DIMSUM (SIEW MAI) AIR TANGAN KJEE

klik link ini untuk cerita penuh

BUTTER CAKE YANG GEBU DAN RINGAN SANGAT

klik link ini untuk cerita penuh

Mi Kari Ala nyonya

klik link ini untuk cerita penuh

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Tuesday, January 13, 2015

CARA BETUL MINAH SALLEH BERSIHKAN OVEN



























"I've not realised I have been cleaning my oven the wrong way, all this time ... terjemahannya... Saya tidak perasan cara saya membersihkan oven saya selama ini adalah salah.."

Itu yang Kjee baca dalam newsfeed Kjee tempoh hari. Ramai jugak insan-insan yang share dalam FB. Justru, sampai ke pengetahuan Kjee.

Kjee bukan main excited lagi. Terus bukak dan tengok cara Minah Salleh tu buat. Ohhhh camtu ker? Isyhhh betul ke boleh berkilat kembali cam baru beli?

Oven Kjee dah berusia lebih 3 tahun. Jenama local jer. Buatan Malaysia. Tetapi Alhamdullilah sudah banyak menaburkan bakti. Keadaannya selepas 3 tahun amat menyedihkan. Kjee cuba gosok guna pelbagai krim yang kononnya ajaib tapi tak berapa nak ajaib you!

Akhirnya Kjee give up. Tunggulah nanti ada rezeki, aku terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada mu wahai oven. Tapi kenapa harus ku humban dalam lombong sedang ia masih berfungsi! Cuma wajahmu jer dah tak lawa. Kalau aku dah tak lawa lagi cam dulu, pastu laki aku nak humban sebab nak cari yang wajah berseri-seri, apa perasaan ku? Huhuhu.

Minggu lepas UnclePali kata oven itu mahu disimpan kembali dalam kotak dan susun nun tinggi atas rak dalam setor. Dia kata, since sekarang Kjee dah tak larat nak terima tempahan kuih, maka dia nak keluarkan oven two in one, jenama Noxxa by Amway. Oven itu jugak berfungsi sebagai Breadmaker.

Punyalah suka Kjee sebab kalau Noxxa dikeluarkan dan diletak di dapur, maka Kjee akan selalu dapat makan fresh home made bread. Tak payahlah nak beli lagi. Untuk pengetahuan semua, home made bread lagi sedap daripada yang beli. Halal toyibban.

Tapi, boleh ke percaya guna kaedah Minah Salleh tu bersihkan oven guna Baking Soda, Cuka dan air sahaja? Boleh berkilat kembali? Hmmm tak cuba maka kita tidak akan tahu.




Baking soda... soda bikarbonat


Cuka.. bukan niat nak iklan tau. hehehe



botol spray



First thing first. kena beli baking soda atau baking powder. UnclePali pergi ke Bagus dan beli 3 bekas plastik kecik dengan harga RM1 satu. Jugak cuka biasa 1 botol. Botol spray dah ada kat rumah.

Kjee jadikan 3 bekas kecik baking soda itu paste. Campur sikit jer air. Ia akan berbuih seketika. Jangan panik. Pastu, Kjee guna sarung tangan plastik dan sapukan ke seluruh kawasan dalam oven. Of course keluarkan dulu rak-rak dalam oven. Apabila dah puas hati setiap ruang kotor dalam oven sudah dibedak, biarkan semalaman. Minah Omputih tu kata sekurang-kurangnya 12 jam. Kjee buat sebelah malam sebelum tidur.

Esoknya, Kjee ambil sponge, basahkan dan lap semua baking soda yang telah berubah warna jadi dark brown. Lap punya lap, hmmmm masih tidak puas hati sebab ada lagi kekotoran yang degil.

UnclePali take over. Dia amik berus besi yang kita guna gosok pungkok kuali. Dia guna guna Krim Cif. Sebenarnya, tak perlu lagi guna krim Cif tapi berani ke nak tegur UnclePali?!! Masa tengah godek kasi bersih oven tu, UnclePali turut spray air campur cuka ke dalam oven tu sikit demi sedikit. Kalau sampai banjir nanti, tak boleh pulak nak hidupkan nanti. Betul tak.

Dalam masa 20 minit, oven Kjee dah cantik dah walaupun taklah serupa baru beli! Nak lawa cam yang baru beli, belilah jer yang baru. Faham!!! Hehehe.

Kata Minah Omputih tu lagi, lepas dah dikeringkan gunakan kain, pasang lah karan oven tu selama 10 hingga 20 minit supaya oven tu benar-benar kering. Tapi UnclePali tak buat. Dia kata kalau dibiarkan dalam setor, lama kelamaan akan kering sendiri. Kaedah kering cara Minah Omputih tu, kalau korang nak segera guna oven tu kot. Wallahualam.

Puasnya hati tengok oven yang hampir jadi mangsa lombong. Kecik jer belanjanya. RM3 baking soda dan RM1.30 cuka biasa.

Korang tak nak cuba ker?





Okaylah tu kan jika mahu dibandingkan wajah sebelumnya!

Tuesday, June 10, 2014

CARA MANDI KALAU SERING SAKIT KEPALA














Kjee nak share satu lagu petua yang Kjee anggap amat berkesan terutama sekali apabila musim panas sudah mula kembali.

Kjee ada satu masalah iaitu Kjee akan mengalami sakit kepala apabila musim panas. Bukan sakit kepala biasa tetapi ia bermula sebagai denyutan di belakang kepala, berhampiran belakang telinga.

Bagi Kjee ia tidaklah sakit tetapi cukup menganggu. Denyutan itu akan terjadi setiap 5 minit lepas tu berhenti. Mula-mula perlahan tetapi kemudian jadi agak kuat dan is very annoying. Boleh terkejut terkejut dibuatnya.

Ia dah berlaku sejak Kjee muda. Dan tiap kali Kjee jumpa doktor, dia akan beri painkiller dan kekadang ubat penenang. Tapi hanya seketika sahaja ok. Lepas tu mula balik. Ada orang kata heat stroke, sun stroke bagai.

Arwah bapak Nadia pernah bawak Kjee pergi ke satu kampung di Negeri Sembilan some 30 years ago. Kononnya ada Tok Moh kat situ boleh ubatkan. Kjee disuruh amik air dari lopak yang ditinggal oleh kerbau dalam sawah. Lopak selepas kerbau tu pijak tanah sawah tu.

Oleh kerana nak sangat baik maka Kjee sangguplah. Of course yang amik air tu arwah bapak Nadia. Tok Moh tu jampilah air tu dan suruh Kjee sapu bahagian sakit kat belakang kepala. Tempat yang sakit.

Ada baik? Hmmm sampai ke hari ini, 30 tahun dah berlalu dan Kjee masih ada penyakit yang sama walaupun taklah kerap. Hanya apabila tiba musim panas.

Dua hari lepas Kjee sakit kembali. Dah dua hari tak hujan kan? Denyutannya kali ini agak kuat dan menangis jugaklah Kjee menahan denyutan yang berlaku tiap 5 minit. UnclePali urut belakang kepala dan juga bahu untuk kurangkan ketegangan. Kjee makan panadol tapi tak berhasil.

And then pagi kelmarin baru Kjee teringat kaedah mandi yang diajar oleh kawan Kjee, mekap artis Nan Romeno many many years ago.

"Kau mandi dari kaki dulu. Sejukkan bahagian bawah badan. Lepas tu ke bahagian atas badan. Lepas betul-betul satu badan dah sejuk, baru kau basahkan kepala. Cubalah. Insya Allah." kata Nan Romeno.

Kjee hanya buat kalau Kjee sakit kepala. Dan apabila teringat pagi semalam, Kjee lakukan seperti yang disarankan Nan. Alhamdullilah sepanjang hari semalam dan pagi ini, Kjee dapat senyum.

Kjee tak tahu samada kaedah ini dipanggil petua. Tapi korang yang ada masalah selalu sakit kepala, cubalah. Mudah-mudahan diizinkan Allah swt. Ameen.



Agaknya sebab tu baby tak pernah sakit kepala. Sejukkan badan baru basahkan kepalanya. Hehehe




Wednesday, June 4, 2014

PETUA REBUS MEREBUS







Seperti surirumah lain, Kjee paling ngeri kalau nak rebus cili kering. Mesti habis melimpah-limpah air rebusan apabila sudah mendidih. Untuk elakkannya Kjee sanggup tunggu sebelah periuk. Sebaik sahaja mendidih, terus pelankan api. Tapi kekadang nasib kureng baik, melimpah jugak.

