Showing posts with label Media. Show all posts
Showing posts with label Media. Show all posts

16 Aug 2012

Salam Perantauan di Media

Assalammualaikum semua
Cerita salam perantauan ni dah lama saya nak sharekan tapi asyik tertangguh saja. So...hari ni baru berkesempatan nak cerita. Cerita ringkas sajalah sekadar untuk  simpanan kenangan disini saja.

Gambar bersama rakan-rakan Malaysia yang sama-sama merantau dibumi Finland ni telah dihantar oleh seorang rakan disini ke pihak Kosmo dan utusan Malaysia. Rasanya 3 mingu lepas lagi kot dah keluar surat khabar ni. Agak kurang jelas sikit gambar ni tapi tak kisahlah nak simpan juga disini...:D

Gambar di bawah ni pula cerita cabaran kami berpuasa selama hampir 20jam di sini. Hanya ada masa 4 jam saja untuk kami makan. Dalam masa 4 jam itulah masa untuk berbuka puasa, solat terawih dan bersahur. Memang masa agak terhad. Pada awal ramadhan hari tu waktu berbuka pada jam 10.20malam dan waktu subuh pula pada jam 2.36pagi. Ya,  memang agak mencabar berpuasa di musim panas sebab waktu siang yang panjang buat kami dan semua umat Islam disini tapi alhamdulillah semuanya dapat lalui dengan baik. Cabaran berpuasa panjang bukanlah menjadi halangan untuk kita berpuasa sekiranya kita percaya disebalik ujian itu ada rahmat Allah juga.


30 May 2012

Terima Kasih Majalah Aroma!



Assalammualaikum semua
Hari ni saya sekadar nak berkongsi cerita bila hasil masakan yang telah saya cuba selama berada dirantauan orang ini telah terpilih untuk dikongsikan di Majalah Aroma keluaran bulan Jun 2012. Bersempena dengan Hari Bapa pada bulan Jun ini juga majalah Aroma telah mengundang aktor kacak dari Singapura iaitu Aron Aziz dengan gaya seorang Chef  untuk menjadi cover muka depan majalah Aroma ini. Pada kawan-kawan yang berada di Malaysia bolehlah mendapatkan majalah Aroma ini yang telah pun berada dipasaran sekarang.


Terima kasiah pada rakan-rakan blogger yang memberikan ucapan tahniah di fb. Ada rakan-rakan blogger yang dah pun beli majalah ni dan maklumkan pada saya. Pada masa tu saya belum dapat tgk lagi majalah ni. Maklumla dok jauh ni mana nak cari majalah ni kan. Bila wartawan Aroma emailkan saya gambar salinan mukasurat dalam majalah ni barulah saya berani nak kongsikan kat sini. Actually,  segan juga saya nak sharekan kat sini sebab semua resepi dan gambar yang dimuatkan dalam majalah Aroma ni biasa-biasa saja. Tak adalah menarik sangat tapi saya nak juga abadikan di blog ini sebagai tanda kenangan setelah  2 tahun saya berblogging, inilah yang merupakan satu penghargaan buat saya. Kegembiraan ni juga saya nak kongsikan bersama dengan rakan blogger yang setia memberi sokongan pada blog saya selama ini juga. Tak kira sama ada followers atau silent readers anda tetap saya hargai..:D

Alhamdulillah....buat pertama kalinya saya di berikan peluang oleh pihak media iaitu majalah Aroma untuk berkongsi 8 resepi masakan yang telah saya cuba selama ini. Macam-macam perasaan dirasa bila pertama kali saya terima mesej di facebook dari wartawan majalah Aroma iaitu Akmar pada bulan April yang lepas. Beliau meminta saya untuk berkongsi resepi dan gambar masakan yang telah saya cuba. Pada ketika itu saya sangat sibuk dengan aktiviti disini dan tugasan memasak dipejabat kedutaan sebab itulah lambat juga saya email pada beliau. Dalam masa yang sama, saya masih memikirkan adakah saya layak untuk terima tawaran tu sebab saya sedar saya bukanlah seorang chef yang hebat dan juga blogger masak-masak yang hebat. Gambar masakan yang diambil pun tak secantik macam orang lain ambil..itulah juga yang saya rasakan pada masa tu. Tapi atas permintaan Akmar dan sokongan dari suami saya terima juga. Rasa sangat terharu dan bersyukur diatas peluang yang diberikan oleh pihak media ini..saya amatlah menghargainya. 
Tahniah juga saya ucapkan pada kak Azlita Aziz iaitu tuan empunya blog Masam Manis yang sama-sama terpilih untuk berkongsi resepi masakan di majalah Aroma pada bulan Jun ini. Bagi pandangan saya kak Ita memang layak dan saya selalu kagum dengan hasil masakan dan kreativiti masakan yang telah beliau kongsikan selama ini. Saya telah lama mengikut perkembangan blog kak Ita sejak mula-mula kak Ita berblogging dulu lagi. Bukan setakat resepi saja beliau kongsikan bersama tapi turut juga ada step by step untuk membuat sesuatu masakan itu. Semoga Kak Ita akan terus berjaya dan berkongsi resepi yang menarik lagi nanti.


Tak lupa juga sekalung penghargaan dan terima kasih saya ucapkan pada semua rakan-rakan blogger masak-masak yang turut sama berkongsi resepi yang telah saya cuba selama ini. Kejayaan disebalik perkongsian ini bukanlah milik saya seorang tapi ini semua adalah milik anda semua juga. Tanpa sokongan daripada rakan-rakan blogger siapalah saya. Setiap sokongan padu yang telah anda berikan selama ini amatlah saya hargai. Dengan rasa rendah diri saya memohon maaf  sekiranya ada salah dan silap saya selama saya berblogging ini dan pada tuan empunya resepi asal minta dihalalkan semua resepi yang telah saya cuba dan saya kongsikan disini juga. Semoga segala perkongsian resepi yang telah dikongsikan itu dapat dimanfaatkan bersama orang lain juga nanti..InsyaAllah.



Jutaan terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada semua team majalah Aroma, terutama sekali kepada Editor majalah Aroma Siti Dimiati, wartawan majalah Aroma Akmar yang sudi memberikan peluang dan kepercayaan kepada saya untuk menyumbangkan resepi buat tatapan pembaca majalah Aroma. Doa dan harapan saya juga semoga majalah Aroma akan terus maju lagi dengan pengkongsian resepi yang akan mendapat tempat di hati pembaca semua lagi nanti...salam sayang buat semua:D

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers