Showing posts with label bubur. Show all posts
Showing posts with label bubur. Show all posts

Wednesday, August 13

Bila teringat nk mkn bubur gandum


Assalamualaikum 
Kejappnya kan ogos nk pertengahan bulan
Emm mcm2 ni nk buat rasaaa tak terkejar masa ni
Adoiiii

Persiapan ank dara bungsu tu mcm2 
Smlm sampai dah luggage nya yg order kat shopee

Bukan mainn nk pink je
Hanger, Baldi pun cari kaler pink
Mama ikutkan ajeee

Laptopnya belum lg hari tu sempat survey je
Tunggu hujung bulan gaji le pula kan

Cerita gambar diatas pula

Bubur gandum 🀭 ada yg sukaaa
Tak

Tiba2 rasa nk mkn kita cari la
Kat giant Alhamdulillah terjumpa
Akhirnya

Sblm
Ni ada jga cari2 tp takda
Yg ada barli jgn salah pula rupanya sama je
Biji gandum dan barli ni seiras 
Kalu bqrli biasa beli rebus buat air tp gandum rebus
Kita buat bubur 
Kitorg panggil bubur 

Kalu arwah mak feberet dia ni
Tp arwah letak gula merah biar warna coklat2 sikit
Apapun dua2 sedap

Lemak2 manis 
Mkn panas atau sejuk dua2 sedap




Monday, April 22

bubur butir nangka


 Assalamualaikum
salam. syawal. 

sedar tak sedar dah hampir penghujung april ni
makin lama pula.x update blog
jalan2 tgk blog pun tidakk
maaf ye semua
harap2 tak dilupakan la ye

sebenarnya byk je cerita menu sepanjang ramadhan tp alahaii asyik tertangguh.

butir nangka ni pun masa Ramadhan sempatlah buat sekali
mkan.
gentel2 sambil menunggu anak2 blk sekolah.
pastu masak dlm periuk nasi je he hee
nak jd cerita tinggal sekejap dah melimpah ruah adoii
terpaksa la beli santan baru.

itulah bila keja sambil2 ni



Thursday, March 23

aneka bubur kegemaran@ pengat untuk berbuka puasa



Salam Ramadhan
alhamdulillah berada di hari kedua Ramadhan

Juadah berbuka kesukaan di bulan puasa bg Cik Nur .
sekadar kongsi gambar2 lama yg ada kat IG, 
 Bubur @ manisan ni memang kesukaan dari dulu zaman kanak kanak memang kena ada atas meja.
Tak lengkap kalau tak da.
lain org lain citarasa kan. 
Ciknur mungkin ikut arwah ayah sb waktu berbuka tak mkn  mknan yg berat2 dulu. Suka mkn kuih2  atau desert atau  bubur 
Lepas solat ,kadang mlm sikit baru nk mknan berat.
Ada org suka mkn berat spt nasi utk berbuka dulu kan . 
Cam adik2 ,ank2 ciknur pun berbuka nak nasi.

 ni la antara bubur2 kesukaan. Resepi mudah dan cepat nk siap

Bubur kacang hijau, bubur jagung, bubur gandum tu sepanjang bln puasa memang berkali kali la.buat.
Arwah ayah  suka bubur jagung, bubur kacang hijau dan Arwah mak pula bubur gandum.


 Bubur candil atau butir nangka
berwarna warni.
rasa kenyal2 sb bhn utamanya tepung pulut. 


BUBUR CANDIL @ butir nangka 

tepung pulut
pewarna
gula pasir 
santan garam/daun pandan

 Cara cara
Adunkan tepung pulut dgn air
masukkan sikit sikit jgn terus banyak sb takut terlembik.
Agak2 boleh kepal dan bentuk
Bahagikan 3 dan telak pewarna pilihan
adun lg hingga sebati.
kemudian blh kita bentukkan ikut pilihN samada bulatkan atau lonjong jd butir nangka.
dah siap kita panaskan air dlm periuk hingga mendidih
kemudian mskkan doh yg telah dibentukan td.
tunggu sehingga ianya timbul dipermukaan air maknanya doh dah ringan @ masak 
angkat toskan ,lalukan dgn air sejuk supaya tak melekat

utk kuahnya
panaskan santan  daun pandan dan gula
msukkan doh yg siap tos td




Bubur cha cha

kalau dulu mak buat sendiri dgn tepung skrg kita beli siap
cuma rebus bg kembang dan masak santan
rasanya paling mudah
nak lg menarik dan sedap letak sagu mata ikan



bubur jagung

Bubur jagung sedapp guna jagung fresh
bukan yg dlm tin .
beli jagung tongkol dan sendiri hiris isi jagungnya
Tugas ciknur la tu bab nk hiris jagung ni.



pengat ubi keledek

pun sodappp
keledek oren ataupun yg kaler lain
campur sagu mata ikan 



pengat pisang tanduk versi letak gula merah

pisang tanduk yg besar2 ni memang sedap masak pengat
selain digoreng


  Pengat pisang nangka dan sagu kalau vesi putih ni memang arwah mak suka masak

kalau kat kg dulu kita biasa guna pisang kebatu dan pisang nangka
pisang nangka yg masam2 sikit ni memang besttt la

Wednesday, April 20

bubur cha cha


ALLAH TIDAK PERNAH MENJANJIKAN HIDUPMU SELALU MUDAH TAPI ALLAH BERJANJI SETIAP KESULITAN AKAN ALLAH BERI KEMUDAHAN.
SABAR JIKA HARI INI UJIANMU SEMAKIN BERAT PETANDA KEMUDAHAN AKAN SEGERA TIBA. SEPERTI TANAH YG SANGAT KERING TANDA HUJAN AKAN TURUN


ASSALAMUALAIKUM

Salam Ramadhan

 Juadah berbuka puasa yg ciknur suka πŸ˜‰ aneka bubur tak kisah bubur apa

bubur kacang ,jagung, cha cha ,gandum
, bubur sagu, dan juga perbagai pengat terutama pengat pisang batu dan pengat ubi keledek.
 Membesar dgn juadah begini .
sb arwah mak suka masak ,buat dan arwah pak pun suka mkn, nak.lg bubur jagung feberett .
dan mak pula suka bubur gandum.
Bila Bulan puasa ni lglah teringat ingat.ingat😌
semua kenangan dulu2 huhuuu
segala masakan
lg satu jarang nk jumpa bubur gunting.
tepung dibuat lempeng kemudian gunting. Kuahnya putih .

penah jgalah buat bila teringin dan teringat tu kan. Tp tak bestnya mkn sorang2.☺️

feel tak sama bila menikmati nya

Thursday, September 16

bubur asyura versi manis@ bur syuro manis


 Assalamualaikum

♥️jgn lupa ber selawat ke atas Nabi junjungan kita Nabi Muhammad s. a. w byk2 di hari jumaat yg barakah ini.

smlm offday kan sempena Hari Malaysia
duduk rumah diam2😁
ptg. mengacau bubur syuro.
hari tu dah buat utk sedekah pd kejiranan.
Hari ni buat repert. sb ktnya tak puas mkn dan. sedap. alhamdulillah
jarang nk jumpa bubur syuro ni.

Bubur asyuro ni akan di buat pd bulan. Muharram. 
Dan terdpt byk versi resepi ikut negeri2 rupanya . Kalau belah pantai timur lain, belah utara lain.
Masa ke. kelantan dulu pernah jga mkn org2 kg situ buat. 
Dan kalau perkampungan cik nur Bt kurau Perak lain resepinya. Nak ke arah utara Kedah.. 

rinduuu sebenarnya dgn bubur syuro yg dulu biasa mkn,  ☺️ ye kan arwah mak dulu tiap thn buat.
 Ramai2 dgn jiran2 kg mengacau dlm kawah besar.
biasa juga buat 2 versi yg tawar dan yg manis.  Bubur syuroTawar lemak jarang org suka. Org2 lama suka yg tak. manis

Versi tawar lemak tu sedapp sgt. ooiii tak jumpa dqh cik. nur sekian lama huhuu sejak mak tak da ni
di Mkn dgn gula dan buat juga rendang kulat sisir sbgai pencicah. Aduhh ssedappnya
penah tanya resepi mak tp ingat2 lupa.
Rempah2nya tu.

Ptg smlm buat yg manis. Letak kacang hijau, kacang merah dan jagung.
Ikut resepi cik  google.
sb bykkk resepi taip je bubur asyuro. Mcm2 keluar nanti beza cara dan bhn2nya

Tp tak minat resepi yg  letak mcm2 😁
spti ubi keledek , sagu, pisang. sb rasanya akan jd lain.

yg tu cik. nur skip cuma letak jagung kacang hijau dan kacang merah

ajomm. la. mkn bykkk pula bebelan ye 😁










 


Tuesday, July 20

bubur candil pink


  assalamualaikum


salam. Aidiladha @ selamat hari raya Korban semua kenalan2 cik Nor Alhamdulillah. Dpt meraikan aidiadha thn ini dlm suasana pkp lgkan. walau pkp syukur masih ada kesempatan beraya.
Dirumah bersama ahli keluarga, anak2 alhamdulillah
family ciknor xda gambar raya haji kali ni
☺️ kita raya mkn2 dan santai
kunjungan tiba mknan dari jiran2 tetangga. syukurr. saling bertukar juadah
cik nor masak nasi minyak dan  masak. rendang daging mak je. beli lemang sebtg
tp jiran2 bg juadah rzndang ayam, lontong, nasi beriyani lah. πŸ‘πŸ˜˜πŸ˜Š penuh la meja mkn.

sempena puasa Arafah, sempat lah buat bubur candil ni. juadah berbuka desert
anak beranak puasa. masak nasi berlauk ayam kentang.
bubur yg ciknor suka kenyal2
bersama sagu emmm.  kebetulan. sagu siap berkaler so. nampk kuahnya mcm. pink. 

Tuesday, October 22

bubur gunting


assalamualaikum
alhamdulillah bersua lagi ye
pagi2 wat entry sementara menunggu en asben siap he hee kejap lg nak ke klinik otorinolaringologi HKL appoinment hidung
(sinus) lama kan baru dpt  . so hari ni masuk lewat kerja.



nostalgia dulu2....tetiba pulak teringat he hee
bubur gunting, lamanya tak  layan . Ala-ala bubur cha cha jugak ni cuma bezanya cha cha beli siap tp yg ni kena gunting2 dulu.
kat kampung dulu arwah tok rajin buat bubur ni.
biasanya kan org kg buat masa nak kenduri hbis pantang tu atau kenduri baby cukur jambul.
ingat2 lupa bila arwah buat yg nampak mesti buat lempeng dulu
pastu gunting panjang2.
kuahnya santan la kan lemak2 manis gitu.



resepi bila goggle terjumpa disini


  tqqqq

RESEPI BUBUR GUNTING a.k.a Bubur Caca

1 1/2 cawan tepung gandum (lebih pun xper kalau suka banyak)
1/2 cawan air
sedikit garam halus
1 cawan gula halus
sedikit biji sagu
secekak daun pandan..(ikut suka..nak naik bau jer)
sebiji kelapa parut (diperah n ambil santan nya)

Cara-cara membuatnya;

Uli tepung tadi ngan air pandan (daun pandan tu diblender ngan 1/2 cawan air tadi), letakkan garam sket,(kalau nak wat warna warni leh letak pewarna lain).. canai doh sampai tepung tadi xmelekat kat tangan. kemudian gelek sehingga ketebalan agak2 5mm. Lepas tu kepingan tepung tadi dibakar sekejap atas kuali leper..(jgn sampai hangit plak).. pastu baru leh

gunting kecik2




Saturday, July 20

bubur jagung yummyy

Dengan puasa juga, kita akan memperolehi 
kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi 
Muhammad s.a.w. yang bermaksud:"Berpuasalah
 kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda 
Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah 
sarang penyakit dan banyak makan itu punca 
segala penyakit."

