DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label daging. Show all posts
Showing posts with label daging. Show all posts

Tuesday, July 4, 2023

STEW DAGING KORBAN


         Alhamdulillah apabila Faizah Shahbudin beri daging Korban hari itu, lama juga fikir nak masak apa. Kemudian apabila tengok Kjee tak sihat, UnclePali simpan dalam freezer. Tiga hari lamanya Kjee terbaring aje. 
         Tetapi dalam tak sihat, melayan TV dan nampak entah mana pun chef Omputih masak stew daging. Terus fikir kena juga buat guna daging Korban.
         Biasanya kalau buat stew, Kjee rebus dulu daging dalam Pressure Cooker. Tetapi hari ini Kjee rendidih perlahan atas dapur. Lebih kurang dua jam. 


         Inilah hasilnya yang dicicah dengan Garlic Bread. UnclePali yang uruskan Garlic Bread. Kjee seperti biasa, dah tak larat nak buat kerja lain.
         Foto bawah masa tengah rendidih. Dan bawahnya apabila kuahnya dah pekat. 
         Hari ini makan dengan Garlic Bread aje. Kalau rajin, buat ler mash potato. Sedap tau. 




Resipi lengkap DISINI


Wednesday, April 13, 2022

BUBUR LAMBUK SEDAP


       Sejak Kjee terbaca satu rencana kononnya pengidap Diabetes tidak boleh makan nasi lembik termasuk bubur, Kjee jadi takut. Itu yang buat Kjee jauhkan diri dari bubur favorite Kjee ni.
       Unclepali pulak kata, mungkin tidak digalakkan. Bukan tak boleh langsung kot, dia pujuk Kjee. Tahu sangat orang ghumah dia ni suka sangat bubur lambuk. Opkos bubur lambuk airtangan sendiri. Bukan yang lain. 🤭
       Kjee tak mahu jadi hipokrit. Rasanya Bubur Lambuk Kjee ini tiada tandingan. Ewah. Tapi tentu korang tak pernah dengar Kjee puji melambung-lambung makanan yang Kjee masak. Ada blogger (oppps jahatnya mulut aku), tiap kali buat entri makanan akan terus kata ia sedap sangat. Hmmmm. Sukati dia lah kan! 
       Anyway, saja nak bagitahu Bubur Lambuk Telor Asin+daging yang Kjee buat arini, paling perfect! Selalunya kena tambah garam atau kicap cair. Tetapi Alhamdulillah Kjee pun terkejut makan tadi. Mungkin berkat di bulan Ramadan. 


       Atau mungkin Kjee masak sikit aje sebab ia bukan makanan fav UnclePali. So, kerana teringin nak makan, terpaksa masak dan makan sowang2. 
       Kjee jarang2 masak Bubur ini guna beras yang telah dicuci, ditos dan dibekukan. Baru tahu setahun dua ini. Kononnya untuk percepatkan proses memasak. Selalunya Kjee guna Pressure Cooker. Masak lebih kurang 30 minit. Pastu kena pindahkan pulak ke periuk. Paling  menyampah nak kena cuci PC yang berat. 
       Guna beras beku, masak terus dalam periuk. Tadi ambil masa 15 minit aje mungkin kerana Kjee masak tak banyak. Tetapi apabila dah siap, cukup untuk makan dua orang. Foto bawah beras yang Kjee dah cuci kemudian bekukan. 


       Korang yang suka buat Bubur Nasi yang kosong elok ikut cara guna beras beku. Cantik sangat kejadiannya! 
       Untuk resipi penuh Bubur Lambuk Kjee ini, korang KLIK SINI. 


    

       

Monday, March 7, 2022

DAGING ASAM REBUS

    


   Asam rebus daging ke Daging Asam Rebus? Macam2 lah Kjee ni. Alaaa kita yang buat dia kan? Sukatilah nak letak nama apa pun. 
       Ini resipi arwah Mak. Dia panggil Asam Rebus Daging. Dia orang Melaka. Alor Gajah. Kahwin juga dengan orang Melaka. Banda Kaba. Tengah2 bandar. Tetapi bapak arwah mak bawak famili dia pindah Kpg Baru, KL. Maka jadilah mereka orang KL. Termasuk gue. 
      Kalau buat Asam rebus Daging, mak letak kentang. Asam rebus ikan letak bendi. Sama method masak. 

       Lauk ini sedap kalau cukup rasa. Masam dan pedas. Actually kepedasan itu mengikut selera individu. Tak nak pedas, kurangkan cili. 
       Selalu Kjee guna daging tetel. Arini guna daging biasa. Dan selalunya kalau malas, rebus dalam pressure cooker. Hari ini rajin so rebus biasa aje sampai lembut. 
       Lauk ini boleh dikatakan sihat sebab tak guna minyak langsung. Main lebur aje bahan tumbuk kedalam periuk sama direbus daging tadi. Rendidih letak serai, daun kesom dan kentang. 
       Resipi penuh klik SINI.
       Sedap dihirip kuahnya kalau buat tidak terlalu pedas. Tapi apadehal. Pedas pun aku hirup. Hahaha. 



Thursday, February 10, 2022

SOS DAGING



       Ini satu lagi comfort food Kjee. Suka sangat buat banyak2 kemudian dibekukan dalam bekas-bekas kecik cukup untuk sekali makan. Bila nak makan, panaskan. 
       Sos daging ala Bolognese ini pada Kjee sangat versatile. Boleh makan macam2 cara ikut keadaan semasa. 
       Makan dengan lempeng, putu mayam atau Roti Jala pun sedap. Kjee dah terai semua. 😆


      👆 ini time teringin nak makan dengan spageti. Rebus spageti sampai al dente @ kenyal, pastu curah sos daging in. Tabur banyak2 Parmesan Cheese. 😋



       ðŸ‘† yang atas ini cara UnclePali makan sebab dia tak gemar makan dengan spageti. Tapi heran Spag Aglio Olio dia suka pulak! Tak cukup roti, dia amik sudu dan kaup terus sos masuk mulut. Super sedap katanya. Hehehe berani ke tak puji. 😆
        Tadi Kjee buat sos daging ini guna minced beef Ramli. Yang peket 800 grams tu. Kjee rebus dulu daging selama 20 minit. Kemudian terus tos buang airnya hingga kering. 
       Why buang airnya? Sebab nak hapuskan semua lemak. Daging kisar biasanya dikisar dengan lemak sekali. Dah tos air, Kjee kisar sekejap dalam food processer. Ini untuk hancur2kan sikit daging yang berketul setelah direbus. Tiada FP, guna blender biasa pun boleh. Tapi dua tiga kali trrrr jer. Jangan sampai jadi pes daging. 😬


       Kemudian Kjee dadu 3 labu bawang besar dan tiga ulas bawang putih. Tumis dalam sedikit minyak sampai layu. Minyak sikit sebab daging itu mesti ada lagi saki baki lemak. 
       Masukkan daging, satu tin sos tomato, satu tin kecik tomato puree dan 6 tin air guna tin sos tomato. Jumlah air ni boleh tambah lagi. Kemudian rendidih. 
       Masukkan pula 4 ketul kiub daging, dua sudu sos cili, satu sudu cili flakes (optional), satu sudu lada hitam kisar dan dua helai Bay leaf. Kalau tak ada BL okay jer. 
       Rendidih lagi dan selalu dikacau perlahan-lahan takut hangit. 
       Apabila sudah hampir pekat, Kjee masukkan satu tin baked beans. Ini optional. Boleh ditiadakan tapi suami kita suka. Masak lagi guna api perlahan selama 5 minit. 
        Siap. Padam api. Rasa. Kalau tak cukup dengan 4 kiub daging tadi, tambah ler garam. 
       Selamat mencuba. 

