DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label buat sendiri. Show all posts
Showing posts with label buat sendiri. Show all posts

Saturday, November 22, 2014

JOM KITA BELAJAR BUAT HASHBROWNS ADIK ADIK







It's that time of the year again! Cuti sekolah!!!! Time untuk anak-anak turun ke dapur buat breakfast. Mula dengan breakfast pastu belajar-belajarlah masak untuk lunch, tea dan dinner.

Inilah antara breakfast kegemaran ramai anak-anak. Hashbrown Potatoes. Memanglah ada jual yang frozen kat supermarket tetapi kepuasannya lain kalau adik-adik buat sendiri tau.

Hari ni, mokcik guna 3 biji kentang yang dikupas kulitnya. Kemudian dihiris nipis-nipis, disusun hirisan tu dan dihiris seperti match sticks atau kayu mancis. Mokcik merasakan dihiris match sticks ini lebih sedap daripada disagat guna box grater.

Kalau guna sagat, terlalu banyak air akan dihasilkan oleh kentang tu. Pastu lecehlah nak perah air kentang tu kan? So, mokcik buat eksperimen dan hiris jer. Halus-halus tau. Kalau kasar-kasar mungkin lambat ia masak.









Setelah siap dihiris, mokcik bubuh 2 sudu tepung jagung dan sebiji telor ayam yang telah dipukul manja-manja. Kacau rata. Lepas tu bubuhlah sedikit garam dan juga lada hitam, kalau suka. Garam ikut rasalah tapi kalau tak cukup garam pun okay. Boleh makan dengan sos cili.

Panaskan kuali. Mokcik guna kuali non-stick yang kenit. Ukuran lilit 6 inci. Mokcik beli kat Tesco. First time beli RM10 satu. Second time beli RM20! Noti kan dia orang! Bubuh sedikit jer minyak. Lebih kurang 1 sudu besar. Mokcik guna minyak jagung.

Apabila kuali dah panas, guna sudu kaupkan adunan tadi dan letak ditengah-tengah kuali. Kalau tak silap, tadi mokcik letak 3 sudu besar. Pastu di tekan-tekan hingga leper dan memenuhi ruang kuali kenit tu.













Perlahankan api. Kalau api besar, luarnya akan hangus dan dalamnya belum masak. So ingat yer anak-anak. Kemudian setelah lebih kurang 8 minit, terbalikkan. Biarkan sebelah lagi garing. Kalau tak puas hati, bolehlah balik-balikkan dua atau tiga kali sampai cantik brown. Nama pun hashbrowns kan! Hehehe.

Hari ni mokcik buat telor mata kerbau atau sunny side up egg. Dulu mokcik pernah makan dengan daging burger. Tak kesahlah nak makan dengan apa. Nak makan begitu saja pun ok.

Mudahkan nak buat? Hah lepas ni buat sendiri tau. Biar mama kamu rehat masa cuti sekolah.

Hati-hati kat dapur. Kakak-kakak dan abang-abang yang besar sikit, perhatikan adik-adik ya. Opppps lagi satu penting. Lepas makan, cuci semua pinggan mangkuk, sapu lantai dan kalau rajin, mop sekali. Mama awak mesti happy. Petang dia boleh bawak jenjalan. Hehehe.






Monday, November 3, 2014

CUCUR BEBOLA UDANG











Ketika Kjee nampak ramai frens di FB pos gambar-gambar Cucur Manis Kembung, Kjee sangat-sangat excited. Selalu Kjee buat cucur, hasilnya jadi leper. Kalau bubuh serbuk penaik pun haram nak jadi kembung.

Cuma satu jer Kjee tak berkenan. Kenapalah bubuh nama resipi Cucur Manis Kembung? Resipi dah cukup kreatif, cuma namanya jer yang berapa nak sedap. So, Kjee beri nama Cucur Bebola Manis.

Tapi pagi ni, Kjee tak buat Cucur Bebola Manis. Kjee bubuh udang, cili dan daun bawang. Kena sesuaikan dengan masa. Kalau pagi elok dibuat savoury atau berperisa atau sedikit pedas. Kalau untuk minum petang bolehlah buat manis yer.