 ASSALAMUALAIKUM
hari ke 11 kita berada di bulan Ramadhan Al Mubarak. 


 hari ni ada peluang masak2, sb hari cuti kan. so kita layanlah 
menu pilihan. 
Semalam tengahari tu lari ke eons Big bila baca paper buttercup rega 2.99 . sambil beli butter nampak jagung ni pula dgn rega 99 sen so rembatlah 3 tongkol he heee memang dlm kepala menunya bubur jagung. jom layan


resepi, takyah kot ek, he hee rasanya semua tahu.
kita cuma ikut cara mak, hiris2 jagung kalu blh biar kasar2 sikit baru sedap. Pastu masuk santan , kita guna setengah biji je sb jagung kan dah lemak2. dan gula garam. Nak sedap tambah sikit sagu mata ikan.
masak kacau, jgn terlalu lama kalu pecah minyak x cantik.
so biar mengelegak dan rasa secukupnya. Dah siap
sedia utk desert waktu berbuka nanti.

SELAMAT BERBUKA 

Saturday, April 14

PENGAT UBI KELEDEK BERSAM SAGU

 assalamualaikum

salam petang sabtu. Dari tengahri tadi memang mendung je pastu bila petang terus hujan lebat. Bila hujan ni rasanya malas nak kemana-mana w/pun anak2 sibuk ajak keluar. Biasalah kan budak2 ni kecik2 dah pandai boring kalu cuti2 kat umah je. Kejanya nak jalan2 je he he isshhh kan. Sebaik tiba2 SIL dtg ofer nak bawa  budak2 ni ke Wangsa Walk , tengok wayanglah tu apalagi he he bolehlah mama rilex2 kat umah ngadap pc sambil tu makan pengat ubi keledek ni he he meh jemput semua ye

 Lama juga tak layan tekak sendiri, sekali sekala buat pengat ubi ni memang sedap gak Teringat akan bonda dan ayahanda di kampung, mesti suka kalu makan pengat2 ni. Nak pulak hujan2 ni lapo je kan.

tapi kat sini pengat2 tak laku hu hu sorang2 je makan tau. Jadinya wat ciput je dapt semangkuk dua cukuplah. Mama yg kena perabihkan. Sarah yg kecik ni makan tang sagu mata ikan tu je he he ubinya tolak ke tepi. Tak reti budak2 ni bila disuruh makan ubi yg lembut sedap nihhh. Si abang  & kakakkalu wat kuih keria baru makan lah.

resepi yg amat simple rasanya semua wanita2 @ mama2 tau kot kan. he he
daku guna keledek kuning je dlm 2 ketul sederhana. pastu santan pun sederhana pekat. boh gula, garam daun pandan utk harumkan sikit. Masak sampai mendidih. ooppps lupa sagu mata ikan tu penting he he pas basuh tos masukkan dlm periuk sekali. nak sedap lagi tambah gula merah sikit
dah mendidih dan ubinya empuk bolehlah makan he he

ok jom makan...

TERIMA KASIH YG SUDI BERKUNJUNG KE SINI YE


Thursday, January 19

bubur pulut hitam


SELAMAT PETANG SEMUA. 

masak apa agaknye hari ni....pening kan nak memikirkan menu apa. Dah tak ada idea... paling susah bila punya anak2 yg makan memilih ni. Bertambah pening..yg kita suke diorg tak suke la pulak hu hu



Cam bubur pulut hitam ni ha, mama diorg ni suke sgtlah...sedap makan menghirup kuahnya..tapi makan sorang2 je

layan sorang2 ...jom sapa2 nak meh sini ye


terima kasih

 Makan rojak mesti ada cendol sekali he hee Kenapaaa ye Tetibaaa teringin pula bila jumpa gambar ni Bedekatan rumah ada rojak dan cendol sed...