Thursday, 3 September 2026

Going Back Johor with Daktiga.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

So, kita tak perlulah tunggu orang ngajak la ek? kemas dan bersiap ayuh kita.

Yang cuti seminggu, Dia.

Yang cuti sekolah, Daktiga.

Yang mengira cuti, kita.

Jomlah siap dan berangkat, minyak kereta dan touch and go juga siap diisi oleh dia secara paksa rela. 

"bila nak gerak?" tanya tuan asben pagi Isnin, 31 Ogos.

"saya siap mandi, kita gerak" sambil lap table top dapur menunggu mesin cuci habis operasi. Daktiga sedang bersiap, tuan asben sudah pun bersiap. Gitulaaakan, emak bangun awal, emak paling lambat. Menyelesaikan rumah lebih dahulu dengan perasaan berbaur. Bukan tidak biasa. Lepak mamak dulu, mengisi perut dan bersalaman dengan tuan asben pabila selesai makan.

"abi nak isi minyak dulu, umie terus gerak jumpa di Kg. Bemban. Kamera had laju tu alert sikit" pesanannya hanya masuk telinga kiri keluar telinga kanan, hatiii memberontak. Kita berpisah, tuan asben akan eskot sampai Kg. Bemban dengan motorbike dan kita memandu Alza dengan daktiga.

Kita yang tidak makan, kita breakfast lebih awal dari dorang berempat ni.

Perjalanan biasa ja, cuma mengantuknya terpaling luar biasa. Baru nak tekan 140km/j tuan asben kejar dok kat depan dengan isyarat suruh dok line kiri, hrmmm. Terasa lama nak sampai Kg. Bemban tapi kata Arrizqi, as co-pilot.

"umie da laju daripada sebelum ni." hang tunggu satgi, lepas Kg. Bemban kita tekan, eheh~

Tengah karok sambil kunyah kulit ayam crispy tetiba tergigit something hard in my mouth, huh~ my tampalan gigi tercabut after a year tampal gigi tu, halaaa dah berlubang balik semula, jadinya tak selesa. Plan B, ikut tuan asben balik Melaka buat gigi dulu, baru balik Johor. Ok cun.

Acaner nak tekan 140km/j Nyah??? kena eskot keliling 😆

Sampailah rnr Kg. Bemban, jumpa tuan asben lagi dan mengadu hal gigi. Tidak lepas ye, untuk bermalam di Melaka. Di suruh kita terus balik Bdr. Tenggara (BT). Ok fine. Sudah terang lagi bersuluh all is do itself. Baiklah, sambung perjalanan keluar tol Kulaijaya, eh menyinggah pula Lotus selepas tol tu ye, ini ambil kesempatan terus namanya, alang-alang. Jalan-jalan sambil melancarkan peredaran darah tapau rerotis barulah ke rumah tokmamapapa.

Alhamdulillah, selamat sampai BT jam lebih kurang 3pm. Lambat? okey je, jalan tidak jem melekat.

Menyambung misi mencari klinik pergigian. Misi diteruskan sampai ke malam dan esok paginya, bersambung............

Sekian kisah Hari Kemerdekaan, 31.08.2026. Selamat Hari Kemerdekaan 69 uols. 

 - الْØ­َÙ…ْدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ عَÙ„َÙ‰ ÙƒُÙ„ِّ Ø­َالٍ 
All praises are for Allah in every condition.