Showing posts with label tart. Show all posts
Showing posts with label tart. Show all posts

Thursday, September 23

tart cheese


mai cuci mata dgn gambar2 tart cheese♥️
tempahan hari ahad lepas
Alhamdulillah 
ex ank murid nk mkn2
inti campur2 4 perisa
bluebery, strawbery, coklat dan lotus spread



   sekotak ni muat 25 pcs. Saiz 4.5 cm.♥️
tart yg sederhana moncit., 😁
kalau betul2 moncit pun ada jga. 









Tuesday, April 7

tart cheese Strawbery





assalamualaikum

salam 14 syaaban....selamat berpuasa pd yg berpuasa

 dan slmt pg semua.....alhamdulillah

masih STAY ST HOME ye, jgan rayau2 hokeyy

πŸ’ͺ😊

pantas masa berlalu sedar x sedar hampr 3 minggu stay at home

rinduuu pd anak2 jagaan di taska , rinduu pd rakan2 kerjaπŸ˜”



semalm  kawan @jiran dekat2 wassap nk order cheese tart strawbery

anak daranya nak mkn katanya, alhamdulillah memang tak tolak 😊 stok barang2 baking 

masih pun ada, cheese dan yg penting  jem srtawbery

akak masih setia dgn resepi tart ni walaupun dah try mcm2 resepi  dan ada jga ambik kelas  resepi PJJ 

tp tart cheese kak AZLITA memang terbaekkk



TART CHEESE

bahan bahan tart shell

170 marjerin @butter

50 gm gula halus

1 biji telur B

esen vanila

290 gm tepung gandum 


marjern gula di kacau sebati dgn senduk shj

mskkan telur dan esen

akhir tepung sedikit2 ya hingga dpt doh 


inti cheese

250 gm cream cheese tatura

50 gm gula aising

1 biji telur c

2 sudu whipping cream (tambahan)

#pukul hingga berkrim semua diatasπŸ‘†

dan boleh paipkan dlm crust tart shell

πŸ˜‰πŸ˜‰

Tuesday, May 26

tart cheese coklat



assalamualaikum

kerinduaan sentiasa mengamit utk kesini .....
walau tak punya waktu yg panjang
alhamdulillah
niat terlaksana..jua. 




kalau dulu disnilah tempat curahan perasaan....tak kira gembira suka duka.
Rasa puas dpt coretkan dapat ceritakan dapat kongsikan liku2 ranjau kehidupan.
sesuatu kongsikan....dan paling utama disnilah belajar apa jua , ilmu masakan pengetahuan tentang kehidupan. sangat2 bermakna dpt mendengar pandangan .takkiralah positif atau negatif. Yang jauh dimata yg tak pernah bersua muka
semunya disni..
terima kasih semua

perkongsian tanpa sekatan.
Alhamdulillah...

percubaan pertama menghasilkan tart cheese coklat ini juga lahir dari perkongsian dunia blogging
terima kasih kerana membibitkan keinginan utk mencuba jg.

TERIMA KASIH Rahel


walau tak secantik dan seenak airtangan  Rahel
utk resepi sila ke Blog Rahel ya.

Salam  semua.semoga ada kesempatan lagi utk bertemua


Tuesday, February 18

RV cheese tart & kiwi cheese tart



assalamualaikum

alhamdulillah syukur padaNya masih diberi kesempatan ini
kesempatan utk meneruskan hari2 berikutnya

terima kasih tak terhingga jg pada kawan2 yg ucapkan slmt hari ulangtahun perkahwinan kami. alhamdulillah semoga
Doa2 dari semua menguatkan lg kasihsayang yg terbina.


 cerita
Perihal semalam sehari suntuk ngadap cheese tart versi red velvet berintikan blueberry dan jg kiwi.
tak terasa penat bila ank dara yg order tu cakap sedap
cehhh perasan kejap he hee
Kusyuk wat keja camni sebenarnya terasa kepuasannya.


Utk itu ucapan terima kasih tak terhingga pada sariyusa.blogspot.com yg sudi share resepi tart ni di blognya. Perkongsian yg sangat bermanfaat dan satu pembaharuan jg dgn shell red velvet ni
kan. Lain dari sebelah ni. Okeyyy akak cp resepi disini sbgai rujukan ye. tqqq

RESEPI RED VELVET CHEESE TART

Bahan Crust :

170 gm margerin (SK guna Buttercup Margerin - tin kuning)
3 sudu besar gula icing
1 biji telur (B)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka kurma
2 sudu besar serbuk coklat
2 sudu besar pewarna merah (cecair)
@ boleh ganti dengan 1 sudu kecil rata pewarna merah red velvet (serbuk)
270 - 290 gm tepung gandum (Cap Sauh)

Cara-caranya :
  1. Pukul margerin dan gula icing dalam mangkuk besar menggunakan senduk kayu. Pukul sekejap sahaja.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla.. pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan cuka kurma, pukul sebati.
  4. Masukkan pewarna merah, pukul lagi.
  5. Masukkan serbuk coklat.. pukul lagi (lama-lama menangis adunan awak asyik kena pukul.. huhu)
  6. Akhir sekali, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh yang tak melekat di tangan dan di mangkuk. *berhenti letak tepung jika dah jadi doh.
  7. Simpan 15 - 20 minit dalam peti sejuk.
  8. Keluarkan dari peti. Ambil sedikit doh, masukkan dan tekan sekeliling dalam acuan tart mengikut ketebalan yang sesuai. Nak senang beli mesin tekan dengan SK ya.. hihi.
  9. Panaskan oven 10 minit sebelum dibakar pada suhu 170 darjah selsius selama 20 - 25 minit.
*Disebabkan adunan berwarna gelap, selepas 20 minit, keluarkan satu crust dan cuba terbalikkan. Jika crust tidak jatuh sendiri bermakna crust belum cukup masak. tambah 5 minit lagi.

Bahan Krim :

250 gram cream cheese (Philadelphia)
2 1/2 sudu besar gula kastor
1 biji telur (B)
1/2 sudu teh esen vanilla atau jus lemon atau esen lemon

Jem : Strawberry Filling (Masukkan ke dalam piping bag)

Cara-caranya :
  1. Pukul cream cheese dan gula kastor hingga lembut menggunakan mesin mixer.
  2. Masukkan telur dan esen, pukul lagi hingga sebati dan lembut.
  3. Masukkan ke dalam piping bag.
Cara Menyediakan RV Cheese Tart.
  1. Susun semua crust dalam tray pembakar.
  2. Picitkan strawberry filling 1/3 mangkuk crust.
  3. Picitkan pula adunan krim sehingga ke tebing mangkuk crust.
  4. Ambil sedikit crust, pecahkan dan taburkan di atas krim.
  5. Bakar selama 10 minit sahaja pada suhu 170 darjah selsius.
  6. Biarkan sejuk sebelum di simpan dalam bekas. Simpan dalam peti sejuk untuk ketahanan yang lebih lama.
*Jangan putar cream cheese pada suhu bilik. Putar 10 - 15 minit selepas dikeluarkan dari peti sejuk.


Monday, October 28

tart telur mabelesss


assalamualaikum

pagi tadi ada tgk MHI,pengacaranya beritahu dari sumber nya lah bulan yg ada "BER" adalah bulan musim hujan @ musim tengkujuh. maknanya oktoBER, novemBER dan disemBER lah kan emm betul gak tu kan. 
Sekarang tgk kat TV sebelah PP,Pahang sudah dilanda banjir. Risau jugak kot2 umah kat kampung kena banjir mcm  tahun2 sudah.  Kesian kat makayah , harap2 tidaklah tahun ni . Bukanlah nak menidakkan ketentuanNya pulak.
Petang tadi pun kat KLhujan turun dengan lebat kan, siap dgn dentuman petir. 
Boleh dikatakan setiap hari hujan kalau tak pagi,petang, malam kan.


ok cerita pasal hujan petang2 ni biasalah kan pakat lapo je he hee
Sb tu kita pun tayang le menu makan2 ye tak.
Tart telur firstime try buat beberapa hari sudah. Dah letak kat fb pun he hee

resepi skodeng di blog resipicitarasawan. boleh kesana utk resepinya ye




Saturday, August 24

blueberry cheese tart

 assalamualaikum

salam hari minggu. mesti jem jalan2 di luar sana hari ni kan. semua keluar utk ke majlis2 rumah terbuka.
Biasa dah bila musim raya ni.
Sekolah2 kat sini semua sekolah berganti , ganti cuti raya hari tu so nampaknya nak keluar jalan kena waktu petang.


