Followers

Showing posts with label bread pudding. Show all posts
Showing posts with label bread pudding. Show all posts

Saturday, December 10, 2011

Puding roti lagi.

Salam petang-petang Jumaat to all.
Laporan masakan dari aku si amatur ini lagi.
Sudah lama sebenarnya juga aku buat resepi ini.
Kiranya resepi kedua puding roti yang menjadi aku buat.
Hari itu masa pertama kali aku guna resepi lain.
Ini kiranya resepi lain pula.
Aku copy paste sahaja resepi asal ini.
Tiada edit pun.

Selamat bercuti until monday gitu.
Ahad nanti aku ada kelas di Klang dari jam 10am until 5pm.
Semoga di permudahkan semuanya amin amin amin.

De puding.

Puding with kopi O.

Sumber Resepi :
Puding Roti. Dapur Comelku (resipi asal) Wanie Mat Zin

Bahan-bahan:
  • 6 keping roti (sy campur roti putih dan roti gardenia breakthru, kemudian potong dlm bentuk kiub kecil - sekeping roti dapat 16 kiub)
  • 1 sudu besar butter
  • 1/2 cup brown sugar
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu kecil esen vanilla
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cup kismis
Cara-cara:
panaskan oven slma 10 minit....
  1. potong roti menjadi kiub2 kecil...wanie potong 1 keping tuh dapt 16 kiub
  2. dalam mangkuk laen...masukkan gula + butter....kacau sampai sebati pakai whisk..
  3. selepas dh sebati masukkan telur n kacau smpai sbti jga..
  4. masukkan tepung gandum +esen vanilla n then kacau smpai sebati..
  5. masukkan susu cair sedikit demi sedikit sehingga habis 1 tin...
  6. masukkan roti yg dipotong td dlam adunan...kacau sampai semua roti disaluti adunan td...
  7. biar roti dlm adunan slma 5 minit..
  8. griskan loyang dgn butter then tuang adunan td kedalam loyang dan taburkan raisins atas adunan..
  9. bakar pada suhu 180 degree selama 45 minit...

Roti kerat 16.

Sebelum di bakar.

Thursday, November 17, 2011

bread pudding@puding roti.

Sorry to say aku memang giat sekarang ini membuat oven aku sentiasa bekerja.
Walaupun hari weekday.
Lagi rasa amat seronok kalau hubby makan dengan penuh selera.
Puding ini aku buat Selasa lepas.
Tapi aku memang suka kurang manis.
Semua part gula mesti aku kurangkan sikit.
Next time hubby suruh tambah butter supaya lebih lemak manis berkrim.
Part kuah kastard itu aku pun tidak pasti di mana aku ambil resepi itu.
Tapinya terima kasih pada sumber itu.

Roti tengah di rendam.
Next time kena rendam habis roti.

Sudah selamat di bakar.

Selepas di simpan dalam peti ais semalaman.

Ta da.
Aku buat kuah kastard sekali.
Yummie.
Tetap kurang manis.

Sumber Resepi :PUDING ROTI BERKISMIS by F&N My Resepi.
10 keping roti
500 ml susu fresh (aku guna 1 tin susu cair = 2 cawan dan ditambah sedikit sahaja air)
4 sudu besar gula halus ( aku guna 3 sudu lebih sikit)
3 biji telor ( hubby suggest tambah sebiji lagi untuk rasa lebih lemak)
1 sudu kecil esen vanilla ( aku tidak letak sebab tiada stok)
2 sudu besar tepung jagung
sedikit kismis & coklat chip (aku tiada stok juga)

Cara. (ada sedikit aku ubah)
Roti di potong 4. Susun dalam loyang dan sapu butter pada kepingan roti. 
Masukkan susu, gula, vanilla dan tepung jagung. Kacau sebati.
Kacau sedikit adunan telor.
Tuang semua adunan ke atas roti dan biar dalam 10 minit.( aku rendam hingga 20 minit)
Tabur kismis atau coklat chip.
Panaskan oven dalam 10 minit.
Kemudian bakar pada suhu 180 C dalam masa 30 minit.


Kuah Kastard
1 tin susu cair
1/2 cawan air
2 camca besar tepung kastard
2 camca besar gula

Cara
Campur semya bahan dalam periuk.
Guna api kecil.
Kacau hingga pekat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails