Tuesday, February 1, 2011

semoga selamat ....

kerisauan yang amat sangat ... anak sedara kzue ada sorang yang sedang belajar kat University Al Azhar, Mesir.  Sehingga sekarang kami tak boleh hubungi beliau.  Di mana diberitahu bahawa keadaan di sana amat2lah tegang sekarang.  Apa yang mampu kzue sekeluarga lakukan sekarang ialah ... berdoa dan berharap semoga semuanya selamat.  Diharapkan juga ... semoga dapat cepat2 balik Mesia.

Ya Allah selamatkanlah Mohd Ridzuan Abdullah .... aminnnn

Saturday, January 22, 2011

anak buah tersayang ...





cepat betul masa berlalu ... aser cam baru lagi tengok Ean masih baby .. sekarang dah pun masuk 9 bulan .. semnakin comel, montel dan cerdik ... hehehehe


musim demam agaknyer

dah masuk 3 minggu kzue demam ... dah 3 kali ke klinik tapi masih tak sembuh2 ..yang tak tahannya ialah selsema.  Nak tidor malam pun .. tak boleh sebbnya tak boleh nak tarikh nafas.  Aduss memang menyusahkan betullah ...:((

Sebelum ni anak2 yang demam .. bila diaorang dah ok .. uminyer lah yang dijangkiti demam. Tapi demam kali ni memang susah betul nak sembuh ... macam2 ubat dah ditelan tapi masih tak sihat.  harap2 minggu nie adalah minggu terakhir kzue demam2 ... memang dah tak larat dah ...

tapi melalui kawan2 kat pejabat pun ..ramai yang kata sekarang nie ramai yang demam2 + sakit kepala .. faktor cuaca kot.  maklumlah sepanjang hari duk di pejabat dlm air cond .. kuar2 dari pejabat cuaca masih panas .. itu yang jadi macam pertembungan suhu panas & sejuk ... :(( antibodi pun tak kuat doh kot ... itu sebbnyer cepat sgt dijangkiti penyakit. 

Wednesday, January 5, 2011

risau 2 ..

Semalam dah bawak pergi klinik lagi .. diberi ubat demam + selsema, batuk dan antibiotik.  tapi adikna masih lagi tak ok ... kejap ok kejap demam lagi.  Ianya betul2 merisaukan ...

tadi ada kawan2 bagi suggestion suh bawak adikna pergi berubat cara tradisional lak ... nampak gayanya petang nie mmg kena gaklah bawak adikna berubat kg.

ya allah .. sihatkanlah tubuh badan anak ku sembuhkanlah dia seperti asal ...:))aminnnn ...........

Monday, January 3, 2011

Risaunya hari umi

04/01/11 (Selasa)

Minggu nie AdikNa demam lagi .. kesian betul ke dia.  Sejak2 balik dari bercuti baru2 nie, kesihatan dia tak berapa baik ..asyik demam jer.  Minggu lepas dah bawak ke klinik .. dan Dr. cakap mungkin cacing, dan diberi ubat cacing. 

Tapi semalam sekali lagi dia demam .. mungkin keletihan sebb semalam adalah hari pertama sekolah.  Memang kesian betul .. makan tak lalu ... katanya sakit kepala.

Ya Allah sembuhkan dan berikanlah kesihatan yang baik pada anak2ku .... aminnnn