Followers

Showing posts with label Persona. Show all posts
Showing posts with label Persona. Show all posts

Friday, September 4, 2015

Beli radio baru (2nd) kereta Persona



22 April lepas temankan HC pergi jumpa kawan kelab Persona.
Orangnya pun HC tidak kenal
Cuma kenal dari sebagai ahli kelab Persona sahaja
Area nya dekat dengan office aku.

Kisahnya radio kereta aku ini tidak boleh off
Maknanya setiap kali aku off kan enjin kereta, parking.
Sebenarnya radio kereta aku masih on.
Akibatnya bateri kereta berkali-kali terus kong
Tukar bateri kereta baru, beberapa hari terus kong
Kereta tidak boleh start
Tukar bateri kereta lagi
Jadi semula kejadian yang sama
Alhamdulilah dapat juga tukar bateri baru dekat 2 ke 3 kali rasanya
Last-last cina di kedai bateri beritahu HC, suruh check radio kereta
Sebab selalunya itu penyebabnya

Confucius juga masa mula-mula kejadian
Tidak akanlah radio kereta aku memang sudah rosak
Pada hal baru kereta baru guna 3 tahun lebih  sahaja
Fikir-fikir semula, redha sahajalah

Kisahnya terbongkar lepas HC tukar sendiri radio kereta
HC jumpa duit syiling 5 sen
Ok
Baru tahu kan
Siapa lagi yang paling bijak kalau dan paling comel dalam rumah aku
Hafiylah orangnya yang memang kerjanya masukkan duit syiling ke lubang mana yang boleh masuk di dalam kereta
Anak oooo anak

Price radio yang di beli itu aku tidak ingat sudah
Alhamdulilah until today masih bagus
Lagipun adik yang jual tu beritahu, dia pakai radio tu sekejap sahaj
Sebab dia tukar radio kereta ke yang lebih canggih

Thursday, March 19, 2015

Sambungan kisah tayar kereta persona ku pecah semalam.

Ini picture parking depan office  

Op kurang terang tampalan kuning tu, kalau pakai tyre spare, 
speed limit cuma 80km/h ok.
Kalau laju, rasa macam ala-ala ada ezos motor sahaja melekat kat tepi kereta.  

Parking sahaja petang itu, HC terus tukarkan tayar yang sudah siap di hantar ke bengkel sebelumnya. Kata HC tukar tayar plus apa ek balancing kot ialah RM13.
Tapinya, pasang tayar dengan buka tayar pancit ada berlainan. Masa HC pasang tayar ini, punyalah payah sikit aku tengok. Berpeluh-peluh bagai. 

Dan pagi tadi, aku ambil gambar tempat kejadian. 
Tu dekat traffic light tu. 
Aku membelok ke kanan. 

Belah sini pula ialah pintu masuk ke TPM, Bukit Jalil

Wednesday, March 18, 2015

Tayar kereta Persona pecah masa aku drive.


Hari ini musibah ujian aku ialah tayar kanan kereta belah belakang pecah.

Masa pagi tadi aku pergi kerja macam biasa. Ikut jalan yang sama aku ikut hari-hari. Entah mungkin baru repair divider concrete tempat selalu aku buat u turn di traffic light di flyover depan pintu masuk Technology Park Malaysia Bukit Jalil. Memang aku perasan, tayar belakang aku ada langgar divider itu. Maklumlah hendak membelok ke kanan. Ada dua lorong. Aku yang belah kanan. Sah-sah kereta sebelah aku macam menghimpit juga semasa membelok. Perkara hendak jadi kan. Aku redha.

Lepas itu aku drive terus kereta dari situ, tapi perasan ada feeling lain sahaja. Tapi tiadanya mana-mana kereta atau motor hon-hon pada aku pun. Terus aku drive slowly dan cari tempat sesuai untuk berhenti, buka pintu sikit tengok tayar belakang tapi aku tidak turun pun dari kereta. Bahaya pula rasanya kalau keluar dari kereta tepi-tepi jalan begitu. Kemudian terus call HC, beritahu. Ialah masih tidak jauh dari rumahkan dan aku belum masuk highway Sg Besi lagi. Aku masuk kawasan rumah anak yatim tepi jalan sebelum sampai stesen minyak Shell dan Petron dan tunggu HC di situ.
Selamat untuk menukar tayar di kawasan itu compare dari tepi jalan besar.
Lgipun nanti lepas settle semua, HC boleh potong semula selepas Petron untuk balik ke rumah.

Dan selesai semuanya, HC bawa balik tayar pecah tu. Alhamdulilah ada tayar extra yang kami beli dulu. Masih dalam keadaan baik. Tidak pernah di pakai lagi, Bolehlah pakai dulukan.

Maka rancangan aku hari ini di batalkan semuanya sebab kereta tengah guna tayar spare kan.
Esok boleh continue pergi semula.
Selamat bekerja untuk saya.
Alhamdulilah

My hero Mr HC sudah sampai dengan kereta Wira

Alhamdulilah, sudah siap pasang tayar spare.
HC beritahu, inilah pertama kali dia tukar tayar sendiri.
Aku tengok prosesnya tadi, ok lah.
Mungkin keadaan emergency, boleh rasanya tukar sendiri.

Aku hari ini, pakai baju masa pregnantkan Haqeem dulu. 
Sekarang ini Haqeem sudah masuk 4 tahun.
Alhamdulilah


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails