Sunday, June 14, 2009

Percutian di Senawang

Opssss .. terlupa lak nak bawak kamera bersama2 masa kami ke Seremban .. adus dah sekerat jalan baru teringat .. kamera ada atas meja :((. Hubby aku senyap jer .. nak marah ah tu .. sbb dia yang beria-ia sgt nak ambik gambar kenangan kat saner nanti. nak buat camana aku ni .. pelupa betullah ... kesian kat anak2 tak ada kenangan percutian kali ni.

kami bertolak lebih kurang kul 9.00 mlm ke Seremban, perjalanan alhamdulilah semuanya ok ... anak2 pun tidur jer dlm perjalanan tu ... (maklumlah dah lama tak berjalan jauh). Aku memang langsung tak tidor .. jadi assistat driver .. heheheheh. Kecian jugaklah kat hubby aku tu .. sorang2 memandu jadi aku kenalah teman dia sembang2.

Sampai di Senawang jam kul 4.00 pagi ... opsss laju gaklah hubby memandu (maklumlah bekas pemandu F1) heheheh. Terus kerumah abohba dan mama (panggilan anak pada abang dan kakak ipar ku).

kat Senawang sempatlah aku bawa anak2 ke Giant Senawang dan sempatlah beli baju utk abg dan adik tu (senyum lebarlah diaorang). Malam pula kami ke Fun Fair kat Senawang .. anak2 bukan main lagi .. langsung tak lepaskan peluang, abih semua permainan diaorang turut serta.

Thursday, June 4, 2009

Cuti-Cuti Malaysia

04/06/2009 (Khamis)

Horey esok, lusa dan tulat adalah cuti umum .......... sukanyalah rasa hati, sb dapat habiskan masa ngan family. mcm2 dah plan dalam kepala nie ...:))

Tapi 2 hari nie, banyak la pulak surat saman sampai kat aku ... bermulalah acara perarakan ke majlis kenduri kawin .... makan nasik minyak dan air sirap .....hehehehehe. Hubby aku mmg suka sgt pergi kenduri ni, katanya best makan nasi gulai kawah .....

Dan selepas ini, aku dan family akan ke Seremban ... (jalan2 cuti sekolah). Abang dan adik dah tak sabar nak tunggu 8/6/09 utk kami bertolak ke Seremban. Macam2 diaorang dah plan ... tak larat aku nak layan diaorang ni. Tapi yang pastinya anak2 adalah penyeri keluarga.

Tuesday, June 2, 2009

Berita Gempak Stadium Runtuh






Kehebatan Stadium diuji kelmarin apabila atapnya telah runtuh dan menyebabkan 70% kerosakan di stadium berkenaan.
Setelah mendapat tahu berita berkenaan aku, aida (Camera Woman), pashah (Pengulas Kejadian) dan Ja (Pemandu yang cool) terus bergegas utk melihat keadaan dengan menaiki Storm Ja (nazrin jeles giler .. sbb tak sempat ikut) :)). Memang terkezut sgt2 bila melihat keadaan sedemikian di depan mata .... ingatkan hanya satu dua atap jer yang jatuh ... tak sangka lak gini jadinya.
Belum pernah sebelum ini, kejadian sedemikian berlaku di Terengganu nie ................