Showing posts with label snack. Show all posts
Showing posts with label snack. Show all posts

21 Oct 2011

Crunchy Pai Tee & Special Gift


Assalammualaikum dan salam di hari Jumaat yang mulia buat semua pengunjung yang sudi berkunjung ke sini. Pada  semua pengunjung dan followers tak kira baru dan lama, kedatangan anda amatlah dialukan...dan terima kasih diatas sokongan anda semua selama ini...amatlah saya hargai.


Oklah n3 hari ni nak ceter pasal crunchy pai tee ni dulu ... pada mulanya saya memang jakun juga bila nengokkan org dok tayang pai tee ni sebab memang tak pernah mkn dan buat pun dan acuannya pun saya tak kenal. Bila dah join blogging dan tercebak dalam dunia blogger masak-masak ni baru ler saya diperkenalkan....tapi dlm hati selalu berkata mana la saya nak dapat acuan pai tee ni kat Finland ni kan..persoalan yg tiada jawapan dan dipendamkan dlm hati sajalah. 


Sampaila satu masa yang saya tak mimpi dan sangka pun sebenarnya saya sudah miliki acuan ni pada hari ni....haha nak tau cerita selanjutnya ................sila scroll down..:D


 Sebelum tu jom kita tengok resepi dulu lah yer. Resepi ni dapat daripada Waterlily hasil selongkar dapur Kak Nor @ Secubit Garam  yang merangkap sifu masak saya juga ni. Tgh malam pun dok msg lagi kat fb  kak Nor ..apa nak buat waktu sini tak sama dgn waktu Malaysia la. org kat sana dah nak masuk tido saya kat sini baru nak minum ptng...tapi tak menghampakan sifu ni tak tido lagi tadi dapat ler serba sedikit petua dari kak Nor. 


Alhamdulillah percubaan pertama saya membuat pai tee berjaya juga walaupun pada mulanya ada 2-3pcs yang melekat pada acuan tu tapi selepas itu ok dan menurut kak Nor memang normal la tu bagi yg guna acuan baru. Berguna sekali tips yang diberikan tu...btw, terima kasih pada waterlily tuan empunya resepi dan kak Nor yang telah berkongsi resepi pai tee yang rangup dan sedap ni....Izinkan saya berkongsi disini pula...:D


Bahan - Bahan :
7 sudu besar tepung beras
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Sedikit garam
200ml air.
Bahan Untuk Inti :
Carrot - dihiris nipis atau diricik
Sengkuang - dihiris nipis atau diricik (nieza tak bubuh sebab tak ada stok)
Timun - di buang empulur, dihiris atau diricik.
Bawang besar - di hiris dadu kecil.
Bawang putih - dihiris halus, boleh juga ditumbuk kasar
Bawang merah di hiris halus, boleh juga ditumbuk kasar
Udang kering - direndam dan ditumbuk
Garam
Bahan Tabur:
Kacang tanah - di goreng, di tumbuk kasar
Bawang goreng
Cara membuat Kulit Pai Tee:
1. Campurkan kesemua tepung dan telur - gaul rata2.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga habis sambil di kuar rata.
3. Masukkan garam secukup rasa.
4. Panaskan minyak - cukup untuk deep fry. Panaskan sekali acuan pai tee di dalam minyak tadi.
5. Setelah minyak panas, keluarkan acuan tadi (make sure tak ada lebihan minyak di acuan tadi) dan masukkan sebentar kedalam adunan tepung (sampai tahap 3/4 acuan pai tee).
6. Angkat acuan pai tee yang bersalut adunan tepung dan masukkan ke dalam minyak panas tadi. The trick is - apabila menggoreng, jangan rendam keseluruhan acuan tetapi hendaklah minyak di tahap lebih RENDAH dari salutan tepung tadi. This way, the batter akan dengan sendirinya terbentuk seperti kelopak bunga dan akan tanggal dari acuan.
7. Goreng pai tee sehingga kekuningan atau keperangan - angkat dan tus.
step by step yang saya buat
Cara Membuat Inti:
1. Tumis bawang merah / putih / bawang besar sehingga wangi, masukkan udang kering - kuar sehingga agak kering. Padamkan api.
2. Gaulkan hirisan carrot, timun dan sengkuang sehingga sebati bersama dan masukkan bahan yang ditumis tadi. Tabur garam secukup rasa.
3. Untuk menghidang, masukkan inti kedalam kulit pai tee dan di tabur dengan kacang tanah goreng (yang ditumbuk kasar) dan bawang goreng.
4. Boleh dimakan bersama sos cili Thai atau buatan sendiri (chilli merah, bawang putih ditumbuk, perah limau nipis ATAU masukkan cuka - dan campur gula secukup rasa).
Selamat mencuba!!!
P/S IMPORTANT TIPS:
1. Minyak hendaklah dipanaskan di atas api yang sederhana.
2. Adunan hendaklah sentiasa dikuar bagi mengelakkan 'mendapan' tepung.
3. Acuan yang dikeluarkan dari minyak panas hendaklah di letakkan di atas tissue sebentar untuk memastikan bahagian bawah acuan tidak berminyak.
4. Jangan putus asa kalau kulit pai tee tidak menjadi untuk beberapa gorengan pertama, lebih lebih lagi kepada sesiapa yang baru mencuba, kerana ia biasa berlaku apabila menggunakan acuan baru.
@
@
@
@
@
@
SAMBUNGAN CERITA DIATAS...
Masa balik cuti ke Penang, Malaysia hari tu, saya terima bungkusan pos daripada seorang kakak blogger yang menetap di Terengganu...kira Special Gift la buat saya ni. Tak sangka parcel yang saya terima tu sehari sebelum saya terbang blk ke Finland ni....terharu sungguh dibuatnya sebab tanpa bersua muka dialam realiti pun dan hanya mengenali di alam maya saja. Masa tu  pula memang saya sibuk sgt dgn packing brng utk blk ke sini tak sempatla nak n3 parcel ni kat blog memang jarang online pun masa balik hari tu. 
 So..bila dah try buat pai tee ni saya kongsikan sekali lah n3 ni utk menghargai pemberian tuan yang memberi dan sebagai tanda kenangan buat saya utk disimpan disini..bukan ada niat lain pun. Atas sebab tertentu, siapa orgnya tak perlula saya maklumkan disini...biarlah rahsia..:D

