Sebaik membayar tiket diperlukan, empat gelang kertas seperti biasa dihulurkan. Siap memakai gelang masuk ke dalam untuk menaiki trem yang disediakan. Berkali-kali pihak zoo memberi pesanan tidak dibenarkan mengambil gambar menggunakan flash dan kepada yang membawa lampu picit/suluh tidak dibenarkan sewenang-wenangnya menyuluh binatang. Oleh sebab itulah bila sistem pencahayaan kurang baik dengan kamera telefon tidak canggih kami lalu tidak adalah gambar cantik yang kami ada. Namun tetap ada kepuasan kerana sudah lama anak-anak dara aku mahu melihat Night Safari di sini.
| Perkarangan masuk - Ada monyet jinak yang pandai berposing. Anak-anak sebenarnya takut juga tapi mama paksa mereka berposing sama dengan papa. |
Biar pun sekadar binatang namun semuanya tidak mustahil andai kebijaksanaannya diluar jangkaan kita. Malam itu kami dipertontonkan dengan kebijaksanaan haiwan selepas selesai dibawa trem meronda seluruh safari. Pertunjukan bermula dengan seekor anjing menurunkan banner "Show will start soon". Comel-comel hamster meniti titian tali bertali arus, membuat bibir tersenyum dan tepukan ramai penonton bergema di dewan. Swan, itik, ular, merpati dan parrot antara binatang yang terlibat membuat pertunjukan malam itu.
| Geli tapi mahu - Dari jauh aku ambil gambar anak daraku yang sibuk mahu berposing dengan ular. Dalam kata takut tapi mahu juga itu yang jadi begitu. |
| Candid dari jauh - Dari tempat duduk penonton aku ambil gambar anak-anak yang berada di pentas persembahan. |
Hajat anak-anak untuk ke Night Safari sudah kesampaian. masuk lebih kurang jam 8:30 malam kami balik ke bilik penginapan jam 10:45 malam. Walaupun letih tetapi aku tahu mereka berpuas hati. Lena tidurnya walau merekan berpesan berkali-kali tidak mahu mama-papa mengunci pintu divider diantara bilik kami. Takutlah mereka sebenarnya.
| Pagi - Sewaktu bersarapan mata sudah tertancap melihat swimming pool. |
~~ Bila sudah meniti usia terasa letihnya bila beriadah begini tetapi kehendak anak-anak perlu juga diambil kira. ~~