A few months ago, Kjee terserempak dengan petua ini. Nak kata petua, tak taulah sebab Kjee terserempak di newsfeed FB yang telah dikongsi orang. Petua tu dari obersea. Omputih panggil petua tu tips ker? Whatever.

Letak satu senduk kayu atas periuk (cam dalam gambar) masa nak merebus, kata tuan punya tips tu. Kjee pun buatlah walaupun dalam hati kurang percaya. Tetapi Kjee terkejut, masa merebus guna kaedah ini, air tidak melimpah walaupun air tu mendidih kuat!

Yang rosak hanya senduk kayu yang terbakar sikit akibat Kjee buka api terlalu besar. Kali kedua, ketiga, keempat dan seterusnya, Kjee bukak api medium jer.

Kjee tak pasti samada kaedah ini boleh digunakan untuk merebus bende lain selain cili kering. Korang cubalah nanti dan beritau mokcik yer. Hehehe.

Saturday, February 8, 2014

CENDAWAN GORENG ALA TEMPURA






Inilah rupanya cendawan goreng yang Kjee eksperimen buat ala-ala tempura. Cendawan ini diternak di Kampung Kemensah, belakang Zoo Negara. Dah lama Kjee dengar pasal ladang ternakan cendawan tiram ni. Nanti nak pergi lawatlah... Kjee pernah duduk kat Kampung Kemensah satu ketika dulu.

Cendawan ini pemberian kawan baik Kjee, Aleeza. Satu petang Kjee tengah zzzzz depan TV, tetiba UnclePali masuk dan kejutkan kata Leeza antar cendawan. Kjee suruh simpan dalam peti ais dan terus tidur. Tiga hari peket cendawan tu duk relaks dalam fridge.

And then malam tadi, sementara nak tunggu final Maharaja Lawak Mega, Kjee duk terfikir apa nak buat kunyah-kunyah... tetiba teringat cendawan tiram!! Harus digoreng ni!

Dulu Kjee ada adik angkat nama Shah. Dia ni pernah kerja di sebuah restoran Jepun. Kalau jumpa dia dan sembang-sembang, Kjee mesti ngecek mintak resipi Japanese Food. Antara yang Kjee tanya ialah cara buat tempura.

Kata Shah yang UnclePali panggil Sushi Shah, tak susah buat. Bahan-bahannya tepung dan air sejuk yang diletak ais. Pastu kacau sikit lebih kurang pastu celupkan cendawan dan goreng. Hmmm macam senang jer. Sebab Shah kata senang yang Kjee tak buat-buat sampai malam tadi.

Kjee masuk dapur dengan diikuti Nadia yang masih tak sihat. Dia tolong keluarkan cendawan dari fridge. Kemudian keluarkan tepung gandum dan air sejuk dalam fridge. Kjee keluarkan beberapa ketul ais dan rendam dalam air sejuk tu. Kjee ubah sikit resipi Shah dan keluarkan tepung beras. Agakanya kalau letak tepung beras mesti ranggup kan!

Sukatan yang Kjee guna ialah 1 cawan tepung gandum, 2 sudu tepung beras dan 1½ cawan air sejuk mengandungi ais. Campurkan tepung-tepung tadi dalam satu mangkuk, bubuh garam dan aji (kalau guna) ikut rasa, buat lubang di tengah-tengah dan curahkan air sejuk dengan ais sekali! Kacau guna garfu ala-ala manja gitu. Tapi payah adunan tu jadi licin. Asal gaul udah ler.

Sebelum tu Kjee dah panaskan minyak dalam kuali. Ambil satu cendawan dan celupkan dalam tepung dan gorenglah sampai keemas-emasan. Pastu letak atas tisu dapur untuk serap minyak. Makan dengan sos atau kalau dengan mayonaise pun chantekkk! Tapi kami makan begitu jer dah sedap.

Oh ya ini satu lagi tip yang korang kena amik perhatian. JANGAN sesekali cuci cendawan tiram! Cendawan tak perlu cuci sebab ia akan serap air dan menyebabkan hasil gorengan nanti lembik atau mushy!

Hanya perlu dibersihkan dengan kain bersih ehh mestilah kain bersih atau guna tisu dapur. Cendawan Tiram ditanam secara organik. Tiada guna tanah. Cukup sekadar bersihkan sikit lebih kurang dengan mengelap bahagian-bahagian yang nampak kurang bersih dengan kain atau tisu. Kjee tak lap sebab Kjee tengok semua cendawan itu kelihatan bersih.

Lain kali nak buat guna 100% tepung gandum. Pastu guna bahan-bahan seperti udang dan sayur-sayuran cam terung, kacang buncis dan bendi. Ala-ala tempura Jepun gitu.

Selamat mencuba. Hasilnya, cendawan goreng Kjee ranggup dan habis sekelip mata. Kalau korang rasa ada resipi lain, kongsilah!




Monday, August 26, 2013

PETUA HALAU NYAMUK DAN LALAT



























Dah lama Kjee dengar orang buat macam ni untuk 'halau' nyamuk dan lalat. Sejak beberapa hari lepas, Kjee mula rimas apabila ada seekor dua lalat yang asyik 'singgah' apabila makanan dihidang atas meja. Terus teringat petua cucukkan cengkih pada limau nipis.

Alhamdullilah semalam tetamu Kjee makan dengan tenang tanpa gangguan lalat. Sebelum Kjee letak atas meja makan, ada jugaklah seekor dua lalat berterbangan. Tetapi hairan bin ajaib, selepas letak limau dan cengkih ini terus tak ada lalat.

Khabarnya, ia jugak elok untuk menghalau nyamuk. Malam tadi Kjee letak pulak dalam bilik. Hmmm tidur nyenyak tanpa ada dendangan muzik di telinga.

Cara nak buat senang jer. Limau dipotong dua kemudian cucuklah cengkih seberapa banyak yang suka. Kalau dah kecut limau, buat lagilah yang baru. Lebih jimat dari beli penyembur nyamuk dan udara dalam rumah bebas dari kimia kan?

Gunalah kreativiti anda dan bubuh limau tu dalam bekas2 comel dan letak di  kawasan dalam rumah yang sering jadi tempat persinggahan lalat dan nyamuk. Selamat mencuba.

Friday, March 25, 2011

168. Petua Kecantikan


ehsan google

  Ini sebahagian daripada koleksi petua yang Kjee ambil daripada penyertaan Petua Orang Tua2 hari tu. Ada yang percaya dan ada juga yang tidak. Pepandailah korang. Yang suka ikut sila. Tiada paksaan, hanya untuk seronok2. Apapun, terima kasih semua kerana berkongsi petua. Petua yang tidak ada nama tu, adalah mereka yang guna status anonymous.

1. Arwah nenek mempunyai rambut yang lebat dan hitam walau usia hampir 80 tahun. Dulu tanya juga macam mana dia jaga rambut. Arwah just bagi tahu lepas makan cekodok @ goreng pisang @ sewaktu dengannya, minyak yng melekat pada tangan sapu pada rambut.. bila saya cakap itu petua tok ye.. Arwah bagitahu itu bukan petua tetapi amalan dia sejak dri anak dara. (HAIZA-KL)

2. Kalau nak cabut uban kat kepala, tak ada pencabut tu gunalah air kapur. Letak dekat ibu jari dan jari telunjuk..sekejap je uban tu tercabut.  (Basimah)

ehsan google
3. Petua nak kulit muka mulus - Sapu/lap dengan spender basah(sendiri punya)
Petua nak badan kurus -masukkan spender tadi dalam makanan yang anda masak...sure tak lalu makan. (Mulan Jameela)

4. petua kulit halus mulus dan ‘tuuut’ tak berbau...mandi sental dengan garam halus, buat cam lulur.  Lepas mandi memang rasa halus mulus seluruh badan.  Jimat duit tak payah pergi lulur kat spa.
‘Tuuut’ tak bau..daun sirih campur garam, ramas dalam air suam, buat cebok everytime ke toilet. Tak payah habis duit beli pencuci yang boleh keringkan ‘tuut’ tu. (suzi fauzi)

5. Penjagaan payu dara
Sapukan beberapa helai daun sirih dengan minyak kelapa. Salai menggunakan api lilin dan tekapkan ke payu
dara. Biarkan sehingga kering. ATAU sapu dan ratakan putih telur di sekeliling buah dada. Biarkan kering dengan sendirinya. Buat pada waktu sebelah malam. Bersihkan seperti biasa dan lihat perubahannya.

