Followers

Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Wednesday, August 14, 2013

Happy Birthday.


Alhamdulilah, hari ini 14 August 2013, birthday anak kesayangan saya ini. Qeqeem yang comel, ala-ala anak cino mukanya. Kalau pakai songkok, muka macam mualaf sungguh.
Serius mesti hendak beritahu juga, pipi Qeqeem memang the best, tembam dengan kulit yang mulus. 
Hik hik, agak-agak apa rahsia mama Qeqeem masa mengandung dulu yea.  
Mula-mula mama minta maaf pada Qeqeem sebab belum sempat habis bermanja dan masih manja sangat-sangat lagi sekarang ini, tetiba Qeqeem sudah jadi abang pada baby Hafiy. Op. 
Sesungguhnya rezeki itu adalah dari ALLAH.

Mama tetap sentiasa doakan ustaz Muhammad Haqeem supaya menjadi anak yang soleh, beriman, sihat dan baik. Amin.
Sentiasa kekal dalam ingatan kenangan bersalinkan baby Haqeem (1) dan bersalinkan baby Haqeem (2)

Puasa Enam Umpama Berpuasa Seumur Hidup. Jom baca artikel ini.

Friday, October 31, 2008

love him so much..

25 oct 2008 merupakan hari jadi abah tercinta yg ke 69 tahun. Tapi aku tak dapat balik kg hari sabtu tu...kerana terpaksa menyiapkan keja tanda menanda sepanjang cuti 3 hari tu. Sedih jea kan...
Alhamdulilah syukur pada allah, abah masih sihat (cuma lately ni abah masih demam, ialah cuaca tak menentu sekarang nie kan) dan masih bekerja sekarang nie. Wlu pun umur abah da camtu..tp still kerja jea. Xde siapa paksa abah bekerja, duit yg ada tu da cukup tapi masalahnyer abah tu mmg x leh duduk diam pun. Klu ada kat umah pun...ada jea kerja dia buat...mesin rumput kea...potong2 dahan kayu pokok rambutan lah....x pun abah ada kat stor barang2 construction kat umah tu. Sentiasa ada jea...kerja2 yg nak dibuat. Abah mmg cannot duk diam gitu2 jea. Sebab tu aku rasa abah sentiasa murah rezeki sebab abah tak pernah jemu usaha dalam mencari rezeki. Alhmdulilah company abah yg aku rasa da masuk 25 tahun lebih ditubuhkan sentiasa ada kerja jea.

Sehari sebelum raya ari tu abah bawa balik kereta baru. Erm...aku pun terkejut gak. Ialah abah ni suka berahsia orang nyer (sama ngan aku...heheheh). Cuma abang ngah dan adik aku jea yg tahu pasal abah beli kereta baru. Itu pun adik (adik aku keja kat JPJ) tahu sebab abah call adik bertanyakan no plat kereta yg 'cantik' utk kereta baru nie. Tapi dek kerana masa terlalu pendek..adik cakap buat masa tu no plat 'cantik' x de. Erm..tp abah ok jea. X kisah lah klu x de...tp at list ada no 88 khas utk kereta baru abah tu.

senarai no plat kereta yg aku ingat -semua tu plat negeri sembilan :)
7588
9896
9411
3457
8859

Picture kat atas tu ialah barisan kereta yg abah beli sendiri secara tunai. Ada sebuah kereta dan sebuah lori yg tidak termasuk dalam picture tu. Abah yg minta gambar semua kereta nyer diambil masa 1 syawal hari tu. I'm so proud of my father.
Abah mmg orang nyer x suka berhutang. Klu dia nak aper2 mesti dia simpan duit siap2...pastu duit da ada barulah dia pi beli.
Lorry tu antara memula kenderaan yg abah beli masa memula business dulu. Abah start beli keta Honda masa tahun 1994. Masa tu both of my brother da kerja ngan abah. My sister still study kat US, myself baru masuk UTM jb and both of my brother masih sekolah lagi. Pastu abah belikan kakak kereta Honda di US. Aku pula masa tahun akhir abah bg aku drive kereta proton saga sebab aku kena menyewa kat luar dari U. Bila aku grad, abah jual kereta proton tu dan belikan kereta WIRA sempena hadiah aku habis belajar dan kereta tu aku pakai until now. Sebelum aku bertunang dulu abah beli kereta Honda lagi dan masa tu juga rumah baru di kg tgh on construction. Dan aku ingat abah da ok da dgn keta baru tu...tp abah beli lagi kereta Honda yg sampai one day before hari raya. Ada juga beberapa buah motosikal abah beli utk adik beradik aku yg lelaki guna...x pasti pulak baper buah.
Syukur pada ALLAH sebab memberi rezeki melimpah pada abah...alhamdulilah...alhamdulilah.

3 pictures kat atas sekali ialah cenderamata abah n emak beli masa melancong ke luar negara. Itu mmg satu lagi hobby abah. Paling last abah melancong ialah ke SYRIA pada tahun 2006 aku rasa. Memandang kan tahun 2007 abah dapat 2 0rang cucu..sebab tu aku rasa abah da stop pi jalan2 jauh nie.
Erm...1st time abah sendiri ngan kawan2 business pi melancong ke Europe. Masa tu tahun 1992 rasanyer. Pastu abah da bawa emak klu pi melancong. Tahun 2002 aku, emak dan abah pi menunaikan umrah. In between 1996 until 2006 abah and emak pernah pergi with travel agency ke -

india
china
jepun
sepanyol
turki
vietnam
australia
jordan

erm...x pasti lagi..lupa da aku. Tapi masa emak dan abah pi jepun, diaorang sambut ulangtahun perkawinan kat situ....syok kan.
Wlu mcm mana pun kejayaan dan rezeki yg abah dapat, abah tetap low profile dan sentiasa mendahulukan family sendiri. Itu yg paling aku respect ngan abah aku nie. Cucu abah yg 4 orang nie pun abah da ada harta yg abah wariskan kat diaorang.

Aku ingat lagi masa aku pernah kerja ngan company construction kawan abah di kuala pilah. Company cina...boss dia tu kawan abah aku.
Dia cakap "u punya bapak manyak baek punya orang, dia meniaga tak ada belok2 pun, semua mesti lurus saja". Aku dengar camtu, lega hati aku....betapa macamana arwah datuk dan nenek aku dulu amat pemurah orang nye. Wlupun mereka orang berada. Memang kebanyakan orang tua2 di kg aku tu ckap arwah nenek dan datuk aku nie baik orang nyer. Itu juga yg abah buat sekarang..sama mcm arwah parent dia. Alhamdulilah juga my sister pun camtu (dia yg gaji paling besar between ktorang adik beradik). Juga semua adik beradik aku....kami tak kisah berkongsi. Lagipun rezeki yg kita dapat tu bukan semua hak kita. Kita cuma sebagai pemegang amanah jea..pastu rezeki tu akan sampai pada yg lebih berhak.




Thursday, October 30, 2008

mug RED 2 LOVES..

