Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Sunday, August 9

BriskWalk Taman KLCC

Assalamualaikum

Sedikit coretan Aktiviti saturday❤️ mama dan kakak Tisya.

Kakak tisya @ anak kedua mama ajak briswalk kqt Taman KLCC.  Mama on je 😊 dari minggu lepas duk plan Ajak tp mama ada kelas hari sabtu lepas so minggu ni cuti boleh la kan buat aktivit jln2 ni selain melayan ank2 bulus tu.

Seawal 8.30 pg keluar ktorg naik LRT kat setiawangsa

Patutnya awal lg baru bestt kan next time lah

Adik pula tak dpt join sb ada xtvt kat  SMK nk jumpa cikgu cikgu dan

Kawan2 sekelasnya. Masing2 cuti

Sem ni. So mama dgn kakak tisya je la kesini. Abahh ha haa baik duk rumah ktnya

ciknur lamaaa x singgah taman ni. Kalu ke KLCC kat dlam je x keluar pun tmn ni. Lain laaaa masa

Zaman ank2 kecik hah tiapminggu ke

Tmn ni mandi manda la apalagi



Santai2 jalan2 pelan2. Boleh thn ramai jga 




Tenang2 tgk pokok2







 Kemudian kak tisya nk cari buku jap ajomm masuk sini belek2



 


 Menyinggah beli buah2 sikit utk

Adik dia suka anggur hijau ni dan kiwi kesukaan

Mama


Ajomm blk rumah nk masak nasi ayam. Kakak nk mkn

Nasi ayam❤️

Hasil separuh hari 🤭




Tuesday, October 23

evening primrose oil


Baru-baru ke farmasi utk cari vitamin anak2, kebetulan  farmasi masa tu tgh adakan jualan potongan diskaun utk kebanyakan barang-barangnya.
walaupun 20% je tau , paling tertarik EPO keluaran seven seas ni.
stok utk beberapa bulan harga asalnya RM109 

 yg bestnya bila peknya senang utk dibawa kemana-mana. Selalunya duk beli  dlm botol menyebabkan kadang2 terlupa nak ambik lg satu tu malas nk bawa terutama balik kg atau ke kemana-mana kan. Bila dlm pek gini senang sikit ringan dan letak je dlm handbeg sekeping. Tak terlupa dah nak makan pagi2 tu



Teringat Masa buat practical di salun dulu (10 tahun sudah), Kak Zee owner salun tu yg bagitau satu rahsia kecantikkannya....walaupun umurnya 60 an tp tp nampak sgt2 muda kulitnya pun  licin bukan itu saja yg paling penting jarang sekali dia jatuh sakit seperti demam ke selsema atau sakit2 lain
inilah yg diamalkannya dari umur 20an sampai sekarang.
Bukan main tak suka lg dia bila staff2 nya asyik demam + selsema ni

Rupa-rupanya he he tp kan biasa le kan.. kalau

 suplement @.vitamin ni


 kadang2 ambik2 kadang2 tidak walaupun tahu 

akan kebaikkannya he he biasanya terabai dek 

kebuzyan kerja harian. Masa anak kecik2 lagilah 

asyik terlupa je. Lama jg tinggalkan makan apa2 

suplement sampai expired vitamin c tu he he

belinya rajin makannya idak sampai pernah diperli 

en.suami ha ha


 apa yg tahu jg EPO sesetengah jenama boleh 

menaikkan berat badan tau

mungkin menambahkan selera, itu yg tak mau tp 

seven seas ni tidak ye 


ok disini ada info tentang kebaikkannya

KEBAIKKAN EPO 
http://mforum.cari.com.my/fo

untuk REMAJA

- Menyelaraskan haid tidak tetap.
- Melegakan sindrom PMS (iritasi, ketegangan payudara, perut kembung, senggugut, pembendungan air).
- Mengekalkan kesihatan kulit.


utk WANITA MATANG

- Melegakan ekzema dan tumit merekah.
- Melegakan kulit kepala yg gatal

utk WANITA YG TELAH PUTUS HAID

- Mengurangkan simptomputus haid (panas badan, kemurungan, kekeringan faraj, masalah tidur).
- Mengurangkan kesakitan sendi.
- Memperbaiki kulit kering, garis-garis halus dan kedutan.g gatal.
- Memperbaiki rambut kering dan rosak.
- Menguatkan kuku rapuh dan mengelupas.



 Minyak EPO berkualiti  penting untuk kesihatan dan kecantikkan golongan  wanita


* Membantu mengawalatur kitaran haid

* Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS)-iritasi, sakit kepala, sakit payudara, 

kesenakkan dan kekejangan perut

* Mengurangkan simptom putus haid-panas badan, peluh sejuk kemurungan

dan kekeringan faraj

* Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri -bermanafaat kepada kulit 

yang kering, tua atau berminyak. Melegakan ekzema dan alergi kulit

* Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kilit kepala 

yang gatal

* Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah


apa lgi ye jom kita amalkan pada sesiapa yg belum...lagi awal lg baik kan

TERIMA KASIH

Thursday, May 24

susu Dutch lady & nutella



assalamualaikum

pantaskan masa berlalu, sekejap je dah masuk bulan Rejab , x lama lg menyusul Syaaban dan menghampiri Ramadhan pula.  Puasa ganti dah langsai lum he he ke alhamdulillah kalu dah langsai kan senang hati. Daku tinggal lg 4 hari hu hu rejab ni nak ambik peluang berpuasa ganti dan puasa sunat insyaallah semoga diberikan kesihatan yg baik...Aminn

Selain berpuasa di bulan Rejab, kita dianjurkan memperbanyakkan berdoa’, solat sunat, berselawat, bersedeqah, beristighfar, membaca al-Quran dan berzikir. Dalam kitab Raudhoh Imam Nawawi ada menyebutkan “Malam awal Rejab mustajab doa’nya”.

Marilah sama-sama kita merebut peluang-peluang keemasan yang terdapat dalam bulan Rejab ini dengan memperbanyakkan amalan kebaikan. Namun begitu, setiap amalan mestilah bersandarkan kebenaran dan tidak terkeluar dari batas yang dibenarkan termasuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara bid’ah.

jangan pelik ye hari ni tayang gambar susu kotak camni he he
Mari mari beli  jualan murah, alhamdulillah ahad lepas nasib baiklah awal2 baca metro tau, haaha dapatlah info berguna ni Giant  wat jualan istimewanya, susu Dutch lady 3 kotak dengan harga RM10.45 . Tengok org lain beli pun banyak berkotak-kotak walaupun tulis 1 family 3 kotak shj he he tp kita beli 2 kali tengahari dan malamnya pergi lg sekali ha ha dptlah 9 kotak, orait la tu kan.. murah ni berbanding harga biasa RM5 lebih . Susu ni hidangan wajib breakfast anak2 sebelum g sekolah pagi-pagi tu, makan dgn koko cruch. Memang si abang suker minum dutch lady ni sekotak 1 liter paling lama tahan 2 hari je. Balik sekolah pun minum gak. Nutella pulak makan dgn roti gardenia, wajib ada stok ni kat umah
paling kecik ni cuma RM8 lebih je.


  10 kebaikan susu Dutch Lady ialah…
sumber:  dutchlady.com.my

1. Kalsium
Kalsium membantu pertumbuhan tulang yang kuat serta pembentukan gigi yang sihat. Pertumbuhan tulang akan berterusan sehingga umur kita mencapai 35 tahun. Jadi adik mesti minum susu Dutch Lady selalu untuk membesar dengan sepenuhnya.

2. Protein
Susu merupakan sumber bekalan asid-asid amino yang seimbang. Ia menyokong pembentukan blok-blok protein yang diperlukan untuk kebaikan fungsi-fungsi otak dan tubuh. Protein juga membantu pembentukan otot dan memperbaiki tisu-tisu otot.

3. Vitamin A
Vitamin A amat penting bukan sahaja untuk penglihatan yang baik malah juga untuk pertumbuhan badan serta mengekalkan kesihatan kulit dan fungsi imun yang baik.

4. Vitamin B12
Fungsi utama vitamin B12 termasuklah pembentukan sel-sel darah merah. Sel-sel darah merah adalah sangat penting kerana ia membawa bekalan oksigen dan nutrien untuk keperluan tubuh badan.

5. Thiamin (Vitamin B1)
Thiamin merupakan salah satu daripada lapan vitamin B yang boleh larut dalam air. Vitamin ini membantu tubuh menukarkan karbohidrat kepada glukosa (gula) yang akhirnya akan diproseskan untuk menghasilkan tenaga.

6. Vitamin D
Kekurangan vitamin D akan meyebabkan badan kita hanya mampu menyerap 10 hingga 15 peratus kalsium daripada pemakanan kita. Bekalan Vitamin D yang mencukupi amat penting untuk merangsang penyerapan kalsium dan mengoptimumkan kandungan mineral di dalam tulang.