Kjee cincang udang, sebiji cili merah dan jugak hiris daun bawang. Perisa dengan sedikit garam. Oleh kerana makan berdua saja pagi ni, Kjee hanya buat 2 cawan tepung sahaja. Lagipun, ini kali pertama buat. Kalau tak jadi, taklah ralat sangat kan?

Resipinya memerlukan air panas mendidih. Kjee mula risau. Kalau dituang air panas mendidih dalam tepung yang sudah dicampur udang, cili dan daun bawang, apa yang akan terjadi hah? Jawapannya hanya boleh dapat selepas cuba membuat.






Terima kasih tuan punya resipi asal. Kjee tak tau siapa sebab dah berpindah dari satu tangan ke tangan yang lain. Yang Kjee tahu hanyalah resipi asal cucur Manis Kembung ini menggunakan 3 cawan tepung gandum, 3 cawan air panas mendidih dan ½ cawan susu pekat manis.

Kjee tak buat yang manis. Tapi Kjee rasalah, susu tu dilarutkan dulu dalam air panas sebanyak 3 cawan tu sebelum dituang ke dalam tepung. Kacau pantas-pantas dengan senduk. Ia akan jadi doh bergentel dan melekit-lekit. Tunggu sejuk sedikit barulah boleh dibuat bulat-bulat yang sederhana besarnya. Goreng dalam minyak yang banyak.

Itu cara yang manis. Kalau nak savoury atau berperisa bukan manis, bolehlah bubuh udang segar, udang kering ataupun bilis. Suka hati kita nak letak apa kan? Kita yang buat dia.

Apapun, Kjee cukup puas hati dengan hasilnya tadi. First time Kjee buat cucur yang cantik bulat. Luarannya garing dan dalamnya lembut. Sedap dicicah dengan sos cili ataupun mayonaise.

Selamat mencuba. Tapi rasanya petang ni nak buat yang manis pulak lah.















Friday, October 31, 2014

JERUK MANGGA PART TWO















Friday, October 17, 2014

CEKODOK KENTANG ATAU NAMA GLAMERNYA POTATO FRITTERS



Mata Kjee memang tak boleh pandang orang tayang makanan yang baru. Kreatif sungguh lah budak-budak ni. Ada jer makanan yang boleh buat Kjee terliur. Justru, selagi tak buat, siang malam boleh angau. Hahahah angau?!!

Anyway, makanan terbaru yang Kjee teringin nak buat ialah cekodok kentang atau Potato Fritters iaitu bahasa glamer ramai di Facebook. Kalau diterjemah, Potato Fritters tu sebenarnya Kentang yang telah dicampur tepung dan digoreng. Macam Banana Fritters iaitu Goreng Pisang ehh pisang goreng?

Pagi tadi Kjee pun ke dapur untuk buat Cekodok Kentang alaf baru ni. Ntah jadi ntah tidak sebab buat cekodok nasi pun tak lulus-lulus dari dulu. Che Mat Gebu buat gebu cam dia tapi mokcik buat ntah apa rupanya.

Kjee dapat resipi ni dari FB, DSelly Zass. Tak tau mana dia dapat. Tapi thnx Selly for sharing. Kjee copy resipi tu masuk my handfon tapi bila time buat ntah apa bende yang Kjee letak.

Resipi asal guna 3 biji kentang yang disagat (Kjee guna box grater), 3 sudu makan tepung gandum, 4 sudu makan tepung jagung, sebiji telor ayam dan daun bawang.

Sebaik sahaja Kjee sagat kentang, tetiba baru perasan dalam fridge tak ada daun bawang. Nak suruh UnclePali pergi beli, takut pulak kena silat. So, tak payah ikut resipi ori. But Kjee nak letak udang hidup. Mistake pulak letak seekor seekor. Sepatutnya dicincang dulu baru dicampur ke dalam adunan kentang dan tepung. Nanti Kjee story kena tak boleh bubuh seekor seekor.




Nampak tak udang tu terlerai dari cekodok? Rasanya harus dicindang udang dulu

































Setelah adunan bercampur, Kjee perasan resipi ori tak ada bubuh air. Kenapa? Ohhh mungkin sebab kentang yang sudah sagat akan mengeluarkan airnya. Aku tanya, aku jawab, aku pandai hehehe. Oklah tu. Kemudian Kjee perisakan adunan guna Aji-Shio Black Pepper, sedikit garam dan oh ya Kjee letak 1 sudu besar serbuk cili Babas. Saja nak bagi pedas sikit.

And then gorenglah cam biasa kita buat cekodok. Selitkan juga satu ekor udang dalam secubit adunan yang hendak digoreng. Api jangan besar. And then, Kjee baru sedar silap guna udang seekor-seekor. Ketika goreng, udang tu terkeluar dari tepung. Hah baru terfikir kalau dicincang-cincang udang tu taklah ia terkeluar masa goreng kan!!

Apabila sudah garing, terbalikkan. Kalau api tak besar, maka masaknya sampai ke dalam. Ranggup diluar tau. Kemudian toskan dan cicah dengan sos cili. Tapi UnclePali kata tak perlu makan dengan sos cili dah sebab dah cukup rasa dan pedas sikit sebab guna cili serbuk.

Kjee terlupa satu lagi bahan iaitu telor. Ala kalau tak letak pun okay lah. Seandainya dihiris cendawan shitake atau carrot dan dicampur sekali dalam adunan, tentu sedap kan? Well citarasa masing-masing. Kita yang buat dia.

Elok untuk sarapan, minum petang atau untuk supper.




Saturday, May 17, 2014

BURGER AYAM ROTI PITA










Bukan susah nak buat burger sendiri from scratch, kat rumah. Sejak UnclePali dah pandai buat, dah tak berapa nak selera lagi makan store bought pattie burger. Memang lain rasanya kalau kita buat sendiri. Selain lebih murah, ia dijamin bersih dan halal.

Sejak akhir-akhir ini, Kjee lebih suka makan ayam daripada daging. Nasib baik kan di usia-usia begini kita tolak sikit demi sedikit daging merah. Bukan lah Kjee tak makan langsung. Berdosa menipu. Sekali sekala tu adalah, tapi tak sekerap dulu.

Dua hari lepas, Kjee mintak UnclePali beli ayam kisar Ramly. Sebenarnya elok dikisar sendiri guna apa jua pengisar. Ataupun dicincang. Kjee ada yang jenis lama iaitu pengisar zaman dulu-dulu dan jugak food processor. Tapi tetiba tak rajin pulak nak kisar sendiri.

Kjee juga suruh UnclePali beli pita bread yang ada jual di sesetengah supermarket atau bakeri. Dah lama tak makan burger guna pita.

Burger ni UnclePali buat lepas balik solat Jumaat semalam. Oleh kerana Kjee tak berapa sihat, UnclePali suruh Kjee duduk diam-diam. Kjee layan TV sorang-sorang pastu sedar-sedar ada bau yang sangat sedap di dapur.

Kjee bingkas ke dapur tolong UnclePali siapkan salad walaupun dihalang. Kjee dah ada plan nak buat salad ikut gerak hati.



























Mula-mula Kjee potong dadu timun Jepun. UnclePali dah terbuang kulitnya sebab itu dalam gambar nampak cam apple kan? Kalau buh apple pun sedap. Masam manis. Lepas tu, Kjee dadu buah tomato selepas buang bijinya. Kjee satukan tomato dan timun dalam mangkuk dan gaulkan bersama sos Thousand Island dan sedikit mayonaise. Tepikan.

UnclePali grill pita atas grill pan. Pastu bila dah sejuk sikit Kjee potong dua.

Sementara itu UnclePali grill burger ayam. Kjee tak tahu apa dia campur dalam burger ayam tu, sampai Kjee rasa. Aikkk sedap laa. Bubuh apa bang? UnclePali sengih.

"I bubuh lada hitam, garam, sedikit serbuk paprika dan.... biskut crackers. I tak jumpa breadcrumbs. So I ramas jer biskut kering sampai hancur. Pastu I bentuk bulat-bulat dan leperkan. Okay ker?" tanya dia macam risau.

Eh apa pulak okay. Sedap sangat!!

Kjee kemudian belah satu keping pita yang telah dipotong dua. Letak salad dan sumbatkan sedikit timun dan tomato fresh campur Thousand Island dan mayo. Kemudian masukkan sekeping burger ayam. Curah sos cili kalau suka.

Itulah lunch kami suami isteri. Boleh cuba kalau suka.




Saturday, April 12, 2014

BEBOLA KENTANG SUMBAT AYAM, CENDAWAN DAN CHEESE







Ini second time Kjee buat. Awal minggu ni dah buat tapi Kjee bake. Namun tak puas hati. Nak jugak goreng. Mujur ada lebihan inti ketika buat kali pertama hari tu.

Aritu, Nadia tanya Kjee nak letak nama apa? Hmmm belum tahu lagi. Kalau dah tak ada idea, okay tak kalau Mama bubuh Stuffed Chicken Mushrom Cheese Potato Balls. "Panjang sangat Mama. Ahh tak kesahlah. Mama yang buat dia kan?"

Maka jadilah Bebola kentang Sumbat Ayam, Cendawan dan Cheese. Ehh ya ke? Bukan inti ayam, cendawan dan cheese sumbat dalam bebola kentang? Hmmm hantam sajalah labu. Hohoho.

Kali pertama aritu Kjee guna American Russet Potato. Kali ini Kjee guna kentang dari Indonesia. Russet potato agak lebik dan bila direbus dan dilenyek, susah nak bentuk. Kerana itu, Kjee bakar jer hari tu. Kalau tak bake habis berderai.

Kali ini Kjee rebus jugak walaupun ada yang syor Kjee goreng cam buat bergedil. Hmmm kalau goreng dulu kentang baru dilenyek, memang senang nak bentuk. Tapi dah dua kali pulak goreng kan. Not good for health, you know.

So Kjee rebus, lenyek dan bubuh sedikit jer tepung gandum. Letak sedikit garam dan lada hitam.  Bubuh jugak separuh dari sebiji telor yang dipukul ke dalam kentang lenyek. Uli sikit hingga sebati dan biarkan sejuk seketika. Kalau letak dalam peti ais pun ok supaya kental sikit dan senang bentuk.







Untuk inti, Kjee guna isi ayam yang telah dicincang halus, cendawan shitake yang telah didadu, dua ulas bawang putih yang dicincang serta cheese. Bab cheese ini terpulang kepada korang. Kjee selongkar peti ais dan jumpa Parmesan dan Mozarella Cheese. Boleh letak apa saja cheese yang ada. Begitu jugak dengan cendawan. Kalau tak suka cendawan bubuhlah carrot, jagung ataupun cauliflower yang dicincang halus.

Kjee tumis bawang putih hingga wangi, masukkan ayam dan masak hingga ayam kecut. Kemudian masukkan cendawan. Masak sampai cendawan sudah separuh masak. Kemudian letaklah satu ketul chicken kiub kalau suka. Kalau tidak bubuhlah perasa biasa seperti garam dan lada hitam.

Apabila rasa sudah sebati, masukkan cheese dan gaul rata. Padam api dan sejukkan.


Celup dulu dalam telor baru digolek dlm breadcrumbs


Sediakan breadcrumbs secukupnya untuk golek potato balls. Tadi Kjee kehabiskan breadcrumbs. Kjee selalu buat sendiri. Mana baki roti yang sudah tamat tempoh, Kjee grill dalam oven atau atas kuali sampai garing. Dah sejuk, kisar. Jadilah breadcrumbs. Simpan dalam botol, Tak payah nak beli. Tadi Kjee bakar sebiji roti Arab sebab roti lain tak ada. Letak dan Food Processor dan kisar sampai halus.

Agak sukar untuk bentuk kentang lenyek jadi bebola. Jadi buatlah dengan penuh sabar. Mula-mula buat sebiji sebesar bola ping pong, leperkan dan letak satu sudu inti. Kemudian tutup kemas-kemas. Hajat hati nak jadikan bulat cam bebola tapi masa nak celup baki separuh telor dan golek dalam breadcrumbs, Kjee leperkan sikit.

Goreng dalam minyak yang agak banyak. Minyak harus panas tapi api kena sederhana besarnya kalau tidak rentung atau berderai. Balikkan setelah dirasakan sudah elok satu bahagian garingnya. Kalau boleh balikkan dua kali jer. Banyak-banyak kali nanti berderai.

Makan setelah suam dengan sos cili atau mayo. Boleh buat ni masa mood boring tapi rajin. Tak jadi kalau mood boring tapi malas. Hehehe.




Tuesday, April 8, 2014

PARPU DHAL CAMPUR KACANG KUDA






Dah lama Kjee teringin nak buat Parpu sendiri. Tak puas makan kat kedai. Jadi, apabila Kjee ternampak pelakon Faezah Ilai buat kat rancangan Nona, Ahad lalu, Kjee sangat-sangat teruja. Malangnya, Kjee hanya tengok masa dia dah dekat separuh jalan masak.

Semalam Kjee suruh Nadia rendam satu mangkuk kacang dhal Autralia. Kjee ada baca somewhere kacang dhall Australia lebih elok kualitinya. Wallahualam. Beli kat Hero Market.

Nadia jugak rendam satu peket kacang kuda atau chick peas. Kjee cadang nak bubuh sikit kacang kuda yang telah direbus ke dalam Parpu nanti.

Pagi tadi Kjee pun rebus kacang dhal. Ingatkan nak masuk pressure cooker tapi malas pulak nak keluarkan. Dalam periuk lain Kjee rebus kacang kuda yang Kjee dah campur sedikit serbuk kunyit dan garam mengikut rasa.

Setelah dijerang, Kjee pergi mandi. Keluar bilik Kjee terkejut melihat kacang dhal dah elok lembut. Selalunya kena rebus berjam-jam jugak. Atau mungkinkan ia kacang dhal Australia... Well.

Kjee keluarkan dua biji kentang, buang kulit dan potong dadu. Campakkan dalam periuk bersama kacang dhal yang masih direbus. Cari carrot dalam peti ais, tak ada. Kalau ada lobak putih pun boleh campakkan tapi jugak tak ada.

Kemudian Kjee masukkan kira-kira dua sudu rempah kari daging ke dalam rebusan kacang Dhal tadi. Biar mendidih. Tak cukup air, tambah air panas.








Resipi khusus tak ada. Fikiran melayang fikir apa lagi nak buat. Kemudian teringat Faezah tumis darat bawang yang telah dihiris dan cili kering. Kjee cari biji sawi...hmmm jugak tak ada. Bukan tak ada tapi tak pernah beli.

UnclePali pergi petik daun kari kat belakang. Kjee tumis bawang, daun kari dan cili kering yang telah Kjee potong dua. Apabila sudah naik bau, Kjee tuangkan semuanya ke dalam periuk Dhal. Kjee jenguk periuk kacang kuda. Rasa sebiji. Aikkk dah lembut jugak?! Kjee kaup guna senduk kira-kira segenggam dan masukkan ke dalam periuk Dhall.

Biar mendidih, bubuh garam dan juga susu cair. Kalau ada santan bubuhlah santan. Agak-agak jer jangan banyak sangat nanti rasa macam masak lemak pulak.

Perlahankan api dan didihkan sehingga puas hati dhal dan kentang dah empuk. Padam api. Sedap dipadankan dengan Capati, Roti Canai, Roti Arab dan jugak lempeng Melayu.








Kjee ingat nak makan dengan capati tapi belum pulak belajar buat capati. Itu bab malam nantilah. Nak buat capati yang Norma Zainal Abidin (fren FB) kata bubuh sedikit baking soda kalau nak capati lembut. Semalam Nadia beli 4 keping Roti Arab. RM4 kat Bakeri Ria.

Unclepali sapu butter kat roti tu dan letakkan dalam kuali. Dah garing makan panas-panas dengan Parpu. Enak banget dong!

First time buat tapi rasanya bolehlah. Tanya my other half dan ini jawapan dia: "Wah sedaplah... serupa itu mamak kadai bikin jugaaaa." I rest my case. Hohoho.






Saturday, November 2, 2013

HASHBROWN DENGAN SCRAMBLED EGGS










Hashbrowns lagikk? Yo lah. Mokcik tak tahu nak makan apa for breakfast. Roti tak ada. Nak buat cekodok, maleh pulak. Tetiba teringat ada russet potatoes dalam pantry. Itu yang cepat jer dapat idea nak buat hashbrowns ni.

Tapi oleh kerana nak bagi hashbrowns tu garing sikit, nasib baik tak rentung. Itulah api kena slow. Lagipun, Kjee buat guna kuali non stick yang Kjee beli untuk buat rempeyek. Saiz kenit jer, 6 inci beli kat Tesco hari tu.

Sebenarnya, hashbrowns ni boleh digandingkan dengan apa-apa pun lauk berbaki semalam. Sambal tumis ker, rendang ker atau apa sahaja lauk yang kering-kering.