jari2 comel Haziq

aLhAmdulilah..Allah panjang kan umur En Hendra ke 31 tahun hari nie 30 oct 2008.
Selamat hari jadi sayangku, semoga ALLAH berikan kesihatan yg sihat dan murah kan lagi rezeki abang sentiasa amin ya rabil alamin.
Aku idaklah beli SPECIAL aper2 pun utk dia..cuma gubahan bunga bersama MUG merah ada 2 tanda CINTA aku pada suami tersayang
...sebab aku da penin nak fikir pasal hadiah di waktu yg sesingkat nie.
Pagi td aku pergi kerja dengan da siap2 bawa player pemotong tangkai bunga. Plan gelap aku ialah gubah bunga di office bila semua orang da balik. Bukan aper...malu weh..nak gubah2 bunga depan diaorang tu...aku ni bukan pro pun..amatur jea. Memandangkan baru petang semalam aku betul2 free dgn kerja di office aku cuba cari MUG yg ada tulis happy birthday. Ntah aku rasa aku x suka gubah bunga dalam bakul atau pasu biasa. Aku lebih suka guna bekas yg ada bentuk seperti MUG. Tapi rupanyer...payah betul cari MUG camtu. Yg ada satu jea aku jumpa...tp ya ampun...tak lawanyer. Peliknyer kedai2 cenderamata pun x jual MUG yg aku cari. KUCIWA betul aku hari rabu tu.
Lunch hour hari khamis...mmg aku tak sabar2 nak kuar dari opis. Aku nak pastikan projek gelap aku nie berjaya. Pusing punya pusing dalam warta bangi tu..last2 aku jumpa MUG merah yg boleh di katakan aku berkenan buat pengganti MUG happy birthday yg x de satu pun aku nampak.
Jam 5.45pm aku mulakan projek gelap aku nie di office. Yg kelakarnyer aku susun semua bunga yg aku ada utk compare sepadan dgn MUG merah tu di bawah meja. Punyalah tak nak orang nampak. Sesambil tu aku da start cutting tangkai bunga..tetiba aku dengar tapak kaki sorang officemate aku nie..mcm menuju kearah meja aku...kekelam kabut aku bangun dari bawah meja...buat2 susun menda atas meja. Ingatkan dia nak pi pantry..boleh pulak dia berenti kat tempat aku tanya naper tak balik lagi. Aku masa tu da cemas da...risao oooo...dia nie lain sikit..klu dia nampak bunga2 tu..aku conpem dia tanya itu ini. Aku pulak bukan aper...malas nak kecoh2. Tapi alhamdulilah dia tak nampak projek gelap aku..tp lah klu dia melangkah setapak lagi ke dalam tempat aku........ CONPEM..dia nampak nyer batang2 bunga bersusunan...heheheheheh.
Masa tu da dekat jam 6.10pm..semua orang da balik kecuali boss2 aku. So aku da free da nak gubah secara terbuka. Tp mmg menggigil tangan aku masa nak cucuk bunga..bkn aper, aku x leh balik lewat nanti En Hendra bising...lagipun dia da YM aku petang tu yg malam nanti nak pi makan sate. Surenyer aku x leh sampai lewat kat umah. Sebab tu dalam masa kurang 20 minit...jadi atau tidak mesti kena jadi jugak...aku gigil2 tangan...perlu cepat..perlu pantas...fikir susunan bunga dalam MUG tu.
Akhirnyer...alhamdulilah...aku rasa ok lah tu gubahan amatur cam aku nie khas utk suami CINTA aku. Pastu aku cuma letak bunga tu dalam kotak. Kotak bekas A4 PAPER..punya lah besar kotak tu. Aku senyum puas sepanjang driving balik kerumah.
Bila sampai rumah aku letak kotak tu atas meja. Lepas selesai Haziq makan...aku minta En Hendra buka kotak tu...dia leh senyum malu2 lea pulak. HHehhh En Hendra ingat aku lupa hari jadi dia..sebab aku senyap jea sepanjang hari..tak de citer aper pun. Tapi sebenarnyer aku ada PROJEK GELAP.
Lepas makan sate kat AWAN BESAR, ktorang lepak jap kat umah kakak aku di puchong. Bukan aper nak jumpa kan Haziq ngan cousin dia. Bagi diaorang hilangkan wendu2. Juga aku pi anta HUGGIES 3 beg utk anak buah aku tu. Huggies tu murah aku beli kat bangi..kakak aku minta belikan utk anak dia sekali...so aku beli 6 beg huggies masa tu. 3 beg tu Haziq nyer lah.
Sampai umah aku kemaskan meja komputer En Hendra dan letak kan MUG merah....so lovely.

contoh bunga2 sebelum di potong setangkai.

sila lihat perbezaan kedua2 gambar diatas..semua tu kerja Haziq.


Thursday, August 7, 2008

Happy birthday to me..

Erm da jam 1.45am..x leh tido lah. Bak kata En Hendra..

"tahulah hari ini BIRTHDAY u...x akan lah sampai x boleh tido"

hehehehehhe. Memang x leh tido..tp habis wat post ni aku tidorlah. Seronok dapat kiss kat dahi dan pipi dari En Hendra dgn mata yg da tutup sebb dia da tidor..tapi aku kejut dia suh ucap birthday kat aku...heheheh

Hari ni 7876 birthday aku yg ke 32 tahun. Alhamdulilah Allah bg aku nikmat panjang umur hingga ke hari ini. Syukur pada umur macam ini aku da jadi ISTERI dan IBU. Tapi aku lahir jam 9 lebih malam. Pada tahun 76 tu aku lahir di hospital besar melaka. Wlu pun separuh adik beradik aku lahir dis'pore dan separuh lagi lahir dikuala pilah..tp naper ek aku sorang lahir dimelaka. Emak kata masa tu abah kerja dimelaka..tp mmg da nak ditukarkan kerja di kuala pilah. Dah aku tak sabar2 nak melihat dunia yg indah ni..maka lahirlah aku di melaka tu. Dan lahir nyer aku tu..lepas tu family aku pindah kekuala pilah. Idaklah family aku duk lama kat situ.

Semalam tu internet MENGONGgggg. Dan aku pulak kurang sihat..kepala berat sangat..sakit. Perot pulak sakittt...bukan kena cirit birit ke...bukan kena sengugut ke..tp amat sakit...Selera makan pun x de. Cuma dapetang tu aku ajak En Hendra pi pasar malam kat maluri..sebab aku nak makan nasi kerabu. So itu lah start aku makan semalam. Siang nyer tu aku cuma minum MILO O dan petang pun minum MILO O.
Hadiah dari En Hendra...insyallah dapat hari jumaat atau hari sabtu...kitaorang satu family nak pergi bandar Txxxxxx...insyallah...En Hendra ada hal perlu kesana.

picture birthday aku tahun lepas. masa ni kira baru2 gak habis berpantang lepas bersalin. dan hari tu Haziq selamat keluar dari hospital kuala pilah selepas warded 3 hari. melihat Haziq sihat merupakan HADIAH paling istimewa harijadi aku yg ke 31 tahun.

oKIES LAH...nak tidor da.

Thursday, July 10, 2008

Haziq 2nd birthday cake..


Ini adalah gambar masa Haziq potong kek di kg kat Kuala Pilah. Masa ni cuma ada aku,En Hendra and abah aku. Hari Ahad 22 June, a week after Haziq's birthday. Emak and adik2 aku pi S'pore masa nie. Kakak aku sefamily pulak attending company family day. My older and oldest brother..semestinyer bz jea. Nak jemput anak2 buah aku pun tak sempat masa tu. So ramai tu je lah yg ada. Kek tu pulak da beli almost 3 weeks..ialah masa aku da beli tu..tup2 ada call pasal berita sedih dr S'pore. Then x akan lah aku nak berhappy2 nyanyi happy birthday to youuu....kan. En Hendra pun cakap masa tu supaya simpan jea dulu kek tu dalam peti ais. Tapi pun masa tu setakat potong kek jea..sebab lepas tu pergi umah Pak Teh aku kat Bahau...then pastu lagi aku nak balik KL da. As usual aku pi edit picture2 tu kat photobucket.

Wednesday, July 9, 2008

picture birthday Haziq.







