Showing posts with label Pilihanraya. Show all posts
Showing posts with label Pilihanraya. Show all posts

Monday, May 6, 2013

Nasi lemak aroma pandan PRU13

Kita tinggalkan cerita PRU13 dan kemenangan BN yang nampaknya jauh lebih baik dari PRU12. Aku rasa hari ini ramai yang akan membuat ulasan. Untuk itu biarlah aku bercerita makan-makan (senyum).

Sebelum berasak di tempat pengundian aku berasak dulu di dapur menyempurnakan hajat di hati untuk menyediakan nasi lemak pandan. Kelapa dan pandan sudah sediakan sedari malam hari lagi. Selepas solat subuh itu dapur aku sudah didendangkan dengan irama lagu dari mesin pengisar. Kisar pandan, kisar kelapa, kisar cili dan bawang. Bagaikan ada irama keroncong, dondang-sayang dan gamelan sebab hasil bunyi dari kisaran pandan, kelapa dan cili-bawang tidak sama iramanya.

Nasi lemak - Siap sudah terhidang
Sambal tumis - Kena buang kepala dan sebahagian kulit. Daripada masa makan ada tugas membuang kulit yang buat mood makan tergendala, lebih baik buang sebelum masak. Anak-anak sanggup tidak makan kalau udang tidak dibuang kulitnya.
Pelengkap lain - Daun salad, tomato, timun biasa dan timun jepun semangkuk. Ayam black pepper semangkuk, Ayam berempah aku goreng dengan daun kari sekali semangkuk (telah diperap dgn serai/ketumbar/jintan/halia/bawang putih malam sebelum masuk tidur) dan ikan bilis. Tidak ada kacang tanah sebab biasa kalau kami makan di luar pun kami kais ke tepi pinggan.
Sepinggan - Siapalah yang punya ini.
Air teh-O - Tidak ada milo dan lain-lain. Biasa bila kami makan nasi kami lebih suka dihidangkan dengan air teh-o dan air kosong saja. Teh ini kami beli di Mekah tempohari. Rasanya sama juga dengan tea-boh yang selalu ada di sini.

 ~~ Seorang beriman minum dan makan untuk mengisi sebuah perut, sedangkan orang kafir untuk mengisi tujuh perut (HR Muslim)~~


Sunday, May 5, 2013

Marilah mari kita mengundi

Perancangan awal semalam sepatutnya aku sudah bertolak balik kampung tetapi apakan daya disebabkan hubby ada kerja yang perlu diselesaikan hajat balik kampung kami tertangguh. Pagi ini hubby mengundi di sini dan kami akan bertolak balik untuk membolehkan aku mengundi sebaik menghantar Kak Nurienne balik asrama petang ini. Kak Yasmien hari Isnin baru balik sebab sekolahnya mendapat cuti istimewa kerana sekolahnya dijadikan pusat mengundi. Dekat saja dari JB untuk ke Pontian tidak sampai pun satu jam. Moga calon yang aku pangkah dapat menerajui kepimpinan.

Bendera-bendera - Saja tepek lagi sebagai kenangan untuk lima tahun akan datang.


Buat kenangan juga - Hubby balik tunjuk jari telunjuk kiri. Terus kami ke dapur cuci dengan pencuci pinggan. Lihat sendiri dan apa komen anda. Petang ini aku akan lihat pula apa jadi pada jari telunjuk kiri aku selepas mengundi.

~~ Selamat mengundi pada yang mengundi dan selamat bercuti. Kalau malam ini ada pengumuman cuti istimewa pada hari Isnin alangkah seronoknya.~~

Tuesday, April 23, 2013

Majlis berlangsung sama tarikh penamaan calon PRU13

Sebagai menghargai jiran dan juga penyewa rumah yang sangat baik hati, sehari suntuk aku berada di rumahnya sepanjang majlis berlangsung.Tahniah kerana mendapat menantu lelaki pertama dalam keluarga. Puan Sabariah hanya mempunyai satu anak lelaki dan empat anak perempuan. Kali ini majlis perkahwinan anak keduanya Nurulakmar yang bertugas di Sekolah Senai.

Sedia - Tinggal menunggu tetamu yang dijemput.
Hidangan buat tetamu - Caterer yang menyediakan makanan juga kakak dari taman perumahan kami yang mengushakan restoran. Sedap dan sungguh tidak mengecewakan. Ada juga laksa, kuih-muih dan buah-buahan tetapi entah mengapa aku boleh lupa untuk mengambil gambar.
Posing - Atas adalah makanan dari pinggan aku dan bawah teman-teman jiran yang membantu sepanjang majlis berjalan. Duduk berdua itulah ibu-bapa pengantin.

Selamat pengantin baru  - Tahniah buat Akmar dan suami.
Tidak diduga kumpulan kompang yang dijemput memungkiri janji tidak dapat datang tanpa memberikan notis. Bila ditelefon baru memberitahu dia tidak dapat datang. Mahu menggunakan audio sistem pula tiba-tiba boleh rosak, tetapi sebaik pengantin duduk di atas pelamin baru sistem kembali pulih. Ujian buat pengantin.
Selesai - Lebih kurang jam 5 petang tetamu sudah semakin berkurang. Lihatlah kakak-kakak dan teman jiran aku sudah bersedia untuk berkemas. Letih tapi kami puas hati dapat membantu. Jam 5:15 petang kami semua beredar pulang.
Berkat - Inilah bungkusan yang diberikan kepada kami semua. Alhamdulillah rezeki.
~~ Majlis berlangsung pada hari penamaan calon untuk PRU13, jadi siapa saja yang memakai baju berwarna merah, biru, hijau atau yang sama warna dengan bendera yang berkibaran di simpang jalan pasti kena perli seolah-olah menjadi penyokong kuat. Kalau kami yang perempuan senyum saja tetapi para suami bila bergurau masing-masing ketawa mereka besar.~~