btw, Jutaan terima kasih diatas gift yang diberikan...bukan saja ada acuan pai tee tapi ada keropok ikan sekali...suka sangat sebab boleh bawa blk sini. Keropok segera yang packet kecik-kecik tu dah abis makan masa saya transit kat Germany hari tu..lapar sgt time tu buka mkn kopok jer kat airport tu sementara nak tunggu connecting flight blk sini...alhamdulillah rezeki. Semoga bertambah murah rezeki tuan yang memberi juga nanti dan semoga ukhwah yang terjalin dirahmati Allah selalu hendaknya..insyaAllah...amin..:DD
acuan pai tee dan keropok ikan

Happy weekend..:D

9 Jun 2011

Macaron



Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Finally... dapat juga saya membuat macaron ni. Macaron ni adalah manisan, snek atau kudapan orang-orang perancis yang semakin hari semakin diminati di negara lain juga  walaupun rasanya yang manis. Percubaan kali pertama  juga saya membuatnya ni....walaupun rupanya tak cantik mcm orang lain  buat kan tapi satu kepuasan bila dapat buat sendiri. Sebelum ni kalau nak makan beli jer tu pun tak dapatlah nak beli banyak kalau kat sini sebiji dah berharga euro0.90 mahal tu dah ler kecik jer sebesar duit 50sen jer....kalau buat sendiri memang banyakla boleh dapat kan. Semangat ingin mencuba sendiri membuatnya yang membuatkan saya teruja sangat nak mencuba....dan hasilnya itu jerlah yang saya dapat.


Actually projek buat macaron ni last week lagi tapi dah sibuk-sibuk  terlupa nak n3 dan macaron ni pun dah abis dah pun bagi kawan-kawan rasa bawa masa gi  summer trip ngan kawan-kawan hari tu ....kalau simpan jer kat umah ni memang tak boleh abis pun dan kalau makan sampai abis maunya dapat diabetis ni...:D


So...abaikanlah rupanya yang tak cun ni yer....yang penting rasanya sedap...suka rasa almond tu dan inti nutella tu lagilah menambah kesedapan macaron ni. btw terima kasih pada mereka yang telah berkongsi resepi macaron ni ....saya copy resepi ni daripada Kak Yani dan Kak Ita jer ni. Tqvm to Kak Ita kerana berkongsi ilmu step by step untuk membuat macaron ni....izinkan saya berkongsi resepi disini pula.



Source: Kak YaniKak Ita  step by step Disini
Bahan-bahan(+-24 set,48 keping):
  • 2 biji (80gm) telur putih L size
  • 60gm gula kastor
  • 80gm almond powder
  • 120gm gula aising
  • sedikit esen vanila
inti :- sy guna nutella jer



Cara-cara: 
  1. Ayak almond powder dengan gula aising.
  2. Pukul putih telur dengan gula kastor sehingga berbuih. Masukkan esen vanila pukul lagi sehingga kembang/ bertanduk. ( Bila terbalik mangkuk telur tu tak jatuh..kira oklah tu)
  3. Masukkan sikit demi sedikit bhn yg diayak td ke dalam telur putih. Kacau perlahan-lahan macam buat kek.
  4. Masukkan adunan yg dah siap ni ke dalam piping bag ( sy guna plastik putih biasa ja.. pehtu gunting bucu dia yg kat bawah tu ;)) . Picit ke atas dulang oven yg dah di alas dengan baking paper. Jarakkan setiap satu lebih kurang 3 cm. Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons- untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar)
  5. Biarkan permukaan macarons kering atau tak melekat ditangan sebelum dibakar. Lebih kurang 30-40 minit sebelum dibakar. ( Bergantung pada cuaca juga ni. Saya letak bawah kipas bagi dia cepat kering. Sebelum bakar tu, test dulu dengan jari, kalau dah tak melekat tu bolehlah dibakar).
  6. Bakar dlm oven pd suhu 150 degree selama 20 minit. (  Rasa mcm x terlebih bakarlah pulak haritu.. nak kena kurangkan suhu ataupun time tu lain kali ). Pastu sejukkan sebelum letak inti.
** utk rujukkan sendiri lain kali:
  • kisar serbuk almond bg lebih halus sebelum diayak.
  • kurangkan suhu atau masa bakar
Saya hanya bubuh 2 warna saja pink dan ungu

gambar macaron dibawah tu setelah di piping sebelum bakar dan sedang dibakar.

14 Feb 2011

Homemade Popcorn


Assalammualaikum dan salam buat semua....petang-petang dikala kesejukan kat sini layan popcorn pun sedap...2-3 hari ni cuaca kat sini sejuk sangat...semalam jer temp dh -23 degree celsius...dok dalam umah pun kena pakai sweater coz terasa sejuk juga. 

Ceter pasal n3 homemade popcorn ni senang jer nak buatnya....selalu kita beli jer tapi bila dah buat sendiri ni lagi puas ati coz leh bubuh suka ati karamel yg kita nk so...memang sedapla ikut citarasa sendiri. Yang style saya ni memang dh tak nampak putih...ni kes terlajak tuang madu...haha tapi layan juga memang sedap. Oklah resepi ni saya ambil dari dapur Kak Hana yang dok merantau ke Jepun. Terima kasih yer kak Hana kerana berkongsi resepi yang best ni...izinkan saya berkongsi disini pula.


Source: Kak Hana 
Bahan-bahan
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak masak
  • jagung kering secukupnya- ada jual d pasaraya
  • garam secukup rasa
  • Karamel
  • 1 sudu mentega/margerin
  • 3 sudu besar gula pasir (ikut suka byk mana pop corn yg ada)
Cara-cara
  1. Panaskan mentega dan minyak dalam periuk. Api tu pulak, mula2 guna api kuat untuk panas kan minyak& butter dalam 2 minit lepas turun kan api sedikit.
  2. Masukkan jagung menutupi dasar periuk. Tuang jagung rata dan sama paras dgn minyak & butter yg dah cair tadi. Tutup periuk tadi.
  3. Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dgn rancak. Bila bunyi dah berhenti, cepat2 keluarkan pop corn.
  4. Taburkan garam secukupnye. - jika wat perisa ori.
  5. Utk perasa karamel - panaskan butter/marjerin, masukkan gula.. hana tmbh skit madu. masukkan popcorn yg dh siap tadi.kacau hingga gula agak2 hangus. api jgn besar yer! tkt hangit! tutup api.pastu  kacau rata. siap!

Be Our Guest And Sign This Guestbook...TQVM

Bookmark and Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

My Blog Anniversary Day

Daisypath Anniversary tickers

Our Wedding Anniversary Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers