DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label buah2an. Show all posts
Showing posts with label buah2an. Show all posts

Wednesday, June 15, 2016

JUS LOBAK MERAH BERSUSU






Tetiba aje teringat jus Carrot bersusu. Terus selongkar peti ais. Ada dua biji lobak merah tapi dah kecut. Untuk buat sayur bolehlah tapi kalau nak buat jus, rasanya tak kena. So terus whatsapp UnclePali suruh beli carrot masa balik kerja nanti.

UnclePali yang rajin buatkan jus di bulan Puasa. Macam-macam jus dia buat. Selain tu, yang paling Kjee suka ialah Sirap Bandung Aiskrim Soda Johor. Sedap sangat.

Kjee ada Juicer jadi sangat mudah buat jus yang ada serat. Tak perlu tapis lagi. Jolok aje carrot ke dalam corong Juicer tu, yang keluar hanya jus yang piau (pure). Hanya perlu tambah susu manis dan ais.

Kalau tak ada Juicer, boleh kisar kemudian tapis hampasnya. Jangan campur banyak air sebab ianya sedap kalau pekat. Kalau UnclePali, dia tak campur air setelah diperah dalam Juicer. Ais tu bubuh banyak-banyak. Hmmmm dah terbayang-bayang.


Tuesday, April 26, 2016

KERABU MANGGA DENGAN AYAM GORENG









Ini lunch Kjee tadi. Ratah begitu sahaja tanpa nasi. Bagi Kjee yang memang 'perut kecik', tersangatlah kenyang.  Sebenarnya, tak ada plan pun nak buat Kerabu Mangga Ayam Goreng ni. Awal pagi tadi Kjee ternampak dua biji mangga Siam dalam peti ais. Sejak akhir-akhir ni memang Kjee tak bernasib baik. Tiap kali beli, mesti terkena yang masam.

Apapun, sebelum ni Kjee curahkan aje serbuk Asam Boi kalau terlalu masam. Sekurang-kurangnya mangga tu taklah jadi habuan cik tong.

Sambil Kjee kupas kulit sebiji mangga tadi, Kjee terfikir pulak nak buat Kerabu Mangga. Wah kalau letak Ayam Goreng mesti sedap. Aritu Kjee buat letak ikan goreng Dory.

Kjee capai ayam dalam peti ais dan defrost dalam microwave selama 3 minit. Kemudian di cuci bersih-bersih, gauldengan kunyit dan garam. Perap seketika dalam peti ais.

Ricik mangga halus-halus. Kemudian mayang sebiji bawang Holland. Masa nak cari cili padi dalam peti ais, ternampak tomato. Kjee guna setengah biji bahagian yang tiada biji. Hiris. Campurkan dengan mangga. Kemudian Kjee ricik dua biji cili padi merah. Tak berani letak banyak-banyak sebab ia terlalu pedas.

Gaul sehingga rata. Kemudian letaklah gula lebih kurang 1 sudu besar. Terserahlah kalau korang nak letak lebih. Kemudian perah jus lemon atau limau nipis lebih kurang 1-2 sudu makan. Gaul lagi sampai mesra dan rasa. Tambahlah apa yang korang rasa kurang. Kalau nak sedikit masin, boleh letak kicap cair atau sos ikan atau nampla. Simpan seketika dalam petis ais.

Sementara itu goreng ayam hingga garing. Kemudian ayam dipotong-potong.

Letak Kerabu Mangga dalam piring dan bubuhlah ayam diatas kerabu. Harus dimakan segera kerana ayam goreng akan menjadi basah kalau dibiarkan terlalu lama atas kerabu. Hilang kerangupannya.

Sedap dimakan dengan nasi putih atau ratah begitu sahaja macam mokcik. Hehehe.




Friday, April 15, 2016

JAZZ JUICE, TARIKAN DI REST JAJA JAZZ

JALAN-JALAN CARI MAKAN



Terletak di Jalan 5/5 Wangsa Delima, Wangsa Maju 






Nak letak nama kena bagitau Jaja masa order. Hehehe



Selalunya kita minum jus buah-buahan yang sarat barat dengan rasa buah (bukan perisa ya) di hotel-hotel dan restoran 5 bintang sahaja. Tetapi dengan kreativiti Chef Jaja, kita sudah boleh menikmati jus buah yang nyaman dengan dengan harga mampu milik. Hehehe.

Memang tidak dinafikan, sekarang ni ramai merungut kalau order minuman di restoran. Kekadang harga tak masuk akal. Kjee pernah order Kopi O Ais di sebuah restoran di Taman Melawati. Harganya RM9.50! Kerana Nadia yang bayar, Kjee tak perasan harganya sehingga satu hari Kjee terjumpa resitnya. First and last lah you all!!

Anyway, Jaja ni memang terrer lah bab menggoda orang dengan jus yang sedap. Jus Asam Boi Limau Kasturi yang Kjee buat niaga dulu, resipi dia lah.

Dua minggu lepas Kjee singgah kat Jaja's Jazz House di Jalan Wangsa Delima 5, Wangsa Maju, Setapak.  Kalau Waze, gerenti sampai.  Dulu restoran ni terletak di Kampung Baru dengan nama Jazz House Steamboat. Dah niaga elok-elok dekat tiga tahun, rasanya, tuan tanah nak balik premis tu. Jadi, Chef Jaja pun berpindah ler ke tempat baru ni. Dah tak jual steamboat lagi tapi pelbagai juadah kampung untuk makan tengah hari. Dia orang start niaga kul 7 pagi, jual pelbagai jenis sarapan. Petang ada goreng-goreng, ada kuih muih juga. Selain tu, sahabat dia Juanna jual pelbagai jenis pasta, lasagna bagai. Adik Jaja, Zol pulak bukak kiosk jual pelbagai jenis smooties, ice blended dan kopi macam kat restoran Star Bucks.



Chef Jaja ditemubual untuk satu rancangan TV baru-baru ini



Masa Kjee pergi aritu, terkejut Kjee dihidangkan pelbagai jenis jus.

Chef Jaja bagi nama Jazz Juice. Ada jus tembikai yang dihidangkan dalam sebiji tembikai. Kalau customer request, siap boleh tulis nama kat situ. Personalised gitu. Sebiji tembikai itu boleh diminum dua orang! Harganya antara RM12 hingga RM14 ikut saiz. Kalau nak tambah laici, extra RM2 jer. Tapi memang berbaloilah. First time Kjee minum air tembikai macam tu. Terbaek. Jaja boleh jugak buat yang sama untuk buah Rock Melon dan jugak Nenas. Harga mengikut saiz buah pada harga pasaran.

Kalau tak nak minum dalam buah, Jaja juga hidangkan dalam gelas dengan hiasan yang comel. Ada pelbagai jenis jus termasuk Dragon Fruit. Kalau dalam gelas, harganya antara RM4.50 hingga RM5. Jusnya memang pekat dan sedap. Tak percaya, cubalah.

Alamat Jaja Jazz ialah di Jalan Wangsa Delima 5, Wangsa Maju, Setapak. Bukak tiap hari kecuali Sabtu dan  Ahad. Tapi kalau ada function misalnya, birthday, group makan-makan ker, maka Jaja kata dia akan buka. Boleh call/whatsapp Jaja  011-18944179.



Ini Abib, atau Syed Muhammad Gadaffi bos Jamu Mak Dara

Jija dan Bondanya (tauke Karipap Frozen)





Jus Nenas

Jus Rock Melon


Jus Belimbing

Jus Dragon Fruit



Friday, March 25, 2016

KERABU MANGGA THAI IKAN DORY






Nama jer nampak gah tapi sebenarnya Kerabu Mangga Thai jer. Hehehe. Kjee ternampak aritu ada chef kat AFC buat Thai Mango Salad ni makan dengan ikan goreng. Tapi dia orang guna ikan Talapia. Kjee selalu konfius samada ikan Talapia dia orang sama dengan Ikan Talapia kita. Apapun, Kjee buat guna Ikan Dory jer.

Kenapa Ikan Dory? Hehehe itu aje yang ada dalam freezer. Kita yang buat dia kan?

Anyway, masa Kjee pergi Hero Market malam tadi, memang Kjee plan dah nak cari mangga muda. Kalau ada mangga telor lagi bagus tapi yang ada, semuanya Manga Thai. Kjee nak amik Water Lily tapi semuanya macam dah masak. Kalau buat kerabu kena cari mangga muda.

So, I opted for the green ones. Kjee picit-picit dulu sebab kalau lembik, maka dah masak. Dua biji yang Kjee pilih memang lah keras. Memang elok rasanya dibuat kerabu. Tetapi pagi tadi bila Kjee kupas, sebelah dalam isi mangga dekat dengan bijinya dah masak sikit. Rasanya lemak-lemak manis. Okay lah tu.

Kjee buang kulit dan ricik. Kjee ada sagat (grater) macam orang Thai guna tu tapi malas nak selongkar dalam laci, Kjee pilih untuk ricik halus-halus supaya airnya tidak banyak keluar. Ya lah tu. Hehehe.

Kjee guna dua biji bawang besar yang kecik sebab mangga pun tak besar mana. Kjee hanya guna satu biji yang besar telapak tangan. Bawang dimayang halus. Kjee jugak ricik dua biji cili padi merah yang pedas menyengat. Kalau terlalu banyak, masa makan mengganggu pulak kepedasannya kan? Selongkar freezer jumpa tomato ceri. Okaylah nak bagi kaler.









Sebelum Kjee ricik mangga tadi, Kjee dah keluarkan ikan Dory yang beku. Sekeping Kjee potong lapan. Kemudian Kjee letak sedikit garam dan kunyit. Goreng sampai garing dan tepikan.

Kjee guna sebiji jus limau nipis. Boleh tahan mahal dua biji dekat RM2. Sekilo RM12. Hmmm.

Jus itu diletak dalam mangkuk dan ditambah 1 sudu besar gula merah. Kjee guna soft brown sugar. Manisan Thai ada tapi tak tau letak mana. Kjee kacau gula dan jus dan letak 1 sudu teh sos nampla. Gaul rata.

Kemudian, bahan-bahan seperti mangga, bawang, tomato dan cili padi digaul rata. Curahkan sos tadi dan gaul lagi bagi mesra. Kalau ada daun pudina bolehlah letak. Kalau nak letak daun kesom yang dihiris pun okay juga. Bila makan ada haruman yang segar.

Setelah digaul rata, diletak dalam piring. Ikan tadi diletak di sisi Kerabu. Makan sekali ikan dengan kerabu. Enak banget. Hehehe.

Kjee rasa boleh guna apa jua ikan yang tiada tulang untuk resipi ini. Malah, kalau letak ayam goreng ataupun daging bakar pun sodap. Percayalah. Hehehe. Ehhh kalau letak sotong yang dibakar dan hiris-hiris pun okay jugak ler. Lain kali boleh terai.






Sunday, March 6, 2016

PUDING MANGGA MANIS








Lama dah tak buat puding letak mangga ni. Apabila ternampak kat blog Sichuan China aritu, tetiba timbul keinginan nak buat. Lagipun, sekarang Kjee tengok dah ada orang jual mangga. Buah di awal musim, jadi tak lah elok sangat buahnya. Dan harga pun tak lah berapa nak murah.

Pagi tadi dah usher Nadia gi beli mangga manis kat lori berhampiran round-about AU2 Keramat. Semalam lalu kat situ, tak ada pulak jual. Ohhh mungkin abang tu cuti solat Jumaat. Tapi tadi nasib baik ada.

Kjee pilih empat biji Mangga Lemak Manis. RM10 sekilo. Tak manis menyegat macam Mangga Madu. Murah pulak Mangga Madu tu...cuma RM7 sekilo.

Dalam pantri ada satu peket agar-agar serbuk warna kuning. Resipi Sichuan China tu kata dua keping gelatin atau 10gms serbuk agar-agar.










Resipi asal guna 160ml susu segar dan 60ml krim. Tapi Kjee adjust. Kjee letak 200ml susu segar dan 100ml susu cair. Kenapa? Entahlah Kjee rasa kalau ikut sukatan cecair asal, puding tu jadi keras. Alhamdulillah Kjee ikut gerak hati sendiri.

Nadia tolong masukkan buah mangga (tanpa air) dalam Food Processor (blender pun okay). Trrrrr sampai halus. Katanya, dapat dalam lebih sedikit dua cawan mango puree.

Panaskan susu dengan lebih kurang ¼ cawan gula. Kjee guna gula perang atau soft brown sugar dan kurangkan 1 sudu besar. Letak jugak 10 grams serbuk agar-agar dan masak guna api sederhana sampai agar-agar larut.

Kemudian campurkan dengan mango puree tadi. Kacau sampai rata. Terus tuang ke dalam bekas kesukaan. Mangga itu harus diblend halus ya.

Kemudian hiaslah dengan mangga yang dipotong kecil-kecil. Sekejapan sahaja mengeras. Chill dalam peti ais.

Sedapnya apabila sudah sejuk. Terasa macam letak sugee. Nadia kata rasa macam Kesari (kuih sugee India). Hehehe





Friday, October 31, 2014

JERUK MANGGA PART TWO















Friday, October 24, 2014

CARA BARU MENIKMATI BUAH MANGGA





Sekarang ni musim mempelam atau mangga. Ada yang manis dan ada yang masam.

Kalau dulu hanya yang mengandung jer terliur tengok mangga masam terutama sekali manga pauh atau mangga telor, sekarang ni dah jadi kegilaan ramai. Semuanya sejak ada insan yang post gambar Jeruk Mangga. Of course mereka guna mangga masam.

Kjee ni bukan golongan species yang minat buah-buahan yang masam-masam kecuali apple hijau. Itu pun dijadikan jus dan diminum tanpa bubuh gula. That I like.

Tetapi apabila Kjee intai fridge semalam dan ternampak 4 biji mangga lemak manis pemberian my sis Shiela, tetiba excited pulak nak buat mangga yang macam dia orang tayang kat Facebook.

Kjee cuba cari cara buat atau resipi tapi tak ada. Yang ada cuma ada gambar mangga yang telah dihiris lepas dikupas. Pastu ditabur cili padi potong. Ada gak serbuk-serbuk yang Kjee rasa serbuk asam boi. Ada yang tabur gula dan letak biji biji asam boi.

Oleh kerana mangga yang Shiela beri dah lemak manis, Kjee pun tak bubuh gula. Bubuh cili padi, ramas-ramas asam boi dan jugak letak dua atau tiga biji di atas mangga tadi. Bila nak makan, gaullah.

Ewah boleh tahan sedap. Is this a new way of eating mangoes? Wallahualam. Kalau suka boleh terai. Kalau tanya Kjee...hmmm boleh lah buat kalau rajin. Kalau tak, ngap jer lepas kupas. Hehehe.


Thnx Shiela bagi mangga. Baru Kjee perasan semalam. Luarnya mengkal so ingatkan masam. Rupa-rupanya manis.




Thursday, June 12, 2014

BUAT JUS MANGGA SEBAB TERINGAT ARWAH BONDA








Apabila buat jus mangga manis, Kjee terkenang arwah Bonda. Dia tahu anak-anak dia suka minum jus mangga tapi kalau minum kat restoran atau di hotel, harga segelas sama harganya dengan sekilo mangga yang dibeli di pasar. Satu kilo mangga boleh jadi tiga atau empat gelas jusnya!!.

Ingat lagi masa tu kami tinggal di Kawasan Melayu, Old Town, Petaling Jaya. Bonda memang pergi pasar berhampiran setiap pagi,  sambil mengheret bakul pasar berodanya.

Kalau bonda tengok orang jual mangga manis, dia akan survey dulu. Kalau musim tak berapa menjadi, harga mangga manis mahal. So, bonda tunggu musim mangga berlambak-lambak dan dia orang jual bukan secara timbang kilo tapi secara longgok.

Bonda ni species manusia terlebih ramah bukan macam aku. Suka sapa Nyonya dan Apek yang meniaga kat situ. Kekadang kalau dia ada buat kuih muih untuk breakfast, pasti apek-apek dan nyonya dapat sama-sama merasa. Kerana itu, Bonda selalu dapat beli barang-barang dapur termasuk buah-buahan bermusim dengan harga murah.







Selain daripada memotong dan menyimpan buah-buah dalam bekas dalam peti ais untuk anak-anaknya makan selepas balik sekolah atau kerja, beliau akan buat jus.

So tadi, ada selonggok mangga dalam peti ais. UnclePali suruh buang kulit dan potong kecik-kecik, simpan dalam freezer. Sedap makan sejuk sejuk. Macam dia buat hari tu tapi kesian tengok muka dia sebab Kjee habiskan sorang-sorang tanpa disedari. Hehehe.

Tapi dek teringat jus mangga manis Bonda, Kjee suruh UnclePali tolong buatkan jus. Nasib baiklah Kjee dapat suami yang ringan tulang. Sebut jer, dia terus capat blender, trrrrr isi mangga sampai halus. UnclePali letak sedikit air masak, tanpa gula, maka siaplah jus untuk isterinya yang banyak songeh ni.

Pastu dia siap bubuh ais dalam gelas/mug, tuang jus mangga tadi dan amik gambar.

So, apa lagi, kita pun sedutlah sampai nak dekat habis. Dia pandang jer Kjee sedut. Eh nak ker? Naklah dia kata. Oh ingatkan awak tak suka, kata Kjee sambil hulurkan mug yang dah hampir kering.

Kejam kan? Taklah. UnclePali memang tak berapa suka jus mangga. Dia lebih suka jus tembikai yang Kjee tak minum sebab akan menyebabkan panas badan. Hehehe.







Wednesday, May 21, 2014

PULUT MANGGA MANIS DENGAN SOS SANTAN





Musim mangga manis melanda. Sana sini orang jual mangga manis. Murah-murah pulak tu! Minggu lepas Nadia beli RM10 untuk 3 kilo di Taman Melawati. Hari ni UnclePali beli, dapat 4 kilo for RM10!!

Sejak minggu lepas lagi Kjee nak buat Pulut Mangga ala Thai tapi tak kesampaian. So today, menilau juga mata Kjee mencari lori orang jual mangga. Akhirnya dapat!!!

Kali ini rasa mangga yang UnclePali beli taklah semanis yang Nadia beli. Ada rasa masam-masam manis, which I like. Mangga yang Nadia beli, manis menyengat!!









So apa lagi, sampai rumah Kjee tanak pulut dalam rice cooker. Kupas dua biji untuk Kjee dan UnclePali makan sebelum pulut siap tanak. Lepas tu bila pulut siap tanak, barulah mintak UnclePali amik gambar.

Tengah amik gambar, tiba-tiba bunyi guruh yang kuat. Nasib baik tak terpelanting kamera.

Semasa pulut tengah tanak tadi, Kjee buat sos santan. Kjee guna 1 kotak kecik santan. Rasanya tak cukup sebab Kjee masak pulut dekat satu periuk kecik (rice cooker). Tak apa, boleh buat lagi sos kejap lagi.

Nak resipi korang intai SINI. Kjee nak makan my sticky rice with mango. Hehehe.













Thursday, December 27, 2012

HOME MADE CEMPEDAK GORENG



















Homemade cempedak goreng...semuanya pasal cari orang jual cempedak goreng dari Sungai Buloh-Paya Jaras-Sg Plong-Kuang-Kundang...tapi sedihnya tak jumpa. In the end beli cempedak sebiji berat dekat 2kg dan goreng. Sekilo RM4.

Kjee jarang2 beli buah cempedak. Agaknya seumur hidup tiga atau empat kali. Reason being, lebih senang beli singgit dua yang dah siap goreng di gerai2 yang orang jual kan? In ther words, malas!!! But then apabila tiada orang jual dan teringin nak makan, tahap gaban, kenalah buat sendiri.





Mujur stok tepung beras dan kapur sireh ada kat rumah. So, apa lagi nak tunggu kan?

Kjee tak berapa happy dengan isi cempedak tadi. Agak nipis dan rasa2 macam diperam karbaid. Rasanya manis buah tetapi kalau dapat isi yang gebu dan tenggelam apabila dicucuk jari tu serta manis menyengat, alangkah bahagianya.

Kjee tengah intai2 dusun jiran. Kok2 kalau ada cempedak. Tapi yang banyak bauh nangka yang Kjee kureng sikit makan mentah.



Ini jer yang tinggal for my doter hehehe





Wednesday, December 26, 2012

PAI EPAL GORENG













Nak buat pai epal goreng atau Fried Apple Pie ni pun memakan masa dua hari! Hehehe bukanlah Kjee duduk dua hari buat. Pengsannn tu. Tapi, semalam, Kjee buat apple filling dan keluarkan pastry...pastu tetiba rasa tak berapa sihat...terus masuk balik bende2 tu ke dalam fridge.

Hah akhirnya hari ni baru Kjee buat. Nasib baik pastry tu tak rosak. Maklumlah ada tulis kat peket dia, Use immediately after defrost at room temperature.

