keluar ..adusssss camana nie .. paksa jugak diri ini utk masuk .. bila ambik nombor, kzue dpt nombor 146, tengok kat skrin baru nombor 95 ..adussss lambatnyerrrrrrr.
Semua kerusi plak dah penuh dgn semua org yang menunggu giliran, so kzue berdiri jerlah .....saborrrrrr lagi.
Bila kzue perhatikan 2....3 kali nombor yang dipanggil tiada bertuan ..kzue pun mula terpikir sesuatu ...'ting..ting '
tau apa yang kzue terpikir ...tiba2 kzue bertanduk kejap ..hehehehe . kebetulan ada nombor 112 naik ... kzue tengok tak ada org pun pergi ... kzue dgn muka selambanya terus ke kaunter tersebut ...padahal nombor kzue ni lambat lagi. nasib baik gak .. kerani kaunter tak minta nombor ..kalau tidak kecut perut kzue. lebih kurang 5 minit urusan kzue pun selesai. Lega asernya ... tapi sorilah yer .. terpaksa buat begitu ..sebb nak masuk kerja smula ..lagi pun itu tektik lama dah pun .. cuma kzue jer yang baru berani nak buat ..hehehe
bila dah masuk kereta .. terpikir lak ..pada orang lain yang masih menunggu ..kesian kan .. diaorang dgn penuh sabar menunggu giliran .. w'pun ada peluang utk buat perkara yg sama cam kzue.

Hujan ooo Hujan .......

November datang lagi .. ni yang buat kzue bimbang nie. Memanglah musim ujan kekadang ni best jugak .. terutama bila ingatkan ubi kayu rebus, makan panas2 cicah dgn kelapa parut ...nyam..nyam..delicious :))
Tapi yang kzue duk takut2 sgt nie ialah musim banjir datang lagi, tahun lepas banjir kat taman umah kzue hinggakan air paras pinggang. waduh222 ... takut gue peristiwa itu berulang lagi. Mintak2 dijauhkan oleh Allah s.w.t...amin

Tuesday, October 27, 2009

Aduhhhh ... Pencuri Semakin Berani

Aduhhhhh sekarang ni musim pencuri pecah masuk umah lah plak ... adoooii takutnya. Yelah ..mcm2 berita baca kat akhbar ... tu yang buat kzue seriau tu ....

Ari sabtu lepas , tup2 umah kzue lak yang nak kena pecah .. nasib baik anak teruna (ez) sempat sedar. Katanya dia tengah leka ngan PCnya tup2 terdengar cam ada org berjalan tepi umah, bila dia intai ikut tingkap .. ternampaklah bayang sipencuri tu ...

cepat2 bagitau abah .. yang ketika itu sedang tidor (waktu tu petang), bila ajer adik dan ez panggil "aboh.. aboh.." terus pencuri tu lari .... ketika itu kzue tak ada kat umah .... masih di pejbt.

asernya dia ingat waktu tu .. umah kzue tak ada org kot ... dia tak tau .. ez, adik dan aboh ada kat dlm umah. mmg nak kenalah .. si pencuri nie ... kata aboh "kalu dpt .. aboh katok jer dia tu" hhehehehe garangnya abohhhhh.

yang geramnya .. dua tiga selepas kejadian .. berani lagi masuk kawasan umah, kali ni pencuri tu buka almari kasut kat depan umah lak ... agak2nya dia cari kasut2 (mana tau kot2 ada kasut mahal) pencuri tu dok tau .. yang kzue ni bukannya pakai kasut mahal ... hehehehehe padam muka dia. Tapi utk peringatan .. selepas kejadian berkenaan ... kzue akan pastikan pintu pagar depan pun dah dirantaikan.

* utk peringatan kawan2 .. pastikan keselamatan umah anda .. yang penting grill mesti ada

Sunday, October 4, 2009

Penempatan Baru

1/10/2009 (Khamis)

Bermulalah penempatan aku di Fakulti Sains dan Teknologi.

Walaupun bertukar kerja / suasana / kawan2 dan tempat tapi alhamdulilah aku semakin dapat menyesuaikan diri ditempat baru ini. Alhamdulilah kawan2 di FST semuanya baik2 dan kami saling mengenali antara satu sama lain sekarang ini.

