Showing posts with label air zam-zam. Show all posts
Showing posts with label air zam-zam. Show all posts

Saturday, June 13, 2015

Riang-ria bersama keluarga - 1

Apalah yang lebih diharapkan oleh mereka yang baru pulang dari menunaikan ibadah umrah selain mengharap moga ibadah diterima Allah. Mendapat peluang untuk ke sana lagi, lagi dan lagi. Malam kami tiba di rumah sebaik pulang dari bercuti, esoknya pergi menjemput keluarga yang baru pulang dari umrah.

Abah Din & Papa - Selepas bersalam dan berpeluk tanda kesyukuran dipertemukan semula, papa dan abah Din bersembang sambil menanti beg yang perlu di punggah.
Mak Uda & Mak Zah - Alhamdulillah ini kali pertama buat Mak Uda pergi bersama keluarga. Mak Zah sudah berkali-kali. Dengan kami tempohari pun dia ikut sama.
Ole-ole 1 - Habbatus-saudah untuk dijadikan campuran dalam makanan atau minuman

Ole-ole 2 - Ajwa kurma kegemaran baginda rasulullah sallallahu alaihi wasallam

Ole-ole 3 - Pistachio, gajus dan kacang.

Ole-ole 4 - Kurma madu + kadang.

Ole-ole 5 - Coklat beraneka warna. Menjadi kesukaan anak-anak yang mengaji. Habis mengaji saja "Mama nak coklat macam semalam ada lagi tak?" Alhamdulillah rezeki anak-anak.

Ole-ole 6 - Kismis Iran dan madu juga ada dibeli sama. Rendam kismis dengan madu dengan air zam-zam yang dibawa semalaman kemudian minum esok pagi bangun tidur dan makan sekali kismis yang kembang - cuba rasa nikmatnya.

Ole-ole 7 - Shawl, jubah, habaya, songkok, minyak wangi dan tasbih tidak pernah lupa di beli buat mereka yang baru balik dari tanah suci.
Ole-ole 8 - Untuk adik buah hati Mak Zah tidak pernah dilupa. Inai yang kami beli dulu pun masih ada lagi tetapi Mak Zah masih lagi membeli untuk di agih kepada anak-anak yang suka. Key-chain dan fridge magnet juga tidak dilupa.
Harga pakej ibadah umrah di bulan ramadhan berganda-ganda. Aku ada keinginan untuk menjalankan ibadah umrah di bulan ramadhan tapi belum kesampaian memandangkan adik masih memerlukan pemantuan kami lagi. Moga dipanjangkan usia kami ada peluang tersebut.

~~ Ramadhan kian menghampiri, moga kita semua sudah bersedia tidak kira yang duduk di rumah banglo mahupun yang berlindung di dalam khemah-khemah. ~~


Friday, July 5, 2013

Air zam-zam

Setiap mereka yang balik dari tanah suci pasti akan mendapat 10 liter air zam-zam yang diberikan. Kalau dulu dalam botol empat segi yang tebal tetapi kini pembungkusun telah difranchisekan. Lebih kemas, cantik dan selamat. Botol dengan penutup yang telah diseal, kemudian dimasukkan ke dalam plastik yang juga telah diseal dan akhir sekali masuk ke dalam kotak. Balik tempohari kami membawa enam botol yang jumlah keseluruahan sebanyak 60 liter. Tidak termasuk botol-botol kecil yang aku bawa ketika pergi untuk bersolat di Masjidilharam dan mengisi balik dengan air zam-zam ketika pulang dari solat. Botol kecil itu aku masukkan ke dalam luggage. Puas kami dengan air zam-zam kali ini.

Plastik luar - Botol masih berada di dalam plastik yang disealed. Tiba di airport Senai kami terpaksa buang semua kotak sebab tidak muat kereta Innova untuk membawa beg-beg kami semua waktu itu.

Beginilah botolnya - isinya telah diagihkan kepada saudara-mara-rakan-taulan. Botol yang kosong dua anak dara aku gunakan untuk mengisi air masak untuk kegunaan ketika di asrama.
Apa yang membezakan minum air zam-zam dengan air minuman biasa? Ianya sunat berdiri dan mengadap qiblat ketika minum manakala air minuman biasa makruh minum berdiri. Betapa istimewanya air dari sejarah Nabi Ismail dan Siti Hajar dulu. Air yang tidak ada tolok banding akan istimewanya tidak pernah surut walau berjuta umat manusia yang menggunakannya.

Zamzam Project - Inilah dia labelnya

Sisi satu lagi - Label dalam bahasa Arab

Not suitable for air shipping - Tetapi beratus-ratus liter terbang bersama dengan jemaah. Syukur tidak ada apa-apa yang terjadi.
Doa minum air zam-zam: -

اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْماً ناَفِعاً وَرِزْقاً وَاسِعاً وَشِفَاءً مِنْ كُلِّ دَاءِ وَسَقَمٍ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
 Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan dari segala penyakit dengan berkat rahmatMu wahai dzat yang maha penyayang’.


~~  Rindu untuk menikmati air zam-zam sambil berdiri mengadap kaabah. ~~