7. Zat Besi
Zat besi adalah komponen penting hemoglobin, iaitu protein di dalam sel-sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh bahagian badan. Ia juga memainkan peranan penting dalam tindakbalas metabolik serta mengawal pertumbuhan.

8. Zink
Zink diperlukan untuk aktiviti-aktiviti enzim bagi pertumbuhan dan pembahagian sel. Zink, yang didapati di dalam hampir kesemua sel, juga menyokong kesihatan system imun kita.

9. Riboflavin (Vitamin B2)
Riboflavin merupakan satu vitamin yang boleh larut di dalam air. Ia membantu tubuh badan memperoleh tenaga daripada protein, lemak dan karbohidrat semasa proses metabolisme berlaku.

10. Kerana ibu paling mengetahui!
Ibu sentiasa inginkan yang terbaik untuk si manjanya. Sebab itu, ibu pasti akan membekalkan adik 3 gelas susu Dutch Lady setiap hari agar mendapat segala khasiat susu!
terima kasih pada yg sudi kunjung kesini.

Friday, February 24

bila si kecilku kena demam campak

ASSALAMUALAIKUM
 Sekadar nak kongsikan pengalaman anak kena demam campak.. 
Seminggu lepas Sarah demam panas, tengah2 malam pulak tu, nasib baiklah stok ubat memang sentiasa ada. En hubby memang bising kalu takada ubat dlm simpanan ni emmm camnilah takut tiba2 je diserang demam ke selsema atau apa2 kan...susah juga. Ingatkan demam biasa je maklumlah cuaca skrg tak menentu..panas hujan kan. lagi2 budak2 ni aktifnya lain ..lasak berlari sana sini tak kenal erti letih, asalkan ada geng mulalah he he
Sarah ni memang tak reti diam, kalu kat taska tu dialah heroin..
tp 2 minggu lepas dpt tahu seorang kawan sepermainannya itu kena demam campak ..hmmm harap2 Sarah tak dijangkiti lgpun budak tu cuma dtg waktu petang ke nursery ni main2 ngan sarah sblm waktu balik je
Harap2 tidak he he harapan seorang ibu tp kalu dah nak terkena tu tak boleh elaklah kan. kena terima juga
2 hari je Sarah demam panas pastu eloklah dia aktif semula...
Tetapi petang khamis tu lepas mandi ternampak macam2 bintil2 merah ada air jerneh kat telinga dan leher....berderau sekejap...alamak kena ke ni????pujuk2 hati juga, Apapun kena tunggu esok utk perkembangan .betul atau tidak.
Esoknya..sah dah memang sah ada banyak lgi bintik2 tumbuh huhu hu.
Tengahari tu jg bawa Sarah ke klinik utk pastikan..yup maybe la Doktor kata  dan Doc kasi ubat gatal, antibiotic dan ubat sapu. ooohhhh dlm usia 5 tahun Sarah kena akhirnya..lebih awal dari kakak dan abangnya yg kena dah sekolah tahun satu.

Bagaimana tanda-tanda, rawatan, dan tips termasuk pemakanan. Kata doktor cuma banyak minum air, tapi tak salahkan kita cuba kaedah lain juga...
-----------------------
dari info sihat

Demam Campak
Apa itu demam campak?

Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan viruChickenpoxs measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai
ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.

Bagaimana pun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan.
Apakah tanda-tanda demam campak?

Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:

   
Demam tinggi
    Batuk, selsema dan sakit tekak
    Mata berair dan sensitif kepada cahaya
    Sakit otot

Ruam demam campak

Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak kebahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.

Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?
Tidak. Deman campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan deman campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan berkurangan.

Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?
Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna. Bagaimana pun kadangkala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imum sistem kekebalan yang rendah.

Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:

    Jangkitan pada telinga
    Jangkitan paru-paru (Pneumonia )
    Jangkitan pada otak (encephalitis)
    Cirit birit

Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian.
Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.

Bagaimana merawat demam campak?
Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala :

    Panadol untuk mengurangkan demam
    Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata
    Berehat dan minum air yang cukup.

Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri.
Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain. (4 hari selepas ruam timbul).
Bolehkah demam campak dicegah?

Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Adalah tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak mereka mendapat immunisasi. Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan

Alhamdulillah selepas seminggu ianya mula kering tp amat2 bersyukur  sb lebih cepat pulih dari jangkaanku. 


 Makan rojak mesti ada cendol sekali he hee Kenapaaa ye Tetibaaa teringin pula bila jumpa gambar ni Bedekatan rumah ada rojak dan cendol sed...