6. Memiliki Payudara Cantik
Ramas beberapa helai daun turi dan ambil airnya. Sapu pada buah dada setiap kali mandi atau cara paling mudah dah berkesan ambil air yang baru keluar dari paip, kemudian usapkan ke payudara dari bawah ke atas disertai dengan bacaan selawat. Anda akan merasai perubahannya.

7. Menegangkan Payudara
Sapu minyak zaitun pada daun sirih dan layurkan pada api yang sederhana. Bila panas, tekapkan pada payudara selama beberapa minit. (macam kita tuam 'bird' bayi lelaki) Buat tiga kali seminggu.

8. petua ni dari arwah ayah saya,dulu masa saya budak2 kalau bagun tido je,terus tadah tangan serprti kita nak minta doa,angkat tangan tu terus sapu kemuka kita dgn cara dari dagu ke atas se bayak 3x seluruh muka kita sambil berselawat,utk awet muda hasil nya saya berumur 45 thn n still nampak muda lg,,,cubalah

ehsan ggogle
9. Petua cantikkan kulit muka.
Petua ni arwah nenek turunkan pada mak dan mak turunkan pada saya. Masa duduk kat kampung,  kecik2 dulu, mak ada bela ayam dan mak ada sediakan tempat khas untuk  ayam bertelur jadi taklah kotor telur2 tu. Petua nyer, kalau ayam tu dah bertelur, mak suruh ambil telur ayam yang baru tu dan masih terasa panas golek2 kan telur tu kat muka sambil selawat. Insyallah kulit akan cantik mak cakap. Saya dengan kakak rajin buat sejak kecik lagi. Tapi sekarang mak dah tak bela ayam lagi. Tapi kulit muka saya dengan kakak saya memang berbeza dengan adik2 lain bersih jer. Lagipun, mase adik2 membesar mak dah tak de bela ayam lagi. hehe.. (surieya sweet)



Wednesday, March 23, 2011

159. Petua Untuk Anak2

Sejak Kjee tulis entry pasal petua, barulah kita semua sedar betapa orang Melayu memang kaya dengan petua. Malah, nenek moyang kita memang menjalani hidup berlandaskan petua2. Sayangnya, semakin lama semakin pupus semua petua warisan nenek moyang.

Orang sekarang memang tak berapa suka meneruskan budaya petua ini. Anak2 muda sekarang kata terlalu susah kalau hidup dikongkong oleh petua. Tetapi kalau dah terkena atau tersepit, tahu pulak menanya ibu dan nenek di kampung.

Moden macam mana pun, kita harus ambil ikhtibar daripada segala apa yang menjadi ikutan keturunan kita. Apa yang nenek moyang kita lakukan, bersebab. Dan dengan mengamalkan petua yang diturunkan oleh generasi sebelum mereka, hidup mereka selamat.

Dibawah ini Kjee senaraikan petua2 yang telah disumbangkan oleh kengkawan kita, apabila Kjee meminta penyertaan untuk entry Petua orang Tua2. Kjee akan bahagikan beberapa siri.

Siri pertama Kjee senaraikan petua yang boleh diamalkan untuk mereka yang mempunyai anak2.  Kjee siarkan dalam bentuk asal. Kjee hanya ubah perkataan yang menggunakan singkatan.

PETUA2 UNTUK ANAK2

1.  petua budak kencing malam: ambil labah2 yang mati meragan kat sarangnya dan
masukkan ke dalam pusat anak yg selalu kencing malam.(Azlinda)

2.  saya pun ada petua juga dah buat menjadi.  petua orang dulu2 mak yang buat untuk cucunya..kalau ada anak2 yg suka kencing malam, ambil tilam yang anak tidor tu surrh dia junjung keliling kampong pada waktu tengh malam...memandangkan duduk rumah taman mak bawa cucu dia pusing blok ajela...alhamdulillah anak adik tu tk kencing mlm dah....fatimah hanim

3.  kalau nak anak tido nyenyak dalam buai...sebelum masuk buai wat kali pertama..masukkan dulu lesung batu atau batu berat....
jadi anak akan tetap tidur lena...cam batu tu...duk berenjut je kan..hehhee...ena


4.  tak tau la ini dipanggil petua atau apa ntah. ada sorang hamba Allah botakkan kepala anaknya 44 kali.  asal tumbuh je dicukur abis rambut anak perempuannya tu. katanya ini adalah petua orang dulu2 untuk jadikan anak itu seorang yg bijak pandai. ye ke? wallahualam. Eqin khadijah

5.  kata seorang ustaz celupkan/sentuhkan jari telunjuk kanan pada madu dan berselawat 3 kali.  biarkan jari bermadu itu dihisap bayi. kelak bayi itu tidak degil, mendengar kata dan amat kasihkan kita. Insya-Allah – anonymous

6.  petua dari mak kalau basuh kain lampin, baju baby atau keperluan baby yang lain jangan disidai di luar waktu malam dan hari berangin nanti baby tu kembong. bawa jerlah kain baju tu sidai kat dalam rumah jer. – norhaniza

7.  petua dr atuk kita utk budak kencing malam.. yg nie utk budak 5 thn ke atas..
Baringkan anak dan angkatkan kaki anak ke atas sehingga punggung pun terangkat sekali..Pastu sambil angkat tue kita kena cakap ' bah siang kemarau malam' ckp lah 3 kali..insyaalah mujarab hehehe..farrah

8.  ni petua mak mertua saya kalau anak sedu...koyak kertas putih besar ibu jari, basahkan dgn air liur sambil tu baca "ku keredas kerakap dari jawa, hilang kau sedu, timbul kau nyawa"...hafizah

9.  petua nih mak saya selalu amalkan kat rumah...ni terutama klu ada antara ahli keluarga jatuh ker pastu kesan jatuh tu tinggalkan kesan lebam @ bengkak....campurkan asam jawa, garam dengan sedikit air. Sapukan ke tempat yang benjol atau bengkak. Dalam masa beberapa minit bengkak akan menjadi susut.- ismaliana

10.  Kalau anak2 kecil buang2 air yang kerap. Rendam serbuk teh dgn sedikit air panas tuk hasilkan teh yg kelat. bagi ada anak2. Teh yg kelat boleh bertindak memberhentikan cirit birit. Kat kg harapkan klinik kerajaan (kalau dah lewat mlm) jadi ini ikhtiar pertama dilakukan sementara dapatkan rawatan susulan di klinik.Mak selalu lakukan pada adik2 dulu. Kini saya lakukan untuk anak2 saya lak. alhamdullilah ada kebenaran apa yg mak ikhtiarkan dulu..haiza kl.

Terima Kasih atas sumbangan petua2 diatas. Mudah2an ramai yang akan mempraktikkannya.



Monday, March 14, 2011

133. pesan orang tua - ADA HADIAH UNTUK PETUA TERBAIK!!

petua elak rumah kena pukau
Betul ke tekaan kjee yang perkataan Petua maknanya Pesan Orang Tua2? Mungkin kot. selama ini belum pernah ada cerita samada perkataan petua itu singkatan atau tidak. apapun, memang seronoklah apabila bercerita pasal petua.

kjee ni memang suka sangat kalau ada orang bercerita atau mahu bagi petua. Malah kjee pernah follow petua2 dalam majalah2 omputih baik dalam negeri mahupun dari luar. omputih panggil petua Tips. orang cina, india dan lain2 bangsa juga semua ada petua masing2.

belum ada lagi usaha daripada sesiapa untuk menghimpun petua2 pelbagai bangsa dalam sebuah buku. kalau ada pasti menarik kan?

oleh kerana kjee pun dah tergolong dalam senarai manusia tua, kjee sebenar tak bolehlah kata petua orang tua2. sepatutnya kjee kata petua mereka seusia denganku. hehehe

orang melayu memang ada banyak petua. kat dapur lain petua, kat bilik lain petua, kat bilik kecik lain petuanya. memang banyak dan renyah sekali kalau kita nak ikutkan semua petua mereka. kekadang petuanya meleret2 jadi pantang larang. sebab itulah anak2 muda sekarang tidak berapa gemar nak teruskan amalan berpetua ini.

selalunya bila kita cerita pasal petua, dailog klise yang akan keluar ialah...:ini petua mak aku atau ini petua nenek aku.." tapi yang dah tua cam kjee ini sekarang boleh dengan bangganya kata :"hah kau ikut lah apa yang aku cakap ni. ini petua aku!".

sayang sekali masa arwah mak masih hidup, kjee ambil sambil lewa saja petua2 yang sering diberi beliau. masuk telinga kiri keluar telinga kanan. kjee cuba dari masa ke semasa mengingat kembali semua petua2 yang berguna ini, baik dari mana kjee kutip, untuk dikongsi bersama2.

sebagai permulaan, di bawah ini kjee senaraikan beberapa petua yang boleh diikuti. tak ada paksaan.