Kjee sebenarnya teringin nak makan apple pie macam kat MD. Tapi kerana dah boikot restoran tu, Kjee decide buat sendiri. Google resipi berjam2 tapi bila time nak buat, Kjee keluarkan aje doh yang dah siap. Lihat gambar.



Beli ini di Jaya Grocers. Cold Storage mungkin ada.



Actually Kjee buat guna doh ni sebab expiry date dia dah hampir. Daripada dibuang, baik Kjee eksperimen samada boleh tak short crust pastry digoreng. Jawapannya Yes and No.

Memanglah boleh goreng. sukati kitalah nak goreng ke nak bake kan? Tapi hasilnya ia jadi apple pie yang gebu dan rapuh. Taklah rapuh sampai pecah masa goreng. Masa dan lepas goreng cantik jer tapi bila makan ia terlalu rapuh. Tetapi rasanya cukup sedap.

Kjee syorkan kalau ada yang teringin nak buat apple pie goreng macam kat McD tu, buat jer doh karipap biasa. Pastu canailah dan potong agak2 lah segi lonjong (macam yang Kjee buat). Boleh kelim macam kita buat karipap atau guna garfu macam Kjee.





Untuk filling apple tu, Kjee guna 2 biji apple hijau (seelok2nya Granny Smith). Buang kulit, didadu, campurkan ke dalam periuk bersama setengah cawan gula perang atau soft brown sugar atau gula merah. Campakkan 1 atau 2 batang kayu manis dan masak sampai gula tu cair dan kemudian menjadi pekat. Kira-kira 10 minit. Sejukkan betul2.

Tentu belum ada yang pernah cuba buat doh karipap untuk apple pie kan? Hah inilah masa nak cuba. Kjee pun akan buat nanti sebab ada banyak apple masam yang Kjee terbeli. Kita yang buat dia...so apa hal orang nak menyibuk kan? Hehehe

Untuk doh karipap, Kjee syorkan korang guna yang Kjee pernah buat, dari blog Tun Telani. . Doh resipi Tun Telani ni, elok sangat.






Friday, November 16, 2012

KEK PISANG CHOC CHIPS XTRA GEBU











This is one cake yang Kjee berani buat dua tiga kali dalam masa seminggu. Sebab? Kek ni favorite UnclePali dan Nadia. Kalau kek lain, nahaslah Kjee kena habiskan sorang diri. Itulah antara sebabnya korang tak nampak Kjee rajin buat kek lain.

Anyway, kek hari ini Kjee buat sebab ada berbaki empat biji Pisang Berangan cenonit selepas Kjee buat Apam Pisang tiga hari lepas. Cenonit sebab kecik2 je pisang tu. Sebesar pisang emas. Selalunya UnclePali beli pisang berangan yang besar2.




Tadi masa nak buat kek pisang, Nadia ingatkan Kjee supaya jangan lagi buat Apam Pisang. "Tangan Mama tak ong lah buat apam. Tak pernah menjadi!" Adoiii berdesing telinga. Tetapi memang betul. Buatlah apam apapun....resipi ikut 100% tapi apabila siap, hati seringkali berkata2.

Kek pisang hari ni sama dengan yang Kjee buat sebelum ini. Cuma Kjee tambah choc chips. Tetapi heran jugak, gebunya lain macamlah! Mungkin UnclePali terlebih blend telor, gula dan minyak. Or maybe jugak, telor yang Kjee guna tidak diletak dalam fridge sebelum ini. Baru beli semalam.

Nak resipi, intai sini. Mudah dibuat dan sedap sangat. Oh ya, tadi Kjee bubuh hanya segenggam choc chips.





Wednesday, November 14, 2012

APAM PISANG COMEL



Sejak Kjee dah pandai buat kek Pisang, pantang jer lalu depan gerai orang jual pisang. Asyik teringin jer nak buat lagi. Tetapi beberapa hari lepas, Kjee nampak resipi Apam Pisang di blog My Kuali. Aikkk Rose guna acuan apam Putri Ayu untuk Apam Pisang yang dia buat. Comelnya.