Tuesday, October 5, 2021

NASI GORENG DAGING

  

    Setiap kali singgah jamu selera di Restoran Sakura Kristal yang sepelaung dari rumah Kjee, Sizzling Black Pepper Beef Fried Rice menjadi pilihan Kjee. Ada macam-macam food lain dalam menu. Tetapi tetap order yang sama! 
      Actually Nasi Goreng biasa-biasa aje. cuma restoran tu jual letak nasi tu dalam hot plate. Nasi goreng daging seketul-seketul. Apabila Kjee google resipi, rupa-rupanya agak renyah preparation nya. 
      Hari ini Kjee buat sebab teringin. Nak pergi Sakura tak larat. Maklumlah dah seminggu Kjee the tak sihat. Terbaring aje. UnclePali pula sibuk buat artwork buku. So Kjee gerak pelan-pelan ke dapur. 

       First thing first kena dadu daging.  Kena guna daging batang pinang atau apa jua bahagian yang lembut. Sebab dimasak daging secara stir fry. 
      Selepas didadu (lebih kurang 300gms), letak satu sudu kecil minyak bijan, setengah sudu kecil baking soda, satu sudu makan kicap hitam (kicap karamel), satu sudu makan kicap cair, satu sudu makan tepung jagung, satu sudu makan lada hitam kisar dan dua sudu air. Gaul rata. Kemudian diperap lebih kurang 30 minit dalam peti ais. 
       Nasi yang digunakan dikatakan elok  nasi sejuk (istilah arwah mak untuk dimasak semalaman). Kononnya nasi tidak bergumpal ketika digoreng. Tetapi Kjee tak suka. Lebih suka nasi itu dimasak tiga empat jam sebelum itu. Kemudian disejukkan dan dileraikan. Nak bagi nasi tidak bergumpal atau melekat, basahkan tangan ketika meleraikan. Jangan ramas. Cukuplah sekadar ia tidak bergumpal. 

      Bahan-bahan lain yang Kjee gunakan ialah mixed vegetables. Kjee cerewet beli mix vege. Kjee beli yang yang premium quality. Mahal sedikit tetapi sayur-sayuran yang digunakan especially frozen peas, tidak keras. Another alternatif guna carrot atau brokoli atau kacang buncis yang dipotong-potong. 
      Dadu kecik-kecik satu biji bawang besar dan empat ulas bawang putih. 
      Kemudian sediakan sos yang hendak dituang kepada nasi. Sediakan satu mangkuk kecil. Campur satu sudu makan kicap manis, satu sudu kecil minyak bijan,  satu sudu makan air dan sedikit msg, kalau guna. Gaul bersama dua sudu makan air. Sos ini akan dituang kepada nasi ketika ia sedang digoreng. 
      Pukul manja dua biji telor. Letak secubit garam. Panaskan kuali. Letak sedikit minyak. Goreng telor ala2 Scrambled eggs. Tetapi jangan terlalu masak. Tepikan. 

      Daging dah siap tempoh perap. Tambah lebih kurang dua sudu makan minyak ke dalam kuali tadi. Masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah didadu. Dah elok garing sedikit, masukkan daging. Balik-balikkan sehingga daging masak. Tak perlu garing. Keluarkan. 
       Kemudian tambah lagi dua sudu minyak kepada kuali tadi. Dah panas, masukkan mixed vege dan nasi. Goreng seketika dan curah sos. Terus goreng. Kemudian masukkan Scrambled eggs tadi. tadi. 
      Apabila sudah bercampur, masukkan pula daging goreng. Goreng lebih kurang 5 minit. Rasa. Kalau sudah cukup rasa, terus hidang. 
      Kalau mahu nasi goreng itu pedas sedikit, ketuk-ketuk beberapa biji cili padi. Selain itu, cili padi juga boleh dihiris-hiris dan diletak kicap cair. Makan bersama nasi goreng. 