Bagi aku apa yang penting adalah HATI ... di mana kita akan rasa gembira di tempat kerja .. maklumlah kita menghabiskan masa yang lama berada di pejabat . Bermakna pejabat adalah rumah/keluarga kita yang ke2, sebab itulah pentingnya kegembiraan dan ketenangan. Sesibuk mana pun kerja, apa yang penting ialah hati kita gembira dan ini menjadikan kita lebih bersemangat untuk bekerja.

Buat kawan2 semua .. SELAMAT BEKERJA.

Sunday, September 27, 2009

SELAMAT HARI RAYA


"SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN"

Sunday, September 13, 2009

Happy Birthday Muhammad Faez Irfan

Happy Birthday Yang Ke-9 (14/09)

Antara kawan-kawan main mercun .... sempat menjamu selera
Antara kawan-kawan main mercun .... sempat menjamu selera



Kek Upin & Ipin - pilihan Ez



Hari ni birthday ez yang ke 9 ... (14/09)

Adik : Happy birthday abang ... i love you
Aboh : Happy Birthday Abang .. i love you
Umi : Happy Brithday Abang ... i love you

Muka ez berseri2 pagi nie gi skolah ... yelah semua wish ke dia ... tadi masa turun kereta siap bagitau ..

"umi.. jgn lupa beli kek ke ez yer ..."

Petang ni balik kerja aku mesti ke kedai kek kat Gong Badak cari kek utk ez.

Kami sekeluarga nak sambut birthday ez selepas buka puasa malam nie ... buat kat porch depan .. jemput kawan2 ez .. utk memeriahkan suasana birthday boy tu ...:))

Kami sayang Ez .....























Saturday, September 12, 2009

Seminggu Aje Lagi ..

Seminggu jer lagi semua akan menyambut hari raya aidilfitri .....time2 ginilah rindu giler aku ke arwah cik, dialah orang paling sibuk time2 nak raya nie. Kalau tempoh seminggu lagi nie, mesti dia sibuk tanya nak masak apa pagi raya nanti ............ :((
Persiapan raya ? ... mmm biasalah aku nie .. yang penting anak2 semua dah siap tunggu nak raya jer.

Seperti biasanya setiap kali raya ..aku beraya di rumah sendiri .. pagi barulah bertolak ke rumah mertua di Paloh ... lepas s'yang kami sekeluarga ke kubur arwah cik. Sedihnyerlah bila ingatkan saat2 manis beraya bersama arwah cik .. .tapi apakan daya ALLAH lebih menyayanginya.
Ez sibuk tanya bila lagi nak beli selipar raya dia .. opsss lupa lak .. terus aku ke Kedai Kasut You, bawak ez sekali, tau lah anak teruna tu .. seme benda nak pilih sendiri.
Selipar Diadora jugoklah jadi pilihan ez .. beli kat Kasut You jer :))

Ni adik punyer ... pilihan dia sendiri ..beli kat BP Mall (Batu Pahat Mall)


Ni selipar tambahan adik .. jeles tengok abg beli selipar kat Kedai Kasut You.


Ini umi punyerrrr .......

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR BATIN


Saturday, August 29, 2009

Puasa dan dugaan anak2 ...

Hari nie dah hari ke 8 kita semua puasa. Sekejap jer masa berlalu ... dan banyak dugaannya sepanjang Ramadhan ini ...

Awal pagi : Dugaan utk mengejutkan anak2 bangun sahur ... ("jap lah umi .. kek gi bangun ah" ....tapi dok bangun2 pun .. terpaksalah aku gunakan air utk renjis muka diaorang .. barulah bangun).

Tengahari : Pikir nak masak apa lah hari nie ..... (abih buka buku2 resipi).

Petang : "Umi, lambat agi ker nok buka ... letih doh nie"
" Umi, leh dok nok minum air jer tak emboh makan ..."
" Umi, adik nok pengsan doh nie ..."
" Umi, ez letih sgt2 nie .."

itulah antara rungutan2 yang sering ke dengar .. di bulan ramadhan ni.

Malam : " Umi, leh dok main mercun "

yang pasti kami gembira dibulan ramadhan ini ..... ez pun masih lagi puasa penuh (mmg dia berazam utk puasa penuh tahun nie) adik lak, dah puasa 4 hari ... siang gok ke adik baru 6 tahun.

Monday, August 17, 2009

Tabah dan sabar Menghadapi Dugaan Ini ....

18/08/2009 (Selasa)

Takziah ....