Resipi tak payah bagilah ya. Okaylah nak nak korang tengok entry Kjee dulu kat SINI..



Tuesday, November 20, 2012

JOM BELAJAR BUAT BAWANG GORENG



Korang ingat mudah ker nak buat bawang goreng? Nampak jer senang tapi kalau tak tahu tekniknya, bawang itu akan menjadi lembab atau terlalu garing hingga rasa pahit. Kerana itulah selama ini Kjee hanya beli bawang goreng yang dah siap. Buat sendiri (DIY) selalu gagal.

Mudah dan murah kan beli yang dah siap. Tetapi kalau mereka yang dah biasa DIY bawang goreng, pasti korang tak minat pada bawang goreng yang sudah siap dijual itu.

Satu kerana ia dilumur dengan tepung sebelum digoreng. Dan dua, Kjee tak pasti samada bawang goreng yang dijual itu, mereka guna 100% bawang. Kekadang Kjee rasa lebih tepung daripada bawang.


Tadi lupa nak amik gambar sebelum dikupas. - so google jer


Untuk buat bawang goreng, korang harus pilih bawang yang segar dan tidak rosak. Hari tu Kjee nasib baik dapat bawang ros yang comel2 dan nampak sangat cantik dan segar.

Untuk buat bawang goreng, bawang itu langsung tidak boleh kena air. Air akan menyebabkan bawang goreng jadi lembab dan susah nak garing.

Waktu mengupasnya, Kjee gunakan tissue dapur atau kitchen towels untuk mengelap bersih bawang sebelum dibuang kulitnya. Kemudian baru dihiris atau mayang. Jangan terlalu halus tetapi janganlah terlalu kasar. (lihat gambar bawah) Kemanisan bawang goreng akan hilang seandainya di mayang terlalu halus.




Setelah semua bawang dimayang, Kjee letak atas tissue dapur sekali lagi untuk menggeringkannya seketika. Jangan jemur di tempat yang bercahaya panas matahari. Itu tidak akan menggeringkan bawang tetapi membuatnya lembab.

Lecehnya? Hah ini baru separuh jalan jer tau. Hehehe.

Selepas dirasakan bawang itu sudah hilang sedikit kelembapannya, barulah dipanaskan minyak dalam kuali. Kjee guna minyak gorengan yang banyak sebab selepas itu, minyak tersebut Kjee sejukkan dan simpan. Kjee gunakan minyak ini goreng sayur atau untuk menumis . Lebih wangi hasilnya.

Apabila minyak sudah cukup panas, masukkan bawang ke dalam minyak, gunakan api sederhana dan tunggu depan kuali. Jangan ditinggalkan untuk buat kerja lain. Masa menggoreng agak lama. Kjee tidak dapat pastikan berapa minit. Terserah kepada kepanasan minyak dan suhu api. Balik2kan setiap 2 atau 3  minit, perlahan2.

Apabila nampak warna bawang sudah mula keperang2an, perlahankan api dan balik2kan dengan pantas. Ketika ini, sudah tersedia bekas yang dialas dengan surat khabar dan tissue dapur.





Jangan tunggu hingga bawang kelihatan terlalu garing. Apabila sudah nampak ala2 golden brown, segera padam api dan keluarkan. Ratakan diatas bekas berlapik kertas dan tisu dapur. Ratakan nipis2 supaya ia cepat sejuk.

Elok jugak kalau diacukan kipas angin ke arah bawang goreng itu untuk membantu proses penyejukkan. This is to stop the cooking prosess. Ia akan berterusan masak/menjadi garing kalau kita tidak teliti menyejukkannya. Akibatnya, bawang goreng jadi pahit!

Selepas sejuk, Kjee alihkan ke dulang berlapiskan surat khabar dan tisu dapur yang lain. Ini untuk memastikan penyerapkan minyak berlebihan, lebih sempurna.

Kemudian apabila sudah puas hati ia sudah benar2 sejuk (lebih kurang ½ jam disejukkan), sediakan bekas/botol yang terlebih dulu dialaskan tisu dapur di bahagian bawah dalam bekas/botol. Masukkan perlahan2 ke dalam botol. Pastikan botol kedap udara.

Buatlah sendiri. Bawang goreng yang dibeli tidak boleh menandingi kemanaisan bawang goreng DIY.
Selamat mencuba.