Kebetulan di rumah memang ada acuan itu tetapi ia mash 'dara'. Masih belum digunakan lagi. So, apa lagi, Apam Pisang lah yang diprojek semalam. UnclePali pandang sebelah mata jer sebab dia sebenar2nya suka sangat makan Kek Pisang yang Kjee selalu buat dulu. Lihat sini

Anyway, Kjee berjaya convince dia Apam Pisang ni mesti sedap. Maka, dia dan Nadia tolonglah Kjee buat.  Actually dia orang berdua yang buat, Kjee tukang arah. Maklumlah dah penat gi jenjalan semalam.








Kalau kek pisang, tepungnya hanya 1½ cawan tapi untuk resipi yang Rose buat ni, 2 cawan. Hmmm dalam hati Kjee, keraslah nampaknya Apam Pisang nanti. Tapi Rose guna pisang dua kali ganda dari Kek Pisang yang resipinya Kjee ambil dari Raihan. Okaylah kot.

Dapatlah lah isi adunan itu untuk 20 biji acuan kecik2 Putri Ayu tu. Lebihnya yang ada dekat 2 cawan, Kjee bubuh dalam acuan empat segi dan bakar.

Apabila dah siap, nyata sekali UnclePali menang. Kami lebih suka makan Kek Pisang daripada Apam Pisang. Walau bagaimanapun, habis jugaklah separuh kami sental masa tengok MasterChef malam tadi dan pagi ni separuh lagi kami buat breakfast.

Sebenarnya, tiada cacat cela resipi Apam Pisang ni. But my family's preference is Kek Pisang. Tapi at least tertunai jugaklah hajat nak buat Apam Pisang guna acuan Putri Ayu, yang entah bila kesampaian untuk membuatnya. Hehehe.



Sunday, November 11, 2012

MY PULUT MANGGA...AT LAST













Akhirnya, sesudah berhari2 mengidam, I pushed myself tadi buat Pulut Mangga Manis ala Thai ni. Bukanlah susah sangat nak buat. Tetapi maklumlah, cuaca mendung kat luar buatkan body lemah gemalai ikut alunan angin yang sepoi2 bahasa.

Ewah mokcik ni. Tetiba jer kan?

Anyway, hari ni kami suami isteri tak lunch sebab pagi tadi dah brunch Nasi Kerabu kat Kundang. Kenyang sampai ke petang. Nadia ada lectures hari ni.

So oleh kerana banyak time tak perlu masak for lunch, Kjee layan TV jap. Rancangan semua boring. So terus ke dapur dan tanak pulut. Ada tiga jenis makanan nak dibuat dari pulut ini. So tanak lebih sikit supaya dapat bagi jiran jugak merasa.

First thing first.




Kjee tanak dalam rice cooker jer. Paras air dia about satu inci dari paras pulut. Bubuh sedikit garam dan the rest leave it to the rice cooker to do the job.

Kemudian Kjee rehat lagi iaitu tengok tv. Banyak sangat rehat, bila nak siapkan? And then about ½ jam kemudian apabila dah berbau sampai ke hall pulut siap ditanak, Kjee ke dapur balik kupas mangga yang dah tak seberapa handsome. Tak handsome tak per, janji ia manis! Manis cam my asben. hehehe

Lepas itu, Kjee masukkan satu kotak santan ke dalam periuk, bubuh sediikit air (lebih kurang setengah cawan), gula ikut suka dan sedikit garam dan juga kira-kira 1 sudu besar tepung jagung. Kacau sampai rata dan tidak bergentil. Jerang atas api sederhana sampai menidih manja pastu sejukkan.

Pulut dah siap cantik lembutnya. Kjee jenuh cari acuan sesuai nak plating. Yang dicari tak jumpa. Kemudian ternampak acuan berbentuk heart yang beli kat Daiso hari tu. Lamanya tak gi Daiso. Suka sangat kalau dapat gi sana.

Hiaslah ikut suka. Kjee tak der mood hari ni. Mood mendung cam cuaca. So, what you see is what you get. Lepas amik gambar terus makan. Hmmm sedapnya.





Friday, November 9, 2012

KERABU DARI MANGGA YANG MASAM




























Ingat lagi tak hari tu Kjee naik darah sebab terbeli mangga yang masam dengan harga yang tak sepadan? Hah hari ni ketika menyelongkar fridge, terpandang mangga tersebut. Ringan jer tangan nak buang.

Tetapi apabila difikirkan betapa berdosanya, dibuang makanan yang masih boleh diselamatkan, Kjee pun suruh Nadia petik cili padi untuk ditumbuk bersama belacan. Buat sambal belacan mangga masam. Okaylah tu kan?

But apabila Kjee terpandang mangga tu, terfikir pulak nak buat kerabu mangga yang mudah. Buat jer guna apa saja yang ada dalam fridge.









So terjadilah kerabu mangga orang kurang rajin ni.

Kjee hiris halus2 mangga tu. Dulu Kjee biasa sagat jer until my aunty Yati kata kalau disagat, air mangga itu akan keluar. So nanti tak sedap. Begitu jugak dengan sengkuang kalau nak buat tahu bakar. Tak boleh sagat. Keluar air manisnya.

Dapatlah semangkuk mangga. Kemudian Kjee mayang sebiji bawang besar. Nadia pulak ketuk2 jer kira-kira 10 biji cili padi. Campur semua. Kemudian bubuh gula. Kjee guna soft brown sugar kira-kira 1 sudu besar. And then perahlah jus lemon atau limau dalam satu sudu.

Gaul sebati. Kemudian ambil daun kesom. Racik dan campakkan ke dalam kerabu tadi. Rasalah. Mesti sedap. Oklah. That's my version of Kerabu Mangga. Nasib lah kan? Daripada dijadikan habuan Cik Tong, betul tak?





Friday, October 26, 2012

MAHAL TAPI RASANYA HOPELESS!!




Kjee memang cerewet kalau membeli mangga. Ramai beritahu, kalau nak beli buah mangga, kena cium bau mangga tu. Kalau baunya wangi maknanya buah itu manis. Ataupun kalau kulit buah itu nampak 'berkarat', maknanya ia manis.

Kjee memang tak pakar bau cium mencium atau nak detect berkarat ke tidak mangga tu. So Kjee ambil jalan mudah. Camner? Kjee beli buah yang paling mahal daripada banyak2 jenis buah mangga yang dipamerkan. Tetapi yang termahal ikut budget Kjee lah kan!

So tiga hari lepas masa pergi supermarket Jaya Grocer kat Mutiara Tropicana, Kjee ternampak mangga yang cantik sangat warnanya dan licin gebu. Tertulis di situ, Pakistan Manggoes. Hah Kjee memang pernah beli mangga Pakistan. Manis sangat2.






Begitulah teruja Kjee. Kjee pilih tiga biji yang besar sikit daripada penumbuk tangan Kjee. Harga sekilo lebih kurang RM12 ke RM14, Kjee tak pasti. Ada mangga lain kat situ lebih kurang RM6 sekilo. Hah yang Pakistan ni mahal, so mesti lah manis, Kjee bisik pada Nadia.

Tiga biji RM12. Ahh tak kesahlah sebab tekak ni teringin sangat nak makan Pulut Mangga Manis ala Thai. Dalam otak dah berkira2, beras pulut ada sekilo kat rumah.

So tengah hari tadi Kjee suruh Nadia tanak pulut dalam rice cooker. Petang tadi Kjee ke dapur dan keluarkan mangga dari fridge. Sebaik sahaja pegang mangga itu, hati Kjee mula berkata2. Mangga tu keras sangat! Isyhh beku ke sebab simpan dalam peti ais?

Kjee pun kupas kulit. Kjee hiris sikit dan betullah apa yang Kjee rasa! Masam yarabbbi!!! Masam macam mangga pauh atau mangga telor!!! 

Baeeekkk punyer kena tipu beli kat Jaya Grocer!!! Ingatkan supermarket mahal dan canggih cam itu tak buat customer macam ini!! 

Akhirnya Kjee keluarkan sambal colek Mak Bee dan makan mangga yang sepatutnya untuk makan dengan  pulut, tidak kesampaian! Sakitnya hati!!!! Hanya layak dimakan sebagai colek atau dibuat kerabu!!! Atau layak jadi habuan Cik Tong!!

Next time, don't judge a book by it's cover! Nak beli mangga manis kena cari di pasar malam. At least dia orang hiris sikit bagi kita rasa. Dan harganya dua kali lebih murah!!! 

Rasa cam nak baling jer dua biji lagi mangga tu kat muka manager Jaya Grocer!! Kesian customer lain yang mungkin juga tertipu kalau fikirkan mangga itu manis!!