Kesedihan dan kedukaan yang aida lalui hari ini amat aku fahami dan mengerti. Perginya seorang ibu yang melahirkan, membesarkan dgn penuh kasih sayang dan yang paling banyak berkorban untuk kita. Namun ketentuan Illahi tak dapat kita halang, apa yang pasti Allah lebih menyayanginya lebih daripada kita.
Ya Allah semoga Engkau berikan kekuatan kepada sahabatku aida untuk menempuhi semua ini, dan tabah serta tidak putus semangat menghadapi semua dugaanMu ini.
Ya Allah, tempatkanlah roh ibu aida ditempat orang2 yang soleh dan yang kau kasihi ... amin.
Peristiwa hari ini, mengingatkan aku kepada Arwah Ibu Tercinta yang meninggal pada 26/04/2007.
* Cik Nurhaida bt Mohamed Lela (Penolong Pegawai Tadbir, Seksyen Latihan).

Laporrrr ........


mmmmm sedapnyer ... sup tulang, goreng sotong, ikan goreng, belacan dan ulam-ulaman.
menu yang kami sekeluarga sempat makan tghari di Balok, Kuantan.

Konvoi ke Kuala Kubu Baru

Faez dan kek kawin kak ina & abg erwan

Persandingan anak sedara ku di Felda Gedangsa, Kuala Kubu Baru, Selangor.
(tema hijau - keluarga pengantin lelaki)

Jauhnya tempat nie .... tapi yang bestnya perjalanan utk sampai ke Felda Gedangsa lebih kurang perjalanan semasa ke Kundasang. Memang mencabar .... terutama kalau pemandu tu baru dapat lesen .... hehehehehe
apa2 pun semoga berbahagia selalu



Wednesday, August 12, 2009

Percutian 5 hari


Pemandangan dari bilik hotel cahaya, tanjung Malim, Perak


abang dan adik dlm bilik hotel cahaya, tanjung malim

di Hotel Neo Pegasus, Segamat Johor

waduh2 .. jauhnya perjalanan aku sekeluarga kali ni. Blom pernoh lagi kami berjalan makan angin sejauh nie. buleh kembung perut kami sekeluarga ... heheheheh

Dari Terengganu - Kuantan - Selangor - KL - Perak (majlis sambut menantu anak sedara tersayang) - balik dari tanjung malim kami naik lebuhraya utara selatan ke Batu Pahat,Johor (balik kampung hubby) .... fuhhhhhhh letih giler ... tapi paling kesian driverlah ... hehehehe
balik dari batu pahat, kami singgah pulak kuantan .. sempatlah shoping baju raya anak2 .. tu yang best tu. pening kepala hubby . .. seme umi nak beli katanya .. tengah sale katakan .. heheheehe.

anak2 main jerlah dlm kereta ... bila diaorang diam .. maknanya tidorlah tu .... tapi yang pasti mereka happy.. :))






Tuesday, August 4, 2009

Topeng ....

masih sempat posing ngan cik aida (seksyen latihan) .. mcm doktor nak bedah pesakit lak ... hehehehe... perasan la pulokkkk

* yang pasti mmg lemas giler pakai benda nie ... mmg dok tahan ....

nyum .. nyum.. delicious

kek coklat

cheese cake

emmmmm kedapnya ...... terliur nie ..

Monday, August 3, 2009

Selamat Pengantin Baru


Bunga Telor yang memang cantik dan aku sendiri tak sempat nak dptkan satu ... :((
Pelamin ciptaan sendiri ... comellll
Raja Sehari ...

Selamat Pengantin Baru "Izalina & Erwan" semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat... amin.

Nanti kita jumpa di Kuala Kubu Baru ... Majlis Menyambut Menanti 08/08/2009.





Saturday, July 25, 2009

Maskot Bomba

abang & adik bersama maskot bomba yang sporting
HARI BOMBA BERSAMA PELANGGAN - TAMAN PERUMAHAN WAKAF TEMBESU
Rumah terbakar panggil bomba,
Bomba datang berlumba-lumba ... hhehehehe

Semoga Berbahagia ....


farhana & pengantin baru

Hantaran along .. kalu nak tahu sirih junjung tu aku yang buatkan ... (bidan terjun kejap).
Wan Faizah & Othman - semoga berbahagia dan berkekalan hingga ke akhir usia ..amin.

SELAMAT PENGANTIN BARU, akhirnya along (panggilan anakku kepadanya) selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya.

Farhana adalah orang yang paling happy majlis perkahwinan alongnya ini, maklumlah dia paling rapat dgn along, mcm anak along plak dia tu ... hehehehhe