      
    

Friday, September 17, 2021

STIR FRY DAGING BROKOLI


      Kalau ada sayur especially sayur hijau dalam peti ais, Kjee mesti resah. Cepat-cepat fikir nak masak apa. Kalau tidak, mesti layu dan akhirnya kena buang.
      Itu yang terjadi kepada Brokoli pagi tadi. Ianya baki dari yang Kjee beli dan gunakan separuh aje hari tu. Kjee terus plan buat Stir Fry Beef dengan Brokoli. The last time Kjee buat 6 bulan lalu. UnclePali suka sangat.
       Kalau sayur Brokoli, kena celur dulu seketika. Tak lah lama sangat. Separuh masak gitu. Of course kena potong-potong dulu. Lepas celur toskan airnya. Tak perlu lalu bawah air paip. Biarkan kepanasan selepas dicelur, lembutkan lagi sedikit brokoli. 


       Kjee guna daging batang pinang sebab itu bahagian paling lembut. Maklum yang nak makan nanti, dua-dua pagar dah longgar. 🤭
       Daging dihiris. Tabur sedikit lada hitam kisar dengan satu atau dua sudu sos tiram. Perap lebih kurang 30 minit dalam peti ais. Ini sebelum digaul rata. Gaul dan simpan dalam peti ais. 

       Hiris empat ulas bawang putih dan dua inci halia. Kalau ada halia muda lagi okay. 
      Panaskan kuali dan tumis halia sampai garing. Masukkan bawang putih. Apabila bawang sudah hampir garing, masukkan daging. Goreng sehingga daging kecut. Apabila daging sudah nampak garing, masukkan brokoli dan gaul rata. 
      Rasa. Sekiranya perlu, curahkan sedikit fish sos. Gaul rata lagi. Terus hidang. 



Saturday, June 12, 2021

SPAG BOLOGNESE SOS DAGING


       Kalau korang teringin nak makan Spageti Bolognese, jom ikut cara Kjee buat sos yang sangat-sangat mudah. Kjee tak pernah guna sos yang siap atau ready made aka dalam tin. So susahlah nak komen sedap ke tak.
       Bahan asas yang Kjee guna hanya Sup tomato (dalam tin), tomato puri, daging cincang Ramly (minced meat), bawang besar dan bawang putih. Oppps lupa. Juga seketul kiub daging knorrs, satu tin cendawan butang (kalau suka) dan dua helai bay leaf. 
       Untuk makan empat orang, Kjee guna satu peket dua keping mince beef Ramly, satu tin Sup Tomato, satu tin kecik tomato puri, satu labu bawang besar, dua ulas bawang putih.

       Mula-mula daging diletak pada suhu bilik. Dah lembut, ramas-ramas letak satu mug air dan rebus lebih kurang 15 minit. Kjee rebus untuk cairkan lemak daging yang tak berapa sihat tu. Tos dan buang airnya.
       Masa ini daging itu akan berketul. Susah nak hancurkannya. So Kjee trrr dua tiga minit dalam food processor. Boleh guna blender tapi pause dua tiga kali. Kalau lama, daging itu akan berubah jadi pes. Tepikan. 
       Dadu satu labu bawang besar dan dua ulas bawang putih. Panaskan periuk. Letak minyak Zaiton. Kalau tak ada boleh guna minyak yang ada. Kjee campur olive oil dan minyak jagung. Dah panas, tumis bawang2 tadi hingga layu. 

       Masukkan daging. Biarkan mesra seketika dengan bawang. Masukkan sup tomato dan airbyang disukat guna tin sama. Kacau sampai lebih mesra kemudian masukkan dua helai bay leaf. Rendidih guna api sederhana. Masukkan kiub daging ikut rasa. Kjee letak satu setengah kiub. 
       Sementara menunggu tu, Kjee hiris satu tin cendawan butang. Masukkan satu setengah sudu kecik serbuk lada hitam ke dalam periuk tadi. Kacau biar mesra mesraan. 
       Apabila sos sudah nampak agak pekat, masukkan hirisan cendawan tadi. Masak lagi lebih kurang 10 minit. Siap. Jangan lupa padam api. 

       Rebus spageti hingga kenyal. Gulungkan ke dalam pinggan, curah sos tadi. Kemudian taburkan keju Parmesan. Kjee suka letak banyak. 
       Itu aje. Boleh disimpan dan bekas satu atau dua portion dalam freezer. Nak makan, panaskan seketika dan curah atas spageti. Sedap lah gua cakap lu. 
       Ohh kalau ada yang nak sos tu pedas, sikit, letak ler cili flakes. Kjee tabur aje masa nak makan. 
       Spageti tak nampak dalam pinggan. 
Kjee memang suka curah kuah banyak-banyak. Parmesan cheese pun Kjee suka tabur banyak2. Hehehe. 


       
       

Saturday, June 5, 2021

DAGING GORENG BEREMPAH


      Apabila tekak teringin nak makan, buat aje lah walaupun sepatutnya Kjee kena elak bagi UnclePali makan daging merah. Darahnya tinggi dari Kjee. Jauh sangat beza. Tetapi katanya, sekali sekala okay.
      Hmm kesian jugak kan? So Kjee turut aje. Tetapi dalam masa yang sama, control jugak.
      Kjee hanya masak lauk daging kalau dapat beli daging batang pinang. Gigi kami berdua dah longgar jadi itu sahaja yang boleh dikunyah.
      Senang sangat masak lauk ni. Cuma kena perap lebih kurang sejam bersama rempahnya dalam peti ais. 
      Kjee guna 300 grams daging yang telah dihiris nipis. Kemudian Kjee sangai satu sudu teh biji ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Dah garing sikit Kjee terus tumbuk sampai halus.
      Campurkan bahan tumbuk itu dengan satu sudu makan rempah daging dan satu sudu teh kunyit serbuk. Lumur pada daging sehingga mesra. Perap lebih kurang satu jam.
      Hiris bulat-bulat satu bawang besar, dua ulas bawang putih, sebiji cili hijau dan cili padi ikut suka.
      Tumis bahan-bahan ini sehingga layu. Masukkan daging. Masak sehingga daging itu kecut dan airnya kering. 
      Oleh kerana tak letak garam ketika perap, Kjee guna kicap cair atau fish sos sebagai ganti. Jika letak garam, usahlah tambah fish sos melainkan untuk jadikan ia cukup rasa.
      Itu aje. Siap. Hidang panas-panas. 


Sunday, May 30, 2021

KARI DAGING STAIL KJEE


     Ini cara orang Melayu masak Kari Daging. Kenapa Kjee kata kari daging style Melayu? Sebab sebenarnya terlalu banyak resipi kari dari pelbagai lapisan bangsa di Malaysia. 
     Dulu kita kata kari itu milik orang India. Ya mungkin ia asal usul dari rempah ratus orang India. Tetapi ramai dah ubah suai. Ada kari Peranakan atau Nyonya, Kari Thai, Kari Cina, Kari Utara, Kari Selatan dan macam-macam lagi lah.
      Orang Utara bangga dengan Kari yang mereka panggil gulai. Rempah paling popular jenama Cap O. Tetapi zaman berganti zaman, Kjee tetap setia dengan rempah siap orang India dari zaman arwah mak kita. Dulu-dulu rempah kari cap Burung Nuri. Sekarang dah tak ada so Kjee hanya guna Babas. 

      Kjee suka masak Kari Daging lebih dari biasa, sebab kari Daging sangat versatile. Simpan beku. Dan apabila time malas, bukan sahaja boleh dipanaskan makan dengan nasi tetapi senarai makanan yang boleh dimakan dengan kari daging, panjang.
     Boleh makan dengan roti putih (atau roti wholemeal), roti jala, lempeng, roti canai, lemang lah dan macam-macam lagi. Sebab itu kalau Kjee masak kari, UnclePali tahu Kjee akan pelbagaikan makanan yang akan digunakan sebagai pencicah. 


      Masa niaga di Foodcourt Taman Melawati dulu, roti Jala dan Kari Ayam Kjee, laku keras. Kekadang Kjee buat juga kari Daging. Ada yang minta resipi kari Daging Kjee. Tidak pernah Kjee kecewakan mereka. Dan tiap kali Kjee kata ada cara masak kari yang sedap. Klik kat SINI. 
      Dan klik SINI kalau mahukan resipi lengkap masak Kari plus kentang cara Kjee. Cara masak Kari Daging sama macam Kari Ayam. Cuma kalau daging itu jenis liat, korang rebus dulu sampai lembut. Guna sekali air rebusan dalam kari daging ya. 

   



Thursday, April 15, 2021

BUBUR LAMBUK DAGING TELOR ASIN


     Memang bulan puasa ni Kjee dah plan buat my special Bubur Lambuk Daging. Tetapi tak tahu pulak kena buat pagi ni.
     Tadi Kjee pergi Klinik Kesihatan. Doktor sarankan Kjee amalkan soft diet sehari dua ini. Kjee sengih. Ada excuse nak buat Bubur Lambuk. UnclePali kena fikir what he wants to eat for Buka Puasa. Terjah Pasar Juadah lah kot.
      Selain dari Bubur Lambuk, semalam UP beli kelapa muda. And opkos kalau beli Kelapa Muda, wajib buat jeli. Well, kan kena soft diet. 😅
      Sampai rumah terus Kjee keluarkan daging. Beras dicuci dan rendam. Lepas defrost daging, Kjee ricik halus-halus dan masuk dalam Pressure Cooker dengan beras. 30 minit rebus,  settle lah.
      Why Kjee kata Bubur Lambuk special. Hah korang kena tengok resipi penuh lah. 
       Resipi penuh Bubur Lambuk klik SINI.
       Resipi Jeli Kelapa Muda, klik SINI. 


Monday, March 22, 2021

KARI DAGING


     Kjee hanya tahu masak kari cara orang India. Malah rempah pun Kjee guna Babas atau masa muda-muda dulu, arwah mak beli rempah cap burung Nuri. Sekarang dah tak ada lagi kot. Entahlah.
     Sebab itulah apabila berkahwin dengan orang yang asal Utara, Kjee sering ditanya UnclePali, tak tahu ke masak gulai Utara. Kjee dah terai banyak kali tapi gagal. So Kjee masak ajelah kari yang Kjee belajar dari arwah Mak dulu. 
     Tetapi apabila usia dah dekat senja barulah dapat tips cara lagi sedap buat Kari ala mamak Penang. Dekat-dekatlah tu dengan kari orang India. Tetapi Kjee hanya perolehi ilmu yang basic aje. Maklum dapat ilmu tu masa jumpa makcik tu sambil sembang-sembang pekena kopi O, roti canai. Sila klik LINK ini. 

     Selepas dapat ilmu itu, maka Kjee pun follow lah. Memang menjadi kari Kjee selepas itu. Kjee ni species yang tak malu bertanya demi mendapatkan masakan yang lebih sedap. Maklumlah walaupun sering orang kata apa yang Kjee masak sedap, tetapi apa yang mereka tidak tahu ialah Kjee masih belajar. Tambah ilmu selagi sempat. Maklumlah usia pun dah hampir penghujung. 
     Kjee masak kari ini dua minggu lepas. Tiap kali masak kari, mesti Kjee tambah telor rebus sebab ia favorite suami. Kjee tak cerewet. Ada ke tidak, tak kesah. 
     Masak kari ni sedap kalau diiringi sambal belacan beserta ulam-ulaman dan ikan kering masin. Itu jer dah cukup. 


     

Saturday, February 20, 2021

DAGING MASAK KANDAR


     Aritu Kjee dan UnclePali singgah makan di restoran Nasi Kandar fav kami di Jln Tuanku Abdul Rahman. Used to like Restoran Kudu tapi sekarang lebih minat kat Yassem. Dekat2 aje antara restoran tu. Kari Yassem lebih umphhhh.
     Balik rumah, Kjee ternampak resipi Daging Masak Kandar kat FB. Belek-belek resipi. Alahai bahan semua ada. Bahagianya!
     So lepas breakfast tadi, Kjee dah buat prep. Susun atur semua bahan atas meja dapur. Orang kurang upaya macam Kjee kena buat macam itu supaya tidak kelamkabut dan tak sesak nafas tercari-cari bahan. 

     Mula-mula defrost daging dan buang urat-urat. Potong sebesar dua jari. Cuci dan toskan. Kjee guna daging batang pinang sebab itu aje yang ada.
     Kemudian kjee sediakan rempah ratusnya. Kalau guna sekilo daging, satu sudu besar jintan manis, satu sudu besar jintan putih, 8 biji pelaga, 4 bunga lawang, 10 cengkih dan satu kulit kayu manis. Kalau guna separuh dari daging itu, rempah pun guna separuh. 

     Semua rempah dicuci dan direndam dalam satu cawan air selama 30 minit. Nanti nak kisar dengan airnya sekali.
     Resipi asal 10 biji bawang kecik dimayang halus. (Kjee guna bawang goreng yang sudah sedia ada. Lebih kurang setengah cawan). 
     Kisar rempah ratus bersama 2 inci halia dan 4 ulas bawang putih sehingga halus. Kemudian Kjee masukkan tiga sudu besar cili kering kisar dan blend lagi. Kalau tiada cili kering kisar, rendam 15 biji cili kering hingga lembut dan kisar sekali. 
     Tumis bawang kecil yang telah dihiris tadi bersama dua tangkai daun kari. Apabila sudah wangi dan bawang jadi golden brown, masukkan bahan2 kisar. Tumis sehingga naik bau dan kering. 

     . Biar daging itu direndidih hingga hampir kering dan lembut. Kemudian masukkan satu cawan sos tomato, dua sudu besar kerisik dan setengah cawan kicap hitam. Kicap ini tiada perasa. Namanya kicap Karamel. Masukkan juga dua kiub daging. Juga sedikit gula. Ini untuk warna hitam. 
      Kacau rata. Biarkan masak lebih kurang 20 minit. Siap. 
     Kalau nak guna ayam, perap seketika dengan kunyit dan goreng separuh masak. 


      Oleh kerana Kjee sudah sedia ada bawang goreng, kjee hanya masukkan bawang goreng, 5 minit sebelum padam api. Kjee terus tumis bahan kisar diperingkat awal bersama daun kari. 
      Kalau tiada kicap hitam karamel itu, boleh rasanya letak kicap lemak manis. 
      Kjee padankan dengan Nasi Minyak dan Jelantah Timun/Nanas. 
     
     

Wednesday, February 17, 2021

DAGING GORENG BROKOLI


     Ini antara lauk yang selalu Kjee masak  kalau beli Brokoli. Kalau tak ada daging, Kjee letak udang.
    Senang aje memasaknya. Mula-mula Brokoli dipotong-potong dan celur seketika dalam air panas, yang telah dicampur sedikit garam. Toskan.
    Daging (Kjee guna batang pinang sebab gigi2 dah longgar) dihiris nipis dan diperap 20 minit dengan kunyit dan garam. Daging tu dalam 250 gms. 
     Goreng daging guna dua sudu makan minyak. Goreng sehingga airnya kering. Ketuk tiga ulas bawang putih dan masukkan ke dalam kuali. Tambah satu sudu minyak bijan.
     Apabila bawang putih sudah naik bau, masukkan Brokoli dan sos tiram. Lebih kurang tiga sudu. Kacau sehingga naik wap. Padam api. 
    Masa nak padam api, Kjee ternampak cili flakes. Letak dalam dua sudu. Gaul rata. Kalau tak ada cili flakes, lada hitam kisar pun okay.