Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua...bersempena dengan our 5th wedding anniversary hari ni, saya masak pulut kuning vs rendang. Sekejap saja masa berlalu kan....dah 5thn dah saya bergelar isteri...syukur Alhamdulillah. So...hari ni layan pulut kuning dan rendang jerlah....makan dinner kat umah jer. Tak ada makan kat luar umah pun..kira ala-ala Candle light dinner gitu...:D
Sambutan pun ala kadar jer...buat pulut kuning dengan deco yang simple sangat. Dah namanya hari special kan nak juga ada something yang special juga so...saya gantikan kek dengan pulut kuning dan rendang...mr.hubby pun suka dan makan pun kenyang..kalau mkn kek surelah tak leh nk mkn banyak kan.
Oklah jom layan gambar menu special saya pada hari ni dan resepi ni saya ambil drp kak Liza @ Hanieliza. Rasanya semua sure pandai buatkan..saya pun kekadang buat tak tgk resepi dah pun main belasah jer tapi saya simpan jugalah resepi ni untuk rujukan saya lagi nanti. Saya buat setengah adunan drp adunan asal. Terima kasih pada kak Liza kerana berkongsi resepi dan izinkan saya berkongsi disini pula.

Resepi Pulut Kuning
Source: Kak Liza @ Hanieliza
Bahan-bahan
1 kg beras pulut [ dibasuhkan]
3 keping asam keping
2 s/b kunyit serbuk...bancuh dan tapiskan
air secukupnya untuk merendam pulut..
daun pisang [untuk lapikkan lubang dalam periuk kukusan]
1 biji kelapa..perahkan [3 cawan santan pekat]

garam
gula
gula
Cara membuat
1. Rendamkan beras pulut dengan asam keping dan larutan kunyit selama 5 jam
untuk mendapatkana warna kuning. [sekali sekala gaulkan bahan ini supaya
beras pulut ini rata warna kuningnya]
2. Toskan beras pulut dalam tapisan.
3. Panaskan kukusan.
4. Lapikkan daun pisang dalam periuk kukusan.
5. Masukkan pulut dalam kukusan yg telah dilapikkan daun pisang.
6. Kukuskan sehingga naik wap dari tepi periuk.
7. Angkat keluar pulut dan masukkan dalam mangkuk besar.
8. Tuangkan santan yg telah digaulkan dgn garam dan gula.
9. Gaul dan kacau rata santan dan pulut. Masukkan semula dalam periuk kukusan.
10. KUkuskan semula sehingga naik wap lagi.
11. Bila telah naik wap, tutup api dapur.
12. Hidangkan pulut dengan rendang atau gulai ayam atau daging.
Resepi Rendang Ayam
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam
1/2 kg pati santan
1/2 cawan kerisik
1 helai daun kunyit [mayang halus]
Garam
Bahan untuk dimesin
3 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 batang serai
3 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
15 cili kering
15 biji cili api
Cara-cara:
1. Ayam dibuangkan kulit dan potong kecil.
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam kuali besar dan kacau hingga sebati.
3. Gunakan api yang sederhana masak sehingga ayam empuk dan kuahnya sebati.
4. Rasakan garam dan bila telah pekat boleh hidangkan