macam2 duk makan lepas raya ni  kan hu huuu 
tak makan mcmna pulak tu dah ada terhidang dpn mata he hee lgpun namanya majlis makan2 ye tak
ok cheese tart ni buat atas permintaan. ikutkan malas gak
mula2 buatkan utk sorang pastu bila nampak pulak dek cikgu sorang ni terus order lagi. wat kecik2 je senang nak ngap.


resepi kita cp dari blog  ovenkecil.blogspot.com/2011/10/blueberry-cheese-tart.html   TQQQQQ naz
                                                           

                                                  PASTRY/ TART SHELL/ CRUST

Bahan-bahan :
  • 170 gm majerin
  • 50 gm gula icing
  • 1 biji telur gred C
  • 1 sudu teh asen vanilla
  • 290 gm tepung gandum
Cara-cara :
  1. Pukul majerin dan gula dengan senduk kayu (Naz guna balloon whisker). Jangan lama sangat.
  2. Masukkan telur dan asen vanilla. Pukul lagi.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart. Kemaskan doh di dalam acuan tart dan potong lebihan doh dengan pisau di bahagian tepi-tepi acuan tart(petty tin). Cucuk dasar doh dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170C sehingga masak (Naz bakar selama 15 minit sehingga doh bertukar menjadi warna perang menggunakan api atas dan bawah).
  6. Sejukkan sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara sekiranya tidak digunakan terus.
Nota :
Jika menggunakan telur gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi terlalu keras.

(b) CREAM CHEESE FILLING




Bahan-bahan : 
  • 250 gm cream cheese
  • 50 gm gula kastor
  • 1 biji telur saiz B
  • 1/2 sudu teh asen vanilla/ asen lemon

Cara-cara :
  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang atau pancitkan (jika menggunakan piping bag) cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170 C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Thursday, April 4

tart coklat rice

 assalamualaikum
lip lap lip lap dah pun hari khamis, cepatnya kan masa berlalu
alhamdulillah syukur padaNya diatas segala kenikmatan 
hari ini.
Disebalik cerita2 duka yg melanda akan dtg jg berita yg mengembirakan...

okeyyy hari nak masukkan entry tart org malas ni. he heee 
tp yg penting sgt laku tau...ala 50 sen je.
suka suki shaja.
 Resepi tart shell dah cuba macam2 juga tp yg paling terbaik setakat ini adalah resepi Azita Zain.


PASTRY/ TART SHELL/ CRUST

Bahan-bahan :
  • 170 gm majerin
  • 50 gm gula icing
  • 1 biji telur gred C
  • 1 sudu teh asen vanilla
  • 290 gm tepung gandum

Cara-cara :
  1. Pukul majerin dan gula dengan senduk kayu (Naz guna balloon whisker). Jangan lama sangat.
  2. Masukkan telur dan asen vanilla. Pukul lagi.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart. Kemaskan doh di dalam acuan tart dan potong lebihan doh dengan pisau di bahagian tepi-tepi acuan tart(petty tin). Cucuk dasar doh dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170C sehingga masak (Naz bakar selama 15 minit sehingga doh bertukar menjadi warna perang menggunakan api atas dan bawah).
  6. Sejukkan sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara sekiranya tidak digunakan terus.



  • BAHAN2 KRIM PASTRY:-
  • 300 ml susu segar
  • 3 biji kuning telur
  • 50 g gula halus
  • 20 g tepung gandum*
  • 20 g tepung jagung*(*disatukan dan diayak)
  • 1 camca teh esen vanilla dan 2 camca besar mentega atau marjerin

UNTUK KRIM PASTRY:- Panaskan susu hingga menjadi suam. Matikan api. Dalam satu bekas, satukan kuning telur, gula dan tepung yg telah diayak. Kacau menggunakan wisk hingga berkrim. Tuang susu suam sedikit2 sambil terus mengacau hingga susu habis dituang. Tenggekkan bekas berisi adunan tadi atas air mendidih dan terus mengacau hingga adunan berubah menjadi pekat dan licin. Matikan api dan masukkan esen vanila dan mentega atau marjerin. Kacau hingga sebati. Alihkan ke dalam bekas yg bertutup dan tutup rapat.

Thursday, October 4

cheese tart inti bluebery akhirnya depan mata

assalamualaikum

Sebelum tayangan gambar2 masa balik kg minggu lepas, nak tayang dulu Cheese tart blueberry yg sgt2 yummy ni..emmm memang rasa syok sgt menyuap ke mulut kalu tak sedar rasanya habis dah semuanya he he haiyaa bertambah-tambahlah gemuklah badan ni. bila masanya nak kurus2 ni.... entahlah .nak diet jgn haraplah kan , nak jogging lagilah...akhirnya terima hakikat diri seadanya kan kan...he he
pertama kali cuba ni tentulah byk kekurangan kan, terutama dari segi rupa parasnya tu..tp rasanya bg empunya yg buat ha ha sedappp je. Lemak2 cheese tu dan shellnya pun sedap ranggup.
alkisahnya buat cheese tart ni bila sgt2 terdesak dah, terpaksa buat bila tarihk akhir cream cheese akan berakhir lg seminggu hu hu seb baik terbuka hati nak tgk rupa-rupanya cream cheese daku ni sikit lg rupanya kalu idak dah membazir kan bila cendawan keluar.
 ada pulak anak dara sorang ni yg tak sabar2 nak tgk hasilnya dan bila siap je sibuk pulak ofer nak bergambar sekali he he

ok resepinya di  c/p dari blog yg sangat2 suka melawat utk melihat kek-keknya yg cantik2.Rahel sangat berseni tangannya tu... http://rahelblog-rahel.blogspot.com  TQQQ Rahel


Blueberry Cheese Tart
Sumber:Buku Resepi Tat & Brownies
sumber:Rahel

Bahan untuk kulit tat:
500g tepung gandum
250g mentega sederhana lembut
120g gula aising
2 biji kuning telur
2 sudu teh esen vanila
2 sudu teh air sejuk

Cara:
1.Satukan tepung gandum dan gula aising.
2.Campurkan mentega dan digaul sehingga menjadi serbuk yang kasar.
3.Masukkan esen vanila,kuning telur dan air sejuk.Uli menjadi doh lembut.Rehatkan doh
   selama 15 minit.
4.Canai dan terap doh ke dalam acuan tat.Bakar dalam ketuhar selama 20-25 minit pada
   suhu 170'C.
5.Keluarkan dari ketuhar dan ketepikan.

Inti Keju
500g keju krim
120g gula halus
50g mentega
2 biji telur
Blueberry fruit filling secukupnya/Blueberry pie filling

Cara:

1.Masukkan blueberry fruit filling ke dalam bag piping.Kemudian paipkan sedikit ke dalam
   kulit tadi.Ketepikan.
2.Pukul keju krim,mentega dan gula halus hingga kembang dan lembut.
3.Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
4.Kemudian masukkan ke dalam bag piping dan paipkan ke dalam kulit tat tadi.
   Kemudian dot2kan blueberry fruit filling di atasnya sebagai hiasan.
5.Bakar lagi selama 15 minit pada suhu 180'C.



Tuesday, September 25

tart fruit again

ASSALAMUALAIKUM

salam sejahtera buat semua yg sudi berkunjung ke sini. Terima kasih jg yg sudi komen...sayang semua muahhhhhh
hari ke 2 ank2 tahun 6 menghadapi PSRA....semoga anak2 dpt dpt mejawab soalan2 dg baik ye.

nak mulakan dgn apa ye...sgt ketandusan kata2
apa kata layan je lah gambar2ya he he tart fruit  yg entah kali keberapa cuba..cuma skrg buat utk tambah pendapatan sampingan. Alhamdulillah rezeki kan..jadi kesukaan anak2 jg.
sedap sungguh kalu dpt layan tart ni kan

resepi sebelum ni dah ada letak rujukan blog  http://www.tiffinbiru.com/2011/12/ yg sgt dikagumi kerna kreatif dan kerajinannya memasak berbagai menu. tq ye en Mat


JUMPA LAGI ....INSYAALLAH...

Friday, June 1

tart fruit



assalamualaikum

salam hari jumaat hari pertama bulan june
 June ni istimewa untuk familyku...hari kelahiran 3 kami adik beradik, anniversary makayah , anniversary kakak yg duk Taiping dan kebanyakan anak2 buah yg lepas2 semuanya pilih June untuk nikah kawen he he so ramai yg sambut anniversary june ini. Kalau kumpul2 kena banyak kek terhidang sb semuanya nak celebrate. Special tentulah mak ayah yg ulangtahun ke 50 tahun ni bersamaan juga tarihk kelahiran ku anak ke 5 nya he he senang nak ingatkan


ok apapun layan tart fruit yg sedap ni,  fruit tart yg diletak buah peach dlm tin dan buah dragon hentam je sb buah ni je yg ada dlm peti ais sb x leh celoteh panjang lagi kena gerak ke Melaka utk majlis kawen anak sedara lg sorang yg jg pilih June he h

ok jumpa lgi

Sunday, February 19

tart buah strawbery & buah peach je

assalamualaikum
selamat malam semua

lama dah teringin nak bikin tart ni tp kan belum sampai seru kot he he tapi hari sabtu lepas memang kena buat juga akhirnya...meh layan tart yg org baru belajar ni ye. taklah lawa cuma rasanya boleh tahan sedap bg tekak sendiri he he


yg ada cuma buah trawbery dan peach dlm tin ni je...bolehlah kan tp lagi best kalu letak buah anggur ye tak. takper lainkali kena sediakan anggur sekali...



resepi tart ini daku c/p dari myresepi http://www.myresipi.com/top/detail/1371
oleh Mat Gebu
TERIMA KASIH BANYAK2

Bahan-bahan

  • BAHAN2 PASTRY:-
  • 113 g mentega
  • 75 g gula halus
  • 1 biji telur Gred A + 1 kuning telur
  • 250 g tepung halus (tepung gandum pun ok)
  • BAHAN2 KRIM PASTRY:-
  • 300 ml susu segar
  • 3 biji kuning telur
  • 50 g gula halus
  • 20 g tepung gandum*
  • 20 g tepung jagung*(*disatukan dan diayak)
  • 1 camca teh esen vanilla dan 2 camca besar mentega atau marjerin
  • BAHAN2 LAIN:-
  • Coklat cair secukupnya
  • Buah2an segar (ikut kegemaran masing2)

Cara-cara

  1. UNTUK PASTRY:- Dalam satu bekas, satukan mentega dan gula. Kacau menggunakan wisk hingga gula hancur. Masukkan telur dan terus mengacau hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diadun menggunakan spatula hingga adunan menjadi doh yg lembut. Bungkus dgn plastik dan dinginkan dalam peti sejuk 2 jam. 
  2. UNTUK KRIM PASTRY:- Panaskan susu hingga menjadi suam. Matikan api. Dalam satu bekas, satukan kuning telur, gula dan tepung yg telah diayak. Kacau menggunakan wisk hingga berkrim. Tuang susu suam sedikit2 sambil terus mengacau hingga susu habis dituang. Tenggekkan bekas berisi adunan tadi atas air mendidih dan terus mengacau hingga adunan berubah menjadi pekat dan licin. Matikan api dan masukkan esen vanila dan mentega atau marjerin. Kacau hingga sebati. Alihkan ke dalam bekas yg bertutup dan tutup rapat.
  3. Keluarkan doh dari peti sejuk. Ambil sedikit doh dan canai mengikut saiz acuan. Perlahan2 alihkan doh ke dalam acuan tat dan kemaskan. Buat hingga habis. Kemudian cucuk2 permukaan kulit tat dgn garfu.
  4. Masukkan acuan tat yg telah diisi dgn doh ke dalam peti sejuk, sementera menunggu oven panas (pada suhu 175C). Bakar selama 10 - 12 minit atau hingga kuning ke emasan.
  5. Bila masak, keluarkan kulit tat dari acuan dan sejukkan diatas redai.
  6. Sapukan bhg dalam kulit tat dgn sedikit coklat cair.
  7. Paipkan dgn krim pastri tadi. Banyak atau sikit bergantung pada kehendak masing2.
  8. Susun buah2an segar mengikut kreativiti masing2....
  9. Selamat mencuba utk semua...



Selamat malam semua

TERIMA KASIH
















 Makan rojak mesti ada cendol sekali he hee Kenapaaa ye Tetibaaa teringin pula bila jumpa gambar ni Bedekatan rumah ada rojak dan cendol sed...