ARWAH EMAK SELALU KATA:

kahwin boleh buat moden. gambar hiasan
UNTUK ANAK-ANAK:

1.  Kalau kau nak kahwin secara moden, mak tak kisah. Tapi kalau beranak nanti, kau mesti ikut cara lama. cara bertungku, bertangas, berurut dan paling penting makan jamu.

2. Anak2 kecik kalau kuat merengek maknanya ibu dan ayahnya akan menghadapi masalah. so untuk tidak pastikan anak2 kuat merengek berlarutan, sebaik sahaja anak menangis, cepat2 cekup dia dan pujuk sambil tekup dia dekat pada dada. apabila senja, anak2 kecil harus didukung dan jangan biarkan dia tidur atau bersendirian.

3.  Jangan sesekali makan makanan lebihan anak. anak boleh makan makanan lebihan kita. ini untuk mengelak kita menurut sahaja kehendak anak.

PETUA DI DAPUR

1. Kalau mata terkena cili ketika menumbuk sambal, ada orang cepat2 ambil garam dan kemam. mak kjee pulak kata kalau mata kiri terkena cili, cepat2 cuci ibu jari kaki kanan. begitu jugak sebaliknya.

2. kalau lauk yang kita masak terlalu masin, ambil senduk, kacau lauk itu dan cepat2 cuci senduk bawah air paip. ulang cara itu sehingga lauk itu menjadi kurang masin.

3.  nak elak semut masuk gula, campakkan lima enam biji cengih ke dalam bekas gula.

4. kalau kita makan terlalu banyak dan terasa kenyang hingga sesak nafas, ambil senduk, selawat dan 'kaup pada perut seakan mengaup nasi' dan kononnya buang jauh2. buatlah banyak2 kali sehingga rasa lebih selesa.

5. kalau nak elakkan terkena pukau, ambil anak lesung. anaknya diletakkan di lantai dan ibunya ditelangkupkan diatasnya (lihat gambar atas). begitu jugak dengan penyapu bulu. bahagian 'kepalanya' sentiasa disandarkan dibelakang pintu dengan kayunya dibawah. ada juga kata pelihara ikan puyu di rumah.

6. macam mana nak tanggal chewing gum dari baju? senang jer. ambil seketul ais dan sapukan pada chewing gum hingga menjadi keras. kemudian tanggalkan chewing gum itu.

7. gunting tumpul? rajin2lah gunting lalang sekeliling rumah. selain laman jadi bersih, gunting pun jadi tajam.

PETUA DALAM BILIK

1. Seorang anak dara jangan sesekali masuk dan duduk di katil orang yang sudah kahwin kecuali katil ibu dan ayahnya. kjee tak ingat kenapa tapi itulah pesan arwah mak dulu.

2. Jangan sesekali duduk atas bantal. kononnya akan tumbuh bisul.

3. jangan suka menyabung iaitu meniarap sambil kedua belah kaki dilipatkan ke punggung. kononnya ini akan mengundang kematian ayah dan ibu.
jangan sesekali makan makanan lebihan anak - foto googgle

ini baru 13. kjee yakin korang senang aje nak senaraikan 10 petua yang pernah korang dengar. senaraikan dan simpan. satu hari nanti ia akan jadi rujukan berharga kepada anak2. dan mungkin korang boleh kongsi2 dengan kjee.

tapi kita hanya boleh ikut jer petua ini. jangan percaya sangat sampai jadi syirik. untuk seronok2 jer. kalau kjee ada lagi petua, lain kali kjee senaraikan lagi yer.







ADA HADIAH MENANTI MEREKA YANG DAPAT MEMBERIKAN PETUA TERBAIK. SEANDAIANYA MENGGUNAKAN STATUS ANONYMOUS, SILIA BUBUH NAMA DIHUJUNG PETUA ANDA. TERIMA KASIH