Baru ada kesempatan nak upload picture masa Haziq potong kek. Masa ni wat kat s'pore on the 15th June, sunday. Alah wat kecilan sungguh jea. Lagipun hari jumaat sebelum tu my paklong, abang emak yg tua baru passed away. Memandangkan nenek tidak sihat untuk pergi setiap hari umah maklong for yassin. Nenek request utk wat yassin until 7th days kat umah auntie aku nie je. On morning of 15th june tu, emak aku yg cakap kat semua orang..hari tu birthday Haziq. And uncle aku Cik Mat bermurah hati bagi duit beli kan kek from secret recipe....tq Cik Mat. Dan yg tukang pi beli adalah cousins aku lah. Aku malas nak kuar umah klu da sampai s'pore nie. Aku prefer duk umah with nenek jea. Picture tu aku edit kat photobucket jea. Baru sempat buat malam isnin baru nie. Dekat nak sebulan pictures...baru hari ini dapat upload.

Monday, June 23, 2008

happy belated birthday Muhammad Haziq..muahhh





Menghormati family kedua2 maklong aku...aku cuma wat small birthday celebration utk my son.
Malam 15 June tu Haziq sambut birthday kat S'pore with cake from secret recipe..present dari datuk sedaranyer...my uncle. Wlu pun aku x nak wat aper2 pun masa tu. Tapi diaorang semua kecian kat Haziq..ialah 1st year birthday kan.
Dan 2nd cake from myself and En Hendra...just potong cake semalam petang. Da seminggu cake tu ada dalam peti ais. Memang tak de kesempatan langsung nak potong. Picture2 masa potong cake insyallah masukkan nenanti..aku perlu hormati masa berkabung family aku.

HAPPY BELATED BIRTHDAY TO MY BELOVED SON MUHAMMAD HAZIQ ON THE 15TH JUNE 2008, SUNDAY. Semoga Haziq menjadi anak yg soleh dan dimurahkan rezeki selalu..AMIN.

Tuesday, May 20, 2008

Birthday my beloved bonda..

20 MEI 2008..hari ini hari jadi my bonda Puan Saleha bt Ashik.Selamat hari jadi emak..semoga emak di rahmati ALLLAH selalu..semoga ALLAH kasih kan emak seperti mana emak kasih kan anak2 emak masa kitaorang kecik2 dulu..semoga rezeki emak selalu murah..dilimpahkan kesihatan yg sihat dan semoga jodoh,cinta,keserasian emak dan abah hingga kesyurga..AMIN wa rabbil alamin..
Aku cuma dapat pos kad birthday jea kat emak and call utk wish birthday.Haziq siap cop cap 5 jari2 tangan kanan dia guna lipstic aku..dia pun nak join tulis kat kad. Ialah emak jauh nun kat Pilah.Camna nak beli kek..insyallah..nanti lain kali balik kg..leh beli kek...join sekali kek ngan Haziq nyer birthday 1 year next month.Hadiah...mmg x de pun..alhamdulilah emak da ada semua..abah da sediakan semua utk emak.Apa yg emak nak..ialah anak2 yg sentiasa bersama emak..dan setiap beberapa bulan emak akan dibawa balik singapore utk jumpa ngan nenek dan adik beradik emak yg lain.

Emak lahir pada tahun 1943 di Singapore dan tahun ni alhamdulilah umur emak da masuk 65 tahun.Pada tahun 1984,emak menjadi warganegara MALAYSIA..itupun setelah adik bongsu aku lahir pada 1983.Memula aku conpius gak naper emak tak awal2 lagi jadi orang malaysia nie...ialah dari memula emak dan abah bernikah pada tahun 1964....kata emak.."ialah emak kan sorang2 jea kat malaysia nie..semua keluarga emak kat singapore..manalah tahu klu jadi aper2..x lah emak kena duk malaysia nie jea..emak leh balik singapore semula".Betul gak kata emak tu..ialah berjauhan dgn keluarga..if anything happens kan.Lagi pun suami boleh di cari ganti..tapi keluarga sendiri mana nak cari.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails